DTML
Don't Touch! My Love Bab 4
Bab 4
Di dalam bilik office, cleaner barunya ditilik dari atas
ke bawah. Muka polos tu dikerling untuk seketika sebelum kembali melakukan
kerjanya utama, judging!
“kau mesti dah tahu jobskop kerja kau kan?” soal rayyan
yang berjalan persis pak polis. Ke hulu ke hilir.
Tasya pula mengecut melihat perilaku bosnya yang seakan
garang. Tapi boleh tak dia berhenti berjalan. Pening kepala aku.
“tak... bos. Semalam saya dapat call, tapi dia takde
brief ape-ape.” Jelas tasya dengan takut-takut. Dia terkejut apabila rayyan
berhenti berjalan dan berdiri di depannya. Bau perfume lelaki itu. Alahai.
Wanginye.
“what!” pekik rayyan.
Tasya terloncat kecil. Tapi dia mengawal riak wajahnya.
Dia tidak boleh tunjuk yang dia terlalu takut. Karang bos hantunya ini semakin
memijak kepala.
“saya dapat call malam semalam, kata saya dapat kerja
part ime as cleaner dekat rumah bos. Then, dia bagi alamat dan suruh pakai
proper.” Jelas tasya dengan senyuman nipis. Baju kurung putih dengan bunga-bunga
kecil pink. Simple. Tudung pink. Ayu sikit.
“nonsense. Macam mana kau boleh datang sini without
knowing your jobscope. Kalau aku suruh kau urut aku, kau nak ke?”
“urut? Boleh je, saya selalu urut kaki ibu saya.” Jawab
tasya dengan yakin. Urut dengan cleaner. Not that bad.
Rayyan membulatkan matanya. Bertuah betul budak senget
ni. laju je jawab boleh. Dengan pasrah, dia terpaksa menjelaskan jobskop
cleaner barunya,
“okay, listen carefully. Jap, boleh faham english tak?”
soal rayyan as courtesy. Just incase.
Tasya tersenyum kambing, terasa terhina di situ. Muka aku
nampak macam budak tak habis spm ke?
“saya boleh faham, fluently. I am final year student of
chemical engineering, bos.” Dengan banggannya.
“aku tak tanya benda tu. Dan aku tak kisah. By the way,
panggil aku tuan, not bos.” Rayyan terkejut dengan jawapan tasya. Why
university student doing here?
“maaf bo... tuan.”
“okay your jobscope, list down... saya tak akan ulang
banyak kali.”
Tasya mengangguk dan dia mengeluarkan phonenya dan
membuka apps rakaman suara. Handphonenya diacu ke arah rayyan.
“what are you doing?”
“taking note bos...”
“tuan...” rayyan terkejut lagi sekali. New way to take
note.
“baik tuan.” Entah mengapa perkataan bos lagi sedang
disebut dari tuan. Macam tuanku dah pulak.
“oklah. Whatever.... just listen. Number one, kerja kau
hanya revolve dengan bilik tidur dan bilik office aku ni. also, meja makan aku.
Number two, make sure yang bersihkan sebersih-bersihnya this three area. Aku
tak suka kotor, debu and most importanty, germ. Number three, aku dah sediakan
specific utensil and material untuk my space. All detergent, sanitizer and
utensil ade dekat sebelah bilik ni. i will ask mak untuk guide you. Number
four, if I found any debu or any cap jari at anywhere within these three space,
consider yourself as fired. Do you understand?” rayyan merenung tajam ke arah
mata cleanernya. Cantik la jugak muka budak ni.
“faham...” jawab tasya dengan ragu-ragu. Basically dia
private cleaner untuk lelaki di depannya ini. Tapikan, ape masalah rayyan ni
dengan debu.
“bagus.... any question?”
“erm, saya masih belajar tapi kelas saya takdelah banyak.
Saya boleh datang ke rumah bo.... tuan selepas kelas saya. Is it ok?”
