DTML
Don't Touch! My Love Bab 7
BAB 7
“assalamualaikum mak!” zafie muncul di depan pintu rumah
dengan senyuman lebar. Tak sabar mahu berjumpa dengan bos kesayangan. Di
tangannya, dia membawa puding roti kegemaran bos hasil tangan mak kesayangan.
Mana mungkin lelaki bekerjaya dan lagi berjaya ini mampu memasak.
“walaikumussalam zafie. Ingat kamu tak masuk hari ini.”
Mak cik imah menyambut kedatangan manusia yang dia paling kasihan di atas muka
bumi ini. Menjadi PA kepada rayyan bukanlah perkara mudah. Gaji besar, tapi
nyawa pendek. Tak berguna.
“masuk, mestilah masuk. Pagi tadi ade meeting kat office,
saya datang ni nak bawa minit meeting untuk tuan rayyan sain. Dia ade kat
mana?”
“ade kat atas tu haa.... dengan tasya.”
“tasya?”
“budak perempuan yang datang buat part time membersih.”
“oo, cleaner baru tu ke? Dia survive hari pertama?”
“survive. Mak jaga dia baik punya.” Sekali lagi,
imaginasi rayyan dan tasya diijab kabul bermain di minda tuanya.
“oh menarik. Ni haa, puding roti mak saya buat.” Zafie
menghulur bekas puding roti kepada mak cik imah. Dia sudah tidak sabar untuk
berjumpa dengan tasya, the survivor.
“betul ke kau dah bersihkan pintu kaca ni?” rayyan
menilik pintu kaca di balkoni officenya dengan penuh teliti.
Tasya menarik nafas pendek sebelum tersenyum. Dia
menjawab ya kali ke seratus. Ada jugak ak humban pintu kaca tu ke bawah karang!
“kenapa aku masih tengok ade kesan debu...” rayyan cuba
mencari secebis yang dia benci pada permukaan cermin kaca yang bersih berkilat.
Tubuhnya yang basah dek berpeluh tu dibiar untuk seketika. Biarlah bacteria
membiak. Yang penting, dia perlu menghukum budak cleaner itu. Baru hari kedua
kerja, dah datang lambat!
“bos, pintu kan terdedah dengan angin luar. Jad....”
potong tasya dengan laju. Tetapi bos hantunya lagi laju. Dia ni betul ke ade
mysophobia? Steady je berpeluh-peluh masuk sini. Tak pengsan ke bacteria melekat
kat badan.
“jadi, kau tolong lap balik pintu ni nanti. Aku alergi
dengan debu ni semua. Aku nak pergi mandi jap. Balik nanti, aku nak make sure
cermin tu takde debu langsung.” Arah rayyan sebelum mencabut sarung tangan
plastik.
“baik bos...” panjang tasya meleret perkataan bos
tersebut. Jangan tanya ikhlas ke tidak. Of course la, tak ikhlas.
“bersungguh sikit.” Tegur rayyan dengan senyuman puas
hati. Padan muka kau!
“baikkkk.” Sedikit meninggi, tasya menyahut.
Tiba-tiba pintu office rayyan yang sedia terkuak itu
diketuk. Serentak rayyan dan tasya berpaling ke arah pintu.
“hi bos....” sapa zafie dengan senyuman lebar. Lama dia
berdiri tegak menjadi tiang CCTV. Galak si batu dingin membuli budak cleaner
baru yang agak muda dan cantik. Dasar lelaki gatal miang.
“assalamualaikum, haa. Sampai pun, ingat malam baru
muncul.” Perli rayyan sambil mengelap peluhnya dengan kain tuala yang ke-tiga.
Tasya membuat muka
saat perkataan salam itu keluar dari mulut bosnya. Reti pulak bagi salam.
“walaikumussalam bos. Standard la bos, meeting habis
waktu lunch hour, so saya pergi lunch dengan office mate after session.” Jelas
zafie dengan selamba. Entah mengapa dia berani pula hari ini.
“ok. Mana minute meeting?”
“ni dia....” zafie menghulurkan sebuah kotak baldu yang
memegang pendrive khas. Pendrive yang telah dicuci, disamak dan diyakini tahap
kebersihan. Printed paper adalah satu kesalahan kerana kertas dari luar
kemungkinan tercemar dengan bakteria.
Rayyan mahu menyambutnya namun niat itu dibatalkan dengan
segera. Dirinya yang kotor dengan peluh akan mencemarkan kebersihan kotak baldu
tersebut. Lantas dia berpaling ke arah tasya yang sedang khusyuk membersihkan
tingkap kaca. Wow, cepat betul buat kerja.
“budak, kau sini sekejap.”
Tasya terkejut apabila dirinya diseru dengan panggilan
budak. Budak pun budak lah, jangan hantu sudah.
“ye bos,” dia berlari anak menuju ke arah bosnya dan
mengerling ke arah lelaki yang segak berbaju pejabat. Dia mengangguk sedikit
tanda hormat.
“kau pergi santize your hand first then ambil kotak dari
tangan zafie.” Arah rayyan.
Tasya mahu membalikkan bola matanya tapi dia mampu
menahan dirinya. Sabar itu indah. Dia menurut kata-kata bosnya dengan penuh
semangat.
“nak letak mana ni?” soalnya dengan bendul.
“letak kat dapur....”
“haaa?”
“letak kat atas meja aku lah. Okey zaf, I will email you
the signed document after I finished review the minute. You may go.... and you,
after done with this office, proceed to my room.” Rayyan berlalu keluar dari
officenya. Dia harus mandi dengan keadaan segera. Dia dapat merasakan bakteria
domination sedang berlangsung.
“baik bos.” Serentak zafie dan tasya bersuara.
“so, new cleaner?”
“aah, baru start semalam.... encik ni....”
“oh no, takyah nak berencik-encik dengan aku, aku zafie,
PA kepada puaka yang baru sahaja keluar.” Zafie memperkenalkan dirinya dengan
penuh jitu.
Tasya terus ketawa dan cepat-cepat menekup mulutnya.
“aku rasa bos puaka tu suka kan kau la budak....”
“tibe. Nama saya tasya hanim, panggil tasya. Takde
maknanya suka kalau kerja asyik nak tekan orang je.”
“ala saje gurau. Tengok asyik melekat je.”
Tasya mengangkat mukanya. Tersentak dengan perkataan
asyik. Baru tengok sekali, dah kata melekat. Bos dengan PA sama hantu! Tapi dia
segera menyembunyi kesebalan yang bertamu di hati.
“kalau kata melekat, malaikat maut pun melekat agaknya.”
Lagi ketawa mereka meletus.
“okay, nice to meet tasya. Aku dapat rasa kau adalah
katniss everdeen dalam hidup encik rayyan. If you need anything, just roger me.
Ok?” zafie berlalu pergi tanpa menunggu jawapan dari tasya. Menarik. Sungguh
menarik. Bibirnya menguntum senyuman gembira. Banyak yang perlu dia godek dari
mak cik imah selepas ini.
“baiklah...” dan pelik betul PA bos aku ini. Kenapa
senyuman sorang-sorang?
Selang beberapa minit zafie berlalu, tasya kembali fokus
membersihkan bilik office pesakit mysophobia dengan bersungguh-sungguh.
Kalaulah dia punya kuasa magik, dia akan menghapuskan penyakit fobia itu dari
otak bosnya.
“sayang muka hensem, badan sado. Tapi takut kuman.
Alahai.” Dia membelek-belek frame gambar lelaki yang berbaju jubah graduasi.
Senyuman penuh manis. Keluhan kecil dilepaskan. Kalaulah bosnya itu normal,
sudah pasti lelaki itu sudah bertunang mahupun berkahwin ketika ini. Muka stok
limited edition jarang lama di pasaran.
“kau sembang ape sorang-sorang. Dah biul?”
Dush!
“astaghfirullah al azim....” tasya terlepas frame gambar
dari tangannya dan prak! Frame gambar berkaca itu pecah berderai di atas
lantai. Lantas matanya mencari sepasang mata yang membulat melihatnya. Alahai
kenapa dia tak pakai baju pulak ni.
“oh god....” ujar rayyan. Dahinya ditepuk. Budak ni
gelabah sangat. Dia kemudiannya membuka langkah ke arah gadis yang kelihatan
seperti separuh roh sudah terbang.
