Cerpen

CERPEN : Our Way, My Love~♥ PART 1

4:55 PM Unknown 3 Comments


Dia tinggalkan aku! Fen…. Macam mana aku nak hidup kalau terus macam ni!” Mia menangis dengan penuh emosi di bahu Fendi.

“dah la tu, kau nangis air mata darah pun, takdenya mamat senget tu nak rujuk dengan kau balik la, Mia” Fendi mengusap bahu Mia, memujuk kawan baiknya itu. Ini adalah salah satu kebiasaan bagi mereka, berkawan dari kecil membuatkan mereka seperti adik-beradik, pujuk-memujuk bila salah seorang putus cinta.

Mia yang mendengar kat-kata dari mulut kawan baiknya itu menangis dengan lebih kuat,
“tapi, mana boleh dia buat aku macam ni, kami baru couple seminggu. Dia dah curang dengan aku!” Mia merengek.


“shhhh… dah, dah jangan nak nangis ye. Aku kan ada. Biar aku jaga kau, teman kau” Fendi bergurau, dia memegang dagu Mia. Dia sudah masak dengan perangai manja Mia, kalau tidak merengek, mengamuk.
Mia berhenti menangis, dia merenung tajam ke arah Fendi yang tersengih, 

“eleh! Banyak cantik! Kau punya buah hati kau nak buang mana? Gaung? Fen.... Dia tinggalkan aku!” Mia menyambung kembali tangisannya yang terhenti. Dia cemburu dengan Sofia, kekasih hati Fendi kerana mendapat lelaki yang setia seperti Fendi.

“alah, tak payah buang. Kau jadi madu Sofia la” Fendi masih lagi meneruskan gurauannya, mana boleh dia meletakkan bidadari hatinya di recycle bin, ‘penat aku nak pancing, senang-senang nak suruh terjun gaung!’
Mia sudah malas mahu melayan gurauan Fendi yang tidak ke mana, dia meneruskan tangisan seorang perempuan yang ditinggalkan,

“Fend! Dia tinggalkan aku.... Sampai hati dia kan. Aku punya setia sampai hujung nyawa dengan hubungan kami. Tapi dia curang!” Makin kuat rengekan Mia di bahu Fendi, ‘luahkan segalanya! Luahkan!’

“shhh.. Pelankan sikit volume kau tu. Kat public ni, kau nak umumkan kat semua orang ke kau kena tinggal” Fendi menekup mulut Mia yang luas terbuka, ‘tak senonoh lah minah sekor ni!’

Mia hanya mengangguk perlahan.

“come on la korang baru couple for a week, yang kau hiperbola setia hujung nyawa asal! Dah lah, sapa tak cari lain kalau perangai macam kucing je aku tengok, tak habis-habis bergesel je kerja” Fendi mengomel perlahan, tangannya masih lagi mengusap lembut rambut Mia.

“apa kau cakap? Aku macam kucing?” Mia menjegilkan matanya yang bulat!

“eloklah tu, dari aku cakap macam beruk lagilah haru. Dah lah get over it.... Ini adalah realiti, kalau kau tak dapat nak terima pun, dia still dan akan kekal macam tu” Fendi bercakap dengan nada yang tegas, ‘kalau layan minah senget ni menangis, sampai ke sudah tak habis!’

Mia hanya mengangguk dan meletakkan kepala di bahu Fendi, tempat dia selalu meluahkan perasaan,
“aku akan pastikan lepas ni aku akan cari laki lebih macho! Lebih hensem dari jantan-tak-guna tu!” Mia kembali bersemangat.

Fendi hanya mampu menggeleng kepalanya, masuk naim the jantan-tak-guna, Mia sudah putus cinta sebanyak 5 kali dalam satu semester ini.

“amboi, mesranya dua orang kawan ni” Sofia menegur dari belakang, dia melemparkan senyuman ‘manis’, dia mengaku bahawa dia kurang gemar melihat kemesraan Fendi dengan Mia yang kadang kala melampau.

“hi babe! Mia putus cinta lagi!” Fendi menolak badan Mia jauh darinya sebelum berdiri mendapatkan bidadari hatinya, ‘dress habis awek aku ni.... Nak pergi fashion runaway ke?’

“gosh? Mia sis, are you okay? You need a hug?” Sofia mengeluh di dalam hati. Dia lebih suka Mia mempunyai couple, jika tidak Fendi akan sentiasa mengajak Mia keluar bersama mereka even time dating! 

Hubungan cinta bersama Fendi membuatkan dirinya masak dengan persahabatan Fendi dan Mia, ‘putus lagi! Memang tak pandai jaga laki lah Mia ni!’

“okay.... Your romeo already do his stuff. But yeah i need a hug” Mia membuka tangannya menanti pelukan dari Sofia. Mia membuat muka comel.

Sofia tersenyum, pada saat ini dia hanya mampu tersenyum. Mahu jeling karang, perang dunia ketiga pula yang berlaku, dia dengan penuh kesukaran melutut dan memeluk tubuh kecil Mia.

“How lovely is that, when saw this two beautiful angel hugging each other” Fendi membuat gaya nyah di hadapan Mia dan Sofia. Kadang kala dia merasakan dunianya sudah lengkap dengan kewujudan dua orang perempuan ini dalam kehidupannya, seorang memberi cinta, seorang lagi memberi kekuatan kepadanya.

“eiwww.... Ok lah darling, i got class. Bye sis” Sofia berdiri dengan bantuan dari Mia, dress paras lutut itu menyukarkan dirinya untuk bergerak bebas seperti manusia biasa.

Mia hanya tersenyum membantu, hatinya terubat apabila melihat Fendi bahagia dengan Sofia. Dia suka Sofia, tetapi pemakaian Sofia yang terlampau menolok mata meletakkan kawannya dalam keadaan berbahaya, if you what I mean.

Fendi yang tertonjol matanya melihat punggung Sofia yang tertonggek cepat melarikan pandangan, takut kantoi, ‘kenapa lah asyik nak goda aku ni!’

“erm.... Babe wait! Let me, the prince charming walk you to the class. Ok lah, Mia sweetheart, i got to go! Bye bye” Fendi berlari anak menuju ke arah Sofia.

“bye-bye” Mia menghantar Fendi dengan pandangan mata. Sofia dan Fendi kelihatan secocok, sama padan, sama sengal! Dia sudah tenang, misinya sekarang adalah untuk memburu lelaki baru untuk dijadikan couple!

#

“may I got attention from you guys! Our friends here, Mia just breaking up with her jantan-tak-guna, naim, budak Law! Siapa nak tolong aku pergi sekolah budak tu!” Fendi sememangnya akan menjalankan tugasnya sebagai grim-reaper kepada semua bekas kekasih Mia dan antara sebab semua lelaki di kampus takut untuk bercintan-cintun dengan Mia.

Mia menjegilkan matanya, dia tidak pernah melihat grim-reaper-Fendi sebagai masalah pada dirinya, sebaliknya dia gemar melihat muka jantan-tak-guna itu lebam dan itulah adalah perkara positive, if she got dumped, the ex got punched! 

“me!” Rakan sekelas mengangkat tangan!

“set! Today 3 p.m aku dengar budak law dah habis kelas! So, anyone! Girls! The sexy the better! To lure him to our block!” Fendi membentang kertas kerjanya.

“ai ching! Ai ching!” Budak lelaki kelas sengaja menyeru nama tomboy ai-ching yang berbadan gempal!
“chi se la ni men!” Ai-ching melepaskan geram! Walaupun namanya lembut, penuh dengan cinta tapi tidak pada rupanya, WWE-type!

“ok lah, hmm.... Cari yang lebih cantik dari Mia, fira! Yeah, you.... Kau tolong bawak naim the-jantan-tak-guna pergi blok kita ye” Fendi mengenyitkan matanya.

“aye captain!” Fira mula misi bersoleknya, ‘nak umpan jantan, lebih-lebih lagi yang spesies tak-guna tu kena ekstra work sikit!’

#

Pukul 3 petang~

“you, kita nak pergi mana ni?” Naim mengikut langkah fira yang berlenggang lenggok menuju ke blok pelajar engineering, ‘kenapa pergi block ni?’
 
“ala, you ni.... Jangan banyak tanya, kalau you diam, I bagi hadiah lagi banyak untuk you okay” fira meneruskan lenggang lenggoknya, ‘penangan naib presiden club drama! Mana mahu lari!’

Kawan-kawan yang sudah menunggu di dalam bilik tutorial, 
“okayyyy you, kita dah sampai!” Fira mengangkat kedua tangannya, seronok dengan kejayaan lakonannya.

“okay, apa yang you nak bagi kat I ni, cepatlah tak sabar” hati lelakinya sudah terpaut pada godaan fira, 
‘maafkan aku hanim, aku dah ada orang baru!’

“alaaaaa.... You ni, tak sabar betullah.. Kejap ye... I nak tukar baju. Before that, i nak you tutup mata, rapat-rapat jangan buka pun, okay darling.... I trust youuuu” fira membisikkan di telinga naim.

Naim yang sudah menutup mata hanya menggeletar kegelian, 
“okay honey!” Naim menjawab dengan penuh excited!

Mia yang melihat perangai exnya yang macam anak kandung musang berjanggut itu, ingin memberi renjatan elektrik SEJUTA VOLTAN kepada jantan-tak-guna itu.

Fendi yang memberi signal kepada semua untuk menyerang!

Mereka mendekati naim yang tersengih menunggu fira dan,
“hoi, jantan buka mata kau!” Fendi menjerkah dan saat naim membuka mata, satu penumbuk singgah di mata kanan mata.

“sakitlah bodoh!” Naim menahan kesakitan di mata kirinya.

“kalau aku bodoh, kau apa? Bebal!” Fendi menendang tubuh naim lalu tubuh lelaki itu tersungkur, ‘Fendi?’

“ni mesti pasal perempuan bodoh tu kan! Mia, baik kau keluar sekarang! Stop this bloody nonsense!” Naim menjerit, dia sudah tahu akan perkara sebegini akan terjadi sejak dari dia breakup with Mia.

“bloody? Oh... You want to taste a blood? Be my pleasure!” Fendi meneruskan sepakan kepada badan naim, sementara yang lain hanya memandang, terpaku, kerana apa yang berlaku pada saat ini totally different dengan apa yang dirancang.

“kau! Fendi! Mia, better you come out from hide out. Asked this monkey of yours to stop!” Naim menahan kesakitan!

“kau masih nak seru nama Mia kan? Lepas apa yang kau buat kat dia!” Fendi memberhentikan perbuatannya.

Naim tersenyum, hati sakit, benci kepada manusia bernama Fendi, dari awal minggu percintaan dia dan Mia, Fendi sentiasa ada, menyibuk dan paling tidak pun, segala benda yang diceritakan oleh Mia mesti tersangkut nama Fendi itu, Fendi ini,
“kau nak tahu pasal apa aku break up with that whore! Sebab kau! Dah puas rasa, kau nak suruh dia cari orang lain pulak.... Banyak cantik! Aku tak mahu yang secondhand lah banggang!” Naim sengaja memprovok Fendi dan menyeru Mia keluar.

“you son of the b****” Fendi hendak memecahkan mulut naim yang bercakap tidak berlapik! Selama ini, persahabatan dia dan Mia atas nama kawan not more than that!

“Fendi, stop!” Kawan yang tadi menghalang Fendi dari meneruskan niatnya, khuatir perkara yang lebih teruk akan berlaku.

“let me go! Aku nak bunuh mamat tak guna ni!” Hatinya makin panas apabila melihat senyuman terbit dari bibir naim.

“Fend! Just stop it!” Mia menjerit dari belakang, hatinya cukup terluka, makin terluka apabila mendengar kata-kata kesat dari mulut naim.

Mia mendekati naim, tamparan padu diberi kepada pipi lelaki itu,
“don’t called me, whore! Because you just more than that!” Mia memberi sebelum memberi tendangan padu pada celah kangkang naim!

“auch! My ....” Wajah naim merah padam menahan sakit.

Mia berlalu pergi, dia ingin menangis untuk kali terakhir.

“Mia!” Fendi mengejar kawan baiknya, tetapi gagal menjejakinya.

#

Mia berjalan-jalan, mengambil angin menenangkan hatinya. Putus cinta bhai, bukan macam putus tali!
“awak, kita tampal kat sini jelah ye” kedengaran bunyi perempuan bercakap di depan dashboard department.

“tampallah, nak tampal kat mana lagi kan?” Kawannya membalas.

Mia berjalan  melintasi dashboard agak tertarik dengan poster yang ditampal oleh dua orang perempuan yang bertudung labuh itu, ‘woo! Tak panas ke sis ni!’

“assalamualaikum sis, jemputlah datang program kami ni ye” perempuan yang memakai tudung labuh berwarna hijau abstrak itu menegur Mia.

“walaikumussalam, ye. Program apa tu?” Mia meninjau poster yang tertampal di dashboard.

“nama program, mahkota ladies! Program untuk orang perempuan macam kita, jemputlah datang” perempuan yang memakai tudung labuh itu menjawab soalan dengan mesra.

“ok ye ke? Tak sure la, kalau ada masa saya datang ek” Mia menjelir lidah sambil menggosok dahinya, ‘la, program islamik rupanya!’

“kalau masa datang ye, by the way, nama apa ye?” Perempuan itu bertanyakan soalan.

“oh, nama saya Mia, Mia Qirana, engineering student, and you guys?” Mia memberi senyuman, ‘tak pasal-pasal bercakap dengan ustazah-ustazah ummah kampus.... Apa lah nasib”

“cantiknya nama, saya Raihanah, ni pulak ....” Raihanah tersenyum mesra.

“Shakina! Selamat berkenalan” Shakina menggamit tangan Mia untuk bersalaman..

“datang ye, kalau ada masa. Kami nak pergi tampal poster ni kat blok department lain lagi” Raihanah meminta diri dahulu.

“sebelum tu, saya ada soalan, tak panas ke pakai tudung besar macam tu?” Mia dengan muka polosnya bertanya.

Raihanah hanya tersenyum, dia dapat melihat dirinya yang dahulu dalam diri Mia,
“erm.... Panas jugaklah, tapi orang cakap, biar susah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.... Kalau nak tahu lebih, datang program hujung minggu ni ye. Assalamualaikum” Raihanah dan Shakina berlalu pergi sementara hati mereka mendoa Mia untuk dibisikkan oleh malaikat ilham untuk datang ke program hujung minggu ni.

Mia menjawab perlahan salam tersebut, dalam hatinya malu dengan dua orang perempuan itu, dirinya yang free-hair, baju ketat dan seluar sendat, semuanya terserlah, tetapi mereka berdua sebentar tadi, semuanya tertutup, malah wajah perempuan-perempuan itu berseri-seri, ‘malu!’

Kemudian handphonenya berbunyi!
Fend~

Dia mematikan handphonenya dan terus berjalan tanpa arah.


TO BE CONTINUE....

 p/s : harap opening cerita ni memuaskan ye.... nak tahu siapa mia/sofia/fendi, tekan link OUR WAY. xoxo

You Might Also Like

3 comments:

  1. huwaaaaaaaa...best sng...teruja,n mengujakn akk dek writer...nk lg sambung yer dek....

    ReplyDelete
    Replies
    1. @norihan : tq kak! insyaAllah nnt saya update cerita ni... :)

      Delete