“ok, asalkan datang. Jangan tak datang. And now, clean
this room. Later kemas bilik and wash my cloth.”
“baik bos.”
“tuan...” rayyan berlalu keluar dari bilik officenya.
“oh, dont try to move any paper or any document. Leave it
as it is.” Rayyan keluar dari bilik office.
“baik tuan....” tasya menarik nafas panjang sebelum
melepaskannya perlahan. Macam senang je kerja part timenya ini. Mengemas adalah
rutin harian dia di rumah. Harap, dia mampu memuaskan nafsu bersih bos hantunya
tu. Matanya menilik bilik office yang dua kali besar bilik hostel. Biru, macho
gitu. Dia kemudian berlalu ke pintu kaca. Diselak langsir dan dibuka pintu.
“tasya....” mak cik imah muncul dari balik pintu.
“oh mak kau...” terloncat tasya apabila ada suara yang
menyeru. Lemah semangatnya. Memang semua orang dalam rumah ni bela hantu ke
ape?
“mari, ikut mak. kita ke bilik stor untuk ambil
barang-barang khas.”
“khas? Ok...” maybe itulah peralatan untuk mengemas dunia
tuan rayyan. Tanpa banyak soal, dia mengikuti langkah mak cik imah ke sebuah
bilik stor yang terletak di sebelah tangga. Apabila masuk ke dalam bilik stor
tersebut, dia terlongo. Kiri kanan bilik tersebut dipenuhi dengan tisu, kain,
cecair pembersih, sanitizer besar kecil dan pewangi bilik.
“ini semua untuk kamu guna.” Mak cik imah tersenyum
lebar.
Tasya menelan liur. Besar sungguh maintaince bosnya.
“tapi jangan risau, mak akan tunjukkan alatan untuk
bersihkan bilik dengan office yan. Dia memang terlalu cerewet dan amatlah
menjaga kebersihan. Dia tak suka kotor.”
“bos kita tu.... dia ade masalah ke dengan kuman?”
“dia ade mysophobia. Fobia kat kuman. Semua kotoran
adalah kuman kat dia....”
“o.... sayangkan muka kacak macam tu, takut kuman.” Komen
tasya dengan selamba. Sebelum dia sedari dia terlepas cakap.
Mak cik imah tersenyum sumbing, keningnya
dijongket-jongket,
“kamu suka yan ye?”
Tasya terkelu dengan serkap jarang wanita tua di depannya
ini. Macam mana dia boleh capai conclusion tu? Jap, aku cakap bos hantu tu
hensem? Puii... tapi takleh tipu jugak, memang dia hensem.
“aa.... mana ade mak. awal sangat nak suka...”
“ouh, memang akan tersuka la nanti....” mak cik imah mula
mengusik.
Kemudian, bunyi satu suara berdehem dari belakang. Kelam
kabut tasya berpaling, rayyan berdiri tegak di belakangnya.
“oh mak kau....” tasya terkejut lantas kakinya tersadung
sendiri. Tanpa berfikir panjang, dia menarik baju rayyan. I am so dead! Apabila
baju butang tengah bosnya terentap kasar. Butang-butang jatuh bertempiaran.
Tapi pautan itu membuatkan dia jatuh perlahan di atas lantai. Plop!
Rayyan ternganga. Kini, tubuhnya terdedah dan hujung
bajunya masih dipaut oleh cleaner barunya. Dia menarik nafas panjang sebelum,
“kau buat ape
ni!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”
Tangan tasya di hujung bajunya dijentik. Laju tangan itu
terlepas. Kuman!
Mak cik imah pula bertukar muka dari terkejut ke
tersenyum. Drama korea sedang berlangsung di depan matanya.
Tasya membatu di duduknya. Tubuh rayyan yang terdedah di
depan mata diamati dengan penuh kesungguhan. Perlahan matanya mencari wajah
pemilik tubuh kekar itu. Tepat. Mata mereka bertembung dan lava menyerbu ke
muka tasya. Oh ibu! Oh ibu! Tasya minta ampun!
“ma... maaff...”
“nasib baik aku.....” rayyan menelan kata-katanya. Dia
sudah berjanji untuk membiarkan cleaner itu berkerja sehari dua.
“mak, tolong hulurkan sanitizer tu.... yan terpegang
kuman dan serang kuman....”
“nah nah....” laju mak cik imah menghulur botol kecil
yang mengandungi cecair berwarna putih keapada rayyan. Senyumannya masih mekar.
Rayyan mengerutkan dahi.
“kau! Bawa the prep, aku nak tengok kau bersihkan bilik
aku....” ujar rayyan sambil menyapu sanitizer di tangan. Baju kemejanya
ditanggal dari tubuh dan dilempar masuk ke dalam bakul baju di tepi pintu.
Bakul baju yang hanya khas untuk dirinya.
Tasya menelan liur apabila melihat aksi dahsyat bosnya.
Ni dah macam moment dewasa! Ya allah, kuatkanlah iman hambamu ini!
“mak, nanti tolong ambilkan t shirt putih yan kat bilik.
And you, follow me... now!” arahnya ke arah tasya masih membatu di atas lantai.
Dia membuka langkah ke officenya.
Kelam kabut tasya bangkit dari lantai untuk mengejar langkah
bosnya.
“eh eh, bawak ni sekali.” Mak cik imah menolak cart yang
dipenuhi kain, beberapa cecair, tisu dan alatan membersih yang lain.
“oh lupa...”
“terliur sampai terlupa ye....”
“mak ni....” tasya menolak cart itu keluar dari bilik
stor dengan laju. Blushing. Masalah betul la macam ni, takkan dia tak nak pakai
baju dulu.
Mak cik imah pula buat-buat lupa akan baju rayyan dan
turun ke dapur untuk menyediakan makanan tengah hari.
#
Tasya cuba fokus untuk akan kerjanya. Cuba sedaya upaya.
Sepenuh jiwa dicurahkan untuk dia mengelap pintu kaca di depan matanya saat
ini. Tapi macam mana aku nak bersihkan benda alah ni kalau half naked men
tengah tenung aku macam cctv berjantung!
“fokus.... fokus...”
“kau bisik ape tu? Ingat aku tak dengar.” Ujar rayyan
sambil berpeluk tubuh. Dia memerhati cara cleaner barunya membersih. Setakat
ini cara budak cleaner ini membersih memenuhi kehendaknya.
“eh mana ade.... saya... eh.” Tasya blushing lagi sekali
apabila dia tertoleh ke arah rayyan yang masih tidak berbaju dan berseluar
jeans. Hot sangat..... amat jiwaa ini. Kalaulah illa tahu ni. sesaat kemudian,
handphonenya bebunyi. Illa. Tanpa perlu lihat, dia sudah tahu sebab dia telah
set ringtone khas untuk illa dan jimbo. Pantas dia menekan butang hijau,
“hell....”
“oi. Macam mana? Best tak?”
“hmm... best la jugak....” tasya sudah terlupa ada mata
yang memerhati.
Rayyan membulatkan matanya dan berlalu ke meja kerjanya.
Sepasang sarung tangan disposbale ditarik dari kotak. Lantas handphone tasya
direntap. Loudspeaker ditekan. Gile aku nak letak phone tu kat pipi aku! Who
know what germs laying there!
Tasya terjerit kecil. Mana tidaknya bos hantunya menarik
handphone dari tangannya. Paling pedih, apabila lelaki itu memakai sarung
tangan plastik. Kotor sangat ke aku ni....
“wei, kenapa kau jerit....” soal illa dengan nada concern
di corong telefon.
Rayyan mengerling ke arah tasya yang sudah sedar
kewujudannya.
“she’s busy doing the cleaning. Klik!”
“and you, aku tak suka orang berbual waktu buat kerja.
Setiap kali kau buka mulut, setiap kali kuman keluar. I dont want to anticipate
any new germs into my house. Silent your phone and focus on your work. Are we
clear here, miss cleaner?” muka rayyan dingin membatu.
“clear bos.” Tasya mengambil handphone yang dihulur oleh
rayyan.
“tu.... you know what, bos pun boleh.” Rayyan sudah malas
mahu membetulkan gelarannya. Bengap betul budak ni!
“thank you bos.”
“tak perlu thank you. Aku faham yang kau ni bengap....”
Satu lagi fakta baru tentang rayyan ni, bukan muka
handsome dan perangai hantu, tetapi bibir merah itu juga berbau longkang! Tasya
menahan dirinya dari melenting.
“bos...”
“ape lagi...”
“ape kata bos pakai baju....” pinta tasya dengan
takut-takut. Sungguhlah dia rela mendengar mulut longkang bosnya berlagu. Tapi
dia tidak dapat menahan matanya dari cuba melirik ke arah tubuh tidak berbaju
itu.
Rayyan tersengih sedikit. Bangga.
“kenapa? Kau tak suka ke?” dia menilik tubuhnya di depan
tasya yang kini mengelap bahagian bawah pintu kacanya.
“eh! Tak! Tak! Gile tak suka....” tasya mengetap bibirnya
dan mahu minum cecair pembersih di sebelahnya. Biar dia selamat dari kebodohan
diri sendiri.
Rayyan menahan ketawanya. On the bright side, this new cleaner
girl is funny.
Tasya terpegun melihat wajah kacak-dingin-kayu itu ketawa
kecil. Dia tersedar lelaki itu juga manusia dan bukannya perabut kayu jati.
Reti jugak ketawa.
“i’m sorry.... but can you please....”
Rayyan terus mematikan senyuman di wajahnya. Persis
seperti mematikan suis lampu. Matanya merenung tajam wajah cantik gadis di
depannya.
“please do your work. I know everyone can’t resist me.
But please know your place. Just do the damn work.” Ok dia terlebih di situ.
Namun hati bekunya membiarkan rasa bersalah dan keluar dari bilik officenya.
Dengan rasa malu, tasya mengetap bibirnya. Dia mengiyakan
kata-kata bosnya. Dia kembali teringat akan tujuan utamanya ke rumah ini. Jadi
cleaner! At least that asshole keluar dari sini.
“cepat tasya, siapkan semuanya!”
#
Saat rayyan membuka pintu, langkahnya mati apabila
melihat mak cik imah pura-pura mengelap bingkai gambar yang tergantung di depan
biliknya. Dia hanya mampu menggeleng. Mak ni kan....
“mak buat ape tu?”
“cuci kain....” jawab mak cik imah selamba. Geram di
hatinya apabila mendengar kata-kata kasar rayyan kepada gadis cantik. Ish budak
ni kan, dasat hati batu....
“mak.... tadi yan minta tolong ambil baju yan....”
“nah ambil lah....” mak cik imah menghulur tshirt putih
kepada rayyan tanpa mengerling ke arahnya. Merajuk. Dia masih fokus kepada
bingkai gambar yang memegang lukisan kapal yang sedang berlayar di lautan.
Kalaulah laut ni betul, dah lama aku humban yan ni masuk laut ni.
“mak.... dengar ye tadi....”
“dengar ape ni.... takpelah. Mak turun dulu. Mak kan
orang gaji je....” eh terlebih pulak.
“mak. yan terlepas cakap je tu. Nanti yan minta maaf la
dengan dia.” Yan menahan lengan pengasuhnya dengan lembut. Kaget. Dia tidak
bermaksud untuk melukakan hati mak. ish, tulah.... ikut hati, mati! Ikut mulut,
kalut!
“hmm.... mak tahu. Tapi janganlah cakap macam tu kat
orang. Buat baik kat orang, terutama sekali dekat orang yang amat memerlukan.
Mak tengok muka budak tu macam bersungguh je nak keja. Kamu janganlah nak
provok dia sangat. Kesian dia. Mak sayang dia....” luah mak cik imah. Over
sedikit, dia sedar.
“amboi, baru jumpa sayang. Agak dramatic di situ.”
“dah sayang, nak buat macam mana.... tapi janji dengan
mak, jangan buat macam tadi lagi. Mak tak ajar anak mak ni buat macam tu kat
orang lain.” Mak cik imah merenung dalam mata anak muda di depannya. Anak
lelaki susuannya. Yang dijaga dari bayi sehingga sekarang. Hidupnya dipenuhi
dengan saat-saat rayyan membesar.
“baiklah, yan janji. Takpelah, yan tengok budak tu macam
pandai buat keje. Yan naik gym dulu.” Rayyan berlari ke tingkat 3 rumah untuk
masuk ke gym persendiriannya.
“ye la.” Mak cik imah mengangguk.
#
Di sebelah tengah hari, tasya belajar untuk mencuci
pakaian rayyan. Dia perlu mengutip pakaian lelaki tu sewaktu membersihkan bilik
rayyan. Baju, seluar dan boxer diasingkan kepada tiga bakul. Dicuci pada 3 sesi
berbeza. Dikeringkan dalam tiga sesi berbeza dan lipat. Siap.
Kemudian untuk makan tengah hari, dia perlu menyediakan
pinggan dan utensil makan yang khas untuk rayyan. Dia baru tahu rayyan tidak
akan makan dengan sesiapa saja di dalam dunia ini. Paling penting, sudu dan
garpu lelaki itu perlu direndahm dengan air panas dan dilap dengan kain bersih.
Selasai tugasnya untuk hari ini. Dia menarik nafas lega
apabila dia selesai menolak cart ke dalam stor. Letih. Letih menguruskan lelaki
kacak yang berpenyakit pelik. Selepas kejadian di dalam bilik office tadi, dia
sudah tidak melihat bos hantunya. Kata mak cik imah, lelaki itu sedang bersenam
di gym yang terletak di tingkat 3 rumah.
“fuh... letih giler....” dia mengelap peluh di dahinya.
Kemudian, dia terhidu bau wangian yang kerap menerpa ke derianya. Lantas dia
berlalu ke arah bau yang memenuhi semua ruang milik rayyan irshad. Pewangi
glade OCEAN ESCAPE.
“wangi....” dia sendiri terjatuh cinta pada wangian
tersebut. Terasa tenang.
Mengerling pada jam di tangan. Pukul 3.05 petang. Dia
belum sempat solat zohor. Pantas kaki diatur keluar dari stor sebelum
terlanggar tubuh kekar di depan pintu.
“aduh!” dia terpeluk batang tubuh itu sebelum pantas
menarik tangannya.
“sorry bos. Saya tak....” matanya mengerling ke arah baju
sleeves putih yang tersarung pada badan rayyan. Lencun dek peluh. Tetapi bau
lelaki itu tetap wangi.
“im sorry...”
Tasya terkejut dengan perkataan sorry dari mulut rayyan.
So this guy can say sorry too. Menarik.
“take your payment dekat mak. plus, message my PA your class schedule for whole
week. So that, my PA can arrange your work time.” Ujar rayyan sebelum berlalu
pegi. Dia sungguh tidak selesa dengan dirinya saat ini. Tapi pelukan tak
sengaja tadi membuat dia tersenyum nipis.
“baik bos.... baik pulak hantu ni....”
“I can hear that....”
“sorry bos...” tasya berlari turun dari tangga. Solat
zohor, solat!
p/s weken ni takde entri. psst. ok tak rayyan tu?
0 comments: