DTML
Bab 10
p/s esok kita up teaser utuk chap 11 ye... kene pelan2 udpate sbb 50% bru siap.
Don't Touch! My Love Bab 10
Bab 10
“oi! Bangunlah!” kejut rayyan dengan kuat. Patutlah
senyap semacam. Dia pergi tido pulak! Jangan berliur sudah! Aku tukar kereta
karang.
Tasya
perlahan-lahan membuka mata. Blur. Kemudian wajah kacak bosnya muncul di depan
wajah.
“bangun
dah?” tanya rayyan dengan kening bertaut.
“handsome
boss...” tasya masih mamai. Penatnya satu badan dek kerja yang dilakukan.
“bangunlah!
Takyah nak khayal sangat.” Rayyan menahan ketawanya. Kelakar betul budak
cleaner ini. Sedikit bangga bila dipuji kacak.
“penat....”
ujar tasya dengan mamai lagi.
Rayyan
melepaskan keluh perlahans sebelum matanya jatuh pada spray sanitize yang
terbaring di tempat duduk sebelahnya. Senyuman jahat terbit. Dia menyembur
spray tersebut pada wajah tasya yang sedang terletak di atas cushion keretanya.
Sah, aku kena hantar cuci dalam esok pagi.
Spppppppprayyy!
“haa!
What! Boss! Apa ni!?” marah tasya apabila dia disembur dengan spray. Lembap
terus wajahnya dek disembur bertalu-talu.
“haaa!
Bangun pun. Tidur mati ke ape.” Rayyan ketawa kuat. Lucu melihat perilaku tasya
persis seekor kucing disimbah air.
Sedang
tasya mahu mengamuk, dia terkejut melihat rayyan asyik ketawa. Itulah pertama
kali dia melihat lelaki itu ketawa. Wow! Kacak. Tanpa diduga, mata mereka
bertembung.
“sorry
bos, saya tak sedar yang saya terlelap...” ujarnya perlahan dengan blushing di
wajah. Tiba-tiba rasa berdebar di dada.
Rayyan
hanya mengangguk dan mereka berdua kembali senyap.
“ok lah,
saya pergi dulu. Esok saya datang lagi...” ujarnya tasya sebelum berura-ura
membuka pintu kereta.
“esok
kau takyah datang lah....”
Pap!
Berderau
darah tasya mendengar kata-kata bosnya. Tadi hatinya berdebar-debar dek benda
bodoh, kini hatinya berdebar-debar kerana takut kehilangan kerja.
“tapi,
ape salah saya bos? Kenapa bos nak berhentikan saya....”
“cuba
jangan nak drama sangat. Maksud aku, mulai hari ini, kau datang selang sehari.”
Baru
hati tasya mahu melepaskan nafas lega, kini dia dipukul lagi. Kalau dia datang
kerja selang sehari, lama lagilah untuk dia cukup duit untuk membayar hutang
pak ciknya.
“takpe
bos, saya bo....”
“takyah.
Tengok kau penat macam kerja buruh. Plus, kau student final year, for sure kau
banyak project, assignment dengan test that you should attend.” Jelas rayyan
dengan laju.
Tasya
memaksa senyuman di bibirnya. Ada betul kata-kata bosnya itu. Tapi, jika dia
dapat melunaskan hutang pak ciknya dengan cepat, itu lebih baik.
“baiklah.
Saya pergi dulu. Bye.” Ujarnya sebelum perlahan-lahan membuka pintu.
Rayyan
hairan dengan perubahan pada riak wajah gadis itu. Asal dia sedih? Sedih tak
dapat jumpa aku esok ke ape? Kemudian, dia menolak gear ke D dan menurunkan
cermin kereta. Dia melihat gadis itu mengatur langkah ke arah hostel. Nasib
baik security guard campus ini mesra manusia. Mudah sikit untuk dia mencari
hostel tasya.
“assalamualaikum.”
Ucapnya apabila berselisih dengan gadis tersebut.
Tasya
terkejut sebelum menjawab salam itu dengan senyuman. Tanpa sedari, dia melambai
kereta bosnya.
Rayyan
melihat dari cermin sisi dan tersenyum.
#
Illa sudah terpacak di lobi hostel. Handphone di tangan
digenggam erat. Kuat. Bengang dan risau kerana dia tak dapat menelefon tasya.
Mahu ditelefon waktu kerja, kaget kawannya itu akan dimarahi dan illa membuat
keputusan untuk menelefon selepas pulang dari masjid. Dan sampai sekarang,
kawannya tak dapat dihubungi.
“mana
pulak kawan aku ni? jangan kene culik sudah....” otaknya sudah berimaginasi
seribu satu perkara aneh. Setelah 15 minit minit berdiri pacak dan mundar
mandir persis pak guard, dia ternampak satu lembaga berjalan lemah ke arah
hostel. Tasya!
“eh
illa! Kau buat ape kat sini?” tanya tasya dengan blur apabila kawan baiknya
berlari ke arahnya.
“buat
ape? Tunggu kau lah. Kau tahu tak sekarang dah pukul bape?”
“pukul
9.34....” jawab tasya sambil melihat pada jam tangannya.
“haa,
tahu pun. Tadi cakap nak balik sebelum maghrib. Sekarang ni, dah habis isyak
baru kau muncul.” Bebel illa.
“panjang
ceritanye....”
“TLDR
then!”
“bos aku
hantar aku balik tadi....” tasya menahan senyuman di bibir. Blush bila teringat
suara gemersik bosnya mengucap assalamualaikum. Itulah salam yang paling seksi
dan maskulin yang dia pernah dengar.
Illa
terlongo sebelum tersenyum miang,
“cinta
sudah berputik ka...”
“ish dia
ni! ke situ pulak! Dah la aku penat. Jom naik atas awak...” tasya melentokkan
kepalanya ke bahu illa. Letih ya amat.
“eh,
jangan tido. Kau kene siapkan quiz.....”
“lepas
subuh la. Aku letih sangat ni.”
“ok....
tpi cerita lah macam mana bos hantu kau boleh hantar kau balik sini?” illa
mengoncang lengan tasya dengan laju. Mode kepochi ON.
“Al
kisahnya bersambung esok...” walaupun tasya excited untuk menceritakan kisah putera
rajanya, tapi penat terlalu hebat.
“ok, kau
rehat dulu. Esok, kau mesti cerita!” illa membuka pintu bilik mereka.
“ok....”
ujar tasya sebelum mendarat ke atas katil.
#
Rayyan menolak gear P. Dia kemudian menyandar tubuhnya ke
sofa dan mengulang memori sebentar tadi. Saat matanya bertaut dengan sepasang
mata itu. Hati berdegup sedikit. Tapi realiti menyapa, dia segara menggeleng
kepala.
Sebelum rayyan berura-ura untuk keluar dari kereta. Dia
memerhati keadaan keretanya dan mengerling ke arah tempat duduk belakang.
Melihat kain sejadahnya yang sudah terlipas di tempat belakang.
“banyak betul kuman.... aku kene hantar basuh esok....”
ujarnya perlahan sebelum menyarung sarung tangan plastik. Dia kemudiannya
mengambil kain sejadahnya dan keluar dari pintu kereta.
Sedang
dia beransur masuk ke rumah. kepulangannya disambut dengan lembaga putih yang
sedang berdiri tegak di ruang tamu.
“astaghfirrulallah.
Mak. kenapa pakai telekung lagi ni?” dia cuba menahan dirinya dari meninggikan
suara. Gila tak terkejut. Ingat hantu tadi! Lantas dia teringat perbuatannya
menghon tasya sejam sebelum. Karma is real.
“mak
malas nak tanggal tadi. Tadi tengok drama sementara kamu balik....” jelas mak
cik imah sambil ketawa kecil.
“la, nasib
baik yan takde sakit jantung. Kalau tak, lama dah arwah. Kenapa mak tunggu yan
ni?” rayyan tidak merancang untuk memberitahu perihal dia menghantar tasya
pulang ke rumah. God knows how mak will exeggerate the small gesture he did.
“mak
risau la, kamu jarang balik lambat dari masjid...” bertaut wajah mak cik imah
apabila melihat kain sejadah di tangan rayyan yang berbalut dengan sarung
tangan plastik. Kain sejadah tu jatuh kot.
“ade hal
sikit tadi. Mak masuklah tido. Rayyan pun nak...”
“mak nak
cakap sikit dengan rayyan pasal tasya.” Potong mak cik imah dengan laju.
Matanya mencerun tajam ke arah rayan.
Langkah
rayyan berhenti serta merta dan dia berpaling wajah mak cik imah. Serius.
“ok....”
Setelah
mereka berdua bersedia di meja makan, mak cik imah duduk dan rayyan berdiri.
Sebab? Kuman! Mak cik imah mula menceritakan kisah hidup tasya kepada rayyan
dengan lengkap. Dia mahu rayyan faham akan situasi tasya saat ini. Agar anak
lelakinya itu tidak selamba bergurau tentang memberhentikan kerja.
“mak
harap rayyan tak bergurau pasal nak memberhentikan tasya. Kesian mak tengok
riak muka dia pucat bila rayyan asyik bergurau pasal benda tu. Dia perlukan
kerja yan.” Pinta mak cik imah lagi.
Rayyan
hanya mengangguk.
“kiranya,
cukup duit untuk bayar hutang. Dia akan bla dari sini, macam tu?”
“dari
ape yang dia cakap, macam tu lah gamaknye.” Mak cik mengangguk kepala.
Rayyan
pun turut mengangguk sambil menyusun seribu satu possibilities.
“kamu
buat baik dengan dia esok ye. Jangan gurau-gurau kasar dah. Mak tak ajar anak
mak gurau kasar dengan orang.” Pesan mak cik imah dengan harapan.
“esok
tasya tak datang....”
“lah
kenapa pulak? Kamu berhentikan dia ke? Sampai hati yan tak bincang dengan mak
dulu.” Marah mak cik imah. Dia sudah berdiri dari duduknya dan mahu beredar
dari meja makan.
“mak
tunggu lah dulu, yan tak habis cakap lagi.”
Mak cik
imah berhenti dari melangkah tapi dia tidak mahu bersuara. Marah!
“yan
bagitau dia takyah datang esok. Datang selang sehari. Sebab tadi yan nampak dia
penat sangat sampai tertido kat bela....” rayyan facepalm sendiri apabila dia
terlepas cakap. Dia telah membuka rahsia diri sendiri. Habislah aku....
Kini mak
cik imah terus berubah riak. Dari sedih ke double happy!
“yan
hantar tasya balik ke tadi? Kenapa tak bagitau, boleh mak join sekali.” Mak cik
imah sudah tersenyum lebar. Dia mula excited untuk menerima input yang begitu
sweet.
“tadi....”
rayyan memberhentikan dirinya dari meneruskan cerita. Kalau dia cerita
sekarang, pasti bergelen-gelen soalan dari maknya. Jadi, dia mengambil
keputusan yang paling bernas. Menguap.
“yan,
naik dulu lah. Mengantuk. Assalamualaikum.” Bagaikan the flash, rayyan berlari
naik ke atas.
“eh,
laju pulak dia lari. Takpe, esok kan ade....” malam itu, mak cik imah tidur
dengan penuh lenanya.
p/s esok kita up teaser utuk chap 11 ye... kene pelan2 udpate sbb 50% bru siap.
0 comments: