Cerpen,

CERPEN : Ghost, I Love You, My Love

9:00 PM Unknown 22 Comments




“Assalamualaikum….”
“walaikummussalam! Sorry tak jemput awak tadi…” iky tersenyum manis.
Mata iky mengecil menjadi sepet apabila tersenyum membuat zara terdiam sebentar. Dari awal perkenalan sehingga kini, senyuman lelaki itu asyik membuat jantungnya berdegup kencang.
“jom kita break up…. Saya dah bosan dengan semua benda ni….”

Iky tersentap seketika. Kata-kata yang ucapkan oleh zara itu membuatkan dia terkelu, namun senyuman pantas terukir di bibirnya,
“kenapa ni…. Penat ke keje tadi…. Meh, saya peluk awak….” Gurauan zara sememangnya dashyat dari mana-mana gadis yang dia pernah bertemu.
Zara mengeluh. Iky sememangnya pandai mengawal keadaan. Pertemuan dengan lelaki itu beberapa bulan yang lalu telah mengubah hidupnya.
“ish, awak ni…. Main-main pulak dia…. Kita bukan mahram la”
“jom kita memahramkan hubungan kita sekarang”
“jumpa ayah saya dulu”
Iky tersengih. Pertemuan dengan ayah kekasih hatinya sebulan yang lepas cukup membuat dia serik. Ayah zara seorang imam masjid daerah, hubungan mereka tidak direstui oleh lelaki tua itu namun diterima apabila ayah zara menetapkan syarat. Syarat pertama, mereka perlu kahwin dalam masa dua bulan dan kedua, tidak boleh bersentuhan atau dating semasa tempoh dua bulan kecuali membincang hal kahwin.
Pada saat ini, tinggal seminggu lagi masa untuk mereka berdua diijab kabul.
“ok la, seminggu lagi… lepas tu, saya akan picit pipi awak kuat-kuat”
Zara mencebik. Iky melayan dia seperti kanak-kanak sejak dari awal pertemuan. Perilaku lelaki sering dia berasa disayangi. Seminit bersama iky bagaikan hujan yang dilimpahkan kasih sayang (over sikit). Dia bersyukur kerana ditemukan dengan lelaki yang begitu menyayanginya.

#

“awak….”
“ye” zara menjawab suara kantuk.
“awak belum tido ke?” Iky berguling-guling di atas katilnya.
“belum….”
“awak….”
“ye” zara tersenyum apabila mendengar suara iky yang begitu manja.
“saya ada terfikir lepas perjumpaan kita tadi”
“fikir ape?”
“saya tak tahu apa yang berlaku kat saya, kalau saya dan awak berpisah….”Ucap iky dengan suara lemah. Dia tidak dapat membayangkan hidupnya tanpa zara.
Zara terpaku, handphone dipegang erat.
“zara, saya cintakan awak sangat-sangat…. Hanya allah je tahu, betapa hati ni bersyukur sebab diberi peluang peluang bertemu dengan awak” tutur iky dengan senyuman tipis.
Zara terdiam lagi. Iky sememangnya pandai membuat dia terkelu lidah, membuat dirinya dibuai dengan rasa cinta.
“awak…” iky ketawa kecil.
Zara memejamkan kedua belah matanya, wajah iky tersenyum dengan lesung pipit di pipi kiri lelaki itu membuat rindunya pada lelaki itu semakin membuak.
“zara, awak dah tido ke?” Soalan iky. Matanya jatuh pada hujung jari kakinya.
“belum…. Tapi saya mengantuk…”
“nak saya dodoikan awak dengan suara saya tak…” iky menahan ketawanya.
“nyanyilah…. Dah lama tak dengar suara awak memekik…” ujar zara dengan mata terpejam. Suara iky sememangnya sedap, namun tunangnya itu tidak memilih menyanyi sebagai kerjaya dengan alasan, kalau-saya-jadi-penyanyi-siapa-pulak-jadi-tunang-awak.
“mesti awk rindu nyanyi saya kan….”
“nyanyi je la awak….”
“amboih tak sabar…. Terimalah here without you…”
Zara tersenyum.
Nyanyian iky berlagu.

#

“bangun!” Satu suara berdentum kuat mengejutkan zara dari lenanya.
Peluh dingin mula terbit dari dahinya. Keadaan sekeliling kelihatan begitu gelap. Tiada cahaya. Namun mata terhenti melihat satu lembaga berwarna putih muncul di depan matanya. Jantungnya berdegup kencang.
“wahai roh!” Suara seram itu bagai menyentak tangkai hatinya.
“siapa, siapa encik ni…” zara cuba memberanikan dirinya untuk bertanya soalan. Lelaki yang memakai pakaian serba putih dengan wajah tertutup oleh kain berwarna putih yang tersarung pada kepalanya.
“reaper….”
“malaikat izrail?”
“choi! Jangan sebut nama dia kat sini….”
Zara terus menunduk kepalanya dek terkejut dengan suara tinggi lelaki di depannya. Kemudian dia mendengar suara lelaki itu melepaskan nafas ringan.
“ok la, macam ni…” lelaki itu menolak kain hoodnya ke belakang.
Zara terkejut. Wajah lelaki itu sungguh kacak, dia tercenggang sebentar. Dia terleka sebentar dari dunia gelap ini.
“dah, dah jangan pandang aku lama sangat, maksiat”
Zara merasakan wajahnya ditampar dengan perasaan malu yang menebal. Sakit. Malu!
“aku, cuma pari-pari…. Aku kena uruskan kau secara tiba-tiba. Your soul leave your body so sudden and i end up here, to clean your messed. Selalunya untuk kes kau ni, kau ada tiga hari untuk masuk ke dalam badan kau, else kau akan diistiyar mati”
Zara terkejut dengan penjelasan yang didengarinya,
“jap, awak ni bergurau kan? Ni mesti iky yang upah awak untuk kenakan saya kan? Kan? Dah lah, buka lah lampu, iky! Iky baik awak keluar” dia ketawa kecil apabila melihat wajah kelat lelaki itu.
“you will regret this..” Dengan sekali petikan jari. Ruangan yang gelap itu menjadi terang, dan bilik tersebut adalah bilik tidurnya. Berderau darahnya apabila melihat tubuhnya kaku di atas katil.
“ap… a…ape…” bibirnya bergetar menahan rasa takut di hati.
“like i said just now, your soul suddenly left your body…. The reason? Allah je yang tahu, sekarang ni, aku ditugaskan untuk cater masalah kau…. In three days, kau kena masuk balik dalam tubuh kau, if not, malaikat izrail will to take you away….” Tenang lelaki itu menerang perkara yang begitu asing pada telinga manusia.
“no, no…. Mana boleh…. Kenapa tubuh saya tinggalkan tubuh saya? Kenapa!? Saya nak kawin…. Tak lama lagi… tak lama lagi…. Iky? Ayah? Ibu….” Air matanya mula mengalir laju keluar.
“cik zara, awak masih ade tiga hari lagi…. Untuk masuk ke dalam tubuh awak. Jangan risau….” Pujuk lelaki itu.
Zara kemudian berlari mendapatkan tubuhnya di atas badan, cuba disentuh tubuhnya. Namun gagal, tangannya menembusi tubuh kaku itu. Air matanya mengalir lagi.
“jangan berputus asa ya cik zara…. Saya minta diri dulu, selepas tiga hari saya akan cari cik balik, insyaallah. Berdoalah banyak-banyak…. Allah itu as-sami’, dia maha mendengar, have a faith. Assalamualaikum”
Zara bungkam di duduknya, lelaki itu pergi begitu sahaja meninggalkan dirinya keseorangan bersama tubuh badannya.
“oh, lupa pulak, nama saya, theo for theodore zakaria”
Zara terloncat ke belakang apabila lelaki itu muncul kembali dan hilang sekelip mata.

#

“ya allah abang, anak kita….” Puan maisarah memyembamkan wajahnya ke dada suaminya. Air matanya laju mengalir apabila melihat anak perempuannya kaku di atas katil hospital.
Tuan qayyum hanya mampu menepuk belakang isterinya dengan harapan dapat meredakan ribut di hati kekasih hatinya.
Ya allah, apakah ujian yang kau berikan kepada keluargaku…
Zamri, abang kepada zara kini setia di tepi katil. Menanti saat terbukanya sepasang mata bulat tersebut.
Zara hanya mampu mengetap bibir. Dia sudah berusaha untuk masuk ke dalam tubuh badannya namun gagal sehinggalah biliknya dimasuki oleh zamri pagi tadi untuk solat subuh.
Kini mereka sekeluarga berada di dalam bilik hospital yang sejuk membeku menanti tubuh kaku di atas katil itu bangkit.
Zara terduduk lagi di atas lantai bilik, dia buntu. Dia perlu mencari iktiyar sebelum pintu bilik hosptalnya terbuka, wajah pucat iky muncul di balik pintu.
“iky….” Zara bangkit dan berlari ke arah lelaki itu. Namun tubuhnya dilanggar begitu sahaja.
Iky meluru ke katil zara, wajahnya gadis yang dicintainya itu kini ditatap dengan air mata. Dia hampir pitam apabila mendapat panggilan dari zamri akan perihal zara tidak sedarkan diri pagi subuh tadi. Mana mungkin zara boleh koma, sedangkan malam tadi, mereka berdua sempat berbual.
“zara….” Suara iky bergetar menyebut nama tunanganya yang kini kaku di atas katil.
Zara mengetap bibirnya. Air matanya mengalir. Sakit, pedih hatinya melihat wajah iky menatap wajah kakunya di atas katil.
“iky…. Saya kat sini…” zara berlari di depan lelaki itu.
“iky….” Dilambai-lambai tangannya di depan lelaki itu. Namun tiada respon. Dia kini hanyalah roh. Hantu. Tidak boleh dlihat oleh mata kasar. Dia hanya angin.
Tetapi dia tetap berusaha,
“iky! Iky! Saya kat sini… awak…. Pandanglah sini…” zara mengetap bibirnya. Tekaknya terasa kering. Matanya kembali berkaca.
“zara…. Awak jangan tinggalkan saya ye…. Awak kena bangun tau…. Saya belum sempat nak sarung cincin kat jari awak…. Awak bangun ye, saya tunggu awak” bisik iky di telinga zara yang tertutup di sebalik tudung. Doa bertalu-talu dipanjatkan kepada allah, moga jodohnya dan zara dipanjangkan.
Zara terduduk mendengar kata-kata lelaki itu. Dia menutup mulutnya, takut suara sedunya didengari oleh lelaki itu.
Kemudian, pintu dikuak dari luar. Seorang lelaki berjubah putih lengkap masuk ke ruang bilik. Semua mata tertumpu ke arah doctor. Kedua ibu bapa zara segera menerpa ke arah doctor,
“doctor, apa yang berlaku kepada anak saya? Kenapa dia tiba-tiba coma?” Tembak puan maisarah dengan suara serak basah.
“kami suspek, anak puan mengidap meningitis, a rare disease which affect the membrane tissue…. One of the effect is coma, deep sleep…. We will try our best to save her”
“tolong doctor… selamatkan anak saya” rayu puan maisarah.
“puan, kita hanya manusia, makhluk…. Kita mampu usaha… selebihnya tawakal, berdoa, allah sentiasa ada untuk kita”
Tuan qayyum hanya mengangguk apabila doctor tersebut meminta diri.
Zamri menundukkan kepalanya.
Lemah kaki iky mendengar penjelasan doctor tersebut. Kata-kata lelaki berjubah putih itu seakan tiada harapan untuk cinta hatinya.
Puan maisarah masih meneruskan tangisannya.
Zara sendiri terkejut dengan apa yang didengarinya.
“meningitis?”
Fikirannya terganggu apabila iky bersuara,
“ayah, ibu, abang zam…. Saya minta diri dulu…. Tetibe rasa pening kepala” tipu iky. Dia mahu lari dari bilik itu. Dia mahu lari dari reality.
Tuan qayyum hanya mengangguk.
“iky…. Awak nak pergi mana?” Zara mengejar langkah iky.
Sejurus keluar dari bilik, iky melepaskan nafas berat. Dipaksa kedua belah kakinya ke kereta yang diparkir di aras basement. Dia kemudiannya menghempas badannya di kerusi pemandu.
Zara masih setia mengikut tunangannya. Dia mahu menenangkan lelaki itu. Hatinya tidak senang melihat keadaan iky.
Iky bangkit dan meletakkan kepalanya pada stereng kereta. Air mata lelakinya mengalir.
Zara hanya mampu melihat. Dia cuba membelai kepala lelaki itu namun gagal.

#

Tombol pintu rumah dipulas malas.
Langkah diatur perlahan ke arah sofa di ruang tamu.
Zara menjejakkan kakinya perlahan masuk ke dalam rumah iky. Ini adalah kali pertama dia menjejakkan kaki ke dalam rumah iky. Rumah yang telah dibeli oleh iky sebulan yang lepas. Rumah di mana dia dan iky bakal membina sebuah keluarga. Namun kini semuanya kelihatan kabur.
Zara menggelengkan kepalanya. Diusir rasa sedih yang mahu bertamu. Kini, dia mahu memastikan iky berada di dalam keadaan selamat.
Iky menghempaskan tubuh ke atas sofa dan memejamkan kedua belah matanya dan berdoa agar dia akan bangkit dari mimpi ngeri ini. Beberapa saat kemudian, dia mencelikkan kedua belah matanya. Tiada yang berubah.
Zara hanya memerhatikan perilaku tunangannya itu. Senyuman sesekali terbit di bibirnya.
“arrghh!” Jerit iky secara tiba-tiba.
Zara terlompat dari duduknya. Dahinya berkerut melihat perilaku tunangnya itu.
“zara cuma coma! Positif bro! Jom solat dhuha!” Iky berdiri tegak dan berlalu ke biliknya di tingkat atas rumah.
“eh, awak tak pergi kerja ke?” Soal zara dengan dahi berkerut.
Iky berhenti secara tiba-tiba.
Zara melanggar tubuh sasa iky dari belakang. Kali ini, dia dapat merasakan kehangatan tubuh lelaki itu. Wajahnya berbahang. Dia tidak pernah sebegini dekat dengan lelaki itu.
Iky berpaling ke belakang.
Zara meneguk air liurnya, iky kini berada di depannya. Nafas hangat lelaki itu menampar wajahnya. Sepasang mata milik iky seakan memandang tepat ke wajahnya. Jantungnya berdegup kencang.
“ouh, aku dah call office ke tadi? Erm….”
Zara memejamkan kedua belah matanya. Apabila wajah iky mendekatinya.
Iky mencapai handphone yang terletak di dalam meja kopi.
“okeh, aku dah called office rupanya…”
Zara terkebil-kebil apabila melihat iky meninggalkannya.
Ah! Kurang akal betullah kau ni zara, dia mana nampak kau… dah kenapa!
Entah mengapa, kakinya gatal membuntuti langkah iky ke ruang atas.
Aku nak tengok ruang atas rumah je… tak lebih dari tu.
Sampai sahaja di muka pintu, iky pantas membuka baju yang tersarung di tubuhnya. Dia cuba berlagak biasa. Dia cuba positif saat ini.
Zara ternganga.
Omaigod…..
Matanya mencerun kepada tubuh iky yang terdedah.
Ni tunang aku ke?
Wajahnya sekali lagi disiram malu. Dia segera berpaling ke belakang apabila iky mula menanggalkan seluarnya. Dia tidak sanggup menahan degupan di dada.
Zara! Jaga mata! Tahu dek ayah…. Mampus kau…


*p/s :  cerpen.... ok tak?


You Might Also Like

22 comments:

  1. Zara akan terus koma atau mati...huhu siannya

    ReplyDelete
  2. Hehehehe...dah jd roh pun klakar lagi kan zara ni..nakal...mata..jaga zara...heheh..

    ReplyDelete
  3. Hehehehe...dah jd roh pun klakar lagi kan zara ni..nakal...mata..jaga zara...heheh..

    ReplyDelete
  4. Hehehehe...dah jd roh pun klakar lagi kan zara ni..nakal...mata..jaga zara...heheh..

    ReplyDelete
  5. Lagi? Permulaan yang penuh suspen make me want more..

    ReplyDelete
  6. Okeii cerpen ny, finally ada jgak entry baru dri hunlove, yeayy :), kipidap..peace..

    ReplyDelete
  7. Permulaan yg mnarik...smbung lgi pleaseee..

    ReplyDelete
  8. Okok... Zara boleh sedar Tak nanti..
    Semua org sedihhhh 😢😢

    ReplyDelete
  9. Homaiiiii homaiiiiii
    Koma.... kalau koma yg tu boleh erase
    Yg ni cemana

    ReplyDelete