MiniEnovel,
MiniNovel : Your Toy, My Love part 5
Selepas sahaja bas berhenti di depan masjid, tiya
yang tadinya diam terus mengajak edd untuk berjumpa. Kali ini, jihan dihalang
dari ikut sekali.
Edd mula dipagut rasa tidak senang. Langkah tiya
diikut sehingga ke depan tasik bersebelahan dengan masjid yang sunyi dari
manusia.
“tiya…”
“edd, betul ke awak pernah cabul budak perempuan?”
dengan sekali nafas, tiya menembak soalan itu. separuh hatinya tenang. Separuh
lagi ditoreh.
Edd terkejut. Seribu satu persoalan mula bermain di
mindanya.
“edd…. Betul ke?”
Edd menarik nafas sebelum tersenyum.
“kenapa kau sibuk nak tahu? Kalau betul, kenapa? Kau
takut?” senyuman edd semakin lebar.
Jantung tiya seakan terhenti seketika.
“ta…”
Edd ketawa seketika. Dia kemudian meludah dengan
kuat.
“puih! kau rasa jijik? Did I forgot to tell you about
rules of a toy?”
Tiya diam.
“first rules, no need to care about me, second, no
love involve, third, use me till you sick of me…. Like Laila done…” ujar edd.
Tiya ditampar kuat. Dia tidak berniat untuk masuk
campur dalam hal hidup edd. Dia Cuma mengambil berat akan lelaki itu dan….
Jadi kau
suka dia? No!
Hati tiya berbahas.
“I am not Laila!”
“ouh lupa, kau jenis stok ustazah…. So, sekarang?
Macam mana? You want this game to end?”
“we never start anything edd…”
“that’s why…. being your toy is damn boring! Kau
sedar tak! banyak-banyak perempuan, kau lah perempuan paling boring yang aku
pernah jumpa…” itu adalah perkara yang paling dikesal oleh edd. Dia mahu
menyakitkan hati rafiq dan Laila. Namun dia tidak dapat melakukan perkara
tersebut disebabkan tiya tidak mahu melakukannya.
“sebab awak bukan mainan saya…. Awak kaw…”
“kawan?” edd ketawa. Kuat. Belakang kepala digosok
dengan sebelah tangan.
“awak kawan saya…” ujar tiya dengan suara yang
bergetar.
“kau nak kawan dengan pencabul?”
“edd…. Saya tak bermaksud…”
“no need explaination…. So, kita habiskan permainan
ni…”
Tiya bungkam. Dia tidak tahu apa jawapan yang dia
harus jawab.
“I think this all things is ended since you know
about me…” edd membuka langkah pergi.
Air mata menitis jatuh ke pipi tiya.
#
Edd menghempaskan tubuhnya ke atas katil. Kepalanya
serabut.
“argh!!” jeritan bergema.
Hatinya sakit! Tidak sangka perkara itu sampai ke
telinga tiya! Lantas otaknya cuba mencari gerangan yang tempayan. Tidak ramai
yang tahu akan kes dan suspek kes cabul awal tahun ini.
Jamil?
Mana mungkin! Hubungannya dengan jamil lebih kuat
dari hubungan dia dengan adik beradiknya.
Siapa
lagi!
Laila…
Suara kecil itu berbisik.
“argh!! Sial betul kau!” dia yakin betina itu yang
memberitahu tiya. Sesaat kemudian terdengar bunyi azan asar berkumandang.
Hatinya dijentik satu keinginan.
Masjid.
Lantas kunci kereta yang terletak cantik di atas
katil disambar.
#
Incoming call
Laila
“helo awak! Macam mana?”
“kenapa awak nak bagitau saya semua perkara ni?” tiya
terus menembak soalan itu.
“sebab I tak nak you jadi mangsa dia…”
“tch…. Awak jangan menipu…. Ape yang awak nak?”
“I just tolong you…. As a reward, give that ring
back…”
“I will, but saya akan bagi ke rafiq…”
“okay then.. klik!”
#
Rafiq tersenyum bila mendapat mesej dari tiya.
“wei! Budak ustazah tu nak jumpa aku! Siak!”
jeritnya.
Lalu keluar semua kuncu-kuncu dari luar pintu.
“serius?”
“serius la! Dia kata dia nak bagi aku cincin tunang!”
“nice! Fiq! Kau ambil cincin tu! Pastu jual, boleh
kita enjoy…” cadang amirul dengan maa bercahaya.
“tak boleh la, cincin ni aku nak bagi Laila…”
“alah, kau beli la cincin lain untuk pisau cukur tu….
Cincin ni kau jual, jom la pergi krabi hujung minggu depan…” cadang amirul
lagi.
“betul tu! Jom la bro!” sokong nizam.
“okeh…. Tapi korang kene tolong aku, aku nak bagi
sikit hadiah kat ustazah tu…”
“hadiah ape?”
“kita kacau sikit budak tu…”
“eh kau! Jangan buat gile! Nanti kene panah petir!
Aku tak mau…”
“aah la, selalunya orang baik macam ustazah tu, doa
makbul…”
“alah…. Bukan nak rogol pun, usik je…. wei, jom la….
Pergi krabi, my treat!”
Lama nizam dan amirul berfikir.
“jom! Aku try gak usik ustazah…” ujar nizam yang
sudah terhasut.
“kalau macam tu, aku join la sekali…. Usik je kan?”
“ye la, usik je…. tapi budak tiya tu memang lawa
kan…”
‘wei, dah la wei…. Jangan lebih-lebih, nasib kes awal
tahun tu kita dah ade kambing hitam…”
“tu bukan kambing dah wei! Tu macam lembu dah!”
Lantas tiga orang kawan itu ketawa sekuat mungkin.
#
Selesai menunaikan solat asar, tiya bersiap untuk
bertemu rafiq.
“tiya, kau nak gi mana?”
“nak jumpa rafiq…. Nak bagi balik cincin tunang ni…”
“kau tak nak aku teman ke?”
“takyah la kot, aku bagi terus bla….”
“orait, anything call me…” ujar jihan. Kadang kala
ada perkara yang room mate sukar untuk kongsi bersama.
#
“tak guna punya jantan! Kau pergi ambil cincin tu
senyap-senyap je!?” teriak Laila apabila membaca mesej dari tiya. Dia yang baru
sahaja usai mandi pantas menjerit.
Kemudian bibirnya tersenyum.
“kau nak makan sorang-sorang ye rafiq…. Siap kau…”
#
Tiya berjalan menuju ke blok berdekatan dengan klinik
kampus. Kawasan itu sunyi dari manusia. lenggang.
“hai atiya!” jerit rafiq dengan penuh debar di dada.
“assalamualaikum…”
“walaikumussalam cikgu” serentak tiga sahabat itu
menjawab.
“nah cincin awak…” cincin diletak di atas meja di
depan klinik. pada saat itu, handphone tiya bergetar. Mesej masuk. Hati tiya
mula tidak sedap. Dia laju membaca mesej tersebut.
Inbox:
Laila
Ops! Salah information…. Bukan edd, tapi Rafiq dengan
kawan-kawan dia yang cabul budak perempuan tu awal tahun lepas… beware ye
sayang!
Berderau darah tiya membaca mesej tersebut. Rasa
takut mula menjalar ke tangkai hatinya. Kakinya mula bergetar.
“saya pergi dulu….” Langkahnya mati apabila hujung
lengan bajunya ditarik oleh seseorang.
“nak pergi mana tu…”
“lepas la…”
“amboi, garangnya…. Aku ni bekas tunang kau…”
“rafiq…. Lepas la!” jerit tiya, suaranya mula
bergetar.
“jangan la jerit sayang…. Klinik tu tutup…. Takde
orang nak dengar….” Ujar rafiq.
Nizam dan amirul tersenyum lebar.
Tiya cuba menarik lengan bajunya. Terlepas. Dia mahu
membuka langkah pergi namun dihalang oleh amirul dan nizam.
Ketiga-tiga lelaki itu sudah dirasuk syaitan. Hujung
tudung tiya ditarik perlahan.
“jangan…. Ya allah…”
“cam ni la, kau kiss dulu aku, baru aku lepaskan
kau…”
“kau memang dasar syaitan kan!” jerit tiya.
“eh, jangan la marah, marah tu syaitan…. Nanti kita
sama-sama jadi syaitan…”
Tiya sudah merasakan tubuh batang lelaki berada
begitu rapat dengan dari belakang. Dia perlu lari.
Lari!
Edd berpaling ke arah sekumpulan lelaki yang sedang
mengerumuni sesuatu. Hairan. Langkah masih diteruskan menuju ke arah klinik
sehingga dia terdengar suara tiya. Lantas darahnya berderau apabila mendengar
gadis itu meminta untuk dilepaskan. Tanpa ragu, kaki dihayun laju menuju ke
arah kumpulan lelaki itu,
“woi!”
Rafiq berpaling.
“ed…” belum sempat dia menyebut nama tetamu tidak
diundang. Pipi kanannya sudah terasa kebas. Dia mula terhuyung haying.
“jahanam!” edd menumbuk lagi perut rafiq dengan padu.
Azrul dan nizam terpegun melihat rafiq dibelasah
dengan laju.
Tiya turut terpaku. Perlahan-lahan air matanya jatuh
ke pipi.
“wei zam…. Tolong rafiq….” Azrul berbisik.
“tak nak aku…” balas nizam. Kemudian dia mendapat
idea jahat. Lengan tiya digenggam kuat,
“baik kau suruh budak lelaki berhenti, kalau tak, aku
rentap tudung kau…” ugut nizam.
Kini azrul turut tersenyum.
tiya mengeluh. Dia tidak mahu melakukan perkara yang
dia fikirkan saat ini. Namun keadaan terlalu memaksa,
“saya tak nak awak sakit…. nizam” ujar tiya. Kali ini
dia tidak merayu.
“kau na…”
Tiya mengenggam leher baju lelaki disebelahnya.
Kakinya menolak sedikit kaki nizam ke belakang. Lelaki itu mula hilang
imbangan. Center gravity nizam sudah mula lari. tiya tersenyum lantas membaling
lelaki itu ke hadapan.
Azrul ternganga.
Situasi itu tidak disedari oleh edd dan rafiq yang
sedang bergelut hebat di atas lantai.
Nizam terus kaku di atas lantai. Dia kaget untuk
membuka mata, khuatir ustazah itu akan memijak wajahnya pula.
Giler punya ustazah! Dia buat ape tadi!?
Melihat nizam tidak terkutik di atas lantai, tiya
mengalih pandangannya ke arah azrul yang masih berdiri di sebelahnya,
“awak nak kene juga ke?”
Azrul pantas mengeleng.
“dah, pergi halang dorang dari berbunuh…”
“baa…. Baiii…. Ik” azrul meluru ke arah rafiq dan
edd. Nasib tidak baik apabila dia pula terkena tumbukan rafiq.
“adoi!”
“sana la sia*, aku nak selesai kan hal aku dengan
anak jin!”
Edd hanya mendiamkan diri. Satu tumbukan berjaya
disampaikan ke dada kiri rafiq. Satu lagi tumbukan ke dada kanan rafiq.
Rafiq mengerang ke sakitan.
Edd menendang lutut rafiq lantas lawannya itu jatuh
melutut ke depannya. Dia mencengkam rambut rafiq dengan kasar,
“tak cukup kau cabul budak bendul, sekarang nak cabul
budak stok ustazah….”
Rafiq ketawa. Tekaknya terasa kelat dengan darah,
“sape kata aku nak cabul? Aku nak lebih lagi…”
“jahana*!” edd berniat melututkan kepala rafiq saat
ini namun kakinya ditahan terhenti dengan panggilan tiya. Dia memalingkan wajah
ke arah suara itu.
Tiya menggeleng. Dia tidak mahu perkara menjadi lebih
teruk. Wajah rafiq yang biru dengan lebam dan merah dengan darah itu dilihat
dengan rasa jijik,
“saya fikir awak lebih baik dari semua ni…”
“pergi mam…”
“maaf rafiq, saya dah hubungi pak guard….” Ujar tiya.
Mata rafiq mula membulat. Matilah dia kali ini. Cukup
kes cabul lepas apabila dia berjaya mencari hitam. Dia tidak boleh biarkan
perkara ini sampai ke mama dan papa.
“tiya…. Jangan…. Kau kenal mak ayah aku…. Kau…”
“maaf fiq, mak ayah awak patut tahu perangai awak yang
sebenarnya…. Ade hikmah kenapa saya yang bertunang dengan awak, dan bukan gadis
lain” tiya tersenyum senang. Matanya kini beralih pada wajah edd.
Wajah edd yang lebam dek pergelutan itu dipandang
dengan pandangan sayu.
* p/s one more part then tamat! esok lagi ye! bye2... as usual, drop your komen eh :D
Yeayy, x sabar nk bc finale.*wink*
ReplyDelete~mslovelydovey;)
Jantung brdegup kencang bca cerita ni...><
ReplyDeletetakk sabaww nak baca last chap
ReplyDeleteEdd hunlove,
ReplyDeleteEdd
Edd hunlove,
ReplyDeleteEdd
Arghhh nk lgii...
ReplyDeleteTak sabar nak tahu apa yang terjadi antara tiya dengan edd selepas tu
ReplyDeleteTak sabar nak tahu apa yang terjadi antara tiya dengan edd selepas tu
ReplyDeletebestnya..ksmplnnya.martial arts sgt la pnting untuk prmpuan..erk?keep it up miss writer
ReplyDelete