Cerpen,

CERPEN : Fall For You, My Love ~ ♥ (Full Version)

12:43 PM Unknown 6 Comments


Get Ready ye.. Bacaan yang panjang .... 


“Giler kau! Buang saat bin masa aku je lah datang masjid, bukan ada apa pun. Setakat solat, dekat bilik pun bolehlah!” Raihanah menayang wajah mencemiknya kepada Shakina, roommate sejati, ‘dia ni asyik nak paksa aku je lah! Rimas!’

“ala, ana. Teman aku kejap, malam ni dekat masjid ada kuliah mega,  ustaz dari luar dijemput, jomlah teman aku” Shakina masih meneruskan usahanya untuk membawa roommate kesayangan untuk ke masjid, dia sudah faham dengan perangai raihanah yang tidak suka menjejakkan kaki ke masjid, ‘aku cili jugak mulut pompuan ni kang!’


“ala, malaslah, lagipun malam ni aku nak siapkan assignment EMP yang susah tu” raihanah mula mencipta alasan, dia tidak mahu memakai tudung, panaslah Malaysia ni! ‘ustaz ke apa ke, aku tetap tak nak!’

“ala.... pasal assignment tu kau tak payah nak pening-pening, aku dah siap awal, nanti aku bagi kau tiru bulat-bulat,  amacam?” Sesi tawar menawar bermula antara Shakina dan raihanah.

Raihanah mengerut dahi, Shakina adalah salah seorang bakhil dalam bab tiru meniru assignment ni, lagipun subjek EMP adalah subjek killer so soalan assignment pun mesti killer, ‘nak ke tak ni?’

“nak ke tak?” Shakina meminta jawapan dari raihanah, ‘kau tak boleh lari dah!’

“ye la. Kau janji tau yang bagi aku tengok assignment kau” raihanah mengangkat jari kelingkingnya dan menarik jari kelingking Shakina untuk membuat pinky promise.

“ala, kau ni macam aku pernah tipu kau. Aku mesti tunaikan janji aku” Shakina menayang wajah kemenangan,. ‘tak sia-sia aku pulun buat assignment EMP semalam, alhamdulillah Ya Allah!’

#

“kina, aku nak pinjam tudung kau boleh?” Raihanah menayang muka seposennya, ‘nasib badanlah oi! Time macam ni jugak tudung harapan bangsa aku hilang!’

“kenapa? Mana tudung setahun sekali kau tu?” Shakina kehairanan dengan permintaan roommatenya yang tiba-tiba hendak meminjam tudungnya.

“entah hilang ke mana aku pun tak tahu” raihanah menjawab dengan hati yang masih geram dengan kehilangan tudung kesayangannya.

“erm, boleh je. Tapi aku ade tudung labuh je, tak ada tudung main sarung macam tudung setahun sekali kau tu” Shakina adalah salah seorang muslimah yang memakai pakaian kuno di kampusnya, ‘jeng! Jangan dia kata tak nak ikut pulak’ Shakina jadi kaget melihat raihanah yang hanya mendiamkan diri.

“err.. Kalau aku tak per..” Raihanah ingin menyatakan rasa di hati, ‘ni lagi gile! Tak akan aku nak pakai tudung labuh pulak! Lagi panas!’

“baik kau jangan teruskan kata-kata kau tu! Kau dah janji dengan aku, relaks la, tak akan panasnya kat masjid tu, ada air -Cond la” Shakina cuba meyakinkan raihanah, ‘you can’t run from me, not today! Muahahaha!’

“tapi aku...” Raihanah masih lagi ingin menyatakan hujahnya, ‘no wayyyy!’
“kau nak tengok assignment EMP ke tak? Dah-dah, hari ini aku sponsor pakaian kau, tudung dan jubah kau, biar aku yang aturkan, kau tak payah nak pening-pening” Shakina terus berlalu ke almari pakaian, mencari baju yang sesuai untuk kawannya itu.

#

“aduh, panasnya!” Raihanah sudah memulakan sesi merungut sejak melangkah keluar dari biliknya. Tangan kirinya dari tadi asyik mengipas-ngipas mukanya.

“ala sikit je, tahan lah!” Shakina sudah panas telinga mendengar rungutan kawannya itu.

“ye la, ye la” raihanah meneruskan langkah menuju ke pintu utama masjid namun langkah terhenti apabila dia hampir terlanggar seseorang.

“ops, sorry” raihanah terus meminta maaf, dia tahu itu adalah salahnya, ‘nasib baik aku tak main rempuh je tadi, fuhh’

“nevermind, tapi lain kali jalan tu pandang depan ye” lembut teguran itu menyapa telinga raihanah, suara itu kedengaran sungguh menenteramkan hatinya.

Raihanah dengan pantas memandang tuan empunya suara namun hampa bila lelaki itu hilang di sebalik sekumpulan tetamu Allah yang bertandang ke rumahnya.

“tengok kau, tak ikhlas punya pasal! Sikit lagi langgar orang” Shakina mencubit perlahan lengan kawannya.

“aduh, sakitlah” raihanah hanya membalas pendek kata-kata Shakina di sebelahnya kerana matanya masih sibuk mencari kelibat lelaki itu, ‘mana dia ni’

#

“dijemput semua jemaah memenuhi ruangan hadapan, majlis akan bermula sebentar lagi” Azzam menjemput para tetamu Allah di masjid itu dengan penuh tanda hormat, ‘ramainya! Kan bagus subuh pun macam ni. Takpe, janji Allah tu pasti! Tak lama lagi!’

“insya-Allah kuliah malam ini berkaitan dengan Ramadhan yang menjengah kita, dijemput ustaz asyraf untuk meneruskan kuliah” Azzam menyerahkan majlis kepada Ustaz jemputan, ‘mesti best ni!’

Setiap bait-bait kata yang keluar dari mulut Azzam itu didengar dengan teliti oleh Raihanah, hati perempuannya meronta-ronta ingin mengenali lelaki, ‘siapa lelaki tu? Kenapa dia boleh jadi pengerusi majlis? Dia ustaz ke? Dan yang paling penting, kenapa dengan aku ni!’

Sepanjang kuliah itu, banyak input telah diberikan oleh ustaz asyraf untuk memenuhi hati-hati pendengar di rumah Allah, dengan harapan ia mampu membantu mereka untuk menempuhi bulan Ramadhan dengan penuh iman di dada.

“Alhamdulillah, banyak sekali input yang telah kita dapat dari kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Asyraf sebentar tadi, sungguh bertuahnya kita terpilih menjadi Umat Nabi Muhammad S.A.W kerana diberikan satu bulan yang penuh dengan keberkatan, yang penuh dengan rahmat Allah” Azzam kembali mengambil alih majlis tersebut.

“kita tutup majlis kita surah al-asr’ dan tasbih kifarah” azzam menutup majlis ilmu yang dipayungi dengan rahmat Allah itu dengan ucapan perpisahan terbaik di dunia.

Raihanah hanya memerhati semua gerak-geri lelaki itu dari jauh, dari tempat duduk jemaah muslimat, entah mengapa hatinya terasa berat untuk membiarkan majlis tersebut, ‘jangan tutup majlis, sambunglah lagi’

“ana, apa lagi yang kau tunggu ni, cepatlah pergi ambil wuduk, nak solat isyak ni” Shakina menepuk bahu kawannya yang masih duduk termenung di tempat tadi.

“oh, ok-ok” raihanah cuba mengawal riak wajahnya, takut kantoi skodeng lelaki di masjid. Dia melangkah ke tempat wuduk’ dengan hati yang berat. Dia ingin bertemu dengan lelaki itu semula, mengenali lelaki itu.

#

“Shakina, siapa mamat yang jadi pengerusi hari tu?” Setelah 5 hari berlalu raihanah memberanikan dirinya untuk bertanya kepada Shakina yang merupakan salah satu pengunjung tegar masjid.

“yang mana satu ni?” Shakina agak terkejut dengan pertanyaan raihanah yang tidak dijangka-jangka itu.

“ala, lelaki yang aku nak langgar hari tu depan masjid” raihanah menayang wajah selambanya, sudah masuk genap 120 jam berlalu namun suara dan wajah lelaki itu masih lagi bermain di fikirannya.

“ooo, abang Azzam ke? Dia tu ketua Lujnah Tarbiyyah dan Kepimpinan Ummah Kampus, tak silap aku, dia pelajar tahun tiga. Kenapa? Dah tersangkut ke?” Shakina cuba serkap jarang, sengaja ingin menyakat raihanah yang sudah merah mukanya.

“mana ade lah! Dosa tau buat fitnah!” Sedikit meninggi suara raihanah, dia cuba menidakkan serkap jarang roommatenya, namun mulut kata tidak, tetapi hati....

“ye la, ye la, sorry. Yang tetiba tanya pasal abang azzam tu apa kes?” Shakina cuba mencari jawapan,’ni mesti ada apa-apa ni!’

‘nama dia Azzam, azzam. Azam baru? Azam ...’ tanpa disedari, raihanah mengukir senyuman sendiri, hatinya berbunga ceria.

“astaghfirullah al a’zim! Orang cakap dengan dia ni, dia boleh pulak sengih sorang-sorang” Shakina terus membaling bantal peluk ke arah raihanah yang masih duduk kaku di birai katilnya.

“eh, mana ade! Kau ni! Pandai je” raihanah terus menutup malu dan terus berlalu ke meja belajarnya.

#

“Shakina, nak pinjam tudung dan jubah kau yang aku pinjam hari tu” raihanah menayang wajah cerianya, dia kini sedar yang telah jatuh cinta dengan lelaki bernama azzam.

“eh, kau nak buat apa pulak” Shakina mengerut dahinya, hairan dengan permintaan raihanah yang tidak masuk akal itu, ‘asal dia sengih semacam ni’

“la, aku nak ikut kau pergi masjid la, apa lagi. Kau ni pun satu, kenapa tanya soalan macam tu” raihanah cuba menayang riak selamba walhal di dalam hatinya meronta ingin berjumpa dengan abang azzam pemilik hati .

“kau demam ke? Selalunya kaulah manusia paling alergi nak masjid, ni tetiba nak join aku ni apasal” Shakina masih tidak puas hati dengan jawapan diberikan oleh raihanah.

“aku sihat la, jomlah, tak lama lagi nak masuk maghrib ni” raihanah menolak Shakina menuju ke almari milik perempuan itu, ‘banyak soal betullah perempuan ni, abang azzam tunggu saya ye’

“ye la, ye la” Shakina malas mahu menyusutkan fikirannya dengan apa yang difikirkan oleh raihanah.

#

Raihanah kini berada di luar masjid, mendahului Shakina yang masih di dalam masjid, berlaga-laga pipi dengan kak usrah katanya, ‘tak kuasa aku! Sekarang ni, mana abang azzam ni?’

Raihanah menanti dengan setia di luar pintu gerbang utama masjid, hampir setiap wajah-wajah lelaki yang melangkah keluar dari masjid itu direnung tajam, ‘dia tak datang masjid ke?’

#

Setelah beberapa minit, kelibat azzam muncul, kelihatan lelaki itu sedang mencari seliparnya.

“mana pulak sandal aku ni?” Azzam menggaru kepalanya, mencari sandal berwarna coklat. Langsung tidak di perasan dirinya sedang diperhatikan dari jauh oleh seseorang.

“hah tu dia” azzam menepuk dahinya kerana sandal miliknya hanya berada di depan matanya sahaja.

“cutenya” raihanah memuji dari jauh, suka hatinya melihat perilaku lelaki itu, melihat lelaki itu sedang berjalan keluar, dia pantas mendekati lelaki itu, ‘ it’s show time!’

“assalamualaikum” lembut raihanah memberi salam, ala perempuan muslimah yang ayu, ‘wow, aku memang pandai action’

“walaikumussalam, ada apa?” Azzam menayang riak terkejut, kerana secara tiba-tiba ada suara perempuan menyapa dari belakang, ‘siapa dia ni?’

“abang azzam kan?” Raihanah menayang wajah sucinya, sungguh dia mahu melompat bintang kegembiraan kerana dapat bertentang dua mata dengan lelaki itu.

“ye, saya azzam, dan awak?” Azzam menjarakkan dirinya sedikit dari muslimat yang cantik berpakaian itu, dia mengakui kecantikan perempuan itu, ‘student baru ke?’

“saya raihanah Dato Amin” raihanah menghulurkan tangannya untuk berjabat dengan lelaki di depannya, dia tidak dapat memproses riak wajah lelaki itu, kerana otaknya telah mengalami kerosakan kronik.

Azzam sememangnya terkejut dengan huluran tangan muslimat di depannya, ‘biar betik muslimat ni. Mampus, aku nak kena buat apa ni?’

“assalamualaikum abang azzam” Shakina yang muncul dari mana tiba-tiba menggamit tangan raihanah yang sedang dihulur kepada azzam lalu dipegang kejap, terasa ingin sahaja dia mengetuk kuat kepala raihanah yang benggong itu, ‘ada ke patut nak bersalam dengan lelaki bukan muhrim!’

“walaikumussalam, hmm.., Shakina kan?” Azzam berasa lega dengan kehadiran Shakina di situ yang seakan-akan penyelamat keadaan, wajah perempuan yang bernama raihanah itu masih kelihatan bersinar-sinar merenung wajahnya, ‘alhamdulillah... Selamat aku’

Raihanah agak terasa dengan perbuatan azzam yang tidak menyahut huluran salam perkenalan sebaliknya gembira apabila bertemu dengan Shakina, ‘dorang ni ada apa-apa ke?’

“maaflah abang, roommate saya ni nak sangat kenal siapa pengerusi majlis kuliah Ramadhan hari itu” Shakina menayang senyuman plastik, tidak tahu ke mana dia ingin menyorokkan wajahnya pada saat ni lebih lagi wajah abang azzam yang sedikit kurang selesa.

“oh ye ke?” Pendek sahaja jawapan azzam, dia mahu cepat beredar dari situ, kerana dia ada meeting event yang perlu dia hadiri.

“kalau macam tu kami minta diri la ye” Shakina menarik tangan raihanah yang kini membatu untuk beredar dari keadaan awkward, ‘cepat-cepat’

Raihanah masih membatu, matanya masih lagi melekat pada wajah abang azzam, ‘handsomenya mamat ni’

“nanti kita jumpa lagi ye!” Raihanah menjerit sedikit kuat.

Shakina pula teringin sahaja dia smack down raihanah pada saat itu, ‘dia ni kalau nak pikat pun, janganlah dengan orang yang tarbiyyah, hish!’

Azzam pula hanya berlagak cool mendengar ayat yang terkeluar dari mulut raihanah, ‘dah kurang siuman ke perempuan tu, astaghfirullah!’

 #
Part2


“kejadah, kau langgar tiang tu! Buat malu aku je!” Rafiq mengepal tangan kanannya menahan geram, malu dengan perbuatan sahabatnya yang memandang perempuan sehinggakan melanggar tiang jalan, ‘aku tahulah awek HOT!’

“tengah sakit ni, tak payahlah nak marah-marah, aku jugak yang sakit bukan kau” azzam menggosok dahi yang masih berdenyut-denyut hasil dari hantukkan kuat bersama tiang jalan, ‘bukan ke tadi tu budak perempuan yang ‘sound’ aku kat depan masjid hari tu? Tapi takkanlah, yang hari tu minah bertudung, tadi tu minah free hair!’ kerutan mula terbentuk di sebalik dahi merah itu.

“ye la, aku tahulah kau tengah sakit, tapi aku pun sakit jugak! Sakit hati! Apasal kau tenung minah free hair tu macam nak telan” rafiq menjentik dahi azzam yang sedang kemerahan itu, ‘mamat ni tengah demam ke? Mula-mula tenung, sekarang mengelamun pula, ni ada masalah hati ni ke apa’

“aduh! Sakit lah ngok! Dah! Aku nak jalan ni. Kalau kau nak layan marah kau tu, layanlah sendiri, takda masa aku nak layan kau!” Azzam meninggalkan rafiq di tempat insiden, ‘aduh, asal muka minah free hair tu melekat kat kepala otak aku ni!’ lalu dia terus menggeleng kepalanya, cuba membuang wajah perempuan itu dari terus berada kotak pemikirannya.

“ceh! Tak guna punya sahabat, bukan nak minta maaf!” Rafiq mengejar langkah azzam yang jauh meninggalkannya.

#

“alamak! Dia nampak akulah, kina! Dia nampak aku tadi” raihanah mula merengek, hatinya mula tidak keruan bila terserempak dengan buah hatinya.

“jadi, kenapa?” Shakina  pelik dengan sikap kalut raihanah pada saat ini, ‘asal minah ni jadi cacing kepanasan ni?’

“kenapa kau cakap? Dia nampak aku, aku yang tak pakai tudung! Dia mesti dah reject aku!, dia mesti nak dengan perempuan yang pakai tudung je kan?” Mata raihanah mula berair, dia sudah berasa dirinya telah terkeluar dari senarai calon isteri kepada azzam, suami idaman zaman kini!

“la, kan aku dah cakap, kalau pakai tudung tu, pakai terus, jangan on-off macam suis lampu, tengok sekarang kau juga yang nak menangis” Shakina menayang muka seposen, ‘habislah tidur aku malam ni’ lalu dia menggeleng kepalanya.

“Kina! Dia mesti dah reject aku kan?” Raihanah terus menangis, laju air matanya mengalir, ‘abang azzam, jangan lah reject ana’

“dah lah tu, tak payah nak menangis sangat lah, macam lah abang tu nak dengan kau. Jom pergi masjid” Shakina sudah bangun dari perbaringan, dia perlu keluar dari bilik itu sebelum raihanah merengek dan merayu lebih kuat, ‘dengar azan lagi bagus’

“tak nak! Nanti dia nampak aku” raihanah berkata-kata dalam sedu.

“korang tak akan berjumpalah kalau kau tak gedik nak tayang muka kau kat depan pintu masjid tu, dah jom! Jumpa Allah, mengadu kat dia lagi baik daripada kau nak mengadu kat aku” Shakina menarik tangan raihanah untuk bangkit dari terus terkulai layu di atas katil melayan perasaan sedih yang teramat itu.

Raihanah bagaikan lembu dicucuk hidung hanya mengikut kata-kata Shakina, dia tahu pengaduan kepada Allah adalah yang terbaik.

#

Usai menunaikan solat isyak, Shakina dan raihanah beriringan berjalan keluar dari masjid.

“kan aku cakap kau tak akan berjumpa dengan dia” Shakina menepuk bahu raihanah yang masih dengan muka sedihnya, ‘adeh minah ni, belum ada pape lagi, dah buat muka macam dah kena reject’

Raihanah mengangguk kecil, tidak berani untuk mengangkat wajahnya, khuatir jika bertembung dengan abang azzam kesayangan, ‘lower your head, jangan angkat!’

“assalamualaikum, Shakina” rafiq menegur Shakina dari belakang, ‘nasib baik jumpa, jimat kredit aku’

“walaikumussalam, eh rafiq” Shakina terkejut dengan pertemuan yang tidak dijangka ini, ‘kenapa pulak time ni boleh berjumpa ni?’ matanya terus mengerling ke arah raihanah yang telah membatu di sebelahnya.

“nak tanya, macam mana dengan update program hujung minggu ni? Masalah department cnp, enti dah cater ke?” Rafiq tidak berasa kekok untuk bercakap dengan Shakina, kerana perempuan itu adalah penolongnya dalam event ini.

Shakina cuba untuk fokus pada perbincangan mengejut yang dilakukan oleh rafiq, ‘tak akan nak update event kat tengah-tengah jalan ini? Layan je la’ kemudian matanya masih lagi melirik ke arah raihanah yang menunduk dari tadi, ‘sabar je la ana oi’

Azzam pula berdiri tegak di samping rafiq yang sedang meminta update dari Shakina tentang event hujung minggu ini. Kehadiran dia di situ cukup membantu untuk mengelak fitnah daripada berlaku, ‘ni kes nak jimat kredit la ni, rafiq, rafiq’

Jantung raihanah seakan mahu meletup apabila matanya melihat tubuh azzam berjalan ke arahnya sebentar tadi, ‘dia mesti tak nak cakap dengan aku lagi’. Apa yang bermain di dalam pemikiran raihanah saat ini seperti dia dengan azzam itu telah berkawan dari kecil walhal mereka tidak kenal antara satu sama yang lain. Salah satu dari simptom perasan terlebih.

“dia tak cakap dengan aku lah, kinah. Macam mana ni? Mesti dia tak suka aku dah!” Mata raihanah terus berair sebaik saja meluahkan perasaan yang berbuku di hati.

“err, ana.... Nak aku jawab soalan kau tu ke?” Shakina ingin menjawab soalan sahabatnya itu namun khuatir jawapannya itu akan membuat raihanah terasa.

Raihanah mengangguk tanpa ragu, air mata yang gugur dikesat dengan hujung baju kurungnya.

“pertama, kenapa dia perlu bercakap dengan kau, kau orang berdua bukan ada urusan atau ada sebab untuk bercakap kan? Lagipun, kau orang bukan kenal antara satu sama lain. Untuk orang macam abang azzam tu, dia orang yang cukup menjaga mata dan pergaulan dia dengan manusia sejagat, jadi tak perlulah nak gedik nak bercakap dengan dia macam kau nak bercakap dengan mamat-mamat sosial course kita tu” panjang jawapan keluar dari mulut Shakina.

Raihanah hanya ternganga mendengar jawapan Shakina, ‘DUSH!’ bagaikan ada batu yang menghempap kepalanya, mula teringat akan perbuatannya yang ingin bersalaman dengan lelaki pada awal perkenalan mereka.

“at least bagilah senyuman ke? Hi ke? Ni tak, dia buat aku macam tak wujud kat situ” raihanah mula menyoal, tidak puas hati dengan jawapan pedas dari mulut Shakina.

“hah! Aku memang tunggu soalan tu keluar dari mulut kau. Kalau ye pun dia nak tegur kau tadi, bukan sebab dia tak nak tapi sebab dia tak dapat” Shakina menjawab dengan jawapan yang seperti berteka-teki.

“sebab apa pula tak boleh? Aku ready je tunggu dia tegur aku!” Suara raihanah mula meninggi, ‘abang azzam! Sampai hati abang azzam!’

“sebab kau lah, dari awal aku update kerja dengan project manager event aku sampai habis, kau asyik tenung lantai, macam nak patah aku tengok tengkuk kau tu tenung lantai lama-lama, kau nak jawab apa?” Shakina melempar senyuman mengejek kepada raihanah yang ternganga pada saat itu ‘amek kau!’

Raihanah terus membatu dalam perjalanan.

#

“papa nak azzam kahwin hujung tahun ni” selamba bunyi Zakaria menyuruh anak lelakinya itu berkahwin.

“hah?!” Suara azzam sedikit meninggi, bukan niat untuk berkurang ajar dengan orang tuanya tetapi perkataan yang papa sebut itu seakan kurang jelas di pendengarannya, ‘kahwin?’

“apa yang ‘hah’ nya? Papa dan mama dah decide nak suruh zam kahwin hujung tahun ni, pasal bajet semua tak perlu risau, papa, mama dan keluarga belah perempuan setuju untuk sponsor perkahwinan kamu nanti. Jangan risau ye nak” Zakaria berkata-kata seakan akan anaknya sudah bersetuju dengan perkahwinan yang diatur itu.

“papa bergurau apa ni?” Azzam tergelak seketika, hampir saja dia terpedaya dengan gurauan melampau papanya, ‘layan je la’

“betullah zam, buat apa la papa nak tipu pula” Zakaria hanya tersenyum sumbing di hujung talian.

“alhamdulillah, memang zam dah tak sabar nak kahwin ni, siapa calonnya” azzam hanya menggalakkan suasana, dia cuba memberi sokongan kepada gurauan papanya tanpa mengetahui keadaan sebenar, ‘tak sabar? Biar betul kau zam’

“calon? Hmm, jangan risau, ni calon terbaik dari bumi, kalau anak papa hot stuff, mesti papa cari yang terbaik punya, insya-Allah baik keturunannya, cantik rupanya dan elok agamanya, dan selebihnya azzam yang kena jaga dia baik-baik ye” zakaria berkata dengan lembut, harap-harap anaknya itu tidak bertukar fikiran.

“ye ke, kalau macam tu, azzam nak kahwin besok lah” sekali azzam tergelak dengan ayat yang terkeluar dari mulutnya, terasa dirinya seakan ingin berkahwin walaupun itu Cuma gurauan.

“alhamdulillah, kalau zam dah cakap macam tu, nanti papa cakap dengan pihak perempuan untuk kita percepatkan tarikh perkahwinan. Tunggu je, nanti papa suruh zam balik ye, Assalamualaikum! Klik” talian dimatikan.

“walaikumussalam, ada-ada je papa ni nak bergurau” azzam terus menyambung membuat assignmentnya.

#

“selamat pengantin baru!” Rafiq mengucap kepada sahabatnya yang baru sahaja di ijab kabul sebentar tadi. Ternyata perkhabaran yang azzam hendak bernikah pada hari ini cukup membuat dirinya terkejut dan tercabar dalam masa yang sama, kerana selama ini dia yang bercita-cita untuk berkahwin namun azzam pula yang sampai seru awal.

Azzam terpaksa melempar senyuman plastik, bukan dia tidak redha dengan perkahwinan ini namun dunia perkahwinan terlalu awal baginya, apa pun jika ini takdir yang telah ditulis untuk dirinya sebagai hamba pemilik alam ini, dia reda.

“asal muka kau ni macam tak suka je kahwin, kalaulah aku yang kahwin sekarang ni! Dah lama aku lompat bintang lepas angkat nikah tadi” rafiq menayang wajah semangat untuk bernikah.

“besar tanggungjawab akhi, nak jadi suami orang ni, nak jadi nakhoda di lautan dunia yang cukup mencabar ni” azzam menuturkan kata-katanya dengan perlahan, bukan keluhan tetapi dia merintih. Perihal perkahwinan ini dia sudah ketahui dua minggu lepas, setiap malam dia bermunajat, meminta Allah melembutkan hatinya menerima perkahwinan yang ditetapkan oleh orang tuanya itu.

“insya-Allah akhi, kau boleh buat sebab semua ni Allah dah susun untuk kau, DIA mesti tolong kau, jangan risau, lebih-lebih lagi, kau bernikah time bulan Ramadhan ni, insya-Allah ada barakahnya, you can do it bro!” Rafiq memeluk bahu sahabatnya itu, dia tahu apa yang sedang bermain di fikiran azzam.

#

Perkahwinan yang berlangsung pada hari ini, bukanlah seperti apa direncanakan oleh raihanah, dia sendiri tahu perkahwinan ini terlalu cepat, dan kasihan kepada abang azzam yang terpaksa menerima dirinya sebagai isteri, sebagai peneman hidup kepada perempuan yang serba-serbi kekurangan.

“amboi, baru berapa minit berpisah dengan cik abang dia, terus termenung” Shakina menepuk bahu kawannya yang sedang duduk sendirian di meja makan.

Raihanah mengukir senyuman manis untuk dipersembahkan kepada roommate sejatinya, “Shakina, dah makan ke?”

“dah la, makanan hotel five star, siapa yang nak tolak. Yang kau ni  tiba-tiba senyap semacam je kenapa? Baru jadi isteri orang belum jadi mak orang, tak payah nak fikir sangat” Shakina menayang sebaris gigi yang cantik tersusun kepada kawannya.

“bukan apa, sekarang ni aku tengah fikir macam mana nak berdepan dengan suami aku tu. Tiba-tiba, aku rasa takut pula, terasa macam tercabut skru lutu aku ni” raihanah menidakkan andaian Shakina yang masih berdiri di hadapannya.

“jangan risau, kalau lutut kau tu lemah, ada je orang yang boleh tolong sambut kau bila kau jatuh, jangan risau” Shakina berkata-kata dengan nada yang perlahan, ‘alhamdulillah, bernikah jugak kawan aku yang seorang ni’

Perbualan dua kawan itu terhenti apabila,

“awak....” Azzam memanggil isterinya.


#
Part 3


­­­­­“Of course boleh! Kenapa tak boleh pula? Sila-sila” Shakina seakan terlebih excited bila mendengar azzam meminta kebenarannya untuk berjumpa kawan baiknya sendiri, ‘lawak betul la pengantin baru ni, Ya Allah, sebuah rumah yang telah terbina, bahagiakanlah sahabat hamba-Mu ni Ya Allah sehingga ke akhir zaman’

“kina, saya gerak dulu ye” raihanah mengenyit mata kepada roomatenya yang terlebih sudah itu. Senyuman yang terukir cuba menutup debaran di hati, ‘chill anna, chill like raihana, astaghfirullah al azim’

“pergilah awak” Shakina sengaja menyokong drama yang dipersembahkan oleh raihanah di hadapan suami tercinta! ‘amboi saya-awak terus, baru je tadi guna aku-kau, bajet lah tu’

Azzam yang mendengar perbualan dua sahabat itu hanya tersenyum, mahu ketawa pun ada mendengar perbualan tersebut, ‘amboi, baru je aku dengar dorang guna aku-kau, sekarang saya-awak, kantoi berlakon’ kemudian dia menggeleng kepalanya dan berlalu pergi.

Raihanah terkejut melihat suaminya berlalu meninggalkan dirinya, ‘kata nak jumpa, kenapa tak nak ajak jalan sama-sama. Tak gentlemen langsung!’ raihanah merungut sambil dia mengejar langkah suami tersayang.

“awak, tunggulah saya” perlahan suara raihanah memanggil suaminya. Perasaan gementar untuk bercakap dengan lelaki itu semakin menggunung setelah apa yang berlaku.

Azzam mendengar suara yang seakan memanggil dirinya, langkah di henti.

“lajunya awak jalan” raihanah berkata-kata dengan mengawal pernafasannya.

Azzam masih lagi memandang wajah isterinya yang cantik bertudung, dia terkejut dengan cara pembawaan raihanah yang tidak kekok untuk bercakap dengan dirinya.

“jomlah, tadi awak kata nak cakap dengan saya kan? Jom kita berbual kat bilik sayalah” raihanah tanpa segan menggamit tangan lelaki itu dan diheret dengan penuh kasih sayang ke biliknya, ‘aku pegang tangan dialah! Besar juga tapak dia ni’

Azzam hanya mengikut langkah isterinya seakan budak diheret pulang ke rumah. Dia tidak mampu untuk melakukan apa-apa. Namun senyuman di bibir terukir, dia seakan dapat merasakan getaran pada tangan isterinya, ‘gementar jugak dia ni’

Mereka berdua tenggelam dengan adegan romantik itu sehingga terlupa akan pandangan orang sekeliling yang berbisik-bisik.

#

“awak ada benda yang nak jelaskan kepada saya?” Azzam membuka mulut. Kesabaran mula tercabar apabila perempuan yang sedang duduk di hadapannya hanya membuat muka comel.

Raihanah yang sudah lama termati kata, kini mahu termati nafas. Semenjak memasuki bilik, mereka berdua terus mendiamkan diri, dia tidak tahu untuk berbuat apa-apa kecuali menayang muka comel five star, ‘aku nak buat apa ni?’

“saya tanya awak ni, awak takde benda ke nak beritahu saya?” Azzam mengulang soalan dengan nada yang lebih menggoda, ‘kenapa dia ni jadi pendiam ni? Tadi bukan main lagi berani pegang aku’

“a.. A..” Raihanah tidak tahu apa yang dia harus katakan. Segala skrip yang dihafal pada malam semalam terus lenyap di minda, ‘isk, macam otak first-class aku ni boleh benda penting?’ dia tidak berani untuk memandang wajah suaminya.

“kalau macam tu, biar saya tanya, boleh?” Azzam mula berjalan dan menghenyakkan punggung di birai katil yang dihias cukup indah, ‘empuk...’

Raihanah hanya mengangguk, ‘alamak, mesti dia tanya pasal ...’

“sejak bila parents saya kenal dengan parents awak? Macam mana awak boleh setuju untuk kahwin dengan saya? Saya takde kerja, takde duit dan awak pula orang kaya, kenapa awak boleh setuju kahwin dengan saya?” Berdas-das soalan dilepaskan oleh azzam, semua persoalan yang terbuku di hati akhirnya dilepaskan.

Raihanah mendengar sejilid soalan yang terluncur dari bibir seksi terus mengangkat wajahnya, bertentang mata dengan lelaki itu, tenang, tiada unsur kemarahan di wajah itu, tenang seperti selalu, ‘banyak soalan, macam soalan final exam aku je’

“awak, sebenarnya saya dah jatuh cinta dengan awak dari first time saya nampak awak, siang malam muka awak je muncul depan mata saya, sesak nafas, sakit hati, sengal hati bila teringatkan awak. Jadi, sebagai conclusionnya, saya gembira dan bersyukur sebab saya dapat kahwin dengan awak. The end!” Raihanah terus menarik nafas, ‘fuh, sesak nafas aku bercakap dalam satu nafas ni’

Azzam terpaku, mendengar luahan perasaan yang mengejut. Wajah raihanah yang merah dan tercungap-cungap itu dipandang dalam, ‘alamak, dia dah luah perasaan ni, aku nak cakap apa pulak? Aku tanya lain, dia jawab lain. Dia ni ambil course apa lah ni?’

“ok lah, saya keluar dulu. Kalau lama-lama kat sini, orang cakap apa pula, saya minta diri dulu ye” raihanah melangkah ke arah suaminya yang terpaku.

Azzam kaget, segala perilaku raihanah tidak dapat dijangka dengan akalnya, perempuan yang bergelar isterinya itu penuh dengan kejutan, ‘dia nak buat apa pulak ni?’

Raihanah menyembunyikan senyuman terukir apabila melihat wajah suaminya yang pucat lesi, lalu diambil tangan kanan suaminya dan dicium.

“assalamualaikum” raihanah berkata lembut dan terus berlari menuju ke arah pintu.

“nant..” Azzam mahu menghalang tetapi semuanya sudah terlambat

“aduhh!” Raihanah melanggar pintu biliknya sendiri.

“....ti” azzam menahan ketawa di hati.

Raihanah cuba mengawal riak wajahnya dan berlalu keluar dari bilik tersebut, ‘malu, malu, malu, malu!’

“comel” azzam tersenyum sendiri. Entah mengapa hatinya berasa tenang bila melihat wajah perempuan tersebut, mula berdebar bila bersama dengannya, dan kehilangan bila wajah itu hilang dari pandangan wajahnya.

#

“pengantin baru! Amacam? Bahagia?” Rafiq menepuk bahu sahabatnya yang sedang berjalan menuju ke dewan kuliah.

“ish, ada ke tanya soalan macam tu. Alhamdulillah, setakat ni semua baik-baik je” azzam menjawab soalan itu dengan debaran di dada. Entah mengapa, perkahwinan yang berlangsung semalam bagaikan mimpi.

“ye lah, aku ni nak doakan kau. Yang kau tak sempat-sempat nak honeymoon, terus balik kampus apa kes?” Rafiq meluahkan persoalan yang bermain di minda, ‘dorang ni tak sempat .... Astaghfirullah’.

“Banyak benda kena urus la.” Azzam tidak mahu menjelaskan lebih panjang, ‘entah lah, aku pun macam tak ready je’

“manalah tahu kau....” Rafiq menayang senyuman ulat bulunya.

“dah, jangan nak kurangkan pahala puasa kita yang kita kurangkan dengan tidak sengajanya. Jalan cepat sikit, kuliah nak mula dah tu” azzam terus mematikan topik perbualan, soalan yang rafiq ingin katakan itu cukup privasi.

“penatlah, ni dah pukul tiga petang. Yang kau ni, semangat semacam ni, apa kes? Ke kau tak puasa?” Rafiq menduga sahabatnya sekali lagi.

“kau nak makan pulut buku lima tak?” Azzam menayang buku limanya ke arah rafiq yang sedang tersengih-sengih dengan penuh makna.

#

“anna, kau nak buka puasa kat mana hari ni?” Shakina jalan beriringan dengan roommate kesayangan. Jeng kreng di kepala masih lagi berbekas, subjek EMT masih lagi memberi tekanan kepada otaknya.

“erm... Aku...” Raihanah masih tidak pasti dengan siapa dia hendak berbuka kerana suami kesayangan masih tidak menghubungi dirinya yang setelah mereka berpisah pada malam semalam, ‘abang, tak nak buka puasa dengan saya ke? Abang’ raihanah merintih di dalam hati.

“sejak bila kau jadi gagap ni? O, ya tak ya kan? Kau dah kahwinkan? Sorry lah, otak aku dah short circuit lepas sumbat subjek EMT. Kau mesti nak buka puasa dengan abang kesayangan kan? Mengaku je la” Shakina mengangkat kedua-dua keningnya, ‘patutlah relak je muka dia dalam kelas, tengah angaulah tu!’

“aku...” Raihanah masih tidak pasti, khuatir lelaki itu berbuka dengan orang lain. Percakapan raihanah terbantut apabila handphonenya berlagu.

“~ Cause I don’t wanna lose you now~  I’m lookin’ right at the other half of me~”

“assalamualaikum abang, ye” raihanah tidak mampu menyorok senyuman yang terukir di bibir. Hatinya melompat bintang.

“amboi, siap dont wanna lose you now lagi. Jealous aku!” Shakina bergurau.

“awak nak makan apa?” Azzam memulakan perbualan setelah masing-masing malu untuk memulakan perbualan.

“abang nak makan apa?” Raihanah mengembalikan soalan kepada suaminya, ‘adeh, kenapa aku tanya balik?’

“kalau saya, saya prefer makan yang ringan-ringan untuk berbuka puasa sebab senang nak solat. Awak?” Azzam tidak membahasakan dirinya abang dalam percakapannya dengan raihanah, terasa kekok.

“saya pun sama....” Raihanah terasa, kerana sebelum ini dia hanya melantak tanpa mengingati solatnya, ‘ kenapa aku tak perasan cara pemakanan dia sebelum ini’

“awak, jom jalan kat depan tu sikit. Maybe ada makanan yang best sikit” azzam terus berjalan ke depan tanpa menunggu isterinya yang masih lagi malu-malu kucing, ‘macam ramai je manusia ni’

“abang, tunggulah sekejap” raihanah yang memakai pakaian muslimah itu cuba mengejar langkah suaminya yang terlaju ke hadapan, ‘adeh, ramainya orang ni, mana abang ni, abang!’

Dalam kekalutan raihanah mencari suami tercinta, tangan kanannya dipegang kejap oleh seseorang dan   tubuh tertarik ke arah manusia itu. Raihanah mula ketakutan.
“abang!” Raihanah memejamkan matanya.

“sayalah ni, buka mata tu” azzam tersenyum melihat gelagat isterinya yang berada dalam dekat dengannya.

Raihanah termalu apabila menyedarinya berada terlalu dekat suaminya, ‘aduh, dekatnya’.
“jom jalan” azzam memegang erat pegangan tangannya dengan raihanah yang masih lagi menunduk.

“pegang kuat-kuat tau, ramai orang ni” azzam memimpin raihanah meredah banjiran orang yang mengunjungi bazar Ramadhan, ‘fuh, relaks bro. Pegang tangan bini je kot’
Raihanah pula tersipu-sipu di belakang, membuntuti langkah suaminya, ‘wah, machonya suami aku ni’


#

Tujuh hari kemudian,

“assalamualaikum” azzam menjawab panggilan telefon dari isterinya, ‘lambatnya dia call hari ni’. Azzam seakan sudah terbiasa menerima panggilan isterinya pada setiap pagi. Memandang mereka tinggal di hostel masing-masing.

“walaikumussalam, abang buat apa?” Raihanah yang baru sahaja menyiapkan assignment terus menelefon suaminya.

“saya tengah buat proposal untuk project saya. Awak?” Azzam tersenyum sendiri mendengar suara ceria isterinya.

“saya baru siapkan assignment nak kena submit sebelum cuti raya nanti. Abang...” Raihanah memulakan rancangannya di hujung minggu ini.

“ye, ada apa” azzam sudah mengagak sesuatu di sebalik suara manja itu, ‘nak ajak aku keluarlah tu’

“jom kita keluar cari baju raya, saya tak beli lagi baju raya. Saya nak beli baju raya dengan abang. Boleh tak?” Raihanah melembutkan suaranya bak buluh perindu, ‘ya Allah, lembutkanlah hati suami hamba-Mu ni Ya Allah’

“jom, saya pun nak keluar shopping dengan awak” azzam mengetuk dahinya, ‘adeh, nampak sangat aku tunggu dia, takpe sekali sekala berterus terang tak jadi masalah’.

#

“abang, cuba try baju melayu ni” raihanah menyuakan baju melayu berwarna merah jambu ke arah suaminya yang berdiri di sisinya, ‘mesti comel dia pakai baju ni’

“awak, saya tak suka baju warna-warna macam perempuan ni” azzam mula kaget, sungguh warna pink bukan untuk dirinya.

“ye ke, kalau abang ambil baju ni, saya cadang nak ambil baju jubah labuh pink tu. Tapi kalau abang tak suka, takpe” raihanah menayang senyuman manisnya, ‘ala, kau pun satu cuba tanya warna yang dia suka’

“eh, jangan cakap macam tu, buat saya rasa serba salah je. Hmm, macam ni la, biar saya test baju tu” azzam terus merampas baju melayu dari tangan raihanah yang sedang tersenyum-senyum plastik, ‘tengok zam, dia dah merajuk dah!’

“takpe abang, abang pilih je warna lain” raihanah mengejar langkah suaminya yang hendak memasuki bilik persalinan, ‘lajunya suami aku ni berjalan macam atlet Olimpik ke ape?’

“aik, awak nak tolong saya tukar baju juga ke?” Azzam sengaja menyakat raihanah yang mengejar sehingga masuk ke dalam bilik persalinan.

Raihanah yang merasakan wajahnya kini disimbah dengan cat panas itu segera keluar dari bilik persalinan itu, bila difikirkan kembali, dia tidak pernah berdua-duaan di dalam bilik bersama suaminya selain pada masa dia meluahkan perasaan, ‘macam mana body dia ek? Ops!’ dia terus menggeleng kepalanya.

Azzam tidak mampu mengawal ketawanya dan terus meletus, lucu dengan perilaku isterinya yang terlalu comel.

#

“assalamualaikum anna sayang” suara puan Shima kedengaran di hujung talian.

“walaikumussalam mi, mummy sihat? Rindu sangat mummy” raihanah menjawab panggilan itu dengan suara manja.

Azzam hanya mengerling sekilas ke arah isterinya, ‘fuh, manja habis dengan mummy, dengan aku, asyik malu-malu’

“sihat. Ye ke rindu mummy, dah ada suami tak akan rindu mummy kot” puan Shima sengaja menyakat anak perempuan yang telah sah menjadi hak milik jejaka lain.

Raihanah terus mengerling ke arah suaminya yang tengah kacak memandu, ‘tahu-tahu aje mummy ni’ lalu tersenyum sendiri,

“mana ada mummy,  mestilah anna rindu mummy” raihanah sengaja berkata manis.

“macam mana menantu mummy, sihat tak? Kamu berdua macam mana?” Puan Shima mengeluarkan set soalan yang dia telah karang sejak semalam.

“abang azzam, alhamdulillah mummy dia sihat je ....” Raihanah berhenti dan mengerling lama ke arah suaminya, ‘dan seksi sentiasa, auw!’

“kami berdua baru habis shopping baju raya sama-sama ni” raihanah tidak menjawab soalan puan Shima secara direct.

“oh ye ke, alhamdulillah. Hmm, mummy nak tanya ni, raya nanti anna nak balik rumah siapa?” Puan Shima mengeluarkan soalan yang tidak di fikir langsung oleh raihanah.

“erm.... Kami belum discuss tentang perkara tu. Nanti anna beritahu mummy ye” dahi raihanah mula berkerut.

“ye la, mummy tak paksa anna untuk balik rumah, sebab tempat isteri adalah di sisi suami, jadi anna ikut je suami anna. Kirim salam dekat azzam ye, assalamualaikum” puan Shima tidak mahu anaknya mula tertekan dengan soalan bonus raya itu, ‘salah soalan la pulak’

“baiklah mummy, walaikumussalam” raihanah mula mencari idea untuk berkata dengan azzam.

 #
Part4
 
“Macam mana awak boleh buat keputusan macam tu?” Azzam tidak dapat menahan keinginannya untuk bertanya. Perasaan? Terlalu gembira sehinggakan dia merasakan isterinya seperti bidadari dan bibirnya tidak dapat melepas berhenti dari terus mengukir senyuman, ‘relaks brother, jangan happy sangat, takut dia acah je’

“err.. Saya.. Saya” Raihanah cuba mencari ayat terbaik untuk diluahkan kepada suaminya tercinta! ‘aku nak cakap ape ni? Kalau silap cakap nanti, takut pula dia kata aku ni suka serah diri’ Raihanah cuba mengingat ayat-ayat jiwa drama melayu yang terhangat di pasaran.

“awak, saya tanya ni, awak yakin ke dengan keputusan awak ni?” Azzam meminta kepastian dengan isterinya yang tengah mengalami saat ‘jeng kreng’ di hadapannya, ‘dia ni betul ke tak? Macam nak tak nak je?’ hatinya kini berdetak laju bagai kuda berlari.

“saya kan isteri abang, tak payah nak soal-soal banyak-banyak. Tempat isteri kan di sisi suami dia, dan isteri tu kan dah jadi hak si suami setelah akad ijab Kabul disahkan. Tak gitu, tuan presiden ummah kampus yang sexy!” Raihanah mengenyit matanya kepada si suami yang setia menunggu jawapannya, ‘amboi fokusnya cik abang aku ni! Asal aku terlepas sexy…’ dia menggigit bibir menahan malu.

“kalau macam tu, sini sikit” Azzam menayang wajah comelnya kepada isteri tercinta, ‘ya Allah, terima kasih mengurniakan bidadari kepada hamba-Mu ini.  ini memohon agar Engkau mencampak perasaan cinta ke dasar hatiku untuk mencintai perempuan yang telah kau tetapkan untuk menjadi isteriku’ Azzam sedar yang dia perlu menerima hakikat sebenar yang dia kini adalah suami kepada Raihanah.

Raihanah mula kaget dengan renungan Azzam yang sungguh menggoda, ‘aku ni dah kenapa, dia baru renung kau dah nak gelabah semacam? Anna relaks! Nak buat apa sekarang ni, peluk dia ke? Giler kau!’ akhirnya seluruh tubuhnya hanya membatu tanpa sebarang reaksi. Failed dalam bab mengawal degupan jantung.

“awak, sini sikit” Azzam menarik tubuh isterinya mendekati dirinya, ‘kenapa dia ni jadi keras semacam? Takkan takut kot’

Raihanah yang sedia membatu itu terus menutup matanya dan memuncungkan bibirnya, ‘Anna, relaks girl. Jangan gabra’

Azzam menahan tawanya yang mahu meletus, lucu dengan tindakan spontan isterinya, ‘takkan dia ingat aku nak …. Adeh, lucu betul la bini aku ni’. Dia menggeleng kepala dan menerus perbuatannya yang tertangguh. Bukan di bibir yang mungil itu menjadi tempat mendarat bibirnya tetapi di dahi yang indah perempuan yang sah menjadi miliknya, ‘ya Allah, kekalkan perkahwinan kami berdua ini’

Raihanah yang tersedar akan situasi sebenar berlaku terus menutup mulutnya dan memegang dahinya yang baru menerima hot kiss suami tercinta, ‘kat dahi ke?’ namun hot kiss tersebut cukup membuat jantungnya berdegup kencang di tambah pula dengan senyuman manis lelaki itu, ‘aduh, abang jangan senyum macam tu, jantung Anna…’

“….nak meletup” Raihanah terus menutup mulutnya untuk kali kedua, sedar akan kesilapannya yang terlepas cakap.

“apa yang nak meletup?” Azzam terkejut dengan ayat spoiler yang terpancul keluar dari mulut isterinya, ‘meletup?’

“takde apa-apa, maksud saya, kereta abang ni meletup kan?” Raihanah menayang senyuman plastik menutup perasaan malu yang bermukim di hati, ‘tembak je!’

“ada-ada je la awak ni, jomlah turun, dah azan isyak dah” Azzam membuka pintu keretanya, ‘kereta aku meletup? Ish, kereta baru lagi ni, tak kan nak meletup, nauzubillah’

“hah?” Raihanah baru tersedar yang kereta milik suaminya sudah terparkir cantik di kawasan perkarangan masjid dan termalu sendiri untuk ke sekian kalinya, ‘bila pula kereta ni masuk masjid ni? Tu la, orang dalam kereta tengok jalan bukan dok tenung suami kau je’.

“awak, jomlah turun. Solat berjemaah nak mula dah tu” Azzam membuka pintu kereta untuk isterinya yang masih berfikir jauh di dalam kereta, ‘tak akan malu kot…. Comel’

#

“O..o..o.. Balik kampung! O..o..o.. Balik kampung! Hati riang!” Azzam memandu kereta dengan hati girang tak terkata dan lirik lagu yang dinyanyikan adalah ciptaan sendiri asalkan kena dengan muzik. Tidak sabar rasanya untuk pulang ke rumahnya setelah sekian lama menanti tertangguh dek kesibukan di kampus.
Raihanah menahan ketawa melihat perubahan perwatakan suaminya, tidak disangka ketua biro tarbiyyah di sebelahnya ini ada sifat keanak-anakan kerana sepanjang dia mengenali cik abang kesayangannya itu, Azzam adalah seorang yang senyap dan serius bukan seperti sekarang, kanak-kanak Ribena, ‘wow, cutenya. Comelnya, sexynya.. Awrrr’ habis semua perkataan diluahkan di dalam hati. Bimbang jika diluahkan di mulut, terus kembang hati si suaminya ini kena puji, tapi suaminya itu makan puji ke?

“awak tidur ke?” Azzam tidak dapat menoleh ke sebelah untuk melihat keadaan isterinya kerana dia perlu beri tumpuan kepada jalan, ‘mustahil dia tidur, sebab dia tengah skodeng aku dari tepi ni’ Azzam perasan akan habit isterinya yang suka skodeng wajahnya apabila mereka bersama.

“Anna, suami awak ni handsome sangat ke sampai awak terdiam sampai macam tu sekali” Azzam bertanya untuk kali kedua namun tiada respons.

“Anna” Azzam mengambil keputusan untuk menoleh ke sebelah kirinya, ‘jeng!’

“tidur rupanya, penat belajar ni” Azzam memberhentikan keretanya di bahu jalan. Dia kemudiannya membaringkan tempat duduk isterinya supaya selesa perbaringan perempuan itu, ‘comelnya.. Bro! Kawal diri bro!’ degupan jantung berdetak kencang. Matanya menjamah wajah isteri tersayang lalu pandangannya terjatuh kepada bibir mungil yang kemerahan itu, ‘go for it! Dia tak sedar tu’

Azzam mendengar kata hatinya aka nafsu yang merangsang, namun perbuatannya terhenti apabila Raihanah mengaru-garu pipi, ‘astaghfirullah al azim, bulan ni kan bulan puasa!’ Azzam terus menggeleng kepalanya dan menerus perjalanan pulang ke rumahnya tanpa menoleh ke kiri lagi, khuatir dia akan hilang waras, ‘aku lelaki kot!’

#

“Anna, kita dah sampai rumah abang ni. Bangun ye” Azzam mengejutkan isterinya yang masih diulit mimpi indah, ‘lamanya dia tidur, aku pun nak tidur jugak’

Raihanah yang mamai mendengar suara gemersik suaminya terus menegak kedudukannya, ‘lama ke aku tertidur?’ lalu matanya terus menoleh ke arah suaminya yang masih setia di tempat duduk pemandu, ‘ni semua pasal assignment versi raya yang berlambak, dah tahu orang nak raya di bagi lagi assignment macam orang overdose je!’ marah hatinya terhadap lecturer ‘kesayangan’, dr. Ambeng botak!

“jom turun, tengok mama tu dah tersenyum lebar dekat muka pintu tu” Azzam menjuih bibir ke arah pintu rumahnya. Dia kemudiannya membuka pintu keretanya di tahan oleh Raihanah,

“abang, saya minta maaf sebab tak teman abang time abang drive” Raihanah merasa dirinya gagal menjadi isteri terbaik. Eceh..

“takpe abang tahu Anna penat, tapi lepas ni kalau penat bagi tahu tau, jangan buat senyap je” Azzam memberi amaran sambil bibirnya tersenyum manis.

Raihanah mengangguk patuh.

#

“penatnya” Azzam terus melompat di atas katilnya seusai saja menunaikan solat zohor yang tertangguh. Raihanah? Tengah beramah mesra mamanya yang seakan lupa akan kewujudannya. Kepenatan membuat dia terasa rimas dengan baju yang tersarung di badannya lalu dia terus membuka dan melemparkannya ke lantai dan lena, dia lupa akan seseorang akan menghuni biliknya…

“mana bilik suami aku ni?” Raihanah pening untuk mencari pintu bilik suaminya, terdapat tiga pintu dan dia langsung tidak dapat meneka yang mana satu bilik suaminya.
“Anna, pintu azam tu yang ade tulisan NO ENTRY!” Maimun melaung dari tingkat bawah rumah, tahu saja akan kesusahan yang dihadapi oleh anak menantunya yang smoking hot itu. Dia sendiri tidak menyangka anak lelakinya itu mempunyai aura yang begitu sehingga anak gadis yang smoking hot plus ‘ayu’ itu sanggup datang menangkap kumbang di rumahnya, if you know what I meant.

Raihanah kembali menuruni tangga, terasa segan untuk membalas kembali laungan maut ibu mertuanya walhal di rumahnya sendiri, di pintu pagar dia sudah melontar bom suara apabila marah,

“terima kasih mama, abang Azzam terus naik tadi tak sempat nak cakap kat Anna bilik dia yang mana satu. Penat drive lah tu” Raihanah membela suaminya.

“azam tu memang macam tu Anna, kalau dah jumpa katil, tsunami datang pun dia tak kisah” Maimun sungguh masak dengan perangai anak lelakinya itu, ‘haih, dah ade bini cun pun masih perangai macam bujang senang, nak kena ganyang budak ni!’

#

Melihat kepada sign no entry itu membuatkan dirinya terasa seram sejuk untuk memasuki ruang bilik itu.

“assalamualaikum!” Raihanah memberi salam, cuba memberi orang di dalam yang dia sedang menceroboh bilik lelaki itu, ‘wah kemasnya!’

No reply dari orang dalam, ‘apalagi jom terjah!’

Matanya melilau melihat keadaan di dalam bilik suaminya yang kemas dan bersih itu, kalah biliknya sebelum berkahwin, yang seperti dilanda rebut catrina, bersepah giloss. Namun mata berhenti melilau apabila menangkap baju lelaki yang terdampar di atas lantai, ‘dush, tak bersih mana pun bilik ini, tu siap ada baju abang seksi aku kat atas lantai’ hatinya kembali senang, rasa tercabar sudah terbang ke England.

“tapi bukan ke ini baju yang dia guna tadi” Raihanah bermonolog sendiri, lalu matanya tertumpu ke arah katil. Temperature raising, mayday, mayday, mayday, need fireman in ASAP. Someone burning here! Someone hot here! Hatinya berdetak kencang, terasa darah panas menyimbah ke mukanya, ‘gosh! Abang, why you looking smexy hot right now, lupa ke Anna ada dalam bilik ni sekali’

Tubuh badan suaminya yang tidak berbaju di pandang tajam oleh Raihanah. Dia sedang menganalisis tubuh badan suaminya yang FUH! Six pack, ketak-ketak sini sana. Tanpa sedar dia berlalu ke atas katil dan terus duduk di sebelah suaminya. Dia menilik segenap inci wajah suaminya yang seakan-akan orang Arab. Hidung mancung, kening tebal, dan bibir tu sexy!

“abang, Anna tidur kat sini ye” Raihanah meletak kepala di atas lengan tegap suaminya, ‘bestnya!’

#

“Azzam! Anna! Bangunlah! Dah pukul 6 petang dah ni! Cepat solat” Maimun menjerit dari tingkat bawah untuk ke sekian kali.

Azzam yang sudah lali dengan jeritan mama tercinta terus membuka matanya, sedar akan solat asar yang tertangguh, ‘dua kali dah aku lewatkan solat’ rasa malu kepada sang pencipta mula meresap ke dalam jiwanya. Kemudian dia terasa tangan kanannya terasa kebas semacam, seakan ada dumbbell yang menghempap tangannya.

“a…” matanya terbuntang luas apabila melihat Raihanah sedang tidur lena di atas lengannya, ‘dugaan bro dugaan’. Lama dia merenung wajah isterinya yang masih bertudung itu tidur lalu tangan kirinya seakan-akan gatal untuk memegang wajah perempuan itu.

“Azzam! Anna! Bangun ! Solat asar!” Mama menjerit lagi, bimbang akan jeritan pertamanya tidak didengari oleh pasangan suami isteri itu.

Raihanah yang mendengar jeritan mama terus membuka matanya. Kemudian dia menoleh ke sebelah kirinya, kelihatan Azzam sedang merenungnya, ‘dush! Kantoi. Mama save me!’

“sedap tak lengan saya jadi bantal awak” Azzam mempamerkan senyuman manis menutup kegusaran di hati, ‘ mama ni kan jerit pun timing tak kena. Alamak makin kebas pula lengan aku ni’

“maafkan saya abang, saya tak perasan tadi, saya baring je. Entah macam mana boleh tertidur. Sorry ye. Jangan marah” Raihanah menayang wajah seposennya, ‘gerenti berjaya punya!’ dia terus duduk di sebelah suaminya masih tidak berbaju itu.

“takpe, saya tak kisah pun, suka lagi ada. Dah pergi ambil wuduk cepat, kita solat asar berjemaah sama-sama” Azzam tersedar akan keadaan dirinya tidak berbaju, ‘nasib baik buat workout semalam, takdelah malu sangat’

“alamak solat! Saya tak solat zohor lagi” Raihanah terus berlari kelam kabut ke tandas.

Azzam hanya mampu menggeleng kepalanya, kecuaian isterinya itu harus diberi perhatian.

#

“abang, kita nak solat terawih kat mana ni?” Raihanah bertanya sambil dia menyikat rambut.

Azzam yang dari tadi tidak dapat melarikan matanya dari terus memandang Raihanah hanya mampu menelan air liur, ‘fuh, dugaan lagi ni’

“kita solat dekat masjid perumahan ni, dekat je” Azzam menjawab pendek.

Raihanah mengangguk, sambil tangannya ligat mengikat rambutnya sebelum dikenakan tudung dalam, dan memakai tudung bawal labuh,

“abang, tak siap ke?” Raihanah yang kehairanan melihat ketenangan suaminya.

“dah siap dah, Cuma satu je lagi, abang nak minta tolong Anna boleh?” Azzam merencanakan sesuatu. Dia cuba melatih dirinya untuk menggunakan perkataan ‘abang-Anna’

“apa dia bang?” Raihanah excited dengan permintaan Azzam, gelaran diri abang sudah mula bermain di bibir suaminya dan ‘dia panggil aku Anna, gemersik je suara suami aku ni, bila nak sayang ni?’
“ni dia” Azzam menyuakan sekotak butang baju melayu ke arah Raihanah yang excited dengan permintaannya,

“tolong pasangkan untuk abang” Azzam tersenyum manis.
Raihanah membalas dengan anggukan, dirinya kembali bersemangat untuk menjadi isteri solehah.

“meh sini” Raihanah menarik tubuh suaminya yang tinggi lampai mendekatinya. Jantungnya berdetak kencang, melihat dada bidang yang terdedah sedikit itu.

“Abang ni tinggi sangat lah” Raihanah mengomel kecil.

“suami siapa jugak” Azzam tidak dapat melarikan renungan matanya dari terus melekat ke wajah isterinya,

“hati-hati ye, jangan sampai tersentuh dada yang tough abang ni, nanti kena ambil wuduk balik, kesian isteri abang ni kena buka tudung balik” Azzam sengaja mengusik dan dalam masa yang sama mengingatkan isterinya.
Raihanah membalas usikan suaminya itu dengan senyuman, ‘Anna tak kisah pun, kalau boleh nak pegang lama-lama’

#

“anak ni isteri azam ye” seorang mak cik yang awal 40an mendekati Raihanah yang sedang memakai telekung.

“ye, mak cik, nama saya Raihanah, tapi nama manja Anna” Raihanah menjawab mesra soalan mak cik itu, ni titik permulaan dirinya untuk mengenali orang di sekeliling suaminya membesar.

“memang secocok betul kamu berdua ni, bagai pinang dibelah dua. By the way, nama akak, Rohana Jalil, bukan penyanyi tu, tapi orang-orang sini panggil kak RJ” kak rj memperkenalkan dirinya, ‘Cuma ada seorang je dalam kawasan yang berani memanggil dirinya mak cik, si Azzam senteng tu!’

Raihanah cuba memproses maksud pinang di belah dua, tu peribahasa ke simpulan bahasa. ‘Waduh, bahasa Malaysia aku memang terbabas’
“maaf ye kak, saya tak tahu nak panggil ape, jadi akak kenal la suami saya ye” Raihanah memulakan sesi beramah mesra.

“kenal sangat, dari dia kecil, akak kenal dia” kak rj menjawab soalan dengan penuh ramah, ‘si pelesit tak guna semua orang kenal!’

“amboi, rohana mesra berbenar kau ye dengan menantu aku, nak jual jamu ke?” Mama join the group.

“mestilah, nak tengok juga siapa yang jadi isteri Azzam ni” rj menggamit mesra tangan Raihanah, ‘ni mak pelesit pun ade sekali, kesian aku tengok budak Anna masuk keluarga pelesit!’

Bacaan al Quran yang dibaca oleh tuan imam sungguh gemersik, namun keadaan Jemaah wanita di belakang ini berada dalam keadaan luar biasa.

Solat isyak pertama Raihanah di perumahan suaminya telah melakar satu kenangan lucu lagi pelik, kak rj aka mak cik rohana seakan mahu rukuk mendahului kemudian dia terus menegakkan tubuh badannya, ‘macam buat stunt pula mak cik sorang ni’ . Kedengaran dengkuran kecil di belakangnya, ‘susah jugak nak dapat khusyuk kalau macam ni banyak sound effect ni’.

#

Pada bacaan doa yang terakhir, ramai makcik-mak cik yang tersengguk-sengguk menadah doa, ‘ish, mesti penat buat persiapan raya ni’

“Anna, tadi kita takde buat qunut kan untuk witir tadi?” Kak rj bertanya sambil tangannya lincah melipat telekung.

“err…” Raihanah termati kata, ‘ni sah tidur mati, aku rasa ade je qunut tuan imam buat’

“ade la, rohana. Kau je tu yang tidur dalam solat” Maimun dengan selambanya menembak bazuka ke arah kak rj, ‘umur dah tua, tapi perangai macam orang tak cukup umur, memang padanlah tak kahwin lagi’

Raihanah hanya mampu ternganga mendengar ayat yang terpancul keluar dari mulut mama, ‘boleh tahan laser jugak mulut ibu mertua ku ni!’

“abang kenal kak rj tak?” Raihanah berjalan sambil beriringan dengan  suami tercinta pulang ke rumah. Mama? Dah jalan dulu dengan papa.

Azzam mendengar nama tersebut hanya mampu menahan ketawa, makcik rohana jalil adalah seorang manusia malang yang pernah dia jumpa.

“kenal sangat, macam mana Anna boleh kenal dia?” Azzam ingin mengetahui lebih detail, ‘menarik ni!’

“erm.. Dia yang mula-mula approach Anna. Pastu kami berbual, tu je” Raihanah tidak tahu bagaimana hendak mengulas pertemuan dengan makcik vogue di masjid itu.

“Anna, jangan terikut pulak gaya makcik tak siap tu, ops.. Sorry, jangan terikut perangai hamba-hamba Allah yang kubur kata mari, rumah kata pergi ye. Kita ni hidup ada sebabnya, bukan jadikan dunia sebagai matlamat tapi akhirat” dalam hati Azzam sentiasa berdoa akan agar Allah menjaga aib mereka suami isteri dari mata-mata makhluk ciptaannya

Raihanah tekun mendengar tazkirah pendek dari Azzam, sememangnya ni adalah kelebihan Azzam dari lelaki lain, lelaki yang berjaya mencuri hatinya.

“Sorry ye, kalau abang selalu bagi tazkirah secara tiba-tiba, jangan marah” Azzam meminta maaf kepada isterinya, khuatir isterinya akan merasa bosan apabila dengan dirinya.

“mana ada, you look sexy. Ops!” Raihanah menutup mulutnya yang asyik terlepas cakap itu.

“alahai comel isteri abang ni!” Azzam meletak tangan kanan di atas kepala isterinya, ‘ada aku ngap jugak ni!’

#

Raihanah melangkah masuk ke dalam bilik dengan hati yang berdebar, sebentar tadi dia sudah diejek oleh angah dan achik suaminya yang kedua-duanya perempuan tentang malam pertama, memang advance tahap dewa budak-budak zaman sekarang ni.

“assalamualaikum bang, banyak lagi ke kerja abang tu?” Raihanah berdiri di samping suaminya yang sedang tekun menaip e-mel, ‘haih, tinggal sehari lagi nak raya masih lagi sibuk dengan event kampus, ni belum bekerja. Kuat betul suami aku bekerja’

“walaikumussalam, sikit lagi, abang nak e-mel kat semua ketua department suruh buat preparation awal before cuti raya tamat” Azzam masih lagi memberi tumpuan ke arah laptopnya. Jantung yang berdegup kencang cuba diendahkan, terlalu kuat dugaan apabila berdua-duaan dengan isterinya.

“ye ke? Hmm… Anna nak pergi tukar baju dulu” Raihanah berlalu ke almari suaminya untuk mengambil baju dan berlalu ke bilik air.

“nak pergi mana tu?” Azzam memulakan misi mengusik.

“bilik air, nak tukar baju la” Raihanah seakan dapat membaca apa yang ada dalam fikiran suaminya.

“tukar aje la kat sini, abang tak kisah pun” Azzam mengenyit mata kepada isterinya.

“tapi Anna kisah, bye-bye” dengan langkah yang laju, Raihanah berlalu masuk ke dalam bilik air, ‘fuh, nakal ye suami aku ni!’

“Anna cepatlah sikit, abang nak guna bilik air ni” Azzam mengetuk pintu bilik air.

“kejap ye” siap menukar pakaian, Raihanah membuka pintu tandas, mulutnya ternganga dan Azzam juga ternganga melihat dirinya, ‘why boxer only?’

Azzam cuba mengawal dirinya, tidak dinafikan dirinya terkejut melihat baju tidur Raihanah yang mempunyai kartun Pikachu, siap lengan panjang dengan seluar track, ‘ni baju dia, adeh’

“aik, tak nak keluar ke? Kalau macam tu, jom teman abang dalam bilik air ni” Azzam mengusik lagi, apabila melihat Raihanah tengah asyik menilik tubuhnya.

“tak nak la” Raihanah berlalu dengan laju ke arah katil sebelum menyelimuti dirinya dengan comforter, ‘hot.. Hot.. Hot.. Mesti aku berpeluh malam ni!’


Azzam cuba untuk mengawal dirinya sebelum berlalu ke katil untuk tidur, ‘relaks bro, relaks’. Ketika dia ingin meletakkan punggung di birai katil,

Raihanah yang berbalut comforter terus bangun dari perbaringan dengan muka yang merah padam, ‘baik aku cakap sekarang! U go girl!’

Azzam sekali terkelu dengan perbuatan Raihanah, ‘mak aih, dia nak meletup ke? Merahnya muka tu, baik lari cepat’ namun langkahnya terhenti apabila,

“abang, saya mengaku saya suka abang sangat-sangat from the first time I saw you. I fall for you, fall very hard that I can’t even breathe. But doing this kind of stuff, I just not ready for it! Im sorry. Abang, Anna minta maaf, Cuma Anna belum ready untuk semua benda ni” Raihanah tidak mampu untuk memandang suaminya, terasa matanya mula berair.

Azzam terkelu, dan kaget apabila Raihanah mula teresak-esak. Rasa bersalah mula bertamu, ‘adeh, aku tak buat apa lagi pun, dah menangis. Apa nak buat ni? Pujuk?’ Azzam mendekati isterinya yang sedang bermelodrama.

“shhh, dah, jangan menangis ye. Abang bergurau je tadi tu. Kalau Anna rasa gurauan abang terlampau, bagi tahu ye. Jangan buat senyap je. Dah jangan menangis” Azzam membawa tubuh Raihanah mendekatinya, dipeluk kemas tubuh kecil itu. Dibelai rambut isterinya.

Raihanah menangis sepuasnya di dada suaminya, malu dengan kelemahannya.

“manja sangatlah isteri abang ni, dah-dah tak payah menangis ek. Nanti abang yang join sekaki, abang waktu kecil suka nangis tau” Azzam memegang kedua belah pipi isterinya. Memujuk isterinya.


Raihanah mengangguk perlahan, matanya masih belum bersedia untuk membalas renungan yang diberi oleh suaminya, ‘dia peluk aku dalam keadaan seksi macam ni, mummy! My hubby so hot!’

“Anna, abang tak akan ambil dari Anna benda yang Anna jaga selama tanpa rela, jangan risau ye. Dah tidur la, besok kita nak kemas rumah untuk raya” Azzam berlalu ke almari dan kemudian mengeluarkan toto berwarna biru.

“abang nak buat apa tu?” Raihanah hairan dengan perbuatan suaminya yang seakan berjauh hati, ‘dia marah ke?’

“abang tidur kat lantai je, takut Anna tak selesa pula kalau abang tidur kat atas” Azzam cuba menutup rasa kecewa dengan Raihanah yang seakan tidak mempercayai dirinya, ‘kau merajuk ke bro, wow…. Unbelievable!’

“abang, jangan macam tu, tidur je dekat atas dengan Anna, Anna tak kisah pun Cuma …” Raihanah termati kata, malu hendak menyebut perkataan itu, ‘jangan buat benda terlebih tu sudah’

“kalau macam tu, jom tidur!” Azzam terus melompat ke atas katil tanpa berfikir panjang. Badannya perlu rehat yang secukupnya sebelum bangkit untuk membuat tahajud terakhir di bulan Ramadhan, ‘dan malam ini adalah malam pertama aku dengan isteri comel aku tidur sama-sama’ bibirnya mengukir senyuman.

Raihanah cuba menendang jauh perasaan yang malu yang bermukim di hatinya, fikiran kuning yang mula meracuni otaknya yang suci itu, ‘chaiyok, relaks je…. Tidur macam biasa ye!’

“Anna, tidur ye. Jangan skodeng muka abang lagi. Nanti abang peluk karang” Azzam dapat merasakan dirinya diperhatikan dari tepi, ‘memang handsome sangat Allah ciptakan wajah aku ni sampai bini aku ni suka sangat skodeng’

“mana ada!” Raihanah menarik comforter menyelubungi wajahnya, malu kantoi.

“ala, kalau tak skodeng pun, abang nak peluk jugak” Azzam memeluk comforter yang menyelubungi isterinya itu dan pasangan itu lena.

#

Allaahu akbar.. Allaahu akbar.. Allaahu akbar ….. Laa – ilaaha – illallaahu wallaahu akbar. Allaahu akbar walillaahil – hamd.

“abang, meh sini Anna pakaikan butang baju melayu abang” Raihanah memanggil suaminya yang sibuk memakai samping di pinggang di depan cermin, ‘alahai comelnya cik abang saya ni’

“jap la sayang, abang tengah pakai samping ni” Azzam sedang berusaha memastikan gulungan samping di pinggang kelihatan cantik.

Raihanah hanya memerhati suami dari birai katil,

“tu la, orang suruh mandi awal sebelum subuh tak nak, tengok dia jugak yang kelam kabut semacam sekarang ni” Raihanah mula membebel, ‘tengok mama Anna dah mula membebel’

“amboi, isteri abang dah pandai nak membebel ye, meh sini, abang nak sayang sikit” Azzam menarik isterinya mendekati dirinya, lalu dipicit kedua belah pipi gebu itu,

“cutenya isteri abang ni!” Azzam menahan rasa di hati, kalau diikutkan hati lelakinya, mahu sahaja diterkam bibir mungil itu.

“abang, sakitlah pipi Anna. Pastu, abang mesti tahu kan kalau abang pegang Anna, wuduk Anna batal, wuduk abang pun batal. Abang ni kan” Raihanah mula menunjuk sifat manjanya kepada si suaminya, ‘tahulah muka tu handsome tak payah nak tenung aku semacam, pagi raya kot. Relaks babe!’

“abang sengaja je, boleh Anna terpegang dada abang nanti” Azzam mengenyit matanya kepada isterinya yang menayang wajah marah.

“abang, makin gatal ye” Raihanah memberi jelingan manja, sambil tangan ligat memakaikan butang ke baju melayu berwarna pink itu, ‘kenapa lah suami aku ni asyik nak goda aku je~’

“abang menggatal dengan isteri abang je, bukan dengan sesiapa pun tapi kalau Anna nak payung emas, abang on je” Azzam mengangkat kedua-dua belah keningnya,. Dia sedang menguji isterinya.

“eleh, duit takde, nak bagi Anna payung emas. Takpe lah abang simpan je duit abang tu, kita perlu merancang untuk masa depan. Lagipun, sekarang bukan musim hujan, Anna tak perlu payung. Sebelum tu, apa kaitan payung emas dengan gatal abang tu?” Raihanah tidak jumpa kaitan antara payung dengan gatal, ‘nak payung emas? Payung? Tak taste langsung suami aku ni’

Meletus ketawa Azzam mendengar celoteh isterinya, perihal payung emas dalam perkahwinan pun isterinya tidak tahu, ‘haih, kena banyak belajar ni’

“takpelah, abang rasa abang tak jadi nak bagi payung emas, abang nak bagi ni” ciuman hangat singgah di pipi kanan isterinya kemudian dia mengenyit mata.

“astaghfirullah al a’zim, budak dua orang cepat sikit siap, tak lama lagi nak mula sembahyang raya. Kalau nak beromen, tunggu malam sikit!” Maimun menjerit lantang melihat perilaku pasangan pengantin baru, ‘kalau ye pun, tutuplah pintu tu dulu’ kemudian dia berlalu pergi.

“malunya” Raihanah terasa mahu berlari ke bawah katil dan menangis, malu yang amat dengan ibu mertuanya, ‘aish, suami aku kan suka buat surprise!’

“sorry ye, jom pergi” Azzam menarik tangan isterinya yang monyok itu untuk turun ke bawah.

“encik Azzam sila berhenti sekejap, encik nak heret isteri encik yang cute muit ni pergi ke masjid dalam keadaan macam ni ke?” Raihanah menunjuk dirinya yang tidak bertelekung.

“Allah! Lupa lah sayang. Dah pergi siap cepat, abang tunggu” Azzam tersenyum sendiri dengan perbuatan dirinya.

“erm, tangan tu” Raihanah menjuih bibir ke arah tangannya yang masih kemas dipaut oleh si suami, ‘amboi, tak nak lepas aku ke?’

“ops, sorry sweety” Azzam melepaskan tangan Raihanah dari pegangannya. Sungguh, Allah telah mencampakkan perasaan cinta untuk isterinya dan kini dia telah jatuh cinta kepada perempuan bernama Raihanah.

“nak abang tolong pakaikan tudung tak!” Azzam mengejar langkah isterinya yang berlalu ke bilik air.


THE END

 P/S : mohon maaf jika cerita ini mempunyai tak sampai expectation semua, kalau ada yang luahkan sila komen ek? *wink2x* erm, sekarang al kisah azzam & rihanna dah pun tamat, nak gi masuk dunia wawa dan daniel balik.. . apa pun.. tq baca hasil karya saya yang tak seberapa ni... support anna&azzam, ingat tau support wawa&daniel...Sorry ye semua, kalau banyak kesalahan dalam penulisan saya *tunduk ala jepun*











You Might Also Like

6 comments:

  1. best2...hihihi...suka both of them...sweet ja..jom singgah my blog..cheirumunayu.blogspot.com (if u don't mind)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq awak sbb sudi memberi komen~ insyaAllah saya singgah :) xoxo

      Delete
  2. best...good luck untk cerita yg lain....

    ReplyDelete
  3. best sangat2 diorang tu so swett...

    ReplyDelete