SBML
Stop Bully! My Love BAB 1
Bab 1
Lapan tahun yang
lepas....
‘Hujan lebat.... Cancel lagi plan
petang ni. Baru ingat nak lepas rindu pada teman tapi mesra aku’ tangis hati
Aiman
Ini mesti kerja Mak Enon yang duduk rumah corner
sana. ‘Yelah, pagi hari lagi dah melalak nyanyi lagu fevret dia, ‘Izinkanku
Pergi’, ni mesti kes merajuk dengan Pak Saad lagi la ni. Melepas, melepas.
Dalam banyak-banyak hari, kenapalah hari ni jugak nak hujan.
Astaghfirullahaladzim! Hujan rahmat ni. Syukur Ya Allah’ panjang keluh kesah Aiman
“Tunggu apa lagi, baik aku sms dia dan cancel
'dating' petang ni. Kalau tak sms, keluar pula teknik silat cekak dia tu,
tengok je tudung litup macam perempuan melayu terakhir tapi brutal bhai.” Aiman
berkata-kata sendiri.
Aiman berlalu ke meja belajarnya yang
berselerak dengan buku-buku rujukan; Biologi, Kimia, Fizik, ‘tak sanggup aku
nak tengok benda alah ni semua, tutup cepat’ pantas tangannya menutup semua
buku-buku di atas mejanya. Dikerling pada bingkai gambar terletak kemas di
hujung penjuru meja belajar, gambar keluarganya ketika berada di Australia.
Gambar yang berlatar belakangkan Sydney Opera House Building diambil
semasa bercuti di sana.
Wajah umi dan walid yang ceria sentiasa
memenuhi ruang mindanya. Wajah kakak dan adik perempuan yang sentiasa
menghuru-harakan rumah. ‘Heh, hidup aku sentiasa di penuhi dengan jeritan,
pekikan dan laungan kaum hawa dalam erti kata lain, aku kiranya da immune
sangat dengan kaum jenis ni’ dia tersenyum sendiri bila mengingat
nasibnya.
Tapi bukan gambar ni yang ingin ditatap pada
ketika ini tetapi gambar yang berada di belakang bingkai tersebut. Gambar yang
disorok kemas oleh Aiman. Gambar perempuan yang bertudung litup, cun tapi
brutal! Gambar perempuan yang berposing maut dengan memberi tabik hormat.
Gambar ni diambil secara senyap-senyap sewaktu hari kokurikulum sekolah tahun lepas.
Perempuan itu menjadi ketua koman untuk
pasukan Kadet Remaja Sekolah pada waktu tu. Pada masa itu kebanyakan pelajar,
menjadi model yang tak berbayar, berbagai posing maut dilakukan oleh pelajar-pelajar
sekolah. Gambar yang diambil akan dijadikan kenangan dan disemat indah dalam
memori mereka. Aiman juga turut tidak melepaskan peluang mengambil gambar gadis
idamannya sebagai pembakar semangatnya sewaktu belajar.
Bagi Aiman melihat wajah gadis pujaannya
yang bukan main kencang lagi seperti berada di track lumba lari membuat dia
bersemangat untuk belajar. Manalah tau kan kot-kot dapat flying colours
dek melihat wajah pujaan hatinya itu. ‘Kalau kantoi dengan umi ni, mampus aku! Sebagai
langkah berjaga-jaga, aku terpaksalah sorokkan gambar buah hati aku ni pada
belakang bingkai gambar keluarga aku. Sorry ye Wawa sayang, abang tak
sengaja. Manalah tau kan, kalau ada jodoh Wawa pun akan jadi salah satu ahli
keluarga aku jugak!’
Kenangan pada 5 tahun lepas menggamit
memori Aiman, pertama kali bertentang mata dengan gadis pujaan hati Najwa
Safira bin Datuk Yusuf...
#
“Woi! Aku tanya ni! Siapa yang tarik
tudung aku tadi hah!” Seorang perempuan menjerit kuat di kantin. Geram apabila
tudung yang tadinya cantik tersangkut di kepalanya ditarik oleh malaun mana
entah yang tidak tahu maksud zakat fitrah. ‘woi, papa aku setiap tahun bayar
zakat fitrah kot!’ jerit hatinya. Niat di hati untuk control ayu di
sekolah barunya punah setelah dia dikacau! Di sekolah rendah dulu, dia terkenal
sebagai pembuli, kalah anak jantan sekolah tu memang jaguh giler. Dia ketua
pembuli. Setiap kali pembuli lain nak membuli budak, perlulah minta kebenaran
dia dulu. Manalah tau kot-kot budak yang mereka nak buli tu saudara mara dia sendiri,
kan tak pasal-pasal dia kena hambat dengan papanya yang garang macam singa kat
rumah tu. Terbayang rotan. Terus dia menggeleng kepala.
‘mak aih, bapak kuat dia menjerit’ Aiman
melihat sekujur tubuh yang tinggi 5 kaki plus minus macam tu la yang kini
membelakanginya. Badan dahlah kecik, pendek pulak tu tak padan dengan suara
kuat. Lontaran suara tu belajar dari kak Ning ke? Speaker kat disko pun
kalah, bro. ‘awal-awal lagi dah tunjuk tanduk, minggu depan tunjuk belang,
minggu satu lagi tunjuk taring lak. Memang cari nahas betul si pendek ni dengan
senior. Tengok tu geleng-geleng kepala macam orang setengah tiang!’ gumam hati
Aiman.
“aku cakap keluar la!” Wawa mula melilau
kembali mencari malaun yang mencari pasal dengannya. Lalu matanya terlekat pada
mamat yang memakai cermin mata, rambut tersisir rapi ke sebelah kanan, butang
baju sampai tingkat atas dan neck tie pulak macam nak mencekik je! Kalau
ayam, sudah lama mati sesak nafas.
“kau
ke?! Hah!” Laju kakinya melangkah dan mencekak kolar baju milik mamat
skema.
Aiman yang ternyata
terkejut dengan tindakan si pendek meroyan yang tiba-tiba menarik kolar
bajunya. Dia tidak mampu menuturkan apa-apa, angguk pun tidak, geleng pun
tidak. Cuma matanya ralit memandang wajah bidadari yang merenung tajam ke
arahnya. ‘Mata dia bulat, hidung dia comel terletak, pipi dia merah, dan bibir
dia. Argh jantung aku sakit la. Astaghfirullah! Ape yang aku merepek ni?’
“cantik” perlahan Aiman terlepas kata
namun masih dapat di tangkap oleh telinga Wawa yang tersimpan dalam tudung
miliknya.
“woi aku tanya kau ni, bukan aku suruh kau
puji aku. Ngok!” Wawa cepat melepaskan kolar baju mamat skema tu. ‘ish, mata
dia cantik la. Hazel eyes’ desis hati Wawa.
Lalu dua orang pelajar perempuan datang
menerpa dan menenangkan Wawa yang masih tak berpuas hati dengan malaun yang
menarik tudung seterusnya menghancurkan dua cita-citanya. Pertama untuk menjadi
pelajar perempuan yang ayu. Kedua, mencari lelaki macho untuk melindungi dirinya
daripada sebarang ancaman. Walhal dia sudah khatam taekwondo siap ada black
belt 3 Dan, serta siap ada silat cekak pulak tu.
#
‘eh, amendelah aku ni masih berangan
bagai, sekarang ni misi aku nak sms wawa secepat mungkin. Nanti dia tuduh aku
mungkir janji pulak. Aku tak nak dia marah’ gumam hati lelakinya. Gambar wawa
diselit kembali di belakang frame gambar keluarganya dan diletak semula pada
tempat asalnya. Handphone Nokia 6111 terletak di atas meja dicapai dan
lincahnya menaip mesej kepada wawa dan send.
SMS :
----------------------------------------------------------------------
Budak skema:
“Wei, petang ni cancel lagi la. Nak hujan ni =.= next time la
okay?”
----------------------------------------------------------------------
“Hoi Mesej SAMPAI!!!!” Suara amuk bergema,
handphone Wawa berbunyi! Kasar nada dering mesej Wawa ni.
‘Mak ai, sape la yang mesej ni. Wawa mengambil handphone Samsung Flip yang
berwarna merah bernyala. Owh, Aiman rupenye. Name sebenar budak ni ape ek,
Aiman … apa ek? Aku pun tak tahu. Haha. Ape lagi budak skema ni nak, bukan kata
nak jumpa sat lagi ke? Tak sabor benor le mamat ni.' Dengan tenang Wawa membuka
mesej yang baru sampai.
“Apa? Cancel?!” Jerit Wawa macam speaker
nak pecah. ‘Ini yang tak boleh blah ni, suka suki dia je nak cancel. Dia
ingat aku ni takde kerja lain ke? Selain nak menghadap muka skema dia tu! Tak
boleh jadi ni!’ Wawa mencari nombor Aiman, mana ni? Hah jumpa, ‘budak skema’
lalu menghubungi.
Ringtone nokia berkumandang, Aiman boleh
mengagak siapa yang menghubungi dia pada waktu ini. Tidak lain dan tidak bukan
gadis brutal pujaan hatinya, Najwa Safira Bitin Yusuff aka Wawa. Tanpa berfikir
panjang, Aiman mengangkat panggilan tersebut.
“Kenapa kau nak cancel perjumpaan
petang ni!? Suka suki je kau nak cancel, kau ingat aku takde projek lain
yang perlu di siapkan ke?!”
‘Amboi, salam takde pastu cakap main
ambush je. Tak beradab betul la perempuan ni. Apa nak buat dia jugak yang
kau dok angaukan Aiman oii.’
“maaf la, tempat aku hujan lebat la.
Lagipun aku takde transport nak pegi sekolah. Lain la kalau kau nak
jemput aku”, Aiman tersengih sendiri. Malu.
‘Walawei.. Mamat skema ni, siap mintak
jemput bagai ingat dia tuan putera. Gedik!’
“ala, rumah kau bukan jauh sangat pun dari
sekolah. Buat acara larian pecut 400m ke sekolah. Aku tak peduli kau mesti ada
kat sekolah dalam 5 minit lagi, kalau tak you never know what will waiting
for you tomorrow in school”ugut Wawa kepada mamat skema yang sengal lagi
gedik!
‘Mak aih, dah keluar dah kata-kata puaka
Wawa’ Aiman meneguk liurnya.
“Ok ok. Sekejap lagi aku sampai. Tunggu
ye. Huhu. Jangan marah”
Panggilan dimatikan, Wawa tersenyum dengan
ugutan diberi kepada mamat skema yang sengal dan mengangkat thumbs up
kepada dua orang di hadapannya. Misi berjaya.
‘Adoii, hujan lebat giler ni. Nak guna
payung ke tak? Belasah je la. Tapi nanti demam pulak kena hujan’ Getus hati
Aiman. ‘Arghh! Demi Wawa, lautan api pun aku sanggup redah. Eh! Bukan ke aku
tak reti berenang. Huhu. Ayuh Aiman, pujaan hati kau sedang menunggu. Wait for
me Wawa sayang!’ Beg galas di hujung bilik biru yang kemas lagi bersih diragut
dan sweater diambil dan disarung terus pada tubuh kedingnya. Nekad bro!
#
Sepantas kilat, Aiman meredah hujan dengan niat tidak mahu Wawa menunggunya
terlalu lama di sekolah. Dengan keadaan mengah, dia mengerling jam di tangan,
dia berjaya sampai ke sekolah dalam masa 4 minit 56 saat. Kaca mata yang basah
dek hujan dilap sedikit dengan baju t –shirt yang kering disebalik sweaternya.
Matanya melilau mencari tubuh Wawa di kantin sekolah tanpa menghiraukan keadaan
dia yang basah kuyup. ‘Mana Wawa sayang ni? Tadi kata 5 minit ni batang hidung
yang comel dia pun tak nampak. Sabar Aiman, sabar, tarik nafas dan lepas’ getus
hati Aiman.
Lantas telefon di poket dicapai dan
mencari nama kekasih gelap, Wawa <3. Button hijau ditekan.
“Tut tut tut….”
‘Mane Wawa ni?Ade orang jawab la’ Aiman tersenyum
sendiri. Jantungnya berdebar sekali mahu bercakap dengan perempuan brutal itu. Dia
tidak mampu mengawalnya.
“Maaf nombor yang anda dail, tidak
dapat dihubungi. Sila cuba sekali lagi. Tut tut tut….”
‘Call lagi sekali, mungkin dia tak dengar phone
dia berbunyi kot’ pantas jari mendail kembali nombor phone wawa.
“Tut tut tut….”
Aiman menunggu panggilannya untuk
diangkat, namun hampa sekali lagi apabila kakak operator yang menjawabnya
.
“Maaf nombor yang anda dail, tidak
dapat dihubungi. Sila cuba sekali lagi. Tut tut tut….”
‘Ler, kenapa kakak operator je yang angkat
panggilan aku ni. Mana wawa ni? Tak pe, kita tunggu lagi ye. Dalam 10 minit
lagi, kalau takde kita call balik Think positif then you’ll be
positive person!’ Aiman cuba pujuk hati untuk tidak berburuk sangka.
Aiman
terus berlalu ke tandas untuk mengemaskan rambutnya yang tidak terurus akibat
daripada hentaman air hujan. Baju sweater yang basah dibiarkan tersarung di
badan kerana dia hanya memakai baju singlet disebalik sweater yang tersarung.
Tidak akan dia hendak berlenggang kangkung di sekolah dengan memakai singlet.
‘Seksi kot! Tidak pasal-pasal cikgu displin tangkap, mampus aku’ gumam hati Aiman.
Kemudiannya dia mengalihkan pandangan ke seluar yang basah lencun, ‘seluar adik
aku pun basahlah, nasiblah kau, Aiman. Siapa suruh gatal redah hujan’ Aiman
megeluh kecil akibat sikap gelojohnya untuk berjumpa dengan pujaan sehingga
sanggup meredah hujan lebat.
Dalam
perjalanan, otaknya memproses tajuk perbualan untuk dibualkan bersama Wawa. dia
sentiasa perlu bersedia sebelum bercakap dengan mana mana perempuan kerana dia
jarang berkomunikasi dengan makhluk berjantina perempuan kecuali dengan kakak dan
adik perempuannya. Kadang kala, dia tidak pernah mengganggap mereka sebagai
perempuan tetapi sebagai lelaki dek kerana sikap kasar yang ditonjolkan. Dia
perlu memikirkan tajuk untuk diperbualkan dengan Wawa untuk mengelak dari
kehambaran apabila bersama dengan Wawa. setelah siap
mengemas kan diri, sweater, seluar dan seluar kecil yang basah lencun dibiarkan
sahaja, hanya rambut dan wajahnya diteliti sebelum berjumpa dengan pujaan hati.
‘ok,
10 minit telah berlalu. Jom call
balik’ Aiman yang keluar dari tandas terus menghubungi kembali nombor telefon Wawa. seperti
biasa, perasaan berdebar mengiringi perbuatannya.
‘kak
operator lagi! Takpe-takpe, kita tunggu je dalam 10 minit lagi’ Aiman memujuk
hati. ‘mana Wawa ni, tadi kata mesti jumpa’ Aiman mengeluh buat kesekian kalinya
Dua
jam telah berlalu, Aiman melangkah pulang ke rumah dengan langkah yang longlai.
Kepala yang pening tak tertanggung. Wawa masih tidak menjawab panggilannya. ‘Mungkin
dia ada hal kat rumah’ pujuk hati Aiman.
best2....nk lg
ReplyDeletennt saya update ye
Deleteni cerita bdx skolah ke? nak lagi :)
ReplyDeletecite ni dari budak sekolah sampai ke alam kerja.. nnt saya update ye
Delete