DTML

Don't Touch! My Love Bab 8

12:22 PM Unknown 1 Comments



Bab 8


Selepas kejadian tadi, sehari suntuk dia tidak bertembung dengan rayyan. Marah sungguh gamaknya. Zafie, si PA pelik pun sudah lama menghilangkan diri. Nafas dalam ditarik. Macam-mana Tasya mengerling pada jam di tangan. Pukul 8.03 malam.

“solat maghrib pun dah, sekarang masa untuk aku balik.” Dia berceloteh sendirian sambil melipat kain telekung. Saat dia mengelamun. Pintu bilik mak cik imah diketuk. Sesaat kemudian, wajah mak cik imah muncul di balik daun pintu.
“tasya.... jom makan.”
“aa... takpe mak... saya.” Tasya mulai tidak selesa dengan idea makan malam bersama bos hantunya. Takut dia mati tercekik dek renungan rimau lelaki muda itu. Banyak lagi benda aku nak kene atas bumi ni....
“ala takpe, rayyan takde. Dia dah makan sebelum maghrib tadi.” Jelas mak cik imah yang tersenyum lebar. Dia terasa gembira apabila dapat makan malam bersama tasya. Boleh korek rahsia tentang status gadis muda ini.
Tasya termangu seketika. Jam dikerling lagi. Pkul 8.07pm. dia takut pula tiada bas pula untuk membawanya pulang ke kampus. Assignment untuk minggu ini boleh tahan banyak. Kemudian dia melihat wajah penuh harapan milik mak cik imah. Dia akur.
“kalau takde bos, saya pun ok! Jom makan mak.” dia terus menggamit tangan mak cik imah dan berjalan beriringan ke dapur.
Mewah makan malamnya hari ini. Sedap masakan mak cik imah. Tetapi masakan membuat dia rindukan rumah.
“tasya, kamu berapa orang adik beradik?” tanya mak cik imah apabila melihat gadis itu hanya senyap dan sayu ketika mengunyah makanan.
“o, saya ade dua orang adik lelaki. Saya anak sulung.”
“mak ayah tasya kerja ape?”
Soalan itu membuat tasya termangu seketika. Perkataan ayah membuat dia teringatkan arwah baba. sudah 8 tahun berlalu, tetapi rindu kepada arwah baba membuatkan dia sayu.
“tasya...” mak cik imah sudah dipalu dengan rasa bersalah.
“ayah saya dah meninggal 8 tahun lepas. Mak saya kerja kerani je dekat kilang dekat kampung.” Jawab tasya dengan tenang. Tenang di riak, gelora di hati. Bertambah rindu pada ibu di kampung.
“innalillah. Maaf ye, mak tak tahu.” Ucap mak cik imah dengan riak sayu. Wajah cantik di sebelahnya dipandang dengan rasa sayang. Apa lah dugaan anak ni. Ya Allah kau permudahkan lah untuk anakku ini.
“takde ape lah mak. tasya redho dengan takdir ni. allah sayangkan ayah. Itu sebab tasya bekerja ni, tasya na...” tasya mengetap mulutnya. Alahai, dia terluah rahsia pula. Haa, pantang emosi sikit, semua benda nak luah!
“kenapa tasya berkerja part time kat sini?” celah mak cik imah. Tiba-tiba jiwanya dipagut rasa risau. Bermacam-macam kemungkinan bermain di mindanya saat ini.
Tasya tersengih.
“jangan nak sengih, baik kamu bagitau sebab ape kamu berkerja...” tegas mak cik imah.
Tasya agak terkejut dengan nada tegas mak cik imah di sebelahnya. Dia menarik nafas pendek,
“pak cik tasya call tasya minggu lepas. Dia nak tagih hutang. Dia kata kalau tasya takde duit, dia nak minta kat ibu tasya....”
“astaghfirullah al azim. Sampai hati dia kata gitu.” Mak cik imah mahu menangis tapi segera ditahan.
“jadi, tasya plan cukup duit dua ribu, tasya terus berhenti dan bayar hutang pak cik tasya tu.” Jelas tasya dengan penuh yakin. Setiap hari dia mengemas rumah bos hantunya, dia akan mendapat 150 untuk sehari. Kalau dia datang bekerja untuk 13 hari berturut-turut, dua ribu pasti akan datang dengan lebih cepat.
“ouh gitu. Kamu nak pinjam duit mak dulu tak?” pelawa mak cik imah dengan wajah bersungguh. Duit bukan masalah pada dirinya. Kepada siapa dia mahu belanjakan duit. Dia hanya sebatang kara. Wanita yang mandul ditinggalkan suami suatu ketika dahulu.
“takpe mak, kalau saya dapat dua ribu, saya terus berhenti kerja karang. Mak tak jumpa saya lagi ye.” Tolak tasya dengan senyuman.
“eh ke situ pulak dia! Kalau macam tu, tak jadi nak bagi pinjam. Boleh jumpa tasya lama lagi.”
“haa... tahu takpe.” Ujar tasya sambil mengenyit mata.
Tiba-tiba azan isyak berkumandang dari masjid kawasan perumahan.
“haa... dah azan dah tu... jom habiskan makanan.... lepas kita solat sama-sama ye.” Mak cik imah kembali menjamah nasi di pinggan.
“ok.. tapi mak, janji jangan bagitau bos ye. Saya tak nak dia kesian dengan saya.” Acah je drama korea pulak aku ni! perangai dah hantu, mustahil ade sifat kesian kat orang lah!
“ye la.” Mak cik imah berhelah. Dia tidak berjanji, dia hanya berye-la.
Usai menutup pintu pagar rumah, tasya mengatur langkah ke stesen MRT. Penat dan lesu tetapi dia perlu gagahi jua. Ikutkan malas, mahu saja dia menelefon illa untuk mengambilnya tapi berat  pula hati mahu menyusahkan orang. Jadi dengan pasrah, dia berjalan ke arah stesen mrt dengan perlahan-lahan. Nasib baik jalan perumahan ini terang benderang. Maklumlah rumah orang kaya.
            Tasya kemudian mengeluarkan phone cap ayamnya. Handphone second hand illa dibelinya dua tahun lepas. Samsung note3. Niat mahu mendengar lagu tetapi bateri phonenya sudah menjejak angka 5 peratus. Maka dengan ini, dia akan berjalan bertemankan lampu jalan dan deruan angin. Nasib lah.

#

Rayyan menyapu sanitizer pada tangannya dan menyebur spray sanitizer pada wajahnya, air purifier di dalam kereta dihidupkan. Engine dihidupkan. Dia menarik nafas lega.
Jam di dashboard dikerling. Pukul 8.55 malam. Lama kuliah maghrib di masjid sebentar tadi. Walaupun penyakit fobianya, aia tahu akan kepentingan solat berjemaah. Justeru dia akan mengambil tempat duduk di saf paling depan dan hujung ketika solat. Dibawa bersama sejadah yang dibasuh setiap hari. berstokin dan berwuduk yang pasti.
Kalau masjid mengadakan kuliah, dia akan membawa diri ke kereta dan mendengar dari jauh. Itu saja caranya untuk dia mendengar ceramah. Salam-menyalam? Sudah pasti dia terpaksa salam-menyalam tangan kepada yang menghulur. Kelak tangan itu akan disanitize dan dibasuh dengan sabun. Jika tidak ada yang menghulur, dia akan berlaju dan beredar dari jemaah dengan senyap.
“selesai pun untuk hari ni....” dia bermonolog sendiri. Bunyi radio yang membingit itu dimatikan. Bunyi bising pun persis kuman. Dia benci!
“rasanya budak tu dah balik kot....” rayyan betul-betul mengharap budak perempuan itu sudah pergi dari rumahnya. Entah mengapa dia seakan berperang untuk duduk satu ruang dengan gadis itu sehinggakan menganggu momentum kerjanya.
Satu petang rayyan berjaya mengawal dirinya dari berjumpa dengan tasya. Pelik. Mungkin dia jakun dengan kehadiran orang baru di dalam rumahnya. Selalu jumpa mak cik imah, zafie dan 4 orang pembantu rumahnya. Jadi bila adanya tasya, dia jadi magnet kepada gadis tersebut.
“nafsu.... nafsu....” ujarnya sendirian.
Elok sahaja keretanya membelok masuk ke lorong perumahannya, matanya menangkap satu lembaga sedang berjalan lemah keluar dari lorong.
“tasya?” keningnya bersambung. Biar betul budak ni, baru nak balik. Dia buat ape dari tadi. Ni mesti keje mak ni.

Tanpa berfikir panjang, rayyan menekan hon. Terkuar pulak,
“rayyan... asallah kau nak sibuk pasal budak ni... biar lah dia. Pandai-pandai hidup.” Dia sudah menyesal dengan separuh hidupnya.
Tasya pulak terloncat sedikit apabila dia seakan dihon dari belakang. Hampir gugur jantungnya. Dia menoleh ke ke belakang lantas mengecilkan mata. Silau! Lampu kereta import terlalu terang. Dia cuba mengenal pasti pemilik kereta yang menghonnya sebentar tadi.
Rayyan pula melepaskan nafas perlahan. Budak cleanernya ini memang dasar lembab. Kereta bos sendiri pun tak kenal. Dia kemudiannya menggerakkan kereta di sebelah tasya dan menurunkan tingkap kereta.
“oi budak.” Sapanya. Kasar. Entah mengapa dia sukar untuk berlembut dengan gadis yang serba tidak kena pada matanya.
Tasya terlongo seketika. Baru niat mahu mengsound mangkuk hayun yang suka hati menghon gadis jelita dan ayu.
           “b.... boos....sse.”

p/s esok dan weken takde new n3 ye. btw, drop comment ye.

You Might Also Like

1 comment: