ONHOLD,

The Love That I Confessed, My Love Part 5

8:28 PM Unknown 6 Comments

assalamualaikum,



saya up kan n3 ni untuk si dia....

harap memuaskan hati.... saya dah xde stok n3 utk cite dlm vault.... jdi bila nak update tu.... lama lagi. sorry ye...
fokus untuk habiskan semua novel saya yang lain...

selamat membaca
xoxo!







Aku menelan air liur kesat. Tajam sepasang mata itu merenung dari jarak jauh. 

"Kenapa kau tak signal kat aku..." bisikku dengan suara yang rendah.

"Laa... aku dah panggil kau banyak kali.... siap tarik lengan baju kau lagi...." jelas orkid dengan riak terkejut.

"Masalahnya aku tak dengar..." aku masih lagi terperangkap dalam renungan pipah.

"Yang aku gi panggil una-una tu ape?" Suara orkid sedikit meninggi.

Una?

Aku terus menikam anak mata orkid. 

Sejak bil pulak nama aku una? Dah macam adik beradik uno! Badan aku ni ade warna-warni ke?

"Tengok pipah dah tenung aku... macam dua saat lagi nafas aku ni" ujarku. Berdebar pula direnung oleh si paip tu.

"Pedulikan kan je dia tu.... dah memang genetik dia asyik nak cari salah orang. Sekarang ni, fokus kau kat mamat yang kau nak langgar tadi..." orkid menjuih bibirnya ke arah lelaki yang tengah berjalan membelakangi mereka. 

Aku merenung susuk tubuh tinggi itu dari belakang. Tinggi. Sasa. 

"Nama dia izzul, tapi semua panggil dia iz. Dia satu umur dengan kita" jelas orkid dengan penuh semangat.

Aku mengangguk sekali lagi. Entah mengapa lelaki itu nempunyai aura misteri. Gelap.

kalau tengok pirates of carribean, johnny depp mesti tak sabar nak buka peti harta karun kat depan mata dia. sekarang ini, aku pun rasa tak sabar nak kenal iz.

"Tapi kau jangan nak buat benda giler.... dia tu the third sekolah. Peminat dia pun ramai. Jadi takyah nak ambik gelaran kamikaze. Aku tak sanggup nak tengok kawan aku terkorban demi lelaki. Anyway, ingat tentang trim kita tu..." panjang lebar orkid membebel di tengah-tengah lautan manusia.

Aku? Tengok budak hot tu. Terus lupa pasal trim, dah flush masuk jamban. Malas nak fikir. Ketawa sikit!!! Okay, InsyaAllaah ada rezeki nanti kita suai kenal ye encik iz misteri!

#

Mataku melilau di tempat kantin. Cuba mencari kelibat si dia. 

Besar kecik mata aku buka, cuba mengecam wajah-wajah pelajar lelaki yang sedang bertebaran di kaeasan kantin muslimin. Ade yang suci. ade yang muka macam spongebob. Ade yang macam kena anorexia. Eh, eh tu kan.... iz. Hensem gak orangnya.

Luna amelia! Fokus! Belum tiba masanya untuk berkenalan. 

Hampa. Takde pulak kelibat budak tak cukup umur tu. Aku melangkah keluar dari kantin dengan rasa hampa. Makan tak berteman la aku hari ni.

sedang aku elok berjalan menundukkan kepala. Ada satu suara menegurku dalam keadaan berbisik.

"Psst... pstt..." 

Kepalaku ke kiri dan kanan mencari pemilik suara sehingga...

"Ami?" 

Lelaki itu sedang elok menyembunyikan diri disebalik deretan bunga-bunga.

ami pantas meletak jari pada bibirnya menandakan jangan sebut namanya.

Aku mengerutkan dahiku sebelum mengangguk faham. Aku jeling kiri dan kanan. Sebelum mengangkat ibu jari kananku, line clear.

"Pergi belakang sekolah.... takde orang" bisik ami sebelum menghilangkan diri.

Dia ni adik beradik naruto ke ape? Sekejap ada, sekejap hilang....

Aku mengatur langkahku ke belakang sekolah. 

#

Belakang sekolah. Salah satu dari kawasan larangan yang tidak berpagar. 

Pelik. 

Mataku terbuka luas apabila melihat sebuah taman yang terletak 10 langkah di sebelah kiri. Kewujudan taman tersebut agak tersembunyi jika dilihat dari jauh. Aku melangkah dengan langkah atlet jalan-kaki. 

"Waaa... This is insane!" Tanpaku sedari, aku menjerit.

"Jerit siap.... cantik tak?" Suara ami kedengaran dari sebelah kiriku. 

Aku menoleh dengan pantas. dia sedang memegang sekuntum bunga yang tidak wujud dalam kamus bunga aku. 

Well i am not bunga girl.... 

"Cantik la. This is awesome! Tapi tak kena tangkap dengan pengawas kalau lepak kat belakang ni?" Tanyaku dengan nada takut-takut.

Karang kena cekup dengan abam kerol. Malulah i. Tak pasal aku kena kawin dengan mamat bunga ni. Oh tidak! Sekolah ni da sekolah agama! 

"Ala.... nama pun kawasan larangan. Jadi pengawas tu semua tak akan ronda kawasan ni. So kita enjoy!" Ami membuat gaya nora-danish-tak-cukup-hormon.

"So funny" aku memulakan tour around taman bunga yang tidak sebesar mana. Warna-warna yang terpancar dari kuntum bunga tersebut membuat aku terpesona. Indah ciptaanNya.

Kalau minah bunga tu tahu kewujudan tempat ni. Memang 7 hari 7 malam berkhemah kat sini.

"Jom la makan.... aku lapar ni" ajak ami yang sudah mengambil tempat di bangku di sebelah kiri taman bunga tersebut. 

Aku mengangguk.

"Mana kau tahu ade taman bunga kat belakang ni?" Soalku sebelum mengigit secebis kuih di tangan.

"Ni taman bunga arwah atuk aku..." jawab ami sambil tersenyum. Ada elemen kesedihan pada mata gelap tersebut. 

"Sorry..." aku terdiam sebentar. Sedang cuba memproses jawapan ami.

"Wait.... u just said ni taman bunga arwah atuk kau?" 

Ami mengangguk. 

"Macam arwah datuk boleh ade taman bunga kat sini?"

Ami tersengih sebelum memalingkan wajahnya ke arahku.

"dont surprise me...." aku terus memberi amaran kepada lelaki yang duduk di sebelahku.

Ami tertawa kecil.

"Tak surprise pun.... sekolah ni own by my family" ujar ami dengan wajah i-am-so-cool.

Tanpa perlu melihat cermin, aku dapat merasakan mulutnya sudah terlopong tanda terkejut. Ter-kagum?

Kagum? Of course. Budak kaki pengayat ni cucu kepada pengasas sekolah agama yang terkenal dalam Malaysia. Thats WOW!

"tutup la mulut tu. Huduh kuasa dua aku tengok..." tegur ami dengan senyuman mengejek.

"Huduh-huduh pun. I still hot. You know it right? " aku mahu menampar pipi sekuat mungkin. Macam mana aku terlepas cakap. 

"Yeah, i know that..." ami hanya mengangguk. Wajahnya penuh dengan riak jujur.

Pergh... budak pengayat ni.... memang berpengalaman. 

"Off topic, jadi pengetua sekarang ni, ayah kau ke?"

"Nope, ayah kerol"

Sekali lagi. Aku terlopong. Kini lebih lama.

"Kau dengan kerol...."

"Yup, we are cousin...."

Aku tersenyum lebar. Satu data baru tentang beruang kutub itu sudah aku ketahui.

"kenapa tempat ni jadi kawasan larangan? Sayang kot, secantik begini..."

"Sebab keluarga kami tak nak ade orang yang pergi kacau taman bunga. Takut dapat pulak jenis suka petik bunga, botak pokok kat sini" jelas ami dengan panjang.

Mendengar specis manusia yang dikatakan oleh ami. Aku terus terbayangkan orkid. Tanpa bahas, aku pantas setuju.

"Tapi kenapa kau bawa aku datang sini?" 

"Sebab aku tahu kau tak suka bunga..."

Entah kenapa aku terasa diriku seperti ditembak dengan M16.

"Sapa cakap aku tak suka bunga..." aku bersuara dengan nada tidak puas hati. 

"Eh... kau suka bunga ke? Tak nampak macam pun..." ejek ami

Belum sempat aku menjawab soalan bonus ami, kedengaran bunyi rumput dipijak oleh seseorang. 

"apa yang berdua buat kat sini? " wajah ketat terserlah. 

Sepasang mataku terbuntang besar. Kerol sedang kacak berdiri di depan aku. Oh, di depan kami berdua. 

Oh My God! Kerol!! Aku tak curang! Ami perangkap aku! 

Itu yang ingin aku jeritkan. Aku sempat meneling ke sebelah kananku. Ami sedang tersipu malu sambil mengaru-garu kepalanya. Gayanya persis seperti seekor monyet minta kaki. 

"kazen!!! Sorry la. Aku saje nak share tempat indah dengan bulan purnama yang sama indah"

KAJIYA! 

Hatiku begitu sensitif dan alah dengan species adam seperti ami daripada spesis porong-porong. 

Aku cuma mampu tersengih apabila sepasang mata kerol terarah ke wajahku. 

"banyak la kau punya share. And you, tahu tak ni kawasan larangan" tegur kerol dengan nada serius. 

Aku tersengih lagi. Malunya! Baru aku faham rasa seorang isteri yang kena marah oleh encik suami di khalayak ramai. Terlebih sudah! 

Hari-hari kena marah. Bila pulak mamat ni nak manja-manja dengan aku. Hanya harapan di tepi gantang.

“by the way…. Hah, awak!” kerol mengangkat jari dahi telunjuknya ke arah aku dengan wajah beku.

Menyedari dia memanggil aku telah membuatkan aku berasa excited. Dengan penuh ayu aku membalas,

“ye….”

Abang kerol….

Aku hanya mampu menyebut perkataan itu di dalam hati. Takut karang ada pulak yang pengsan kene panggil abang.

“awak tahu tak hokum yang lelaki dengan pompuan tak leh keluar sama-sama? Kalau betullah budak sebelah ni jenis yang tak tahu hukum…. Tapi I think you should know this thing” leter kerol dengan wajah serius.

Wajah kerol yang penuh keseriusan itu aku tatap bagaikan menatap bulan purnama di malam yang gelap. Eh tolong sikit, muka abang kerol kita bukan macam bulan, yang berlobang sana sini! Perumpamaan je….

Eh, aku pulak?
Aku tersentap bila kerol menuduh aku tahu pasal hukum hakam. Walhal aku tak tahu apa pun!

Well! Made in USA….

Namun aku hanya mediamkan diri. Control ayu. Kalau balas pulak, keluar semua perkataan swear-swear ni….

“dah la tu, jangan la marah kat bulan…. Aku yang salah. ok fine. Kami pergi dari sini” wajah ami mula diselebungi dengan perasaan serba salah.

“kami?” soal kerol dengan nada tidak percaya.

Dahi aku mula mengerut, pelik dengan nada tidak percaya yang terpacul keluar dari mulut kerol.

Ami pula mula tersengih.

Aku mula tak faham. What’s going on!? Walaupun aku ni tak bijak dalam bahasa Malaysia, tapi aku still boleh faham perkataan basic-basic ni. Memang silap besar seseorang manusia apabila dia menyoal aku tentang soalan peribahasa. Nescaya dia akan berada di dalam kesesatan.

Aku mengerling ke arah wajah kerol dengan hujung mata. Wajah lelaki itu masih dingin.

Dasar beruang kutub betul!

Ikutkan hati, rasa nak call je joker dalam cite batman tu! Biar dia toreh sikit mulut beruang ni bagi senyum!

“apa lagi… pergi la” kasar kata-kata kerol aku dengari.

Wow…. What a jerk…

Apa yang paling membuat aku terkejut apabila ami hanya mengangguk setuju dan beredar meninggalkan aku bersendirian di taman bunga yang indah! Aku hanya mampu mengetap bibir apabila ami pergi tanpa menoleh!

Baru sahaja aku mahu membuka langkah, suara kerol menghalang langkahku. Encik jantung sudah mula bergendang. Hanya aku dan dia di taman ni. Saat yang selalu bermain di dalam filem Hollywood.

“nanti….” Seperti biasa suara kerol, penuh dengan dingin. Jika semua rakyat Malaysia bercakap macam beruang ni! Boleh salji Malaysia!

“ape….” Aku menoleh ke arahnya. Mata yang penuh kedinginan itu menusuk ke hatiku.

“tunggu dalam 2 minit lagi…. Bagi ami sampai cantin dulu” ujar kerol.

Wow…. 2 minit? Bersama kerol! Kenapa cakap 2 tahun je abang kerolku….

Aku mengangguk….

“apa hubungan awak dengan kerol?” soal tu diaju dengan nada tenang.

Jantungku berdegup kencang apabila mata kerol bertembung denganku.

Brain! Work!

“kenapa awak nak tahu sangat ni?” balasku dengan soalan. Tubuhku mula berpeluh dek rasa gemuruh yang meribut. Dalam gemuruh, aku tetap rasa bersyukur kerana ini lah saat paling lama aku dan kerol berbual.

“sebab saya nak tahu!” suara kerol mula meninggi.

Aku terkejut.

You Might Also Like

6 comments:

  1. Best!!!! Take ur time for the next entry 😆😆😆 Btw thanks for this entry 😘😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq awaks :) seperti yang saya cakap... lama lagi T.T nak update...

      Delete
  2. waiting fr next entry :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah... ade idea... muncul la n3 nye.. haha

      Delete
  3. Wow ...im speechless..akhirnya saya surrender utk tunjukkan diri saya sekian lame saya follow all ur enovels..what can i say is juz keep it up n go on dlm bidang penulisan ...i cant wait for incoming entry for this enovels....

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.... harap ramai lagi silent reader saya surrender macam awak.. hehe... tq for this meaningful komen!!!
      insyaAllah, ade ilham, muncul la n3 ni

      Delete