Cerpen
Lima hari berlalu,
CERPEN : Our Way, My Love~♥ Part 2
“malasnya nak pergi
kelas!” Mia menjerit kuat di dalam comforter. Jam loceng yang sedang melalak
kuat di sebelahnya tidak diendahkan. Keinginannya untuk melempar jauh jam
loceng itu seperti biasa terbatal apabila jeritan kuat dari luar biliknya,
‘sudah!’
“woi pemalas! Baik kau
ikut aku pergi kelas!” Fira menjerit dari luar bilik Mia, geram dengan perangai
Mia yang begitu asyik skip kelas walhal baru pertengahan semester, ‘nak skip
kelas, tunggulah akhir sem nanti!’
“wei! Kau nak umum kat
satu hostel ni ke? Aku pemalas!” Mia yang membuka pintu secara tiba-tiba terus
menjegilkan mata UNDERTAKER miliknya, ‘ingat ni hostel cucu kawan mak mertua
dia ke!’
“amboi, ingat cantiklah
kalau kau buat mata hantu kau tu, tolong sikit, aku masih cantik lagi dari kau”
Fira membetulkan rambutnya, dia telah menghabiskan masa lebih dari 30 minit
untuk melaram setiap hari sebelum turun padang berjumpa dengan rakyat jelata,
‘mak oi! Mata besar giler1’
“tolong sikit, tak
payah nak angkat bakul pagi-pagi buta ni, karang kau yang aku angkat buang ke
bawah! Ni malaikat mana yang pergi rasuk kau ni, tetiba nak kejut aku?” Mia
menayang wajah selambanya, selama dia pernah bernafas di kampus ini, tidak
pernah dia berjalan beriringan dengan Fira kerana perempuan di depannya itu
playgirl kampus, hot stuff manakan dia layak untuk berjalan di sebelah diva, ‘kalau
melaram macam besok nak k.o, memanglah orang cakap cantik!’
“tolong sikit, aku ni
bukan miss world yang baik hati nak kejut beruang pagi-pagi buta ni! Si Fendi
hensem tu yang suruh aku kejut dan heret kau datang kelas. Dah lah tu, tak
payah banyak soal, kelas doctor ambeng lepas ni, karang dengan aku kena menari
kat depan kelas!” Fira menolak tubuh Mia masuk ke bilik untuk bersiap.
“aku belum mandi lagi
lah!” Mia mengeraskan tubuhnya dari terus ditolak oleh Fira.
“kau jangan nak buat
dosa kering pagi-pagi ni, walaupun aku pakai contact lens merah menyala ni tak
bermakna aku rabun! Muka berseri, rambut bersikat! Belum mandi kau cakap?” Fira
menilik sekujur tubuh milik Mia.
“eh, kau pandang mana
tu?” Mia memeluk tubuhnya yang hanya
berbaju spaghetti, ‘minah ni demam ke?’
#
“at last! Datang jugak
angel aku ni!” Fendi tersenyum lebar apabila melihat tubuh wawa melangkah masuk
ke dalam dewan kuliah. Lima hari Mia menghilangkan diri dan tidak dapat
dihubungi, handphone off, facebook inactive, tweet no reply.
Mia hanya menarik
senyum plastik, dia sendiri rindu akan sahabat baiknya itu,
“hai….” Mia mengambil
tempat duduk di depan Fendi. Entah mengapa, kata-kata naim tempoh hari amsih
lagi terngiang-ngiang di telinganya,
“kau nak tahu pasal apa
aku break up with that whore! Sebab kau! Dah puas rasa, kau nak suruh dia cari
orang lain pulak.... Banyak cantik! Aku tak mahu yang secondhand lah banggang!”
“oi, aku cakap dengan
kau ni” Fendi menarik rambut Mia yang bebas beralun setelah pertanyaannya tidak
dijawab, ‘asal minah ni boleh khayal ni! Pagi pagi buta ni’
Mia masih
terpinga-pinga, cuba mengusir suara naim dari telinganya. Dia berpaling menghadap
Fendi,
“sorry? Kau cakap ape
tadi?” Mia hanya tersenyum.
“are you high?” Fendi
melemparkan soalan bonanza di pagi hari dengan wajah berkerut.
“stupid!” Mia terus memusing
badannya kembali ke depan. Dia tidak mahu untuk berbual lelaki itu, dia
memerlukan masa untuk pulih dari kata-kata kesat naim.
“Mia, i talking to you.
Pandanglah muka aku yang handsome ni” Fendi masih lagi tidak dapat membaca apa
yang bermain di fikiran Mia, seolah-olah perempuan itu cuba menjauhkan diri,
‘the hell is going on here?’
“aku mengantuklah Fendi,
please don’t disturb me” Mia meletakkan mukanya di atas meja menandakan dirinya
terlalu mengantuk, ‘buat bodoh je lah’
Fendi hanya menggeleng
kepala, ‘penat sangat lah tu’ namun hatinya lega apabila mendengar alasan
mengantuk, bukannya marah.
#
Mia membuka langkah
seribu, dia perlu cepat melarikan dirinya dari berjumpa dengan Fendi. Hatinya
masih tidak dapat melupakan kata-kata naim. Dalam kekalutan dia berjalan,
tubuhnya merempuh tubuh seorang makhluk yang keras,
“aduh!” Mia menggosok
kepalanya yang terlanggar dengan objek keras itu, ‘aku langgar tiang ke ape?
Asal tiang ada kat tengah jalan ni?’
“awak tak ape-ape ke?” Suara
lelaki kedengaran.
Mia yang masih melayan
kesakitan di kepalanya hanya mampu menggeleng kepala, ‘bukan tiang rupanya….
Tengok handsome ke tak? Boleh buat scandal baru’
“i’m not okay….” Mia
kemudian membuka matanya perlahan dengan harapan tiang yang dilanggarnya itu
mempunyai rupa paras yang lebih kacak dari Gary Running Man pun jadilah.
“sorry ye, saya tak
perasan yang awak tadi” lelaki itu menggaru kepalanya yang tidak gatal. Tiada
tanda-tanda ingin menghulurkan tangan untuk menolong Mia yang terduduk di atas
lantai, ‘kenapa perempuan ni pandang aku semacam?’
Mia cuba mengawal
debaran di hati, wajah lelaki di depannya kelihatan berseri, terlalu berseri, ‘
ni bukan setakat gary kalah! Naim tak guna pun kalah habis! New mission!’
“takpe-takpe, sikit je
ni. Saya pun minta maaf sebab jalan tak tengok depan” Mia bangkit dari tempat
jatuhnya sambil membuang debu dari seluarnya.
“kira awak dah maafkan
sayalah ni. Erm, kalau macam tu, saya gerak dulu” lelaki itu ingin beredar dari
tempat kejadian, khuatir akan menimbulkan spekulasi yang baik dari orang ramai
jika berada di situ bersama perempuan yang bukan muhrim.
“eh, awak tak buat
salah pun, saya yang salah. By the way, siapa nama awak and course ape?” Mia
memulakan misinya, dia perlu mendapat nombor lelaki itu dalam masa seminit,
‘cepatnya nak lari sexy!’
“oh maaf, Rafiq, civil.
Erm…” Rafiq cuba untuk mencari ayat untuk meminta diri, ‘nak buat sesi taaruf
ke kat sini…. Adeh’
“saya Mia! Ee! Nice to
meets you!” Mia menghulur salam perkenalan.
“ok, nice to meet you Mia,
but i got to go! Ada kelas, assalamualaikum!” Rafiq beredar dari situ dengan
langkah yang laju. Huluran salam itu hanya dibalas dengan tundukkan.
“walaikumussalam! Wow,
play hard to catch huh? Nanti Mia tangkap raf, ok?!” Mia melambai-lambai ke
arah Rafiq yang telah hilang di balik bangunan.
#
“fend! Aku dah jumpa
ikan baru!” Mia menepuk bahu Fendi yang yang sedang asyik membelek buku.
“ikan baru? Pergi jumpa
animal planet, bukan jumpa aku” Fendi masih lagi membelek buku di depannya,
tidak mahu memandang muka Mia yang kini sedang tersenyum manis! ‘jangan cakap
dia dah jumpa jantan baru?’
“ala, tengoklah muka
aku yang comel ni” Mia terkelip-kelip
kedua matanya, ‘ni dia merajuk ke?’
“malas…” Fendi memandang
kosong buku di hadapannya, hatinya meronta ingin melihat wajah Mia, dia ingin
berbual dengan Mia.
“kenapa ni, fend” Mia
merengek manja sambil menggoncang perlahan bahu lelaki itu.
“kenapa kau lari dari
aku?” Fendi tidak menjawab soalan Mia sebaliknya dia melontarkan soalan yang
menyemak otaknya.
Mia termati kata, dia
sidah menjangka soalan ini akan terpancul dari mulut Fendi,
“sebab aku perlukan
masa dari kejadian hari tu, aku….” Mia mengalih pandangan ke tempat, tidak mahu
terus menerus bertentang mata dengan Fendi.
Fendi perasan akan
perubahan pada riak wajah Mia,
“forget it, aku tak
kisah pun. Saja nak acah kau. So, mana ikan yang kau nak tangkap tu, meh tunjuk
aku sikit, boleh masak ke tak” Fendi berdiri sambil meletak tangan kanan di
atas kepala Mia, ‘kenapa kau tak bagitahu aku Mia….’ dia sendiri agak terkesan
dengan kata-kata kesat naim tempoh hari.
“ish apa ni, letak
tangan kepala orang ni, ingat ni bola ke apa? Bayar fitrah kot!” Mia memukul
tangan Fendi yang terletak di atas kepalanya,
“haa…. Ni yang aku
excited nak cerita ni. Kau kenal Rafiq, CV student?” Mia memulakan bicaranya
dengan soalan sambil menjongket-jongket keningnya.
“budak masjid tu? Wei,
kau jangan nak buat stunt kat sini, budak masjid tu! Kalau macam tu, baik kau
jadi madu sofia je!” Fendi terkejut apabila mendengar nama budak masjid, Rafiq
terkeluar dari mulut Mia, ‘budak masjid tu dah lah kerek nak mampus! Macam
beriman sangat!’
“kau kenal dia rupanya!
Kenapa tak rekomen dia kat aku, kalau dari awal kau rekomen dia kat aku,
takdelah aku asyik putus cinta je!” Mia marah dalam keadaan tersenyum, dia
dapat membayangkan wajah Rafiq menjadi imam solatnya, ‘waa…~’
“shhhh!” Kedengaran
beberapa orang di aras itu memberi signal diam kepada Mia.
“langkah mayat aku dulu
kalau kau nak couple dengan dia” Fendi bercakap dalam dingin. Sungguh dia tidak
menyukai lelaki yang bernama Rafiq dan geng ummah kampus yang lain, ‘semuanya
perasan bagus!’
“asal pulak, aku kena
bunuh kau untuk bersama bakal imam aku? Aku tak peduli, sekarang ni, kau ada
nombor phone dia tak?” Mia membulatkan matanya, rambutnya yang berjuntai di
dahinya membuatkan dirinya kelihatan comel di mata semua lelaki di dunia.
“o, kau sanggup bunuh
aku demi jantan masjid tu! By the way, aku tak simpan nombor orang perasan
bagus dalam phone aku, buat habis bateri je” Fendi kembali duduk di kerusinya
dan terus merenung buku di hadapannya, suhu badannya meningkat!
“habis bateri? Kau
jangan nak buat lawak kat sini, ni library kot! Kalau kau takde nombor phone
dia, hmm… kau ada member yang ada nombor dia tak?” Mia masih lagi mengasak Fendi
dengan soalan tanpa menyedari perubahan suhu lelaki itu.
Fendi melemparkan satu pandangan
tajam yang membawa maksud one-more-question-i-knock-you-down!
“okay-okay, aku tanya
orang lain” Mia dengan wajah berkerut lalu mengambil tempat duduk di sebelah Fendi
yang masih merenung buku tebal di depannya,
“Fendi, nanti terbakar
library ni dengan tenungan kau tu, macam nak terbakat dah buku tu” Mia masih
melawak, dia dalam mode excited, ‘kenapa mamat ni?’ dia kemudian membelek
phonenya, dibongkar list contact,
“hah!” Mia menjerit.
“shhhh!” Kedengaran
beberapa orang di aras itu memberi signal diam kepada Mia. Untuk kali kedua,
kali ini dengan wajah yang tidak berpuas hati.
“sorry, sorry, sorry” Mia
bercakap tanpa mengeluarkan suara sambil kepalanya tertunduk.
“yang kau ni bising
sangat asal” Fendi menoleh ke arah Mia yang tersengih seorang diri, ‘dia dah
angau ke apa?’ keningnya bertaut.
“aku dah jumpa siapa
yang boleh tolong aku, Fira” Mia bercakap dalam nada gembira lantas terus
menekan butang hijau untuk menelefon Fira.
Setelah beberapa minit
perbualan, Mia mematikan talian,
“Fendi! Jom pergi
masjid!” Mia bercakap dalam nada serius.
“what! Apa Fira cakap
dengan kau!?” Fendi bercakap dalam kuat, mahu terjatuh rahangnya apabila Mia
menyebit perkataan masjid, ‘dia ni dah pysch!?’
“Shhhh!” Kedengaran
beberapa orang di aras itu memberi signal diam kepada Fendi dengan salah
seorangnya menunjuk penumbuk ke arahnya.
“brilliant
idea, idea yang akan memastikan aku dapat imam aku tu!” Mia tersenyum sendiri.
To be continued
p/s : post pertama setelah seminggu mendiamkan diri...
0 comments: