MiniNovel : Your Toy, My Love Part 6 (END)




“awak tak ape-ape ke?” soal tiya kepada edd selepas meninggalkan balai polis. Rafiq dan 2 orang kawannya ditahan di dalam lokap.
“do I like okay to you?”

MiniNovel : Your Toy, My Love part 5




Selepas sahaja bas berhenti di depan masjid, tiya yang tadinya diam terus mengajak edd untuk berjumpa. Kali ini, jihan dihalang dari ikut sekali.
Edd mula dipagut rasa tidak senang. Langkah tiya diikut sehingga ke depan tasik bersebelahan dengan masjid yang sunyi dari manusia.
“tiya…”
“edd, betul ke awak pernah cabul budak perempuan?” dengan sekali nafas, tiya menembak soalan itu. separuh hatinya tenang. Separuh lagi ditoreh.
Edd terkejut. Seribu satu persoalan mula bermain di mindanya.
“edd…. Betul ke?”
Edd menarik nafas sebelum tersenyum.
“kenapa kau sibuk nak tahu? Kalau betul, kenapa? Kau takut?” senyuman edd semakin lebar.
Jantung tiya seakan terhenti seketika.
“ta…”
Edd ketawa seketika. Dia kemudian meludah dengan kuat.
“puih! kau rasa jijik? Did I forgot to tell you about rules of a toy?”
Tiya diam.
“first rules, no need to care about me, second, no love involve, third, use me till you sick of me…. Like Laila done…” ujar edd.
Tiya ditampar kuat. Dia tidak berniat untuk masuk campur dalam hal hidup edd. Dia Cuma mengambil berat akan lelaki itu dan….
Jadi kau suka dia? No!
Hati tiya berbahas.
“I am not Laila!”
“ouh lupa, kau jenis stok ustazah…. So, sekarang? Macam mana? You want this game to end?”
“we never start anything edd…”
“that’s why…. being your toy is damn boring! Kau sedar tak! banyak-banyak perempuan, kau lah perempuan paling boring yang aku pernah jumpa…” itu adalah perkara yang paling dikesal oleh edd. Dia mahu menyakitkan hati rafiq dan Laila. Namun dia tidak dapat melakukan perkara tersebut disebabkan tiya tidak mahu melakukannya.
“sebab awak bukan mainan saya…. Awak kaw…”
“kawan?” edd ketawa. Kuat. Belakang kepala digosok dengan sebelah tangan.
“awak kawan saya…” ujar tiya dengan suara yang bergetar.
“kau nak kawan dengan pencabul?”
“edd…. Saya tak bermaksud…”
“no need explaination…. So, kita habiskan permainan ni…”
Tiya bungkam. Dia tidak tahu apa jawapan yang dia harus jawab.
“I think this all things is ended since you know about me…” edd membuka langkah pergi.
Air mata menitis jatuh ke pipi tiya.

#

Edd menghempaskan tubuhnya ke atas katil. Kepalanya serabut.
“argh!!” jeritan bergema.
Hatinya sakit! Tidak sangka perkara itu sampai ke telinga tiya! Lantas otaknya cuba mencari gerangan yang tempayan. Tidak ramai yang tahu akan kes dan suspek kes cabul awal tahun ini.
Jamil?
Mana mungkin! Hubungannya dengan jamil lebih kuat dari hubungan dia dengan adik beradiknya.
Siapa lagi!
Laila…
Suara kecil itu berbisik.
“argh!! Sial betul kau!” dia yakin betina itu yang memberitahu tiya. Sesaat kemudian terdengar bunyi azan asar berkumandang. Hatinya dijentik satu keinginan.
Masjid.
Lantas kunci kereta yang terletak cantik di atas katil disambar.

#

Incoming call
Laila
“helo awak! Macam mana?”
“kenapa awak nak bagitau saya semua perkara ni?” tiya terus menembak soalan itu.
“sebab I tak nak you jadi mangsa dia…”
“tch…. Awak jangan menipu…. Ape yang awak nak?”
“I just tolong you…. As a reward, give that ring back…”
“I will, but saya akan bagi ke rafiq…”
“okay then.. klik!”

#

Rafiq tersenyum bila mendapat mesej dari tiya.
“wei! Budak ustazah tu nak jumpa aku! Siak!” jeritnya.
Lalu keluar semua kuncu-kuncu dari luar pintu.
“serius?”
“serius la! Dia kata dia nak bagi aku cincin tunang!”
“nice! Fiq! Kau ambil cincin tu! Pastu jual, boleh kita enjoy…” cadang amirul dengan maa bercahaya.
“tak boleh la, cincin ni aku nak bagi Laila…”
“alah, kau beli la cincin lain untuk pisau cukur tu…. Cincin ni kau jual, jom la pergi krabi hujung minggu depan…” cadang amirul lagi.
“betul tu! Jom la bro!” sokong nizam.
“okeh…. Tapi korang kene tolong aku, aku nak bagi sikit hadiah kat ustazah tu…”
“hadiah ape?”
“kita kacau sikit budak tu…”
“eh kau! Jangan buat gile! Nanti kene panah petir! Aku tak mau…”
“aah la, selalunya orang baik macam ustazah tu, doa makbul…”
“alah…. Bukan nak rogol pun, usik je…. wei, jom la…. Pergi krabi, my treat!”
Lama nizam dan amirul berfikir.
“jom! Aku try gak usik ustazah…” ujar nizam yang sudah terhasut.
“kalau macam tu, aku join la sekali…. Usik je kan?”
“ye la, usik je…. tapi budak tiya tu memang lawa kan…”
‘wei, dah la wei…. Jangan lebih-lebih, nasib kes awal tahun tu kita dah ade kambing hitam…”
“tu bukan kambing dah wei! Tu macam lembu dah!”
Lantas tiga orang kawan itu ketawa sekuat mungkin.

#

Selesai menunaikan solat asar, tiya bersiap untuk bertemu rafiq.
“tiya, kau nak gi mana?”
“nak jumpa rafiq…. Nak bagi balik cincin tunang ni…”
“kau tak nak aku teman ke?”
“takyah la kot, aku bagi terus bla….”
“orait, anything call me…” ujar jihan. Kadang kala ada perkara yang room mate sukar untuk kongsi bersama.

#

“tak guna punya jantan! Kau pergi ambil cincin tu senyap-senyap je!?” teriak Laila apabila membaca mesej dari tiya. Dia yang baru sahaja usai mandi pantas menjerit.
Kemudian bibirnya tersenyum.
“kau nak makan sorang-sorang ye rafiq…. Siap kau…”

#

Tiya berjalan menuju ke blok berdekatan dengan klinik kampus. Kawasan itu sunyi dari manusia. lenggang.
“hai atiya!” jerit rafiq dengan penuh debar di dada.
“assalamualaikum…”
“walaikumussalam cikgu” serentak tiga sahabat itu menjawab.
“nah cincin awak…” cincin diletak di atas meja di depan klinik. pada saat itu, handphone tiya bergetar. Mesej masuk. Hati tiya mula tidak sedap. Dia laju membaca mesej tersebut.
Inbox:
Laila
Ops! Salah information…. Bukan edd, tapi Rafiq dengan kawan-kawan dia yang cabul budak perempuan tu awal tahun lepas… beware ye sayang!
Berderau darah tiya membaca mesej tersebut. Rasa takut mula menjalar ke tangkai hatinya. Kakinya mula bergetar.
“saya pergi dulu….” Langkahnya mati apabila hujung lengan bajunya ditarik oleh seseorang.
“nak pergi mana tu…”
“lepas la…”
“amboi, garangnya…. Aku ni bekas tunang kau…”
“rafiq…. Lepas la!” jerit tiya, suaranya mula bergetar.
“jangan la jerit sayang…. Klinik tu tutup…. Takde orang nak dengar….” Ujar rafiq.
Nizam dan amirul tersenyum lebar.
Tiya cuba menarik lengan bajunya. Terlepas. Dia mahu membuka langkah pergi namun dihalang oleh amirul dan nizam.
Ketiga-tiga lelaki itu sudah dirasuk syaitan. Hujung tudung tiya ditarik perlahan.
“jangan…. Ya allah…”
“cam ni la, kau kiss dulu aku, baru aku lepaskan kau…”
“kau memang dasar syaitan kan!” jerit tiya.
“eh, jangan la marah, marah tu syaitan…. Nanti kita sama-sama jadi syaitan…”
Tiya sudah merasakan tubuh batang lelaki berada begitu rapat dengan dari belakang. Dia perlu lari.
Lari!
Edd berpaling ke arah sekumpulan lelaki yang sedang mengerumuni sesuatu. Hairan. Langkah masih diteruskan menuju ke arah klinik sehingga dia terdengar suara tiya. Lantas darahnya berderau apabila mendengar gadis itu meminta untuk dilepaskan. Tanpa ragu, kaki dihayun laju menuju ke arah kumpulan lelaki itu,
“woi!”
Rafiq berpaling.
“ed…” belum sempat dia menyebut nama tetamu tidak diundang. Pipi kanannya sudah terasa kebas. Dia mula terhuyung haying.
“jahanam!” edd menumbuk lagi perut rafiq dengan padu.
Azrul dan nizam terpegun melihat rafiq dibelasah dengan laju.
Tiya turut terpaku. Perlahan-lahan air matanya jatuh ke pipi.
“wei zam…. Tolong rafiq….” Azrul berbisik.
“tak nak aku…” balas nizam. Kemudian dia mendapat idea jahat. Lengan tiya digenggam kuat,
“baik kau suruh budak lelaki berhenti, kalau tak, aku rentap tudung kau…” ugut nizam.
Kini azrul turut tersenyum.
tiya mengeluh. Dia tidak mahu melakukan perkara yang dia fikirkan saat ini. Namun keadaan terlalu memaksa,
“saya tak nak awak sakit…. nizam” ujar tiya. Kali ini dia tidak merayu.
“kau na…”
Tiya mengenggam leher baju lelaki disebelahnya. Kakinya menolak sedikit kaki nizam ke belakang. Lelaki itu mula hilang imbangan. Center gravity nizam sudah mula lari. tiya tersenyum lantas membaling lelaki itu ke hadapan.
Azrul ternganga.
Situasi itu tidak disedari oleh edd dan rafiq yang sedang bergelut hebat di atas lantai.
Nizam terus kaku di atas lantai. Dia kaget untuk membuka mata, khuatir ustazah itu akan memijak wajahnya pula.
Giler punya ustazah! Dia buat ape tadi!?
Melihat nizam tidak terkutik di atas lantai, tiya mengalih pandangannya ke arah azrul yang masih berdiri di sebelahnya,
“awak nak kene juga ke?”
Azrul pantas mengeleng.
“dah, pergi halang dorang dari berbunuh…”
“baa…. Baiii…. Ik” azrul meluru ke arah rafiq dan edd. Nasib tidak baik apabila dia pula terkena tumbukan rafiq.
“adoi!”
“sana la sia*, aku nak selesai kan hal aku dengan anak jin!”
Edd hanya mendiamkan diri. Satu tumbukan berjaya disampaikan ke dada kiri rafiq. Satu lagi tumbukan ke dada kanan rafiq.
Rafiq mengerang ke sakitan.
Edd menendang lutut rafiq lantas lawannya itu jatuh melutut ke depannya. Dia mencengkam rambut rafiq dengan kasar,
“tak cukup kau cabul budak bendul, sekarang nak cabul budak stok ustazah….”
Rafiq ketawa. Tekaknya terasa kelat dengan darah,
“sape kata aku nak cabul? Aku nak lebih lagi…”
“jahana*!” edd berniat melututkan kepala rafiq saat ini namun kakinya ditahan terhenti dengan panggilan tiya. Dia memalingkan wajah ke arah suara itu.
Tiya menggeleng. Dia tidak mahu perkara menjadi lebih teruk. Wajah rafiq yang biru dengan lebam dan merah dengan darah itu dilihat dengan rasa jijik,
“saya fikir awak lebih baik dari semua ni…”
“pergi mam…”
“maaf rafiq, saya dah hubungi pak guard….” Ujar tiya.
Mata rafiq mula membulat. Matilah dia kali ini. Cukup kes cabul lepas apabila dia berjaya mencari hitam. Dia tidak boleh biarkan perkara ini sampai ke mama dan papa.
“tiya…. Jangan…. Kau kenal mak ayah aku…. Kau…”
“maaf fiq, mak ayah awak patut tahu perangai awak yang sebenarnya…. Ade hikmah kenapa saya yang bertunang dengan awak, dan bukan gadis lain” tiya tersenyum senang. Matanya kini beralih pada wajah edd.
Wajah edd yang lebam dek pergelutan itu dipandang dengan pandangan sayu.
 * p/s one more part then tamat! esok lagi ye! bye2... as usual, drop your komen eh :D

MiniNovel : Your Toy, My Love part 4




Sewaktu edd menapak ke kantin sekolah, semua mata pelajar dan fasi melekat pada pasangan yang baru tiba. Suasana yang tadinya riuh kini bertukar senyap.
Edd mula cuak.

MiniNovel : Your Toy, My Love part 3




Incoming call
Edd
Tiya mengangkat panggilan tersebut dengan beribu persoalan yang bermain di minda.
“tiya…. Kau tak dinner ke malam ni?”