SBML
Stop Bully! My Love Bab 2
Bab 2
Wawa tersenyum puas, saat dia melihat Aiman berlari ke arah
kantin dalam keadaan dirinya habis lencun selepas meredah hujan yang mencurah
lebat. Kantin sekolah menjadi tempat di mana mereka berdua berjanji untuk
berjumpa dan berbincang mengenai projek esei yang perlu dihantar tidak lama
lagi. Wawa sememangnya mengharapkan discussion
pada petang yang indah lagi sejuk dan dingin ini, dibatalkan sama sekali.
Pada waktu sebegini,
perkara yang sepatutnya dilakukan oleh Wawa adalah membuat temu janji bersama
katil yang tegap, tilam yang empuk, bantal yang lembut dan comforter yang tebal ditambah pula dengan penghawa dingin yang disetkan
16 darjah celcius di dalam biliknya. Sememangnya
heaven dan bukannya bertemu janji
bersama Aiman yang skema, kertas, pen, pensil dan buku-buku yang mempunyai
tulisan yang sangat kecil. Segala maklumat yang perlu dibacanya kelak hanya
akan menyerabutkan kepala otak sahaja.
Wawa yang bersetuju untuk berjumpa dengan Aiman dalam
cuaca hujan, cuaca favouritenya. Dia telah
melanggar prinsip sendiri tetapi demi membuktikan kepada sahabat dunia akhirat
bahawa fakta mamat skema itu menyukai dirinya sejak azali lagi. dia sanggup
mempermainkan Aiman yang kini sedang menunggunya di kantin sekolah dalam
keadaan basah lencun, menahan kesejukan dek terkena air hujan.
Wawa dan
sahabat-sahabatnya yang kini berada di sebalik pagar sekolah yang tidak jauh
daripada kantin. Mengintai gerak geri Aiman yang sedang menunggu Wawa dengan
setia. Walaupun sepuluh minit telah berlalu dan sudah beberapa kali mendapat
panggilan telefon dari Aiman tetapi Wawa hanya membiarkan sahaja handphonenya menjerit. Semua derianya
pada saat ini hanya difokuskan kepada gerak geri Aiman.
Mereka memakai sweater
yang berhoodie, memakai mask muka yang menutupi bahagian mulut
berwarna hitam beserta cermin mata juga hitam dan berpayung warna juga hitam. Alahai
lagak mereka dah sebijik yakuza dekat Jepun je, ni mesti terlebih dos menonton movie
crow zero. Alasan mereka menutup wajah mereka, adalah untuk mengelak daripada
dikenali oleh sesiapa almaklumlah mereka antara student yang famous! Juga
tidak mahu gossip baru muncul di
sekolah, nanti mereka jugak yang terpaksa menjadi Fasha Sandha ciplak with tagline ‘no comment’. Yang paling
penting, semua ni adalah idea dari Diana
the fashsionista.
Wawa mengerling kedua sahabat dunia akhiratnya yang
berada di kiri dan kanan sambil tersenyum bangga. kembang kempis hidungnya
samaseperti bluehippo. Namun mimik wajah yang terpamer pada wajah mereka berdua
menggambarkan dua perasaan yang berbeza.
Diana dengan mimik muka terkejut beruknya, mulut
terlopong yang boleh membuatkan lalat masuk dan bertelur, mata terbuntang macam
nak terkeluar ala-ala rupa hantu pun ada juga. Sungguh terkejut dengan fakta
yang baru mereka terima ini, bahawa Aiman
the skema sememangnya sanggup melakukan apa-apa demi Wawa the diva.
Alya pula dengan mimik wajah kasihan, matanya mula
berkaca, simpati bertamu di hatinya, dan mulutnya diketap kuat, pipinya mula
kemerahan dan dikembungkan seperti mahu menangis, ‘amboi! dia ni tengok cerita melodrama ke nak
menangis bagai, nonsense!’ getus
Wawa.
“beb, dia
betul-betul datang la. Jadi betullah kate kau yang mamat ni sukakan kau selama
ni. Kesian dia beb, kenape kau buat dia macam tu?” Diana menunjuk mimik muka
simpati.
“Wawa, kau tak patut buat dia macam tu” Alya meninggikan
sedikit suaranya kepada Wawa.
“benda-benda ni semua tak akan terjadi, kalau korang
berdua percaye aku dari awal. Now it’s serve, betul tak aku cakap, budak skema
tu memang tangkap cintan dengan aku” Wawa menepuk dadanya.
“lagipun dia yang nak ikut cakap aku itu apasal ah? Alah,
aku bukannye merosakkan anak teruna orang pun. Janganlah gelabah, cuak aku
tengok korang macam ni. Aiman ni pun satu! Dasar penakut, lelaki lembik,
ntah-ntah dia belum sunat? Tu pasal dia jadi penakut sangat! Heh, kata budak
pandai sekolah, tapi sebenarnya bengong, yang pergi redah hujan tu siapa suruh!
Dia fikir, dia tengah shooting drama
korea ke apa?” Wawa mengejek dengan riak selamba, tanpa ada rasa bersalah pada
wajahnya.
Diana dan Alya hanya mampu terlopong dan menggeleng
kepala mereka apabila mendengar Wawa berkata sedemikian. Walhal Aiman yang
banyak membantu mereka bertiga di dalam akademik, kerana lelaki itu tidak lokek
ilmu.
“Kan aku dah cakap mamat skema tu sure datang punye. Dia suka kat aku! So, bak sini handphone
yang kau taruhkan tadi!” Wawa berkata sambil tangannya dihulurkan ke arah muka
cemberut, Diana. Wawa telah mengetahui perasaan Aiman terhadap dirinya lama
dahulu. Wawa tahu dia telah berjaya mencuri hati mamat skema yang tidak ada rupa
dan kerana itu jugalah, Wawa berani mengambil kesempatan ke atas perasaan Aiman
terhadap dirinya. Dia telah berjaya mempergunakan lelaki itu di dalam
akademiknya.
Wawa bukanlah seorang yang kurang bijak tetapi dia malas
untuk mengulang kaji pelajaran. Kerja rumah pun pada kebiasaanya dia akan
meminta bantuan Aiman. Selain daripada akademik, dia tidak pernah mengganggap
Aiman tidak lebih daripada kuli, bila susah dicari, bila senang dicampak ke
tepi namun sikapnya itu tidak pernah membuat Aiman benci kepadanya. Nak tahu
sebab apa? Sebab Aiman suka akan dia.
Diana yang melihat tangan kiri Wawa dihulur ke arahnya bersama
dengan pandangan mata Wawa yang tajam, dia amat mengerti maksud gerakan itu,
‘amboi, cepat saja nak minta habuan. Kau pun satu Dee! yang setuju nak bertaruh
dengan minah ni apasal! Dah tau dia ni jenis tak makan saman lagi mau cari
pasal!’ Diana memarahi dirinya di dalam hati,
“Ala kau ni, aku
main-main je la tadi, tak akan lah aku nak pertaruhkan handphone pemberian abah aku kat kau kot. Tak akan nak ambil
serious kot. Me joking la” Diana
tersengih sumbing.
“ah! Kau jangan nak gedik! Tadi bukan main lagi semangat super saiyaa kau kate nak bertaruh! kau
jangan nak tarik balik apa yang kau cakap. Aku ada hitam putih pertaruhan kita
tadi. Alya! keluarkan kertas perjanjian yang kami berdua tanda tangan tadi”
mata Wawa yang sudah terarah kepada perempuan paling lemah lembut dalam
kumpulan mereka, Alya yang selalu mengenakan tudung labuh macam ustazah.
Wajah Alya yang dikenakan sedikit make-up oleh Diana tidak kelihatan dek kerana selendang yang
menutupi mulutnya dan cermin mata hitam yang dipakai menampakkan dia seperti
muslimah ranggi lagi misteri. ‘Macam mana la Alya ustazah wannabe ni boleh
tersesat join group brutal kami ni. Dahlah
bertudung labuh macam budak sekolah agama tapi berkawan dengan hantu macam kami
ni!’ sempat lagi dia mengelamun.
“Nah ambillah, tapi tak baik la kau buat Aiman macam tu.
Tengoklah dia basah kot tapi masih menunggu kau, Wawa. Tak kesian ke? At least pergilah jumpa dia kata discussion hari ni batal. Kalau tak pun,
jawablah handphone kau yang berbunyi
lebih dari 5 kali tu, mesti dia risau kau tak datang lagi” Alya berkata dengan
wajah yang berkerut sambil tangan kirinya mengeluarkan kertas tisu yang
terdapat dalam poket kiri jaket hitam yang tersarung pada tubuhnya, tisu yang
tercatit perjanjian antara Diana dan Wawa yang sama-sama bersetuju untuk
bertaruh, dan hadiah taruhan dipilih sendiri oleh pemenang. Disebabkan Diana
yang kepingin dengan laptop Apple
Wawa membuat dia bersetuju untuk bertaruh handphone
yang dihadiahkan oleh abahnya.
Alya sememangnya telah mengenali Wawa dan Diana sejak
dari minggu pertama minggu orentasi sekolah sewaktu mereka baru tingkatan satu,
dan sifat Wawa yang keras kepala itu amat dikenalinya. Membuli orang adalah
salah satu kerja part time yang
dilakukan oleh Wawa secara tidak langsung,
“Korang tahu tak, kita tak boleh menganiaya orang. Dosa
tau, nak tahu ….” Tak sempat menghabis syarahan dia, Wawa telah memotong
kata-kata.
“Baiklah ustazah pilihan. Kami tahu apa silap kami.
Jangan marah, sekarang aku nak kau bagitau apa hukum orang yang memungkiri
janji dia sedangkan kita ada hitam putih dan saksi, mohon perjelasan yang amat berhormat”,
ayat ala-ala forum perdana tv 1 gitu. Wawa mengakui dia lemah dalam bab-bab
agama ni, dan orang paling sesuai untuk dirujuk adalah Alya. Alya yang lahir
dari keluarga yang mempunyai pegangan agama islam yang kuat. Selama mereka
berkawan, Alya telah memainkan peranan sebagai seorang ‘mak’ yang sering kali
menasihati dia dan Diana jika ada kesilapan.
“ok-ok, sebenarnya kita tak boleh menipu apatah lagi
memungkiri janji sebab …”Alya menarik muka 14 belas dia yang comel itu. ‘kena
potong lagi’ getus Alya tak berpuas hati dengan sikap kawan-kawan dia yang
macam keldai kepanasan bila dia membuka bicara untuk menasihati mereka.
“baiklah ustazah pilihan, tidak perlu anda mengeluar
hujah yang panjang lagi lebar mengatakan yang saya ini salah yang berhormat.
Kejap, aku nak tanya kau lah Alya, bertaruhkan salah dan tak boleh dalam islam,
tapi kenapa kau tak larang kami, kenapa biarkan kami terjebak dalam membuat
dosa ni? Mengapa Alya? Mengapa??” Diana memulakan sesi berlakon, sesi
mengeluarkan air mata palsunya. Drama
queen! Dia diakui oleh teman baiknya yang dia mempunyai pelbagai bakat;
menyanyi, berlakon dan macam- macam lagi, tetapi dia tidak pernah bercita-cita
untuk jadi seorang pelakon, dia bercita-cita menjadi seorang engineer.
“saje, kalau aku larang pun, bukan korang nak dengarkan? Aku nak cakap sikit korang dah potong, lebih
baik aku tengok siapa yang menang, siapa yang kalah, lagi best” Alya menjawab sambil mengenyit matanya disebalik cermin mata
hitam. ‘korang ingat korang je boleh buat kerja gile-gile, aku pun boleh la’
getus hatinya.
“astaghfirullah ala’zim! Alya, kenapa Alya jadi macam ni,
tak baik nak. Pulanglah ke pangkal jalan nak. Pulanglah! Jangan buat begini
nak..” Diana meneruskan lakonannya. ‘ish, dia saja nak kenakan aku ni!’
Wawa yang malas menonton drama sebabak terus mengetuk
kepala Diana dengan pukulan yang ‘lembut’. Takut nanti kalau dia menggunakan
pukulan ‘besi’ yang khas untuk abang kesayangan, pengsan pulak Diana di atas
jalan ini.
“aduh! Sakitlah” Diana mengadu kesakitan apabila pukulan
yang ‘lembut’ daripada Wawa selamat landing
di kepalanya. ‘dia ni ingat aku ni lelaki ke ape? Aku ni gadis melayu tau tak!’
marah hati Diana.
Alya hanya tergelak melihat aksi spontan lagi ganas Wawa
terhadap Diana.
“dah, bak handphone
kau cepat. Aku malas nak tunggu lagi! Hujan ni wei.” keras suara Wawa menutur.
Dia sengaja melakukan sebegitu, malas mahu mendengar Diana merengek seperti
bayi terlebih bulan.
Dengan penuh keberatan, Diana menghulurkan handphonenya kepada Wawa,
“Nah! Ambil la, aku tak kisah. Sekarang ni aku still ada modal nak beli handphone baru!!!”jerit Diana yang macam
kucing mengilai. Dia sudah memikirkan seribu satu alasan untuk menghadapi sesi interrogation bersama ibunya yang
sungguh menakutkan apabila menyentuh perkara yang menggunakan duit, tetapi
abahnya lain pula, tidak perlu memberi alasan tahap lima bintang untuk mendapatkan
sesuatu, cukup sekadar rengekkan manja dan air mata palsu sudah pasti apa yang
dia hajatkan berada dalam genggamannya.
“Najwa Safira Binti Yusuf menang! Ten point for Gryffindor” Wawa menjerit sekuat hati walaupun ketika
ini mereka masih berada di luar pagar sekolah. Lantas dia terus menekup
mulutnya, ‘alamak aku lupe yang mamat tu masih tunggu aku, macam mana kalau dia
dengar, masak aku nak cari alasan’.
Diana pula terlopong sekali lagi, ‘mak aih perempuan ni..
memang samseng kampung pisang betul lah!’ getus hatinya.
Alya hanya menggeleng kepala melihat gelagat kedua-dua
sahabat baiknya, ‘Tak rase bersalah ke minah sekor ni, siap dengan jerit bagai’
getus hati Alya.
#
Kelakuan mereka yang memakai pakaian serba gelap dan memegang
payung dalam keadaan hujan renyai itu menarik perhatian pak cik pengawal yang
sedang bertugas, ‘tadi jerit, pastu main pukul-pukul pulak, samseng ke? Ish,
tak boleh jadi aku kena halau mereka sebelum mereka menceroboh kawasan sekolah!
Ni keje nak merosakkan fikiran anak nusa bangsa sekolah ni! Rosak, rosak!’. Dia
terus berlalu ke dalam pondok pengawal dan mengambil kayu belatan yang berwarna
hitam di atas meja di dalam pondok tersebut.
“Apa
yang nak jadi lepas ni, jadilah. Aku rela, demi keselamatan budak-budak kat
sekolah ni.” pak cik pengawal yang bernama Azlee itu merupakan pesara polis,
semangat untuk terus menjaga keselamatan negara masih tersemat di dalam
hatinya. Dengan nekad dia keluar dari pondok tanpa berpayung dan
menuju ke pintu pagar sekolah dengan langkah yang laju sambil tangan kanannya
memegang kejap kayu belatan.
#
Dalam
mereka bertiga sibuk melepak di
luar pagar dengan berpakaian yang serba hitam sambil berpayung, Alya ternampak
Pak Azlee melangkah ke arah mereka sambil memegang kayu hitam di tangan
kanannya, muka Pak Azlee begitu kencang seperti mahu belasah orang, ‘cop-cop,
Pak Azlee nak belasah orang ke apa?’ Alya seperti merasakan sesuatu yang tidak
enak lalu dia menciut bahu Wawa dan Diana dan tangannya dihala ke arah Pak
Azlee yang melangkah ke arah mereka.
“aku
rasa dia mesti fikir kita ni samseng kot” Alya berkata dalam keadaan berbisik.
“ape samseng-samseng! aku punyalah berdress cantik macam ni, siap boleh buat catwalk kat sini lagi tahu tak.
Mustahillah dia ingat kita ni samseng” Diana dengan yakin menyatakan hujahnya
namun dia juga dapat merasakan sesuatu yang tidak kena pada wajah Pak Azlee.
Wawa yang dari tadi memerhati wajah Pak Azlee di sebalik
cermin mata hitam yang dipakainya, dia pun dapat mengagak perkara yang sama
seperti Alya,
“korang tahu nak buat ape sekarang?” Wawa berkata dalam
keadaan begitu saspen, sambil matanya masih terlekap pada tubuh Pak Azlee.
Diana
dan Alya hanya menggangguk, mereka hanya mampu memikirkan satu jalan yang boleh
membantu situasi dan kini mereka menunggu isyarat dari Wawa,
“sekarang!!!” Wawa menjerit.
Mereka bertiga membuka langkah seribu, melarikan diri
daripada terkena belatan Pak Azlee, mereka tidak mahu melihat pertumpahan darah
berlaku di depan sekolah. Mereka tidak mahu movie ‘crow zero’ menjadi kenyataan
disebabkan mereka bertiga.
“Kan aku dah cakap tadi! Mintak ayah kau jemput kita. Kau
tak nak! Tengok sekarang tak pasal-pasal kita jadi pelari pecut tak berdaftar!”
Diana menjerit kepada Wawa sambil berlari.
Alya juga membuka langkah larian pecutnya biarpun
perutnya sudah kecut. Matanya pula sudah berair, dia ketakutan dan hidungnya
kembang kuncup, ‘Alya pecut, pecut Alya!’.
Wawa hanya tersenyum, “ni lagi best, adventure sikit!”
Pak Azlee yang melihat tiga orang samseng berlari dan
menjerit seperti perempuan itu, terkejut! ‘lah mak nyah rupa-rupanya! Nasib
baik, aku tak pergi tadi, kalau tak aku kena pegang dengan dorang. Ish, tak
sanggup aku! Apa nak jadilah dengan budak-budak zaman sekarang!’ guman Pak
Azlee perlahan dan berpatah balik ke pondok pengawal.
#
Sampai
sahaja mereka di perkarangan masjid
kawasan perumahan yang terletak dekat dengan sekolah, mereka terus terduduk dan
melepaskan penat, masing-masing tercungap-cungap.
“Wei, dah la. Kita tak solat asar lagi ni” Alya baru
teringat yang mereka belum menunaikan solat asar akibat terlalu asyik dengan
permainan yang Wawa cipta, Bukti Cinta Aiman.
‘kesian Aiman masih tunggu Wawa, baliklah Aiman. Wawa takkan
datang punya’. Dia teringat akan Aiman yang masih setia menunggu Wawa sebelum
mereka membuka langkah seribu tadi. Kalau tidak difikirkan kawan, sudah lama
dia pergi berjumpa Aiman dan mengatakan Wawa tidak akan datang. Kasihan dia
melihat aiman yang terjatuh sayang kepada Wawa yang hati batu itu.
“aye-aye Captain!”
jerit Diana dan Wawa bersatu. Nyaring gitu! Alya sering mengingatkan sahabatnya
tentang perintah Allah ni.
“Senyaplah, masjid ni! hormat sikit, jangan nak main-main
sangat. Tadi tak puas lagi main kejar-kejar? Ke masih nak main lagi? Jangan nak
melambatkan solat, nanti Allah marah” Alya meletakkan jari ke bibirnya
menandakan suruh senyap. ‘mereka ni, terlebih over ceria. Kecik-kecik dulu tak
puas-puas lagi ke main kejar-kejar?’.
#
Pada malamnya, Wawa baring malas di atas tilam empuk miliknya
sambil memegang handphone berwarna pink yang baru dimenanginya hasil
pertaruhan petang tadi. Terima kasih kepada Aiman kerana mamat skema tulah yang
menjadi barang permainannya untuk dia mendapatkan handphone tersebut. Sejujurnya dia langsung tidak berkenan dengan
warna handphone tersebut, terlalu girly
sangat! Tidak sesuai dengan jiwa brutalnya.
Bila dibuka cerita tentang jiwanya, Wawa bukanlah tomboy cuma jiwanya sedikit keras,
mungkin kerana dia sudah biasa bertumbuk dengan abangnya sewaktu kecil. Tetapi
itu tidak bermakna yang dia tidak mahu mempunyai teman lelaki, kerana bila
dibuka topik tentang percintaan, dia mudah melatah. Sebabnya? Dia juga masih belum
mengetahuinya lagi. Matanya kembali jatuh kepada handphone di tangannya.
‘Apa la sangat dengan handphone
ni. Aku boleh je minta handphone baru
dengan papa.’ Keluhan berat dilepaskan. Dia tersedar akan kesilapan yang dia
buat. Nama pun Najwa Safira binti Datuk Yusuf aka Wawa, pantang dicabar, membuli
dan mengejek sudah sebati dengan dirinya sejak dari tadika lagi. Jikalau satu
hari tidak menyakat dan mengejek orang, mulutnya seakan ‘gatal’, so dia mengambil keputusan untuk
mengejek orang setiap hari walaupun sekali.
Sewaktu sekolah rendah dulu, dia sering kali bertumbuk
dengan sesiapa tak kira jantina asal dia bertumbuk. Jiwanya meronta-ronta untuk
melakukan aktivit pembulian. ‘Brutal
tak!?’ Wawa angkat bakul sendiri dengan memuji dirinya yang suka bertumbuk dan
membuli walhal benda itu patut dikeji bukan dipuji.
Namun setiap manusia itu mesti mempunyai perasaan
bersalah, kerana itu adalah perasaan wajib ‘ada’ yang Allah campakkan di hati
setiap makhluknya termasuklah insan yang lemah seperti Wawa. Rasa bersalah mula
merebak bagai H1N1 dalam hati sanubari dia. Semakin mencengkam jiwanya, apabila
mendengar kata Alya sewaktu dalam perjalanan dari masjid menuju ke stesen
bas....
“Wawa, aku bukan nak marah ke apa tapi apa yang kau
lakukan terhadap Aiman tadi aku tak suka langsung. Tak pe kalau kau nak
permainkan dia dalam keadaan kau tak tahu yang dia suka kau, tapi masalahnya
kau tahu perasaan dia dan kau sedang permainkan dia. dalam masa yang sama kau
memberi harapan palsu pada dia. Kenapa kau nak beri dia harapan palsu walhal
kau sendiri jijik dan malu nak mengaku dia kawan kau. Wawa dunia sekarang,
orang boleh buat apa sahaja demi cinta mereka kepada makhluk, termasuklah
membunuh diri. Aku takut jika kau terus memberi dia harapan, perkara yang buruk
akan berlaku kelak. Wawa, aku tahu sekarang ni kau rasa bersalah kan? Hmm, itu
bermakna kau masih seorang manusia yang normal!” Alya berkata panjang sebelum berlalu
mengejar Diana yang berjalan laju untuk membeli pisang goreng di tepi jalan
yang mereka lalui.
Wawa cuba untuk menyorok perasaannya dan beriak selamba
namun Alya masih boleh melihatnya, Diana mungkin juga perasan. Perasaan
bersalah tidak pernah muncul pada dirinya setiap kali dia mendajal seseorang
namun, sejak mengenal lelaki yang bernama Aiman, perasaan bersalah apabila
melakukan pembulian terhadap Aiman bertamu di hatinya. ‘arghhh! Tension aku!’
Wawa mengambil keputusan untuk menghubungi mangsa
pertaruhan. Dengan hati yang dipagut rasa bersalah itu, Wawa dapat merasakan
yang jantungnya berdegup pantas.
“Assalamualaikum”, bunyi suara lemah dihujung talian.
Wawa kaget.
Dengan kepala yang pening lagi panas dek demam, tetapi
Aiman tetap gagah menjawab panggilan telefon kekasih gelapnya. Hatinya ingin mengetahui apa yang berlaku
kepada Wawa petang tadi sehingga dia tidak datang ‘dating’ aka discussion.
“Waalaikumsalam, sorry wei. Aku..aku…” wawa mengigit
bibirnya. ‘asal aku gagap pulak ni, dia takkan marah punya’ pujuk hati Wawa.
Sambil tu, Mr Brain miliknya sedang memproses seperti Encik google untuk mencari seribu satu alasan bagi
mengaburi mata mamat skema yang sudah sedia kabur ni.
“kenapa kau tak datang petang tadi? Ada ape-ape jadi kat
kau ke? Kau ok tak ni?”, Aiman cemas dengan kegagapan Wawa ditalian. Hati
dipagut rasa risau jika ada apa apa yang berlaku kepada buah hatinya itu.
“Mak Esah, mak angkat aku masuk hospital tadi!” Wawa
mengetuk dahinya sendiri. ‘apa punya alasan daa, dalam banyak-banyak alasan
yang terukir dalam kepala otak kau yang bergeliga lagi genius, nama Mak Esah jugak yang kau jual. Kesian Mak Esah aku.’
Soalan Aiman dibiar tanpa jawapan.
“owh, jadi macam mana dengan keadaan dia sekarang? Mesti
kau cemas kan?” lemah suara Aiman.
‘sakit ke mamat ni? Baru kena hujan sikit da demam. Lemah
antibodi, tu pasal cepat sakit. Lembik betul la’ getus hati Wawa.
“hmm.. dah ok da. Cuak juga aku petang tadi. Sorry lah beb,
aku tak dapat datang, kau pun mesti tak pergi sekolah jugakkan? Yela, hujan
lenat kan” duga Wawa. ‘Apa la kau ni Wawa, sah sah kau tengok dia tunggu kau
kat sekolah tadi’
“takde la, aku tak pergi sekolah pun tadi. Yang tadi aku call kau tu pun sebab aku nak bagitau
yang aku tak dapat datang” lemah tawa Aiman. Tipu sunat tak pa kot? Dia tidak
mahu kekasih hatinya rasa bersalah.
“owh, ye ke? Baguslah. Wei, kau tak sihat ke?” Wawa pelik
dengan penipuan yang Aiman nyatakan. ‘kenapa dia nak tipu ni? Sah sah dia redah
hujan tadi. Haish, mamat ni saje je nak bagi aku rasa bersalah’ getus hati
Wawa.
“aku? Tak sihat? Mana ada. Aku biasa je la. Wei, aku
ngantuk ni. Besok la kita bincang projek kita ek. Night. Assalamualaikum”
talian dimatikan. Kepalanya yang pening tak tertanggung. Matanya mula meronta
untuk ditutup, kesan ubat yang diambillah tu. ‘cepat betullah kau ni kena
sakit’ getus hati Aiman namun dia masih tersenyum mengenangkan Wawa yang
mengambil berat tentang dia. Cepatlah aku sembuh lepas ni.
“wailaikumussalam” Wawa kematian kata. Hatinya dibalut
kemas dengan rasa bersalah. Dia perlu mencari medium untuk melepaskan rasa
bersalah yang boleh bertukar menjadi tension pada bila-bila masa sahaja. Lantas
dia melangkah ke arah Mr Lappy dan membuka playlist
lagu kegemaran dia. Dia tersenyum mendengar bait-bait lirik lagu. Tetapi
senyuman mati apabila lirik Britney Spears yang berbunyi;
You drive me crazy, I just can’t sleep.
I’m so excited, I’m in too deep.
Ohhh… crazy but it feels alright
Baby, thinkin’ of you keeps me up all night
Tell me,
You’re so into me
That I’m the only one you will see…
Hati yang sudah mula tenang tadi bergocak kembali. Sepanjang
hidup Wawa, dia menjadi pembuli wanita yang ‘berjaya’ walaupun tak berdaftar
dimana-mana kelab pembuli sedunia sehinggakan dia mendapat jolokan ‘DIVA P’,
dia tidak pernah rasa bersalah yang teramat sangat. Mr lappy ditidurkan dan lampu
bilik dimatikan, Wawa ingin tidur agar dia dapat menguburkan rasa bersalah
tengah menjerit di hati. Haru betul la!
Best nak lagi
ReplyDeletetq awak...will do~
Deletebest skema vs brutal hehee ;)
ReplyDeletehehe.... tq wani
Delete