Stop Bully! My Love Bab 4
asssalamualaikum n H! semua~
raya dah dekat ni...
sape nak SBML versi raya?
shout in komen ye!
Bab
4
Dalam
kereta BMW525i CKD M-sport milik mama Wawa yang dipandu oleh Pak Rahim, suami
kepada Mak Esah merangkap pemandu keluarga Tuan Yusuf dan meyandang jawatan
sebagai ayah angkat kepada wawa dan hashim. Pak Rahim hairan melihat gelagat Wawa
mengomel seorang diri seakan-akan tidak puas hati dengan seseorang tetapi
dengan siapa? Wawa duduk di sebelah kerusi pemandu setelah pintu kereta itu
dihempas kuat. Pak Rahim tersenyum melihat perangai Wawa yang masih kebudak-budakan
itu.
“aik?
Kenapa monyok je ni? Nanti belum umur cukup, muka Wawa tu dah berkedut pulak,
kan tak pasal-pasal kurang duit hantaran” gurau Pak Rahim. Dia bersyukur kerana
diberi peluang untuk menjadi ayah angkat kepada kedua adik-beradik it. Mereka tidak
sombong dan amat menghormati orang. Dia sendiri mengetahui Wawa mendapat
jolokan DIVA P di sekolah, tetapi itu semua tidak menghalang Wawa untuk
menghormati mereka-mereka yang lebih tua darinya.