“bossss..... sorry! Saya terkejut. Saya tak sengajaa....”
tasya semakin menggelabah. Dia kemudian menilik serpihan kaca yang sedang bertaburan
di atas lantai. Dia berura-ura untuk mengutip serpihan tersebut sebelum
tubuhnya diangkat seperti papan dan dibawa ke belakang.
“kau tak payah nak buat scene kaca pecah kat sini. Aku
tak kuasa nak sentuh jari kau yang penuh kuman tu.” Rayyan tersedar tubuhnya
tidak berbaju dan hanya berseluar khaki. Otak siumannya mahu menyarung baju
yang tersangkut dibahu. Tetapi situasi di mata kini lagi penting.
Tasya terkejut lagi terpegun apabila dirinya yang berat
itu diangkat seperti papan oleh lelaki yang tak tahu malu di depan saatnya.
“saya tak...”
“dah, perg...”
“astaghfirullah al azim! Kamu berdua buat ape ni?!” pekik
mak cik imah dengan nada yang tinggi.
Zafie pula menutup mata sambil tersenyum. Dia turut over.
Rayyan menepuk dahi untuk kali kedua. Banyak betul drama
melayu hari ini. Dengan malasnya, dia menyarung baju tshirt di bahu.
“mak...”
“kamu berdua ni kan, kalau jabatan agama islam tetibe
terjah rumah ni. sah sah kamu berdua kena tangkap basah. Tak sanggup mak!” mak
cik imah berdrama lagi. Dia menutup wajahnya sambil menggeleng.
“celah mana pulak jabatan agama nak datang kat sini?”
keluh rayyan dengan fiil maknya yang sudah merapu. Terlebih tengok tv, mak ni.
dia kemudian mengerling ke arah tasya.
“dah kenapa kau jadi batu kat situ? Pergilah ambil
vacuum, bersihkan kaca ni! jangan sampai kaki aku terluka! Aku benci darah.”
Rayyan berlalu keluar dari bilik pejabatnya dan masuk ke bilik. Wajah mak cik
imah dan zafie dijeling sebelum melepaskan keluhan berat. Pintu bilik dihempas
kuat.
Zafie dan mak cik imah termangu untuk seketika dan
memandang ke arah tasya. Mereka cuba mencari jawapan.
Tasya tersentak dengan hentakkan pintu. Dia mengigit
bibirnya, menahan getar di hati. Alahai, ini kali kedua dia berjaya membuat bos
hantunya naik hantu.
“saya terpecahkan frame gambar bos.” Separuh hatinya mahu
menangis apabila dua pasang mata itu mencerun tajam ke arahnya.
“ya allah. Macam mana boleh jadi macam tu?”
“ni mesti tuan rayyan main cak-cak dengan awak kan?”
serkap jarang zafie. Dia biasa menemani ibunya menonton semua jenis drama di
rumah.
Tasya terpaku seketika. Serkap jarang mamat pelik ini
mengena! Belum sempat dia menjawab, sudah ade suara yang mencelah.
“eh kamu ni, tak usah nak mengarut. Dengar dek rayyan,
membebel pulak dia nanti. Pegi keluar nuh.” Mak cik imah menghalau. Dia perlu
focus kepada kaca yang sedang bersepah di atas lantai.
“saya gurau je. Saya tunggu kat bawah ye mak, nanti kita
sambung membawang.”
“tasya, kamu pergi ke stor. Cari vacuum dengan duct tape.
Mari kita bersihkan kaca-kaca ni. kalau rayyan kene ni, boleh demam seminggu
ni.” seloroh mak cik imah. Lebih kepada meroyyan untuk seminggu. Dia teringat
peristiwa ketika rayyan masih kecil, anak lelakinya itu terpotong hujung jarinya
dengan pisau. Lantas semua jenis penyakit di atas muka bumi ini bakal menyerang
tubuhnya. Naik pening dia melayan fiil rayyan ketika itu. Mahu menangis pun
ada.
“baik mak, saya pergi....” tasya semakin buntu. Dia perlu
meminta maaf dengan rayyan sebelum balik nanti. Khuatir pula dia. Mana tahu
datang hantu lelaki itu, dia dipecat tanpa notis!
P/S : ok x chapter ni? sorry ye cite agak bosan. tengah bertatih lagi ni
muka rayyan tunggu komen *wink2*
0 comments: