Cerpen,

USTAZ?1 Oh My Gosh! part 1

2:08 PM Unknown 7 Comments




Umur : 6 tahun,
“awak nak jadi kawan saya tak?” Tanya Iz dengan senyuman lebar. Gigi yang rongak di hadapan turut menyapa budak perempuan di depannya.

Nia hanya mendiamkan diri. Dia yang baru sahaja berpindah ke kawasa perumahan ini.

“awak tak nak kawan dengan saya ke?” Tanya Iz dengan wajah polos.


“nak! Tapi saya malu….” Ujar Nia dengan wajah merah padam.

“tak payah malu…. Nama saya Izdihar, panggil Iz. Awak?” Tanya Iz dengan mata bersinar-sinar.

“Fadiana…. Tapi panggil Nia…” jawab Nia dengan suara kecil.

“jom…. Kita main!” Iz terus menyambar tangan Nia dengan laju. Digenggam tangan itu sebelum dibawa berlari ke arah taman permainan.

#

Umur : 9 tahun,

“awak rasa teo tu hensem tak?” Tanya Nia dengan muka gatal.

“tak pun…. Muka macam lembu je saya tengok” jawab Iz sambil kedua tangannya ke belakang.

“ish awak ni! Dia tu hensem la….” Marah Nia dengan wajah ketat. Panas hatinya bila muka buah hatinya disamakan dengan si penjana susu segar.

“dah tahu…. Kenapa tanya…” ujar Iz dengan wajah lesu. Malas mahu berbual akan perihal pelajar baru sekolah mereka itu, ‘asyik-asyik teo, asyik-asyik teo…’

“saja…. Kalaulah tempat duduk sebelah saya tu kosong, dah tentu dia duduk sebelah saya” Nia sudah mula berangan-angan.

“eh, eh…. Tu tempat duduk saya yang awak cakap tu….” Tegur Iz dengan riak terkejut.

“ops…” ujar Nia sambil menutup mulutnya.

“awak….” Iz melembutkan nada suaranya.

“apa…” pendek Nia menjawab. Dia masih lagi teringatkan riak wajah teo yang kacak itu.

“awak rasa saya ni hensem tak?” Tanya Iz dengan nada malu-malu.

Nia menghentikan langkahnya. Dia kemudian berpaling ke arah Iz yang turut berhenti melangkah.

“jap….” Nia mengscan atas bawah diri Iz.

Iz menarik nafas dalam.

“muka comot, gigi rongak, baju kotor, kasut kotor, rambut serabai! Macam pluto dengan bumi lah kalau nak dibanding dengan teo….” Komen Nia dengan kejam sekali. Kemudian ilaian ketawa terkeluar dari mulut gadis itu, ‘hensem? Perasan!’

Tanpa suara, Iz berlari meninggalkan Nia.

“eh, Iz! Tunggu lah!” Jerit Nia sambil membuka langkah. lari. Cuba mengejar Iz yg sudah berlari sama laju dengan pelesit.

#

Umur : 11 tahun,

“Iz, awak rasa saya boleh dapat nombor satu lagi tak?” Tanya Nia dengan wajah mengharap. Untuk semester penggal pertama, dia berjaya mendapat nombor satu di dalam kelas justeru mengalahkan long-time-crushnya, teo!

Iz dengan selamba memasukkan jari kelingkingnya ke dalam lubang hidungnya.

“eiw! Iz! Pengotor!” Marah Nia. Pantas dia menjauhi Iz. Salah satu perangai Iz yang dia tidak suka, suka korek hidung di mana jua dia berada!

“ape…. Awak nak ke?” Iz menyuakan jari kelingkingnya ke arah Nia dengan senyuman senget.

“jangan! Jangan nak mengada!” Jerit Nia. Meremang bulu romanya mendengar tawaran Iz, ‘giler ke apa!?’

“Nak lah tu!” Iz membuka langkah untuk mendekati Nia. 

Nia membuka langkah laju meninggalkan Iz.

Iz terkejut apabila melihat kain baju kurung Nia berdarah, ‘dia cedera ke?’

“Nia!? Awak takpe ke? Kenapa belakang awak berdarah” Iz mendekati Nia dengan riak takut. Di dalam hati, bertalu-talu doa dia panjatkan agar kawannya itu tidak apa-apa.

“awak jangan nak kelentong saya….” Ujar Nia dengan senyuman mengejek. Namun dari tadi, dia merasakan sesuatu yang kurang enak pada tubuhnya.

“betul, saya tak tipu…. Awak jangan lari lagi…. Nanti makin berdarah…” pinta Iz.

Nia berhenti sebelum berpaling melihat belakangnya, ‘darah? Kenapa belakang aku berdarah ni? mana datang darah ni!?’

“awak tak apa ke?” Tanya Iz. 

“saya tak apa….” Tubuh Nia terus menyembah bumi.

“Nia!” Jerit Iz.

#

Umur : 12 tahun,

“Nia, saya suka kat awak….” Luah Iz dengan wajah merah padam. Degupan jantungnya tidak mampu ditentangkan.

Nia termati kata lidahnya bagaikan disimpul mati. Terkejut dengan luahan perasaan kawan baiknya itu, ‘ok…’

“apa awak merepek ni Iz?” Tanya Nia dengan ragu-ragu. Baru sebentar tadi, dia dan teo menjadi pasangan kekasih. Tidak sangka lelali itu juga menyimpan perasaan terhadap dirinya.

“saya tak merepek la… betul la, saya sukakan awak…” sekali Iz mengulangi kata-katanya.

“err….” Nia tidak tahu mahu memberi respon apa, ‘fikir, fikir…’

“saya tak paksa awak suka saya…. Tapi….” Kata-kata Iz dipotong oleh Nia.

“awak…. Abah saya cakap tak baik kerja couple-couple ni…. Dosa. Saya tak nak buat dosa” ujar Nia dengan wajah berkerut, ‘apa aku mengarut ni…’

Iz terdiam. Malu pula bila dia ditegur sebegitu oleh Nia.

“Iz…. Awak marah ke?” Tanya Nia dengan wajah takut.

“tak, saya tak marah pun… Nia, ada satu lagi, saya nak bagitau awak ni…” wajah Iz mula mendung. Dia merasa berat untuk menyampaikan berita ini namun ia perlu dilakukan.

“ape…. Kenapa awak macam nak nangis ni?” Nia mula kaget. Iz bukanlah seorang budak cenggeng namun jika lelaki itu menangis, ia bermaksud sesuatu yang buruk telah berlaku.

“saya kena ikut umi dengan walid ke Jordan. Walid kena transfer kat sana….” Ujar Iz dengan suara tersekat.

Nia bagaikan dipanah petir. Kini dia pula terasa mahu menangis!

“awak nak pergi bila?” Tanya Nia dengan suara kecil. Tekaknya terasa bengkak untuk berkata-kata.

“esok pagi saya dah pergi ke klia…” jawab Iz dengan nada sayu. Dia tidak mahu berpisah dengan Nia. Tidak mahu sama sekali! Dia mahu bersama Nia selamanya!

“ok…. Jaga diri awak!” Nia berpusing ke belakang sebelum membuka langkah seribu. Dia mahu menangis, rasa kehilangan dan takut menyelinap di dalam hatinya.

Air mata Iz menitis. Sakit hatinya melihat Nia berlari pergi. Dia mahu menghalang namun sikap Nia yang tidak suka menangis di hadapan orang ramai itu telah dinoted.

“selamat tinggal Fadiana….” Ucapnya dengan nada sayu.

#

Now….
You're my beautiful girl
beautiful girl
kudae-nun arumda-un naye beautiful

na-neun nomu ippo nan cham sek-shi-hae
mimo-neun naye mugi
I'm a beautiful girl
ta na-reul bomyon mududul ssurojine
nanun beautiful girl

shin-sasonyo yorobon
minyoron sogae-hamnida
olgurun marhal got optgo
mommae-do chongmal hwansang-I-ji-yo
hello hello

Lagu korea itu berlagu kuat di corong speaker milik Nia. Kepalanya terlentok kiri, kanan, depan dan belakang. Dihayati sebijik-bijik lirik itu dengan kepala kosong, ‘tak faham korea pun…’

“ya allah! Nia! Kenapa macam bising sangat ni?! Dah macam bukit bintang dah ibu dengar!” Marah Puan Hanisah dengan kebingitan lagu yang dipasang kuat oleh anak perempuannya.

“mana ada, Nia pasang lagu pelan je pun…” Nia memberi alasan tanpa riak. Dia kemudian kembali merenung skirn lappy, dibaca satu persatu tweet di twitter dengan tekun.

“pelan apenya? Kamu dah jadi adik angkat badak ke apa? Ya allah! Janganlah biasa sangat nak pakai baju tali spaghetti tu! Sakit mata ibu tengok….” Marah Puan Hanisah sekali lagi. Risau pula dia melihat sikap anaknya yang seakan mula berjinak-jinak untuk memakai pakaian mendedah kulit.

“ala ibu, kita berdua je pun…. Adik pun ada kat asrama…. No hal la…” jawab Nia, ‘dah… dia mula nak membebel…’ tanpa suara, dia memperlahankan volume speakernya.

“tengok tu…. Kita cakap satu, dia jawab seribu! Ish, apa nak jadilah dengan kamu ni. Besok nak kawin, ibu harap mulut kamu tu boleh berpantang sikit dari menjawab ….” Puan hanisah berlalu pergi dari muka pintu bilik anaknya. Dia berdoa agar hari itu dipercepatkan.

Mendengar perkataan kahwin dari mulut ibunya bagaikan panah tajam lagi beracun pada gegendang telinganya, ‘tetiba pulak kawin!’

#

“jap lah….” Nia mendengus apabila geram dengan paksaan adiknya yang terkejar-kejar ke masjid.

“cepatlah…. Nanti masuk masjid terpaksa jadi masbuk pula…. Tak best!” Tegas ila. Dia sudah berpeluk di pintu pagar.

“ala…. Jap lah! Takyah la nak jadi mak nenek kat pintu pagar tu…. Tak masuk rezeki kat rumah ni karang” Nia menyatakan fatwa ke bulannya. Siap menyarung sandal, kunci kereta dibunyikan.

“ibu…. Kami pergi dulu!” Jerit ila sebelum memboloskan diri masuk ke dalam perut kereta.

“ish, budak ni!” Marah Nia. Geram pula dia dengan sikap tergesa-gesa adiknya itu.

“ibu, betul ke tak nak ikut?” Tanya Nia dengan riak serius-ni.

“betul, lagipun kan ibu dah bagitau. Kawan baik ibu datang lepas isyak ni. Jadi ibu nak prepare makanan untuk dorang sekeluarga” jelas Puan Hanisah sebelum tersenyum. Tidak sabar untuk berjumpa dengan kawan baiknya itu.

“ye la, Nia pergi dulu. Nak cium…” Nia mendepakan tangannya ke arah ibu kesayangan dengan aksi manja.

“ish, manja…” Puan Hanisah tergelak kecil dengan perilaku anak sulungnya itu.

“akak! Cepatlah…. Takyah nak berdrama kat sini!” Marah Lia. Dia sudah bercekak pinggang di sisi pintu kereta yang terbuka.

“ye la, ye la… Nia pergi dulu. Assalamualaikum” Nia berpaling sebelum,

“aduh! Kacau betullah telengkung ni!” Gumamnya pada telengkung yang tersarung pada tubuh.

#

“tengok! Ceramah tu dah abis….” Rungut Lia sambil menarik muka herot.

“dah kenapa, nak marah-marah ni…. Relaks sudah…” Nia malas mahu melayan drama indon adiknya. Dari tadi, tidak habis angin monsoon budak kecik itu. Kalau adiknya itu menjadi mak orang, pasti lunyai budak-budak yang menjadi anak-anaknya.

“ye la…. Adik dah terlepas ceramah ni” luah Lia dengan perasaan yang sungguh hampa.

“sejak bila pulak kau jadi minat dengan ceramah agama ni…. Kat rumah, tengok al kuliiyyah pun kena berpujuk….. Tetibe je” hairan Nia dengan minat luar biasa adiknya itu.

“takde la…. Kawan Lia kata ade ustaz baru kat kawasan ni…. Hensem…. Jadi Lia nak tengok muka dia. Lebih-lebih sekarang ni, Lia kan cuti. Ingat ada rezeki nak tengok muka dia…. Sekali hampeh….” Lia melempiaskan semua perasaan kecewa lagi hampa-tak-terasanya.

“eh, ad eke ustaz baru…” Nia cuba memerah otaknya. Tidak pula dia perasan akan kewujudan ustaz baru di masjid perumahannya itu, ‘hmm…. Setahu aku, bukan ustaz baru… suami baru kak gee belakang rumah tu adalah…’

“ceh…. Manalah akak nak tahu, kalau pergi masjid dua kali setahun je…. Dah la, jom masuk…. Dah iqamat dah tu” Lia tergesa-gesa mengatur langkah masuk ke dalam masjid.

Nia bagaikan diketuk dengan tukul cap konkrit.dia mengaku akan hakikat dia agak siput cadbury sikit untuk ke masjid. Dua kali yang dimaksudkan oleh Lia itu adalah solat sunat raya korban dan solat sunat raya aidilfitri. Kedua-dua solat itu pun hasil penat jerih ibu kesayangan yang mengheretnya ke masjid, ‘sayang ibu!’

#

Usai solat,

“jom balik…” ajak Nia. Dia sudah panas punggung untuk pulang ke rumah. Tidak sabar untuk menonton movie the conjuring yang baru didownload petang tadi.

“akak keluar dulu…. Nanti adik ikut….” Lia mengipas-ngipas kakaknya untuk pergi dari tempat duduknya.

“kau buat apa ni…?” Dahi Nia berkerut melihat perbuatan adiknya itu.

“adik tengah buat experiment ni… dah la kak, nanti kita jumpa kat luar….” Lia menghendap dari celah tirai masjid. Cuba mencari kelibat ustaz kacak dan muda. Namun rata-rata yang muncul di ruang pandangannya adalah tua-tua boroi.

“ye la…” Nia berlalu pergi, ‘erm… beli aiskrim dulu kot…’ dia mengatur langkah keluar masjid sebelum berjalan ke seberang jalan untuk ke kedai runcit, ‘walls! Cornetto red! Here I come!’

#

“puas menghendap?” Soal Nia sambil menjilat aiskrim di tangan.

“puasa…. Adik nak puasa esok…” ujar Lia dengan suara hampa.

“apa pulak kaitan menghendap dan puasa ni?” Nia berhenti menjilat aiskrim. Tangan kanannya masih teguh memegang stering kereta. Multitasking!

“tadi time adik buat observation…. Ade budak tu gi terjah adik depan-depan. Terjerit adik kat situ jugak…. Kantoi….” Lia mahu menjerit sepuasnya. Malu di hati kini sudah setinggi everest!

“padan muka….” Bicara Nia terhenti apabila matanya mengerling ke arah rear mirror. Sejak pulang dari masjid, dia merasakan keretanya seakan diikuti dari belakang.

“asal tiba-tiba senyap ni…” soal Lia. Hairan dengan krik-krik kakaknya itu.

“takde pape…. Nah pegang ni” Nia menghulurkan cornetto ke arah Lia di sebelah. Dia menekan minyak untuk memecut laju.

“boleh adik….” Lia membuat muka seposen.

“no…. Pegang je. Ade duit kan? Beli sendiri” balas Nia dengan laju.

“sengkek!” Lia merenung aiskrim di tangan. Sunggguh mejilat jari.

#

 Sampai di depan rumah, Nia pantas menarik hand break kereta. Dia merampas aiskrim dari tangan adiknya dengan laju.

“Lia…. Kalau apa-apa jadi dengan akak…. Lari masuk rumah cepat-cepat” pesan Nia sebelum meluru keluar dari kereta. Cornetto di tangan digenggam erat seperti pedang besi.

Lia terpinga-pinga sebelum turut sama meluru keluar dair perut kereta. Matanya jatuh pada kereta audi berwarna biru yang terparkir pada belakang kereta mereka.

Seorang lelaki berjubah putih keluar dari perut audi tersebut.

“kau sape hah?” Nia mengsound si dia yang mengekori kereta mereka dari masjid.

“assalamualaikum, ni rumah Puan Hanisah ke?” Tanya lelaki itu dengan wajah tersenyum.

“don’t salam-salam me! Your stalker!” Tanpa ragu, Nia menyerang si stalker yang berjubah putih itu dengan cornetto di tangan. Diacukan aiskrim tersebut ke wajah lelaki itu dengan padu.

“rasakan! Lia lari masuk rumah cepat!” Jerit Nia dengan penuh dramatic.

“aduh…. Sakit!” Adu si lelaki itu sambil memegang kawasan hidungnya.

“ambil ni pulak!” Nia mencakar muka lelaki yang tinggi satu kaki lebih dari ketinggiannya dengan penuh berani. Ditarik-tarik rambut lelaki itu tanpa belas.

“aduh! Sakit! Sakit!”Adu lelaki itu.

Lia pula tanpa mampu berfikir apa-apa, mengambil hos getah di sebelah pagar rumahnya lalu diputar kepala paip ke tahap maksima. Air terpancur keluar dengan laju. Dia menghalakan air tersebut ke arah Nia dan lelaki misteri tersebut.

Nia masih lagi meyerang lelaki itu walaupun mendapat serangan air yang kuat, ‘budak kecik ni nak tolong aku ke nak bunuh aku!’

Tersedak-sedak lelaki itu apabila air memasuki hidungnya.

“ya alllah! Ape kecoh-kecoh ni!?” Jerit Puan Hanisah. Dia keluar dari rumah bersama satu pasangan suami isteri yang tidak diketahui.

“Lia! Kenapa main air ni? Allah! Nia! Apa yang Nia buat ni?” Sekali lagi oktaf ibu yang berusia 46 tahun itu meninggi!

Nia mengelap muka yang lencun, telengkung masih lagi tersarung pada tubuhnya.

“dia ni ibu! Stalker! Dia ikut kami dari masjid! Tapi takpe ibu, Nia dah ajar dia cukup-cukup” jelas Nia dalam keadaan termengah-mengah.

Lia masih lagi mendiamkan diri. Tidak percaya dengan apa yang sedang berlaku.

“ya allah, Iz!” Wanita tua yang berjubah lengkap itu menerpa ke arah lelaki misteri itu.

“umi….” Lelaki yang bernama Iz itu sedang berusaha ntuk bernafas.

Nia mengerutkan dahi, ‘Iz? Pulak…. Aku salah attack orang ke?’

“err…. Nisah, ni lah anak teruna kami…. Izdihar” Puan Suhaila memperkenalkan anak terunanya kepada tuan rumah yang kini sudah ternganga.

“ustaz hot…” Lia teringat nama ustaz hot yang dicari-cari selama ini, ‘Iz!’ facepalm!

“ya allah! Maafkan anak dara saya yang buas ni…. Kesian Iz ni… Nia….” Puan hanisah memanggil anaknya dengan nada meleret. Matanya tajam menikam anak mata dara yang satu itu.

“ops….” Bulu roma Nia sudah meremang dengan panggilan meleret ibu kesayangan. Makin panjang leretan itu, makin bahaya, ‘matilanak!’

“takpe a, sikit je tu… baguslah, tahu seni mempertahankan diri. Nanti kalau kahwin, takdelah suami risau sangat. Iz ok tak? Tak kan dah pancit kot….” Sapa Tuan Fauzan kepada anaknya yang sudah berdiri tegak.

“ya allah! Sampai berdarah hidung anak orang kamu buat Nia!” Jerit Puan Hanisah. Dia kemudian mengetap bibir. Kalaulah dia dapat menyorok mukanya di dalam baju, sudah pasti dia akan lakukan!

“tak mak cik…. Cuma aiskrim je ni…. Aiskrim strawberi…” Iz mengelap kesan aiskrim di mukanya dengan sebelah tangan. Selepas beberapa saat, kini dia mampu berdiri dan bernafas seperti biasa, ‘ya allah, syukur! Kau masih panjangkan nyawaku!’

Puan hanisah melepaskan nafas lega.

Puan suhaila sudah bergegar lutut melihat kejantanan anak dara kawan baiknya itu, ‘ni belum kawin, dah separuh nyawa dia kerjakan anak aku…. Kalau kawin nanti! Nauzubillah!’

“dah la, jom masuk…”Tuan Fauzan mengajak semua kaum hawa di depan rumah untuk masuk ke rumah. Khuatir semakin lama mereka berdiri di situ, semakin ramai pula penonton.

Nia masih lagi membatu, ‘Iz?’ nama tersebut seakan bergema di telinganya. Nama yang pernah menjadi peneman hidupnya suatu ketika dahulu.

Lia sudah diheret masuk oleh ibu kesayangan.

Tuan Fauzan pula sudah menarik tangan isterinya untuk sama masuk ke dalam rumah.

Iz berdehem. Dia mahu mengejutkan Nia dari termenung, ‘ok… dia makin cantik…. Tapi ganas sangat. Sejak bila jadi ganas sangat ni?’

Nia tersentak, pantas dia memandang ke arah wajah lelaki itu. Mata mereka bertaut. Hatinya berdegup kencang. Dalam masa yang sama, dia merasakan sesuatu yang hilang kini sudah kembali.

“remember me?” Tanya Iz dengan senyuman senget.

‘that smile…’ Nia cuba memerah otaknya untuk mengingati sesuatu.

“takyah la nak renung saya macam tu….” Tegur Iz dengan ilaian ketawa kecil. Terasa agak janggal apabila dirinya direnung oleh gadis cantik seperti Nia, ‘pleas don’t be so awkward with me…’

“eh, mana ade…” Nia pantas melarikan matanya ke arah bawah, ‘wow…. Abs…. Chocolate abs….’ matanya merakam sesi photoshoot seksi. Lelaki di depannya memakai jubah putih yang lencun dan menampak susuk tubuh yang megiurkan, ‘damn! This too hot!’

“dosa tipu…” tegur Iz dengan spontan.

“saya cakap takde…. Tak…” belum sempat Nia berhujah, ada suara sudah menjerit memanggilnya untuk masuk. Siapa lagi kalau bukan, si penjerit nombor satu, fadila aka Lia!

 TBC

 *ps lama xposting2x... sorry ye! btw i got fb group oledi ^.^ nak join x? ni LINK nye :)

You Might Also Like

7 comments: