DTML
Bab 11
Don't Touch! My Love Bab 11
Bab 11
Awal subuh lagi,
tasya terus bangkit dari baringnya dan mencari handphone yang sedang berlagu
bingit di atas meja belajar. Jam 5.30 am. Nasib baik illa tolong cas
handphonenya. Dia menyapu mukanya dengan perlahan. Penat semalam masih terasa
ke hari ini. Dia kene kemudian mengejutkan illa dan mereka berdua pergi ke
masjid untuk solat subuh.
Sementara
menunggu tok bilal melaungkan iqamat, tasya mula merancang harinya sehinggalah
dia teringat akan arahan bos kacak. Kacak? Of courselah kacak, untuk hari ini
dan saat ini.
“so, aku
tak jumpa dia untuk hari ni...” dia mengumam seorang diri.
“ape?”
soal illa.
“takde
pape....” tasya tersengih. Kemudian iqamat pun dilangsungkan. Solat subuh pun
berlangsung seminit selepas itu. Saf jemaah perempuan yang hanya sebaris itu
membuatkan tasya bersyukur dia masih terpilih untuk menjadi tetamu allah pada
subuh hari ini. Tidak semua mampu untuk bangkit subuh. Yang bangkit, bersyukur.
Yang lena, beristighfar.
Usai
solat subuh, tasya berlalu ke tandas. Dia kemudiannya menulis mesej dan
dihantar kepada bos tercinta. Eh. Terhormat. Setelah beberapa saat, mesejnya
doubletick dan status bosnya Online. Kemudian last seen. Tasya membulatkan
mata! Dia telah didoubletick oleh bosnya sendiri! Dia menepuk dahi sendiri,
“mesti
dia ingat aku ni mengada-ngada....” dalam otaknya, perkataan perigi cari timba
berlaung kuat! Dia mahu menangis. Mahu di delete, sudah doubletick. Mahu
diundurkan masa, dia bukan harry potter. Sudahnya, dia hanya mampu menahan
malu.
“kau dah
kenapa? Muka merah semacam. Demam ke?”
“takdelah...”
“ok! Now
cerita pasal semalam.... macam mana bos hens....” illa mengesel-gesel bahunya
dengan tasya.
“aku tak
nak cerita dan dia tak hensem pun! Dia.... kacak” tasya mahu menangis. Otaknya
sudah berfikir bermacam-macam kemungkinan.
“lah.
Kenapa pulak ni? semalam kata nak cerita, ni ape kess pulak....” illa
menghentikan langkahnya dan mencerunkan matanya ke arah tasya yang semakin
merah wajahnya. Kawan aku ni dah kenapa?
“aku
mesej dia, dia doubletick aku.... macam mana ni illa. Aku dah jadi perigi.”
Tasya mahu menangis sekuat mungkin. Tapi sedari dia masih di public, niat itu
dimatikan.
“laaa....”
illa hanya mampu ketawa kecil dan mengeleng kepala. kereta myvi diunlock dan
tasya kembali meroyan. Sah, kawan aku ni dah tangkap cintan.
#
Usai doa diaminkan, rayyan berura-ura untuk berdiri dan
melarikan diri dari saf. Namun plannya terganggu apabila handphonenya bergetar.
Mungkin mesej masuk. Dia kemudiannya mengeluarkan handphone dari kocek
jubahnya.
Mesej
dari tasya....
Bibirnya
mengukir senyuman kecil. Tanpa sedari, dia menunggu something dari gadis yang
dihantarnya kemarin. Gadis yang dicuri lihat sepanjang hari.
Budak
cleaner :-
Salam
boss, terima kasih sebab hantar saya semalam.
Rayyan
menekan skrin handphonenya untuk membalas mesej tersebut, tapi bahunya
tiba-tiba disentuh oleh seseorang. Dia tersentak lantas mematikan phone dan
berpaling. Dahinya mula merintikkan peluh dingin. Jantungnya mula berdegup
laju. Namun, pesan doktor peribadinya cuba diputar di ruang minda.
Jangan panik, react macam biasa. Nothing is
wrong. Fight the fear.
“assalamualaikum...”
ucap pak cik yang berkopiah putih, berbaju melayu biru dan berkain pelikat.
Rayyan
cuba mengawal riak wajah dari berubah keruh. Panik yang mulai menjalar di hati
cuba dikawal. Dia cuba sedaya yang mungkin. Fikirannya mula mencipta pelbagai
imaginasi. Membayangkan kuman sedang menyerangkan. Tenang. You can fight
this....
“walaikumussalam.
Ye pak cik...” jawab rayyan dengan suara sedikit bergetar.
“pak cik
nak tanya sikit boleh. Tak menganggu ke?”
“tak
tak. Tanyalah pak cik....” rayyan menahan dirinya dari panik sekuat mungkin.
“oh lupa
pula, excited sangat nak bersembang dengan kamu. Nama pak cik, nik arif. Panggil
pak cik arif je. Nama siapa?” pak cik arif sudah lama menyimpan niat untuk
berkenalan dengan pemuda kacak yang sentiasa hilang selepas doa. Kali ini, dia
dapat peluang untuk berbual dengan pemuda tersebut.
“Nama
saya, rayyan....” rayyan menelan liur. Lebih haru apabila lelaki tua itu
menghulurkan salam perkenalan. Tetapi dia mengagahi dirinya untuk berjabat
tangan dengan lelaki tua tersebut. Tangannya digenggam erat oleh pak cik arif.
Hatinya semakin laju berdegup. Saat tangannya dilepaskan, dia melepaskan nafas
lega.
“o, dah
lama pak cik nak kenal kamu. Ye la, habis doa je, terus kamu hilang. Macam
pelesit.” Usik pak cik arif dengan sambil menepuk bahu lebar anak muda di
sebelahnya.
Rayyan
seakan hilang kata-kata. Dia Cuma mampu ketawa bersama. Dipaksa. Nafasnya mula
tidak menentu. Naik dan turun, tidak sekata. Mula sesak. Kepalanya mula
berdenyut. Dia perlu cepat beredar dari situ sebelum dia pitam. Dalam panik dan
sesak, dia cuba mencari alasan untuk beredar.
“kamu
duduk mana?” tanya pak cik arif cuba
membuka cerita.
“saya
duduk dekat lorong satu.....” jawab rayyan dengan laju. Nafas ditarik perlahan
sebelum menyambung kembali,
“maaf
pak cik, mak saya dah pesan untuk balik awal....” tipunya. Dia bingkas bangkit
dan berjalan laju ke pintu utama masjid. Kepalanya sudah mula menekan. Dia
sempat berhenti mengambil nafas dan kembali berjalan laju ke kereta. Sudah
terlambat, dia sudah demam...
#
Mak cik
imah mengerling pada jam di dapur. Dia sedang menyiapkan sarapan untuk rayyan
kini termangu.
“eh, dah
pukul 8.30 pagi.... mana budak ni pergi? Nabila, kamu ade nampak kereta rayyan
kat halaman tadi.” Soalnya kepada nabila yang baru sahaja muncul dapur.
“takde
pula mak. ade satu kereta je kat tempat parking tadi. Tuan rayyan tak balik
lagi ye?” duga nabila sambil mengelap peluh.
“aah,
selalunya pukul 6.30, dah terpacak berdiri depan pintu.” Takkanlah pergi ambil
tasya datang sini pulak.
“ade
kuliah kot dekat masjid mak.” celah nadia aka pembantu dapur mak cik imah
sambil membasuh kuali di singki.
Mak cik
imah hanya mengangguk,
“mungkin....”
dia berdoa agar tiada benda buruklah yang berlaku.
Sesaat
kemudian, syida masuk ke dapur untuk mendapat air. Syida adalah pembantu rumah
ketiga.
“mak,
kenapa dengan tuan rayyan tu? Pucat semacam je saya tengok.” Ujarnya sambil
meneguk air dari machine coway.
Berderau
darah mak cik imah mendengar perkataan pucat itu. Pucat adalah petanda tidak
baik untuk anak majikannya. Segera dia bertanya,
“mana
dia?”
“dia
baru sampai tadi.... sekarang dia naik atas dah...”
Mak cik
imah menarik sarung tangan plastik pakai buang dari rak dan mengeluarkan
termometer dari kotak first aid yang diambil dari kabinet dapur. Dia mengatur
langkah ke tingkat atas, ke bilik rayyan.
“astaghfirulallah
al azim....” mak cik imah terkejut dengan sekujur tubuh rayyan sudah mengelupur
di atas lantai. Melihat ank muda itu sudah tidak sedarkan diri, mak cik imah
terus menekap tangannya pada dahi. Panas. Dia mengambil suhu badan di dahi
rayyn dengan termometer infrared.
37.7
celcius.
Mak cik
imah menarik nafas lega. Nasib baik demamnya tidak menjejak 38 darjah celsius.
Dia kemudiannya mengoncang tubuh rayyan dengan perlahan.
“yan,
bangun nak.... baring atas katil ye.” Ujarnya apabila rayyan membuka mata
dengan perlahan.
Tanpa
suara, rayyan bangkit dari baringnya dan berlalu ke katil. Dia kemudiannya
sambung menutup mata dan tidur. Kepalanya tersakit untuk berbuat apa-apa.
Demamnya ini adalah satu kebiasaan apabila dia terleka dalam menjaga
kebersihan.
“mak
masakkan bubur, yan makan ye.” Ujar mak cik imah tanpa menunggu jawapan dari
anak muda itu. Kalau dah demam, makan pun susah. Tapi dia hanya mampu memaksa
agar anak muda itu makan kelak. Seperti selalu.
Rayyan
tidak mengangguk dan tidak menggeleng. Dia hanya menutup mata dan membiarkan
letih tubuhnya membawa dia pergi.
#
Tasya melemparkan pandangan ke arah padang futsal yang
terletak di depan kafe village hostelnya. Kosong dan panas ketika ini. Nafas
dihela. Dia sudah berjaya menenangkan dirinya dari terus berfikir menjadi
perigi. Kemudian, dia kembali merenung skrin handphonenya. Apps whatsapp masih
terbuka. Doubletick yang berwarna biru itu jelas terpapang. Dia kembali
menundukkan kepalanya.
“wei
sis, kenapa dengan tasya tu?” tanya jimbo sambil mengacau ABC di depan mata.
Sedap. Terliur dia melihat ABC yang berwarna merah jambu yang ditaburi dengan
kacang tanah. Desert dia untuk hari ini.
Illa
hanya mampu menahan ketawa dan merenung ke arah tasya yang meletakkan muka pada
meja.
“standard
la bro.... orang dah tangkap cintan. Jadi lagu tu la.” Jawabnya dengan selamba.
Kalau nak sangkal lagi, memang minta kaki.
“sape
tangkap cintan? Si kayu ni? kayu balak yang takde perasaan ni?!” suara jimbo
sedikit meninggi. Memang boleh salji malaysia kalau betul tasya hanim jatuh
cinta dengan homosapein berjantinakan lelaki.
“wei,
aku tak tangkap cintan dengan mana-mana manusia pun ok. Aku Cuma takde mood,
datang bulan....” tasya menggunakan kad terakhir untuk berselindung dari
perasaaan periginya saat ini. Bos setan.... asal la kau tak nak reply... reply
la K pun jadi....
“bulan
ape? Bulan romantika?” usik illa sebelum menghirup air dari straw. Dia dan
jimbo sudah selesai melantak sepinggan nasi. Tapi room mate nya itu tidak mahu
menelan apa-apa makanan pun. Malu la sangat....
Jimbo
bertepuk tangan, gembira. Tiba-tiba dia semakin lapar dek terlalu gembira.
Berita tasya jatuh cinta adalah berita yang paling rare sama seperti jatuh
asteriod ke muka bumi.
“jom
kita pergi makan dominos! Aku belanje.... tasya, baik kau makan. Kalau tak, aku sumbat pizza tu masuk
mulut kayu ko.” Dia memberi amaran.
Illa
mengangkat tangan gembira!
“waa!
Kalau gini, aku mendoakan agar tasya kahwin pulak. Untung-untung, jimbo belanje
menate pastu dapat makan nasi minyak kau.” Dia memegang perutnya yang sudah
kembali berbunyi. Kehidupan sebagai seorang foodie sejati, makanan is love.
“banyak
cantik muka kau. Kau ingat menate tu harga mamak. Tapi, kalau tasya kahwin,
just say it.” Jimbo sudah meninggalkan ABCnya separuh cair di atas meja makan.
Kunci kereta dikeluarkan dari poket seluar.
Tasya
menggaru kepalanya. Sungguh, dia tidak punya selera makan untuk memaksa
sebarang ketul makanan masuk perut. Tapi tangan illa sudah menarik tangannya
untuk ikut.
“ala,
esok kau tanya la dia. Kenapa dia tak replu mesej kau? Mesti dia ade sebab tu.
Ak yakin...” ujar illa.
Tiba-tiba
sepasang mata yang suram itu kembali bercahaya. Ada betul jugak kata-kata illa.
Mesti ade sebab punya. Dia mengerling ke arah gadis yang penuh dengan
pengalaman dalam bab-bab hubungan antara lelaki dan perempuan. Dia kemudiannya
memaut lengan illa dengan erat,
“kan,
aku rasa jugaklah. Kalau ex-ex boyfriend kau lambat reply mesej, ape alasan
dorang eh...” soalnya dengan wajah ingin tahu.
Illa
tersengih melihat perilaku tasya yang begitu ganjil,
“so, kau
dengan bos kau tu.... dah jadi boyfriend girlfriend ke?” dia menjongket
keningnya dengan senyuman penuh makna.
Tasya
mula gelabah, dia terus melepaskan lengan illa sebelum berpeluk tubuh.
“eh,
kau.... takdelah, aku tanya sebab kau mesti terer bab-bab perhubungan lelaki
dengan perempuan ni, bab persahabatan antara lelaki dan perempuan. tu sebab aku
tanya kau. Janganlah fikir bukan-bukan.” Jelasnya dengan penuh berhati-hati.
“jadi
kalau jimbo lambat reply mesej kau, kau rasa sebab ape?”
“sebab
dia mesti busy. Mesti ade hal lain. Mesti dia makan ke.... jap, ape kaitan
jimbo dalam soalan aku tadi?” tasya memuncungkan bibirnya.
“dah kau
cakap aku terer bab persahabatan lelaki perempuan. Jadi jimbo tu bukan lelaki
ke? Check mate! Kau suka bos kau kan....” tebak illa dengan wajah detektif
conan.
Tasya
terkelu. Dia terperangkap dengan soalannya sendiri. Mustahil dia boleh terjatuh
suka dengan lelaki yang baru dikenali tiga lepas. Tak mungkin! Never!
Tidak!!!!!!!!
“suka
je. Tak bermakna cinta. Kau takyah la nak drama sang...”
Pin!!!!!!!!!!!!!!!!
Bunyi
hon dari jauh menyentak mereka berdua. Tidak, semua orang di sekeliling.
“oi!
Cepatlah sikit! Dah lama dah aku bagi can!” pekik jimbo dari dalam kereta.
Dengan
penuh segan dan malu, tasya dan illa berlari ke arah kereta jimbo yang berhenti
di lobi kafe.
*ps nex n3 rabu. insyaAllah. drop ur komen.
0 comments: