DTML
BAB 9
P/S: rabu pulak ye. *wink2* thanks yadam for the comment! sgt2 dihargai!
Don't Touch! My Love Bab 9
BAB 9
“oi budak.” Sapanya. Kasar. Entah mengapa dia sukar untuk
berlembut dengan gadis yang serba tidak kena pada matanya.
Tasya terlongo seketika. Baru niat mahu mengsound mangkuk
hayun yang suka hati menghon gadis jelita dan ayu.
“b.... boos....sse.” tergagap dia menutur ayat itu. Wajah
kacak bosnya muncul di balik tingkap kereta. Siap berkopiah dan berjubah.
Handsome. Memang handsome. Alahai cik hati, memang brader depan kau ini macam
bulan jatuh ke riba.
“ye la, aku lah ni. tak kan setan pulak...”
“eh, betul seta..... assalamualaikum boss.” Sempat dia
menyekat perkataan setan itu.
Rayyan seakan mendengar sesuatu tetapi dengan lowkeynya,
dia menjawab salam itu dengan perlahan. Main kasar betul budak ni. dia nak
panggil aku setan.
“kau nak pergi mana ni....” soalnya dengan kening
bersambung.
Tasya menarik muka sedikit sebelum kembali senyum. Susah
betul nak jawab salam dengan betul.
“nak pergi raya boss. Kenapa, nak ikut ke?” selorohnya.
Tanya lagi soalan obvious.
“aku tanya betul-betul ni, jawab lah. Aku pecat karang.
Nangis.” Ugut rayyan dengan selamba. Nak main kasar sangat kan. Ambik kau. Dia
menyembunyikan senyuman kemenangan apabila melihat riak gadis itu berubah
suram.
Terlucut senyuman dari bibir tasya dek ugutan jahat
bosnya. Dasar setan bin hantu! Dia sedaya upaya menenangkan riak wajahnya,
“sorry bos, saya nak balik kampus la. Nak naik mrt....”
jawabnya dengan nada sedikit bergetar. Ya Allah, kuatkan lah hati ini.
“okey....” rayyan cuba melawan dirinya dari membuat
sesuatu yang dia akan menyesal esok hari. jangan bro, jangan! Dia cepat-cepat
menaikkan tingkap keretanya dan beredar dari situ.
Tasya mahu menjerit sekuat hati tetapi memikirkan dia
berada di perumahan orang kaya. Niat bodoh itu dibatalkan. Karang aku pulak
kene tabuh dengan jiran hantu tu.
“ingat tanya tu, nak hantarlah aku balik. Dasar takde
perut punya bos!” tapi silap dirinya juga. Dia tidak patut memletakkan harapan
tinggi pada muka-hensem-perangai-hantu itu.
“jalan je la tasya hanim oi. Sikit lagi sampai la...” dia
memberi semangat kepada dirinya. Namun beberapa langkah kemudian, dia dihon
lagi. Dia terloncat lagi. Dengan penuh bengis, dia berpusing ke arah mang...
“dah cepat naik, sebelum aku bertukar fikiran....”
“bo...”
“cepat lah naik! Kalau tak, aku tinggal ka....”
“eh jangan bos! Terima kasih bos!!!” tasya meluru ke
pintu depan. Belum sempat dia menyentuh pemegang pintu. Ada suara yang menegah!
“jangan! Nah ambik ni.” rayyan menghulurkan sarung tangan
plastik ke arahnya.
Dengan terpinga-pinga, tasya mengambil sarung tangan
tersebut. Baru dia teringat bahawa yang menolongnya ketika ini adalah lelaki
yang takutkan kuman dan bukanlah prince charming. What a life!
“thank you boss....”
“dah habis sarung, duduk belakang. Please duduk atas
sejadah aku ni.” rayyan menghulurkan sejadahnya kepada tasya yang masih di luar
kereta.
“okey...” tasya hanya mampu mengawal riak wajahnya dari
bertukar. Syarat nak masuk kereta sudah seperti syarat nak masuk dewan
peperiksaan. Kalaulah jadi bini dia ni, macam manalah syarat dia nanti. Ops!
Jauh. Jauh.
“dah masuk.”
#
Sepanjang perjalanan, sunyi berkumandang dengan kuatnya.
Tasya sudah tidak senang duduk. Kalau naik grab, senang sikit mahu memulakan
perbualan. Lama dah ke start grab? Part time ke full time? Tapi masalahnya
sekarang, lelaki yang sedang memandu kereta saat ini adalah bosnya aka hantu.
Kalau
aku silap tanya, memang kena tinggal tepi jalan ja la. Tak nak tanya, macam
mana panasnya api neraka. Tu soalan minta kene pecat. Fikir tasya hanim, fikir!
Dek
suasana terlalu sunyi, rayyan sendiri terasa janggal berduaan dengan budak yang
sedang berhalusinasi di tempat duduk belakang. Budak ni macam kene sampuk jin.
Cakap sorang-sorang. Kan aku dah cakap, this is really a bad idea!
“kau
sihat ke tak ni? nak aku bawak kau pegi darul syifa ke?” rayyan mahu menelan
kembali soalannya.
“haa?
Bos, macam mana dengan panas api neraka?” dek terperanjat dengan suara garau
bosnya, soalan minta dipecat terluncur keluar. Memang sah, tasya. Memang sah
kau ni dah biul!
“ape!?”
suara rayyan sedikit meninggi. Dia yang sedang berjubah lengkap dan berkopiah ditanya
dengan soalan keadaan api neraka. Jap, dia nak tahu macam mana panas api neraka
ke? Dia termangu seketika dengan soalan agam tersebut.
“aaa....”
tasya hilang kata. Kakinya terketar-ketar menahan rasa takut di hati.
“google
lah, manalah aku tahu nak describe macam mana. Tapi yang aku tahu, that’s the
place you want to end up with.” Ujar rayyan dengan nada lembut. Teringatkan
akan api neraka membuat dia rasa takut. Segera bibirnya beristighfar.
Tasya
hanya mampu mengangguk. Selamat dia dari kebodohan diri sendiri. Hatinya
sedikit terusik dengan nada lembut bosnya. Tanpa dia sedari, soalan kedua
meluncur keluar,
“kenapa
bos tinggal dengan mak cik imah dekat rumah bos? Mana ru...” erk! Tu soalan
peribadi. Tasya hanim! Asal la kau sibuk sangat ni!?
Rayyan
terdiam seketika. Sudah lama dia tidak mendengar soalan tentang keluarganya
dari orang luar. Biasa, ramai hanya kagum kepada kejayaannya. Senang cerita,
kaya dan berjaya adalah bahagia dan gembira. Walhal, semua kaya dan berjaya ada
cerita disebaliknya.
“bos,
sorry. Bos tak perlu jawab soalan kepochi saya....”
“kalau
aku jawab, kau kene bagi aku something in return.... deal? Aku bukan senang nak
ceritakan my private to anyone. Itu pun kalau kau nak tahulah...” pancing
rayyan sambil menjongket kening ke arah cermin belakang. Wajahnya masih dikawal
dari mengukir senyuman.
Tasya
terdiam sebentar. Dia memikirkan tawaran yang menarik itu. Sememangnya dia
antara manusia yang suka mendengar rahsia manusia-manusia sejagat. Bukan
pembawang, hanya kepochi. Alahai, deal sungguh mengugat jiwa aku! Here is the
plan! Aku dengar cerita, barulah aku boleh faham dia.
“ok
deal.... tapi hutang ape?” soalnya. Ada
sedikit ragu dan kemungkinan besar dia akan menyesal dengan deal ini.
Rayyan
tersengih.
“anything....”
“bos,
kalau bos minta bukan-bukan....”
“jangan
nak fikir haru-biru. Tu tunggu kita jadi laki-bini....” rayyan terkelu.
Tasya
berhenti bernafas.
“....
tapi don’t worry aku tak hadap dengan budak muka macam kau...” laju rayyan
cover ayatnya. Ceh, gile ape aku nak kahwin dengan budak ni. dia cuba maintain
posisi tubuhnya dan menenangkan hatinya yang berdebar. Otak gilanya sudah
membayangkan dia dan tasya berlari dengan anak-anak mereka. Sah! Sah aku
gersang! Astaghifirullah al azim!
Tasya
gelak kuat. Gelak tak ingat dunia! Dia menepuk-nepuk kepala seat pemandu dengan
kuat. Sambil hatinya menyumpah seranah makhluk syaiton di depannya. Kurang ajar
punya jantan! Kalau aku mati tadi, tak pasal mati katak perasan je!
“lawak
la boss....” dia masih meneruskan ketawanya.
“oi oi.
Dah la tu!” marah rayyan.
“ok dah...”
seperti kilat, tasya berhenti ketawa. Bukan takut, tapi sengal.
“deal.
Bila aku dah idea nak minta ape.... don’t ever back from your word. Deal.”
“deal.
Tapi kalau bos minta pelik-pelik, saya ade hak untuk tolak. Deal?” tasya
memeluk tubuhnya dan merenung tajam wajah bosnya di cermin belakang.
“easy.
Deal!” rayyan tersenyum.
“okay.
Ceritalah.”
“ok, I’m
the only son. My mom diead a few months after giving birth. My dad solely raise
me with mak. mereka berdua adalah manusia yang paling penting dalam hidup aku.
Sekarang ayah aku pergi mengembara keliling dunia. So, tinggallah aku dengan
mak.” jelas rayyan. Dia cuba untuk tidak memikirkan tentang ibu kandungnya.
“bila
bos ade penyak....”
“since I
was 13 years old. Aku jadi terlalu aware dengan surrounding aku. Then aku keep
sakit dan demam for a whole year. Then, I went from lasak to this guy...”
ujarnya perlahan. Banyak cacian dan ejekan yang dia terima dari sekeliling dek
kondisinya. Puas daddy membawa dia pergi berjumpa dengan doktor. Tapi semuanya tidak
berhasil. Sejarah dibuli dan diejek membuat fobianya semakin kuat. Persis dia
seakan fobia pada manusia.
Tasya
hanya mampu mengangguk. Sedih pula cerita lelaki hantu ini. Padanlah perangai
dia macam hantu, rupanya kesan dari masa lampau dia.
“bertabahlah
bos, InsyaAllah things will get better. I’m here to help you....”
“of
course, kau hutang aku.” Ujar rayyan dengan penuh senang.
“ye.
Saya ingat. Don’t worry. Eh bos, kita dah terlepas bus stop.”
“takpe
la, aku hantar kau sampai masuk kampus kau. Karang, jadi ape-ape. Aku pulak
kene cari dengan polis.” Ujar rayyan.
Tasya
hanya mampu terseyum dan mengangguk faham. Dia kemudian dan tersandar pada
cushion empuk kereta dan pap!
P/S: rabu pulak ye. *wink2* thanks yadam for the comment! sgt2 dihargai!
0 comments: