Cerpen,

CERPEN : Stay With Me, My Love Part 2

3:08 PM Unknown 7 Comments

“Sedapnya lauk hari ni….” Puji fahd dengan nada excited.

Aku hanya tersenyum, cuba berlagak tenang dengan apa yang sedang berlaku. Tangan mencapai lauk dengan berhati-hati.

Umiku tidak bersuara dari tadi.


“makanlah fahd, patut mak cik hairan. Kenapa tangan mak cik ni gatal sangat nak masak banyak. Rupanya ada tetamu nak datang…” ujar puan shawal.

Aku masih lagi meneruskan suapanku dalam diam. Hanya memasang telinga mendengar apa yang dibualkan.

“eh nurul, kenapa awak makan dalam pinggan yang asing ni?” Tegur fahd.

Aku menghentikan suapan. Tanpa sengaja, aku mengetap bibirku.

“sebenarnya fahd…. Kina ni…” puan shawal mahu bersuara.

Namun sempat aku potong,

“saya ade masalah berkongsi makanan sikit….” Aku tersengih. Ketat. Bibirku terasa berat untuk melakukan aktiviti tersebut.

“mysophobia?” Ujar fahd.

“hah? Haah” jawabku sambil mengangguk.

Mysophobia? Hentam je la…

#

Aku melangkah ke ruang tamu dengan kiraan. Selera makan yang tadinya mengunung kini merundum menyembah bumi.

“awak tak tolong umi awak cuci pinggan ke?” Tanya fahd.

Aku mengeleng malas.

“ooo” panjang o yang keluar dari mulut fahd.

Aku menundukkan kepalaku. Buku majalah yang berada di bawah meja makan, aku capai.

Aku selak satu persatu tanpa tahu apa yang dikatakan.

Suasana di ruang tamu sunyi. Tiada bicara sehingga,

“awak marah saya tak datang jumpa awak ye?” Duga fahd.

Aku diam. Rasa ingin tahu sedang menganas dalam diriku namun….

“awak…. Maaflah… saya memang nak jumpa awak tapi saya kena ku, eh kena stay kat rumah. Sebab mid term saya dah start. Now, after two weeks, here i am. Tadi habis paper, saya terus drive pergi rumah awak ni” jelas fahd berjela-jela.

“drive?”

“aah drive. Tak kan awak tak nampak kereta proton saga kat tepi rumah awak tu…” jawab fahd dengan laju.

Aku tersengih.

“macam mana mid term? Ok tak?” Tanyaku dengan nada prihatin.

Kedengaran bunyi mengeluh.

“kenapa?” Tanyaku lagi.

“saya kan top student…. Jadi no hal lah…. Mid term tu hujung jari saya je….” Jawabnya lagi.

Aku tergelak kecil. Kagum dengan keyakinan diri si dia yang melambung ke bintang.

“awak tak sekolah ke?”

Aku tersental. Serta merta ketawa dan senyumanku mati.

“home-schooling…” jawbaku pendek.

“kenapa?” Tanyanya lagi.

“none of your business…” aku sudah buntu. Jawapan yang agak kasar itu keluar dari minda yang samar-samar.

“sorry…. Jangan lah marah…” pujuknya.

Aku mengeleng.

“mana ada marah…”

“awak nak keluar jalan-jalan tak? Mesti boringkan duduk kat dalam rumah ni je…” ujarnya.

Aku menarik nafas. Perkataan jalan-jalan itu membuat diriku bagai disengat rasa excited.

“jom…”

#

“betul ke ni kina… umi tak sedap hati la….” Puan shawal mahu menghalang anaknya dari keluar dari rumah.

“umi…. Please… ni peluang kina… please umi… jangan bagitau ayah dengan akak” pujukku bersungguh.

“tapi…” puan shawal masih lagi ragu.

Aku mengenggam erat tangan umi.

“mak cik jangan risau lah… saya jaga bidadari mak cik ni baik-baik” jerit fahd sebelum memboloskan diri masuk ke dalam kereta.

“umi…. Kina percaya dia… jangan risau…”

“tapi…”

“umi…. Please… kina rayu kat umi…”

“ok…. Umi bawa kina ke kereta…”

Aku mengangguk lemah. Sepanjang perjalanan, umi memberiathu detail kereta milik fahd. Proton saga. Warna kelabu.

“jaga diri baik-baik… kalau kina tak mampu nak buat apa-apa…. Guna peppy” ujar ibu sebelum menyerahnya beg tangan kepadaku. Beg tangan yang menyimpan handphone and peppy aka pepper spray.

Aku sekali mengangguk. Aku sudah bersedia dengan segala kemungkinan.

Fahd orang baik! Insyaallah!

#

“kita nak pergi mana ni” tanyaku. Debaran di hati cuba aku tepis pergi.

“haa…. Kita pergi tempat surprise…”

“awak jangan nak buat benda pelik-pelik! Saya jerit karang…” ugutku. Menyesal mula bergendang di lubuk hatiku.

“hei…. Trust me…. Mustahil saya nak buat benda pelik-pelik kat awak…” fahd menegaskan pendirian.

Aku mengangguk faham sebelum tersenyum.

“ok…. Seriously kita nak pergi mana ni?”

“just wait and see…”

#

“ok dah sampai!” Enjin kereta dimatikan!

Aku mendengar pintu kereta dibuka dan sesaat kemudian,

“woooohoooo!!!!”

Aku tersenyum. Jeritan gembira dari fahd menjentik tangkai hatiku.

Aku membuka pintu kereta.

Menarik nafas.

“cantik kan?” Tanya fahd.

Aku mengangguk, lalu aku memejamkan kedua belah mataku….

Bunyi ombak…

Bunyi angin….

Laut…. Biru…

“jom lah…” ajak fahd.

Aku membatu di tempat diriku.

Kini setiap langkahku adalah ancaman.

Umi….

Rasa takut mula menghantui diriku. Fahd sudah hilang entah ke mana. Aku memerlukan seseorang pada saat ini.

Lututku mula terketar-ketar….

Aku terjelopok di atas pasir.

Beg tanganku genggam erat…

Handphone!

Aku pantas membuka beg tangan dan mencari handphone yang selama ini menjadi talian hayatku.

Allah…

“nurul…. Awak tak apa-apa ke?” Fahd tiba-tiba muncul di depanku.

Nafasnya yang naik turun itu menampar wajahku.

Aku hanya mendiamkan diri.

“awak…. Kenapa ni…. Kenapa awak tiba-tiba menangis ni?” Soalnya dengan nada risau.

Aku menarik nafas. Apabila ada jari kasar yang menyeka air mataku.

Lama aku mendiamkan diri.

“nurul shakina…. Talk to me…” arah fahd.
“saya buta….”

Diam….

“nurul…. Apa yang awak merepek… buta apa? Buta hati….” Ilaian ketawa keluar dari mulutnya.

Aku mengeleng laju. Ini bukan masa untuk bergurau.

It’s time!

“bukan! Saya buta! Saya cacat!” Jeritku.

Sekali lagi, bunyi ombak dan angin bertiup menampar gegendang telingaku.

“kenapa awak tak bagitau saya….”

“saya nak bagitau! Tapi…. Saya rasa seronok bila ada orang yang cari saya, bila ada orang yang nak kawan dengan saya…”

“awak tahukan saya suka kan awak…”

Aku terdiam.

“kenapa awak nak tipu saya…”

“saya tak tipu awak! Saya…”

“kenapa awak tak cakap je dari awal!”

Aku terdiam. Terkejut apabila mendengar suara kasar fahd.

“kenapa awak bagi saya harapan…”

“o, sebab saya buta…. Harapan itu takde bagi awak…”

Diam.

“awak fikir saya nak ke jadi buta! Saya pun tak nak lah! Kenapa semua manusia macam ni!”
Aku meluahkan sedikit rasa hati. Sedih apabila mendengar perkataan harapan…

“nurul, saya….”

“kita balik…”

Aku cuba untuk bangkit dari dudukku namun gagal.

Fahd pantas menolongku.

“terima kasih tolong orang buta macam saya…”

Diam.

#

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah,

Tiada satu bunyi kedengaran.

Radio dimatikan.

Fahd tidak pula bersuara.

Aku sedang hebat berperang dengan emosi. Perkara sebegini rupa sudah acap kali berlaku namun aku masih belum dapat berdepannya.

#

Enjin kereta dimatikan.

Dengan lajunya, aku memboloskan diriku keluar dari erut kereta.

Rasa sakit di dada sudah tak mampu untuk aku tanggung.

Allah…. Aku nak nangis…

“nurul!” Jerit fahd.

Aku menghentikan langkahku.

“awak….”

Aku berpaling.

“terima kasih sebab sudi kawan dengan saya…. Saya suka perangai awak yang selamba dan berterus terang. Jangan risau, saya akan lupakan awak…. Good luck…”

tipu….

“nurul…. Saya….”

“takpe, saya dah maafkan awak…”

tipu…

Bunyi keluhan kedengaran.

“jangan datang sini lagi…”

Senyap.

Bunyi deruman kereta pergi dari halaman rumahku.

Mata yang mula galak berair. Tekakku terasa bengkak. Dadaku mula berdegup kencang.

Pintu pagar aku buka perlahan-lahan.

20 langkah ke depan.

Mimpi indah sudah melabuhkan tirai. Harapan kini sudah berlalu pergi.

ps : cuba buat melodrama~ sorry for typos... :) komen yer

You Might Also Like

7 comments:

  1. Sedih tp best..nk lagi..pjmj

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak lagi?
      nnt ye.... saya masih pening dgn final T.T

      Delete
  2. Best n sdih. Cian gurl tu

    ReplyDelete
  3. Betui tekaan nurul buta
    Caiyok nurul

    ReplyDelete
  4. dah agak dah mesti dia ada masalah sbb tue dia cuba buat mcm biasa bila ada org sudi kwn ngn dia.

    ReplyDelete