Cerpen,

Cerpen : The Moment I Knew Part 1

11:15 AM Unknown 11 Comments




"Akak! Budak bertuah ni! Asal balik rumah je, terbongkang kat atas katil! Cuba tolong ibu kat dapur ni!" Marah Puan Khalilah apabila melihat tubuh kurus anaknya membuka langkah longlai ke bilik.

"Ala ibu.... Akak penat la... Bulan pose ni, dah semalam akak ada dua test..." Lili mula merengek manja. Jawatan sebagai anak sulung dan kakak kepada tiga orang adik lelaki tidak menghalang dirinya dari membuat bersifat kebudak-budakan.

“Tengok tu.... Ade je alasannya. Tak penah lagi ibu cakap sepatah, dia senyap! Apa nak jadi lah dengan budak ni!" Puan khalilah mengacau laju kuah kari ayam di dalam periuk. Semua perasan geramnya dilaburkan dalam masakannya.


"Sabar ibu sabar... Tarik nafas hembus... Sama-sama tarik nafas hembus... One more... Adoi!!" Jerit Iskandar apabila telinganya dipulas oleh ibu tersayang.

"Ibu tengah panas ni....takut kamu pulak yang ibu gaul dalam periuk ni...." ugut Puan Khalilah dengan renungan tajam.

"Padan muka nak loyar buruk lagikan..." Lili perlahan-lahan mendaki tangga. Pengorbanan adik ke duanya itu amat dihargai.

"Ala ibu.... Angah gurau je pun. Jangan la nak marah, angah ni dah korbankan kelakian  tolong ibu kat dapur. Tengok akak tu dah selamat tidur kat atas katil, memang bukan isteri pilihan betul la..." bebel Iskandar dengan laju.

"Eleh, berkorban konon. Kamu mesti ade udang di sebalik batu. Kalau baik sikit tu mesti ada sebab" Puan Khalilah berlalu ke singki. Kerja membasuh sayur-sayuran bermula.

"Ibu ni.... Angah ni punya ikhlas. Sampai hati ibu...." Iskandar mula berdrama.

"Dah tak payah nak berdrama kat dapur ni.... Kenapa? Nak kahwin dah ke?" Duga Puan Khalilah.

"Ibu.... Calon takde, gane nak kawin..." ujar Iskandar dengan muncung. Bila sebut perihal kahwin, ingatannya pantas menyebut nama seseorang. Ian. Sahabat lama.

"Hah!! Tengok tu. Belum ape-ape lagi dah mengelamun... Angah. Angah. Ape la nak jadi dengan kamu ni..." Puan Khalilah mengeleng kepala sambil tersenyum.

#

"Aah sedapnya baring...." Lili pantas berguling-guling di atas katil dengan mata yang terpejam.

Aktiviti kampus yang non-stop membuat tubuhnya naik sengal. Tugas sebagai setiausaha dua ummah kampus sungguh menguji jiwa mudanya. Namun tugasan tersebut membuat dia sedar akan cara hidup berorganisasi.

Lili masih berguling-guling di atas katil sebelum berhenti. Matanya tersangkut pada frame gambar yang terletak cantik di meja belajarnya. Frame gambar yang mempamerkan gambar kelasnya. Gambar yang menyingkap semua kenangan dulu. Shakir. Lelaki tu…

"Argh! Aku nak tido! Lili tido! Jangan nak fikir lebih-lebih!" Lili menutup matanya dengan kejap. Memori dua tahun lepas itu sungguh menyakitkan untuk dikenang.

#

“ibu nak pergi belakang surau dulu, nak basuh kaki. Kamu masuklah dulu….” Arah Puan Khalilah dengan laju. Langkahnya diatur menuju ke belakang surau. Kawasan dimana Jemaah muslimat untuk mengambil wuduk, ‘ish…. Macam mana la boleh terbuang angin ni! Nasib baik takde bunyi!’

Lili hanya memerhati langkah laju ibunya dengan pandangan malas. Rasa tidak puas hati kepada wanita tersayang itu masih bersisa di lubuk hatinya, ‘haih… ibu….’ Idea untuk skip solat terawih pada malam ini terbatal dengan amukan Puan Khalilah apabila mendengar permintaannya itu

Lili mengatur langkah masuk ke dalam surau. Ini adalah kali pertama dia bertandang ke surau yang bersaiz sederhana besarnya. Pada pandangan kasar, surau ini mampu memuatkan 80 orang plus-minus. Keluarganya baru sahaja berpindah ke kawasan perumahan ini dan ditambah pula dengan kesibukkan yang amat di kampus membuatkan dia sukar untuk pulang ke rumah.

Sejurus Lili melangkah masuk ke ruang solat muslimat yang ditutup dengan tirai berwarna hijau, dia bagaikan alien yang baru mendarat. Semua mata-mata dari nenek ke mak cik ke budak kecik! Semua memandang ke arahnya dengan renungan rasa ingin tahu, ‘aduhai…. Jangan la pandang aku macam tu…. Segan la. Ni baru aku yang masuk surau, dapat Britney spears yang masuk.... Mahu pengsan semua ni!’

Lili berlalu dan mengambil spot di barisan kedua muslimat bersebelahan dengan tirai surau. Dia kemudian membaca niat iktikaf sebelum membaca quran yang sudah bersedia di tangan dengan suara yang cukup perlahan. Misi untuk khatam quran perlu dijayakan!

#

“along, nanti balik tak payah tunggu umi. Umi balik dengan kawan-kawan umi je. Along balik je terus dengan acik ye” ujar puan Lina dengan senyuman di bibir.

Rafiq hanya mengangguk. Dia kemudiannya memimpin tangan adik bongsunya yang berusia lapan tahun masuk ke dalam surau.

“along…. Acik nak jumpa kawan acik kat luar…”

“pergilah…. Tapi jangan nakal-nakal, karang along bagitau walid….” Tegas Rafiq dengan senyuman lebar. Kopiah di kepala adiknya di atur.

Acik aka Hafiq berlari pecut ke halaman masjid.

Rafiq hanya mampu tersenyum melihat gelagat adik bongsunya yang baru menginjak lapan tahun. Sudah jadi kebiasaan di bulan Ramadan, orang tua berterawih, kanak bertawaf keliling masjid. Orang tua bermunajat, kanak-kanak bertekak. Dia melangkah masuk ke dalam masjid dan mengambil tempat duduk di tempat biasanya. Kebiasaan pada waktu ini, saff depan sudah di penuhi dengan orang tua-tua, orang muda? Belakang-belakang. Alasan? Bagi can kat orang tua beribadah.

Dalam kebingitan surau, Rafiq terdengar satu suara kecil sedang mengalunkan baca quran. Dia tersenyum. Pantas dia mengeluarkan smartphone note 2nya, dan disambung bacaan quran yang terbantut petang tadi.

#

Iqamat isyak sudah dilaungkan.

Lili dengan kalutnya menandakan page qurannya, ‘ok, ade 100 lebih lagi…. Alhamdulillah!’

Tingkahnya untuk berdiri terbantut apabila, terasa kain telengkungnya ditahan dengan sesuatu yang berat, ‘alamak… asal kain telengkung ni...’ matanya pantas mengerling ke arah kain telekung yang berwarna hijau muda tersebut, ‘sahlah kena…’

#

Rafiq yang sudah sedia untuk mengangkat takbir terganggu apabila kaki kiri seakan ditarik oleh seseorang, ‘hish, sapa punya anaklah ni…. Orang nak solat pun tak aman!’

#

Lili masih cuba menarik telekungnya dari terus dipijak oleh makhluk tuhan disebelah tirai, ‘macam mana bole hade gajah kat dalam surau yang kecik ni! Macam mana dia boleh pijak kain telekung aku yang sikit punya baru ni!’

Dia melaburkan semua tenaga yang ada untuk menarik kain telekungnya. Tok imam yang tidak tahu cerita sudah mengalunkan bacaan ummul kitab al fatihah dengan laju!

‘alamak! Lambat la aku!’ mata-mata yang memerhati perilakunya tidak diambil kisah, ‘amboi! Ni solat ke skodeng!’ patutnya yang solat laburkan mata pada tempat sujud dan bukannya melilau macam teropong!

#

Rafiq menrengus. Geram pada budak singkat akal disebelah tirainya, ‘dah kenape budak ni! Ada jugak yang aku sepak karang!’

Sudah berkali-kali dia mengangkat takbir, dan sudah berkali-kali jugak dia terganggu.

#

Lili mengeluh. Usahanya untuk menarik kain telekung dari terus dipijak gajah itu adalah satu misi yang mustahil!

“assalamualaikum….” Bisik Lili. Tangannya menepuk-nepuk tirai, cuba menarik perhatian gajah disebelah sana, ‘….gajah’

Rafiq berpaling ke arah suara yang memberi salam, ‘pulak dah…. Budak ni nak ajak berbual pulak ke…’

“walaikumussalam….” Jawab Rafiq dengan acuh tak acuh. Segan pula dia dengan makmum yang lain. Orang tengah solat, dia sibuk bercakap.

“a…. Saya rasa awak terpijak kain telekung saya la. Boleh tolong alihkan kaki awak tu tak?” Pinta Lili dengan lembut, ‘saya-awak? Dapat gajah tu bapak orang, naiya aku! Bantailah, bukan nampak pun!’

Rafiq tersentak dan pantas menerling ke arah kakinya, perlahan-lahan dia mengalihkan kakinya. Jeng! Kain hijau muda yang hampir sedondon dengan tirai surau membuat dia mengeleng-gelengkan kepala.

“maafkan saya mak cik…. Maafkan saya… saya tak sengaja” ucapan maaf dari bertalu-talu.

Bacaan surah al-balad dari bibir tok imam tidak dipedulikan.

Dahi Lili berkerut, kening mula bertaut, ‘mak cik!? Tak guna punya gajah!’

“dah-dah, saya nak solat dulu….” Lili pantas berdiri dan mengangkat takbir sebelum,

“saya minta maaf mak cik, harap mak cik tak marahkan saya” pinta Rafiq sebelum beristigfar panjang.

‘ade yang aku lepuk jugak gajah ni…. Biarlah kena tangkap dengan polis…. Sape suruh gajah masuk surau! Nilah padahnya!’ turun naik nafasnya.

“Sami’allaahu liman hamidah. Rabaanaa walakal hamdu!” (Maha mendengar Allah akan pujian orang yang memuji-Nya. Ya Tuhan kami, untuk-Mu lah segala puji.)

“allahuakbar!” Tok imam terus tunduk untuk sujud.

“hah?” Lili mengetap bibir. Kini dia menjadi makmum yang masbuk! Terima kasih kepada gajah disebelahnya.

#

Usai solat sunat terawih,

“akak, tunggulah angah…” Iskandar mengejar langkah kakaknya.

“laa… asal balik awal sangat. Kenapa tak tunggu ibu?” Tanya Lili dengan muka berkerut.

“ala, budak dua ekor tukan ada…. Lagipun malas lah nak berebut makan moreh kat surau tu, limited edition. Bagilah can kat budak-budak yang penat bertawaf tadi” jawab Iskandar dengan sengihan lebar. Padahal dia malas mahu mengemas surau yang seperti dilanda ribut, ‘sekali-sekala lari, no hal la!’

“kau tahu tak ngah…. Ada mamat mana ntah, dia pergi pijak telekung akak pastu siap panggil akak mak cik pulak tu!”

“dah kau pun pakai telekung sama warna dengan tirau surau apa kes…. Macam sesumpah dah angah tengok”

“ish! Dia ni! Aku cakap betul-betul, kau buat bahan aku pulak… geram betul aku dengan gajah tu!”

Perjalanan pulang dari surau itu dipenuhi dengan luahan perasaan Lili kepada iskamdar.

#

Rafiq melilau mencari gerangan mak cik yang memakai telekung warna hijau muda tersebut.

“dah jumpa…. Acik jom!” Dia menarik tangan adiknya yang masih mengunyah kuih donat di dalam mulut.

Langkah laju diatur menuju ke arah mak cik yang sedang berjalan dengan anaknya, ‘amboi, budak ni. Siap bahan mak dia lagi….’

#

“mak cik! Tunggu!”

Lili dan Iskandar termati langkah  apabila mendengar seseorang menjerit dari belakang. Kemudian mereka kembali meyambung langkah.

“mak cik!” Jeritan itu sekali lagi kedengaran.

Lili masih meneruskan langkahnya, ‘ade ke patut pergi jerit panggil mak orang! Dah sewel ke ape!’

Iskandar pula berpaling dan melihat gerangan lelaki yang sedang mengheret budak kecil, ‘eh…. Mamat ni panggil sape? Mana ade mak cik kat sini… ntah-ntah…. Choih! Bulan pose mana ade cik han..’

“mak cik telekung hijau! Tunggu!” Jerit Rafiq untuk kali ketiga. Kali ini dengan lebih spesifik.

Lili termati langkah, ‘gajah?’

“angah rasa mamat tu panggil kaulah kak” ujar Iskandar dengan muka penuh saspens. Harap serkap jarangnya ini mengena. Bulu romanya sudah meremang.

“mak cik, saya minta maaf pasal tadi. Saya tak sengaja terpijak kain mak cik tadi. Saya betul-betul tak perasan” Rafiq meletak tubuh adiknya kembali ke atas tanah. Naik semput dia mengejar langkah mak cik di depannya itu, ‘orang tua wakil olimpik ke ape?’

Lili merengus. Cukup panas hatinya apabila mendengar perkataan mak cik dari mulut gajah itu. Dia mengerling ke arah Iskandar yang sudah menahan ketawa, ‘tak guna punya adik! Siap kau nanti aku gasak!’

“mak cik…. Saya tak sedap hati kalau mak cik….” Kata-kata Rafiq termati apabila mak cik di depannya membuang pusing-ke-belakang-pusing! Dengan tiba-tiba, ‘fuh!’ Hafiq yang mahu mengangkat kaki berlari ke surau segera dihalang dengan mengenggam kepala kecil itu.

“saya bukan mak cik! Jangan panggil saya mak cik, saya masih muda! Saya baru umur 23 tahun! To be exact, 22 tahun 8 bulan!” Jelas Lili. Kemudian matanya bertembung dengan mata si gajah, ‘O-MY-GOD!’

Rafiq terpaku, melihat mak cik di depannya. Mata memerhati seraut wajah indah di depannya, ‘dia….’

Iskandar pula hairan dengan bunyi krik-krik yang tiba-tiba melanda, ‘ok, apa yang berlaku ni’

Tautan mata Lili dan Rafiq terpisah apabila Hafiq mengoncang lengan baju melatu Rafiq.

“oo, cikgu… eh…. Encik Rafiq. Sa… saya tak…” Lili sudah mula hilang rentak bercakap. Sudah lebih lama dia tidak bersua muka dengan jejaka yang mengubah hidupnya.

Rafiq seakan menanti bicara dari mulut gadis di depannya. Gadis yang pernah menjadi mangsa jerkahan suatu ketika dahulu, ‘uish! Apa aku pergi tenung anak dara orang ni! Jap, anak dara ke? Mamat sebelah dia ni sape?’

