ATWML,

Cerpen : All Too Well, My Love Part 1

12:32 PM Unknown 8 Comments

Assalamualaikum n H!

insyaAllah cerpen ni hanya ada dua part. tak panjang pun.... harap korang enjoy ye.




“awak, jom kita couple…” Shakir meluahkan rasa hati yang selama ini di simpan. Jantung yang berdebar kencang cuba ditenangkan dengan hembusan nafas, ‘relaks bro…. Well done! You’re the man!’

Lili terkesima dengan ajakan teman baiknya. Dia berhenti dari terus melangkah. Ajakan itu membuat dia terasa tenggelam dalam lautan manusia. Dia merasakan minit dan detik mula berjalan lambat.

“awak…. Why stop? Jom la” Shakir cuba menyembunyikan riak apabila melihat riak wajah pucat gadis yang mencuri hatinya.

Lili masih lagi terdiam. Kata-kata itu sudah lama ditunggu oleh dirinya. Hati perempuannya meronta untuk menjadi istimewa dalam hidup lelaki di sebelahnya, ‘Lili! Cakap!’

“hah? Ok….” Pendek jawabnya. Dia dapat merasakan wajahnya di simbah dengan cat merah, berbahang panas.

“ok as if you want to my lover?” Ujar Shakir dengan penuh keraguan. Dia mahu mendapat confirmation dari tuan punya badan,  ‘ok? Ok is not a solid answer…’

“ok…. Jom kita jalan. Nanti cikgu marah pulak” jawab Lili dengan laju. Dalam riang mendengar ajakan Shakir, dia masih takut akan hubungan ini akan menjadi titik tamat memori indah mereka berdua. ‘all is well…. Insyaallah!’

“ape…. Lili, awak tak jawab lagi soklan saya….” Desak Shakir sambil mengejar langkah Lili yang kelam kabut.

Lili hanya mediamkan diri. Tudung yang dipakai dibetulkan dek di tiup angin. Baju kurung yang dipakai dirapikan apabila sampai di muka pintu kelas.

“awak ta….” Shakir mengetap bibirnya apabila Lili berpaling dengan mata tajam sambil tangannya gadis itu membuat ZIP-IT!

#

I do be your girlfriend.
So please accept the real me
                                    Lili

Shakir tersenyum melihat kad kecil di bawah mejanya. Kad yang membuat harinya kembali sirna!

Oh my darling! I love you!

Shakir terasa mahu berjoget dengan rentak lagu Hindustan yang bermain di ruang mindanya. Lagu yang terpateri di mindanya disebabkan ibunya adalah kipas susah mati kepada filem Hindustan. Semua filem Hindustan ibunya kumpul dan mereka adik beradik dipaksa untuk menonton filem-filem tersebut bersama ibu tersayang.

“yes! Aku anak jantan!” Shakir menjerit kuat di dalam kelas yang sudah lenggang dengan kewujudan manusia.

“ye la, memang awak anak jantan….” Satu suara tiba menghentam gegendang telinga Shakir.

“oh mak kau!” Shakir terlatah dengan automatic! ‘argh!!! Kantoi! Hilang macho!’

“hi…” tegur Lili dengan riak muka yang dikawal, ‘ok….pandai jugak mamat ni melatah…’

“assalamualaikum…” jawab Shakir dengan suara yang macho. Penyapu di tangan digenggam erat, ‘kenapa dia ade kat sini…’

“walaikumussalam…. Amboi gembiranya….” Ujar Lili dengan senyuman lebar, ‘normal, eksyen normal je….’

“of cos la! Sebab saya dah jumpa tulang rusuk kiri saya” jawab Shakir dengan laju. Kad cinta itu diseluk masuk ke dalam poket seluar.

“eiw! Dah la, geli pulak saya jumpa awak ni” Lili berpaling laju sebelum melangkah pergi keluar dari kelas, ‘alahai, romantic nye….’

“orang kata geli tu tanda cinta…” usik Shakir. Reaksi spontan Lili mencuit hati lelakinya,  ‘that’s what we define CUTE!’

“bla…bla…” Lili tersenyum malu mendengar kata-kata lelaki di belakangnya, ‘this my first love story…’

#

Hari dating….

“awak, kita nak pergi mana?” Tanya Lili dengan wajah penuh tanda tanya. Semalaman dia tidak dapat melelapkan mata yang bulat miliknya dek kerana terlalu berdebar untuk menanti detik ini, ‘ok… aku kena jadi gadis yang baik, dengar cakap….’ Setiap panduan dating di internet sudah diterjah dan disalin. Dia mahu hari penuh makna ini berakhir dengan memori indah.

“kita pergi jalan-jalan kat mall, pastu kita gi main ice skating. Ok tak?” Terang Shakir dengan nada tenang. Sebagai seorang lelaki dia harus membawa watak tenang, biar gadis disebelahnya yang menjadi kalut, ‘control the situation…’

“ala saya tak pandai nak main ice skating la…” bergegar kepala lutut Lili bila teringatkan gelanggang ice skating yang licin itu, ‘mak aih… my first date will be full of lebam! Tak mau!’

“saya kan ada, kalau awak nak jatuh, hold onto me. Tak pun, saya pegang tangan awak time skate…” Shakir menekan perkataan pegang dalam bicaranya. Dia mahu memberi signal kepada Lili yang kelihatan pucat di depannya, ‘boozai! Nilah trick dia! Ni cheat code untuk pegang tangan dia dengan cepat!’

Mata Lili kembali bersinar dengan tawaran ikhlas dari hati luhur Shakir. Dia mampu tersenyum dan mengangguk laju tanpa ragu, ‘ok, aku suka idea dia…. Ni can aku nak pegang tangan dengan dia…. Tapi malu la pulak…’

#

Di tempat ice skating,

Hampa terasa bila ku tanpamu.
Hidupku terasa mati jika ku tak bersamamu.

Lagu ari lasso berputar di minda Lili dan Shakir saat ini. Idea dari hormone gatal mereka dimatikan dengan satu signboard.

Under Construction

Shakir mengepal tangan kiri dan kanannya dengan kuat. Riak muka yang muram segera dikawal, ‘punya banyak masa nak renovate, time aku dating jugak nak renovate!’

“tutup…” ujar Lili dengan pandangan kosong. Hampa. Angan-angan untuk merakam adegan romantic hidup cintanya kini hancyr lebur, ‘tell me why! Kenapa sekarang….’

“awak, tutup la. Jadi kita nak buat ape ni?” Tanya Lili dengan nada tenang. Ribut taufan pada gelanggang ice skating masih tidak reda.

“kita pergi tengok wayang…. Tak silap saya, ada movie baru release. Nak tak?” Idea Shakir untuk menjadikan dating pertama ini penuh dengan adegan kasih sayang masih lagi bersisa, ‘jangan give up!’

Lili mengangguk tanpa kata, ‘alahai! Baru semalam pergi wayang dengan umi dengan abah…Lili! Kali ni lain, kau pergi dengan dia…’ bibirnya menguntum senyuman.

Shakir mahu melompat bintang dengan anggukan teman wanitanya itu, ‘ok…. Ada tak movie hantu…’

#

Keep bleeding
Keep, keep bleeding love
I keep bleeding
I keep, keep bleeding love
Keep bleeding
Keep, keep bleeding love

Kali ini lagu Leona lewis menjadi tema dua hati. Mereka makin berdarah, makin sakit dengan apa yang sedang dilihat di depan mata.

Tutup Untuk Renovation.
Reopen In This Tuesday! J

Shakir mahu meletup, semua idea dari hormone yang membara sudah dihalang dengan satu kebetulan yang sungguh tidak masuk akal, ‘tarik nafas! Mengucap!’

“ok tutup la awak. Takpe la, jom kita pergi kepsi….” Ujar Lili dengan laju apabila dia dapat merasakn aura negative sedang mengerumuni tubuh Shakir, ‘kesian nye dia….’

“ok….” Jawab Shakir tanpa berbicara panjang. Kecewa menimpa dirinya.

“jom….” Lili membuka langkah pergi namun langkahnya mati apabila dia merasakan Shakir tidak terkutik dari tempat dirinya.

“awak….” Tegur Lili apabila dia melangkah mendekati Shakir yang masih lagi muram.

“awak, tolong bawa saya ke sana…” Shakir memberi tangannya kepada Lili, ‘argh! Malunya! Tak cool gila!’

Lili melihat huluran tangan yang lebar itu dengan pandangan terkejut. Satu permintaan yang sungguh luar alam. Dia pantas meneguk air liur,

“ala, manja nya. Jom saya bawa awak….” Lili memegang tangan Shakir sebelum membuka langkah, ‘tenanglah wahai hati…’

Selama mereka berkenalan, bersalam dan berpegang tangan bukan satu perkara yang ajaib lagi mustahil. Tetapi sejak status mereka bertukar, perbuatan skinship tersebut menjadi janggal.

Shakir tersenyum.

#

“dari pegang pompuan yang tak halal, baik pegang babi….”

“asal pulak, babi haram kot…”

“samalah, pegang laki pompuan takde ikatan pun haram gak! Tapi at least la, at least pegang babi, boleh samak. Tapi kalau pegang makwe, takleh samak. Sakit woo…”

“aah la! Betul jugak kata kau…”

Entah macam mana deria pendengaran Lili pada hari ini menjadi over sensitive to surrounding, bait-bait perbualan lelaki-lelaki dibelakangnya didengar dengan jelas. Perbualan yang agak kasar dalam menegur namun cukup jelas motifnya.

Lili mengetap bibir. Dia mengerling ke arah Shakir yang masih khusyuk membaham ais krim di dalam cup. Hatinya berdebat, ‘ya allah malunya. Tapi aku bukan buat ape pun. Aku pegang tangan dia je…’ babi. Mengelega darahnya apabila disamakan dengan bintang haram tersebut, ‘urgh!’ dia berpaling ke belakang. Dua orang lelaki yang hanya bertshirt dan berjeans sedag berbual rancak. Dia bangkit dari duduknya dan berjalan ke arah dua haprak yang mulut longkang!

“excuse me…. Saya kenal encik berdua ni? Kenapa dari tadi encik berdua ni asyik troll saya dengan boy… ehem! Kawan saya tu?” Lili menunjuk ke arah Shakir yang terpinga-pinga di tempat duduknya, ‘wo! Berapi sungguh aku ni!’

“aik…. Terasa ke? Kami berdua tak pin point kat mana-mana manusia sejagat pun. Yang cik ni nak emo, dah kenapa?” Ujar lelaki yang berbaju biru muda.

“aah la, kami tak pin point. Ingat ni nak main paint ball ke?” Lelaki yang berbaju hitam-putih itu pun mula bersuara.

“ceh! Kau panda kipas diam! Jangan nak buat lawak hambar kau kat sini” hilang perkataan encik dan yang sewaktu dengannya. Senyuman sinis dari lelaki yang berbaju biru itu meyemarakkan lagi semangat api kemarahannya!

Lelaki yang mendapat gelaran pada tersebut pantas senyap.

“kau! Orang bodoh je tak terasa dengan kau la! Dari awal, aku masuk dalam kedai ni. Kau macam nak juling tengok aku! Pastu buka cite pasal haram la, khinzir la, samak la! Kau memang nak sindir aku kan?” Lili meluahkan amarahnya dengan jaya. Dia menjegilkan matanya dengan sebesar-besarnya. Tangan dicekak ke pinggang. Muka dibengiskan.

“laa ingatkan pandai tadi. Kat sekolah ada belajar tak?” Tanya lelaki yang berbaju biru muda tersebut.

“aku top student sekolah aku! Eh, asal aku kena jawab soklan kau!? Kau tak jawab lagi soklan aku, asal kau nak sindir-sindir aku hah!?” Pekik Lili dengan sepenuh hati! ‘aku mesti setel benda ni sekarang jugak! Lantak pi!’

“ok, since u are the ‘student top’. Mesti subjek agama islam dapat A kan?” Tanpa mempedulikan pekikan gadis di depannya. Semua mata-mata yang memerhati mereka tidak diambil endah.

Shakir pula masih lagi membatu di atas kerusi. Terkejut dengan pekikan Lili yang tidak tercapai-akal-mu. Habis bayang-bayang Lili the ayu, the cute, the graceful Lili. Hilang ditembak zionis! Apa yang ada kini hanya the dark side of Lili. Setiap kali Lili melakukan pergerakkan, dia akan meneguk air liur.

“dah aku umat islam! Dah mesti aku dapat A dalam subjek tu! Kau dah kenapa tanya aku macam reporter ni! Sekarang ni kau jawab soklan aku!” Lili menarik nafas pendek sebelum kembali menjegilkan matanya ke arah mamat poyo yang sedang enak menikmati Baskin Robbin, ‘kenape dia tanya aku pasal agama islam, wait dia mesti….’

“ok, it’s my honour to answer your question, miss top student. First, kalau dah dapat A dalam subjek agama islam. Yang masih kurang bijak dalam isu halal haram ni apasal” lelaki yang berbaju biru itu bingkas bangun. Matanya menikam dalam anak mata milik gadis yang sedang menganas sakan di depannya.

Lili mengundur setapak ke belakang. Tubuh lelaki poyo bin kerek itu terlalu tinggi jika dibandingkan dengan dirinya yang kemetot, ‘o-em-jee! Dah macam pokok ara’ belakang sekolah dah aku tengok mamat ni!’

“if you missy top student so good, kenapa masih tak malu buat perkara haram depan orang ramai. Kalau bukan aku yang tegur, sapa lagi yang nak tegur kau. To very at least, aku masih lagi nak selamatkan kau dari terus melakukan dosa maksiat. Halal haram tak reti nak jaga nikan pulak aurat. Kalau diri sendiri pun dah tak pandai nak urus, tak payah sibuk nak bercinta. Ingat sikit missy top student, kalau islam hanya subjek SPM, better you reflect yourself! Tak guna kalau skor A islam kat dunia, tapi akhirat kosong. Jangan jadi tin kosong la cik kak….” Bertalu-talu peluru muhasabah yang dilancarkan oleh lelaki berbaju biru muda tersebut.

Air mata Lili mengalir laju. Teguran yang pedas itu menampar gegendang telinganya dengan tamparan laju. Sakit. Malu. Dia pantas menyeka air mata yang mengalir di pipi,

“kenapa kau nak malukan aku!? Hah! Kenapa aku! Banyak lagi manusia kat sini yang kau boleh bahan! Kenapa aku!?” Jerit Lili dengan penuh perasaan. Kedua tangannya dikepal kuat. Temu janji pertama di dalam hidupnya telah hancur berkecai disebabkan mamat poyo ini!

“sebab kau… menyakitkan mata aku…. Dah tak payah la menjerit, memekak je la. Ingat balik ni, pergi muhasabah diri kau tu. Ingat sikit, asal usul kita dicipta. Kbai!” Lelaki itu kembali menghenyakkan punggung di atas kerusi dan menyuap ais krim ke mulut.

Lili berhenti mengalirkan air mata. Sakit hati dengan manusia yang berhati batu di depannya. Sudah cukup! Dia perlu beredar dari kedai tersebut. Jika dia mempunyai doraemon sudah pasti pintu suka hati yang akan diminta! ‘ya allah! Malunya! Jahanam punya jantan! Takpe hari ni kau malukan aku! Besok lusa! Hari kau pulak!’ dia membuka langkah pergi dari Baskin Robbins.

“bro…. Tak melampau sangat ke cara kau tegur budak tu. Come on la… dia budak lagi kot” panda atau nama sebenarnya faqrul Naim. Rasa bersalah mula bersarang dalam lubuk hatinya. Rancangan untuk menyejukkan hati sahabatnya yang dilanda tauufan itu berakhir dengan air mata seorang gadis yang tidak diketahui asal usulnya, the unknown girl!

“Naim…. Dari kecil la kena ajar, takut nanti dah besar panjang nanti bagi jawapan macam minta terajang….” Lelaki biru tersebut bersuara perlahan namun cukup dingin pada nadanya, ‘nasib lah kau budak…. Buat benda pelik lagi depan aku! Hish!’

“hoi budak! Makwe kau dah bla tu, kau pergi la kejar. Takut pulak dia pergi terjun bangunan pulak…” jerit lelaki berbaju biru itu.

Naim terlopong dengan kata-kata spontan sahabatnya. Pantas dia mengerling kiri dan kanan kedai. Semua pelanggan di dalam kedai tersebut memulakan sesi mengutuk perbuatan sahabatnya itu. Bila buat perkara baik but in a wrong way! Too much!

Shakir pula tersentak dengan jeritan mamat yang baru habis bertekak dengan Lili. Dia bingkas bangun dan mengejar langkah Lili dengan hati yang berat, ‘hish! Kes berat ni!’

#

“Lili! Lili! Tunggulah saya!” Shakir mengejar langkah jalan Lili yang laju, ‘dia ni nak berjalan ke berlari!’

Lili masih lagi berjalan dengan lajunya. Suara Shakir di belakang tidak diambil peduli. Malu dan marah pada lelaki itu semakin mengunung!

“Lili! Tunggu saya!” Shakir menyambar pergelangan tangan Lili. Dia menarik nafas pendek sebelum memandang dalam wajah Lili yang kemerahan.

“pang!” Pipi kirinya menjadi kebas.

“don’t touch me! You fool!” Marah Lili. Tanpa mampu dikawal, dia sudah berjaya memberi tamparan sulung kepada lelaki yang menambat hantinya.

“Lili… kenapa…?” Wajah Shakir penuh dengan tanda tanya.

“kenapa kau cakap? Are you deaf!? Seriously! We are DONE!” Luah Lili dengan sepenuh hati. Cinta pertamanya tamat begitu sahaja, ‘this is not love! Ni cinta monyet! Nothing real Lili! Arrghh! Macam aku boleh suka dengan jantan macam tu!’ kata-kata mamat poyo itu bergema di dalam mindanya.

TO BE CONTINUED

*ps komen ur feelings.... kalau suka saya upload nex part laju2x ;)

You Might Also Like

8 comments:

  1. Best story . keputusan yang bagus lili :D

    ReplyDelete
  2. Kelakar la ......
    Tp baik utk lili

    ReplyDelete
  3. i tick as sweet not like sweet to LILISHAKIR..but sweet to FAQRUL. how he eager to advise LILI

    >_<

    ReplyDelete
    Replies
    1. faqrul... just aside character only... hehe

      Delete