Hafiq sekali menarik lengan baju melayu abangnya,

“acik nak gi balik surau…” pintanya dengan mata bulat.

Rafiq hanya mengangguk dan sepantas adik bongsunya memecut laju.

“besar dah anak encik Rafiq, eh cikgu… eh…err” Lili cuba menutup kegelabahannya. Hampa sedikit apabila melihat jejaka itu sudah berpunya, siap beranak lagi, ‘giler tak suka hantu ni, muka dah stok model, rupa macam orang baik-baik je…. Melepas’

Iskandar masih lagi menjadi penonton.

“panggil je ab….Rafiq. Awak Lili kan?” Tanya Rafiq dengan senyuman. Mode bajet cool dihidupkan, ‘ngok! Kejadah abang do!’

“aah, saya Lili. Lama kita tak jumpakan, tadi tu anak Rafiq ke?” Tanya Lili dengan reda. Dia sudah tahu jawapannya namun dia tetap mahu bertanya, ‘aku ni dah kenapa gatai sangat malam ni! Grr! Sengal!’

Kewujudan Iskandar dalam episode jejak kasih di malam Ramadhan ke-25 tidak diendahkan, ‘kenapa aku rasa aku jadi pihak ketiga…’

“ooh… tadi tu? Adik saya la” jawab Rafiq sebelum ketawa kuat, ‘aku ade anak? Choih! Tunggu kawen dengan awaklah, baru ade anak….ops!’ masalah hatinya tujuh tahun lepas kini kembali menyerang.

Lili cuba mengawal tubuhnya dari melompat bintang. Gembira bukan kepalang. Entah mengapa dia terlalu gembira dengan kenyataan yang keluar dari mulut lelaki itu, ‘lembu betul la kau ni Lili! Kawal sikit, kawal!’

“ni sape pulak?” Tanya Rafiq tanpa ragu. Dia sendiri tidak mahu menyimpan harapan yang tinggi.

“ooh, saya? Saya suami Lili” Iskandar terus memeluk bahu kakaknya dengan muka yakin 200 peratus, ‘acah sikit….’ Sakit matanya melihat drama bunga api di depannya sebnetar tadi, ‘dah bunga-bunga cinta itu buat tempat lain la…. Aku ni dah single!’

Rafiq mengetap bibir. Bunyi kaca pecah. Hatinya rentak seribu.

Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Hatinya semakin sakit apabila melihat bahu Lili dipeluk kuat oleh si suami, ‘bro! Kawal! Kawal! Dia bukan jodoh kau!’

“adoi! Sakitlah!”

Rafiq pantas mengangkat wajahnya apabila mendengar suara suami Lili menjerit.

“hish budak ni! Nak kena pelepok ke ape! Maaflah Rafiq, dia ni adik saya je…. Siap kau nanti bila sampai rumah…” Lili memberi amaran keras kepada Iskandar yang sedang mengosok kepalanya.

“eleh…. Takyah nak berdrama lah kat sini… dah suka tu cakap…” tanpa filter lagi bertapis. Direct Iskandar cakap. Malas dengan drama islamik di depannya.

Wajah Lili terasa bahang.

Rafiq pula mahu menjadi mercun terbang ke langit! Gembira, ‘allah! Ade can! Ade can!’ senyumannya pantas dikawal apabila melihat wajah berbahang Lili.

“okay…. Got to go…. Assalamualaikum….” Rafiq menghulur salam ke arah Lili sebelum pantas dialihkan ke arah Iskandar yang sudah tersengih-sengih. Dia suka lelaki yang bernama Rafiq ini.

Lili menjawab di dalam hati, ‘adoii!! Asal aku nak sambut salam dia tadi! Memang hati ni senang rosak! Allah malunya aku!’ tubuh tegap Rafiq itu semakin menjauhinya.

*p/s : best tak raya korang? ape lagi... komen la :)

You Might Also Like

11 comments: