Hunlove R.,
Stop Bully! My Love Bab 4
asssalamualaikum n H! semua~
raya dah dekat ni...
sape nak SBML versi raya?
shout in komen ye!
Bab
4
Dalam
kereta BMW525i CKD M-sport milik mama Wawa yang dipandu oleh Pak Rahim, suami
kepada Mak Esah merangkap pemandu keluarga Tuan Yusuf dan meyandang jawatan
sebagai ayah angkat kepada wawa dan hashim. Pak Rahim hairan melihat gelagat Wawa
mengomel seorang diri seakan-akan tidak puas hati dengan seseorang tetapi
dengan siapa? Wawa duduk di sebelah kerusi pemandu setelah pintu kereta itu
dihempas kuat. Pak Rahim tersenyum melihat perangai Wawa yang masih kebudak-budakan
itu.
“aik?
Kenapa monyok je ni? Nanti belum umur cukup, muka Wawa tu dah berkedut pulak,
kan tak pasal-pasal kurang duit hantaran” gurau Pak Rahim. Dia bersyukur kerana
diberi peluang untuk menjadi ayah angkat kepada kedua adik-beradik it. Mereka tidak
sombong dan amat menghormati orang. Dia sendiri mengetahui Wawa mendapat
jolokan DIVA P di sekolah, tetapi itu semua tidak menghalang Wawa untuk
menghormati mereka-mereka yang lebih tua darinya.
“bukan
ape ayah, abang Hashim tu haa, gedik sangat nak minta orang cium tangan dia.
Dulu waktu orang nak cium tangan dia, dia kata dia belum tua lagi la, dia geli
la, ape la, ini lah. Sekarang ni, gedik daun keladi nak minta orang orang cium
tangan dia” tanpa segan silu Wawa meluahkan perasaan kepada Pak Rahim.
“maksudnye,
abang Hashim kamu tu dah berubah. Berubah menjadi seorang yang matang, yelah
masa dan pengalaman hidup mengajar seseorang itu menjadi dewasa dan matang. Nak
tak nak, memang Wawa kena hormat dia. Lagipun ayah rasa abang Hashim kamu tu
Wawa, rindu kan kamu sebenarnya” lembut je nasihat Pak Rahim sambil tangannya
memulas stereng kereta.
“matang?
Macam mentah je Wawa tengok” tawa Wawa kedengaran, Pak Rahim pun turut ketawa.
Senang dia melihat wajah tua di sebelahnya ini, Pak Rahim yang merupakan ayah
angkat mereka dua beradik. Pak Rahim tidak ada anak dari hasil perkahwinannya kerana
Mak Esah disahkan oleh doktor tidak boleh mengandung lagi setelah keguguran
anak pertama mereka, ‘Kesian ayah’
“okey
dah sampai! Wawa pergi dulu ye” ceria suara Wawa. Dicium tangan pak Rahim.
Setelah kaki dia melangkah keluar dari kereta. Dia melambaikan kedua belah tangannya
ke arah Pak Rahim seperti pelajar tadika yang manja.
Setelah
kereta itu hilang dari pandangan mata, laju saja kakinya melangkah menuju ke
pintu pagar sekolah dengan muka yang bertukar dari ayu dan manja kepada bengis
al-mangis. Matanya mengerling ke arah jam jenama Swatch yang elok di tangannya 7.18 pagi. Fuh, nasib baik sempat!
“woi,
cepat la korang! Yang jalan tergedik-gedik ni kenapa? Korang fikir ni taman
bunga ke apa! Tak payah nak bajet sangat la, ni bukan pentas catwalk ye. Ini sekolah! Korang faham
tak, sekolah! Hei, ada yang aku hempuk ni karang!” Wawa melaung suara speaker kearah pelajar junior yang berada di jambatan hujung
jalan sana.
Terkocoh-kocoh
sekumpulan pelajar perempuan junior itu, dari elok berjalan lenggang kangkung
kepada acara lumba jalan kaki 1000 meter. Siapa yang tidak takut dengan Diva P
sekolah, ditangannya terdapat buku yang telah digulungkan untuk mengetuk kepala
pelajar yang lambat. Pergghh! Mengalahkan cikgu displin lagaknya.
“Wawaku
sayang! Pagi-pagi ni janganlah marah, dah tak manis dah muka kau kalau buat
macam tu” pujuk Hakim bin Dato’ Mahathir, ‘bukan anak perdana menteri kita yang
keempat tu ye. Bukan-bukan’ ini Dato’ Mahathir CEO syarikat hartanah kawasan
Kuala Lumpur ni.
“kau
ni dah kena rasuk ke apa! Siapa kau punya sayang hah?! Cepat la masuk kelas,
kang ada yang kena hempuk dengan buku aku ni hah! Kalau kau koma sebulan
karang, jangan saman-saman aku! Aku busy!” Pantang dia tengok muka hidung
belang Hakim, jumpa je panggil sayang. Takda panggilan lain ke? ‘Berbulu kaki
mak mendengarnye haa’
“alala
janganlah marah ye, sayang. Tengok tu dah naik kedut dah muka kau tu. Macam
mana nak jadi girlfriend aku ni? Jatuh air muka aku karang” dengan yakin Hakim
berkata sambil mengenyitkan matanya kepada wajah putih yang mula memerah.
Comel!
“woi
Akim! Sudah-sudahlah kau jual minyak tu! Karang ‘Mummy’ Diva P ni datang sini
kita gak susah weii” sergah jejaka yang tinggi lampai kepada mamat hidung
belang yang berada di hadapan Wawa.
“ala
kau ni kacau daun la, Nal. Aku baru nak bermanja dengan buah hati aku ni. Tak
puas nak melepaskan rindu kot!” Marah Hakim.
“kalau
ye pun, dalam kelas nantilah kau sambung nak manja-manja bagai! Tak lari pun
singa betina haa. Sekelas je kita, hari-hari kau dok mengadap muka dia ni. Dah
lah, jom blah. Ada budak baru masuk tau, cun weii!” Zainal yang sudah masak
dengan perangai Hakim yang suka menyakat perempuan tapi cara Hakim memandang Wawa
tidak seperti dia memandang perempuan lain. Feel
dia pun lain macam jugak.
‘feel tak feel, yang penting GELI aku nengoknye. Macam dah takda perempuan
lain je. Singa lepas beranak ni juga yang dia nak sauk!’ gumam Zainal.
“yelah-yelah!
Kau tunggu jap. Aku nak bagi flying kiss
kat buah hati aku ni dulu” Hakim terus memandang ke arah Wawa.
“Ok
la sayang, abang Akim awak ni nak pergi dulu ye. Jumpa lagi nanti. Jangan
nakal-nakal tau!” Sambung Hakim dengan kata-kata yang lembut sambil bibirnya
mengukir Killer smile. Bak kata
budak-budak kat sekolah ni senyuman tu mampu mengoncang hati semua perempuan.
Ada juga yang tidak boleh tidur malam dek nengok killer smile Hakim kecuali hati Diva P yang berhati batu, pasir,
tanah liat dan lain-lain yang sama waktu dengannya.
Wawa
terpaksa mendongak ke atas untuk bertentang mata dengan lelaki yang berada
hadapannya lalu mencebik.
“pegi
lah! Tak jumpa terus pun tak pe! Tak luak pun. Pi main jauh-jauh, kau kat sini
menyemak je!” Sakit hati Wawa mendengar kata-kata Hakim!
‘ehh,
pendek gak aku ni rupanya ye. Laa, aku tinggi bahu dia je kot! Aduyai! Tulah, dulu
mama suruh kau minum susu kau tak mau, tengok Abang minum susu cap lembu
sekarang dah jadi zirafah dah. Badan orang tua tu pun dah serupa bluehippo!’
getus hatinya dan baru dia perasan akan keadaan fizikalnya. Anak matanya
menghantar tubuh sasa Hakim berlalu masuk ke kelas.
#
“KRINGGGGGGG!!!!!!!!!!!!!”
Lonceng berbunyi tandanya 7.30 pagi.
“Tutup
pintu pagar tu! Make sure tak satu
umat pun dapat masuk!” Laung Wawa sambil tersenyum melihat pelajar yang lambat
datang ke sekolah dengan tangan kanannya menunjukkan gaya mengerat leher.
‘heh!
Mati la korang! Hahahahaha’ besar ketawa Wawa, melihat mangsa-mangsa yang
berada dihadapannya kini.
Pelajar-pelajar
yang lambat sudah pun siap berbaris di hadapan Wawa. Mereka semua berada
keadaan sedia, macam nak kawat pun ada. Ada pelajar yang tidak puas hati dengan
ketegasan ketua pengawas yang melebihi cikgu displin sekolah. Ada juga yang
takut dengan perangai perempuan itu yang tidak makan saman. Wawa tidak getar
walaupun diugut oleh pelajar-pelajar nakal sekolah. Ada juga yang fed up, menyampah, menyumpah, mencebik,
dan segala ‘me’ lah.
Dah
nama pun Wawa dia tidak hadap pun dengan apa orang nak cakap pasal diri dia.
Telinga dia dah lali macam terlebih dos ubat bius. Nama pun tugas, so Wawa kenalah buat betul-betul. Tak dah
soal pilih kasih or sayang, semasa dia menjalankan tugasnya. Tabik spring la Wawa!
“aku
betul-betul tak fahamlah dengan peragai korang ni! Nak kata bodoh dalam erti
kata lain kurang cerdik tidak jugak. Nak kata ba alif gang, bangang, tak jugak!
Hari-hari aku bagi ceramah percuma kat korang. Tapi tak lekat juga kat otak
korang tu, dah berkarat ke apa? Ke telinga korang ni dah lama tak servis?” Perli
Wawa sebelum menyambung.
“Sedih
aku tengok perangai buruk korang ni! Dah tau diri tu susah nak bangun tidur,
pergilah beli jam loceng sepuluh bijik, tak pun beli bom! Biar telinga tu terus
pekak” dengan panjang lebar Wawa memberi ceramah percuma seperti hari-hari
sebelumnya. Eleh, Wawa cakap orang lain payah nak bangun tidur. Diri sendiri tu
pun sama daa. Sesudah Wawa menelan air liur yang tak berapa nak sedap tu, Wawa
menyambung lagi kata-katanya.
“sekarang
ni aku nak korang, buat senaman aerobik! Sebagai denda untuk korang hari ini.
Kalau tak aku tulis nama korang dalam buku rekod salah laku!” Tersenyum Wawa dengan
aktiviti yang bakal dilakukan oleh pelajar-pelajar dihadapannya ini. Begitulah rutin
Wawa, setiap hari ada saja denda jahat yang dirancang oleh otak jahatnya.
“tak
dah musik la Kak Wawa” seorang pelajar junior tingkatan tiga bersuara apabila
mendengar denda yang tak masuk dek akal itu. Masakan pagi-pagilah nak suruh
orang bersenam, dah tak betul apa Diva P ni?
‘aku
tau badan aku ni banyak lemak, ni tak lain dan tak bukan nak perli aku lah tu!’
guman pelajar itu.
“music
ye? Hurmmm, jangan risau semuanya aku dah sediakan! Korang just perlu buat
senaman aerobik! Ada faham?” Wawa panas!
“ala,
Kak Wawa... Kita kutip sampah jelah” seorang lagi pelajar junior cuba mengelak
dari bersenam.
“ha’ah
la Wawa, dari bersenam baik kita kutip sampah biar cantik sikit sekolah kita
ni” kali ini kawan sekelasnya pula memberi cadangan. Pemalas.
‘hei,
banyak bunyik pulak budak-budak ni! Elok je aku bagi denda yang paling ringan
dalam senarai denda aku. Tak bersyukur langsung langau-langau yang tak
bertauliah ni!’
“kalau
korang tak nak, tak apa. Korang boleh masuk kelas sekarang. Kejap lagi aku nak
masukkan nama korang dalam buku salah laku pelajar? Lepas tu markah korang kena
demerit, then tak pasal-pasal pulak
korang kena gantung sekolah! Hurmm, aku no
hal. Silakan masuk” ugut Wawa sambil tersenyum.
“Kak
Wawa jangan la macam ni. Okey-okey kami buat” pujuk seorang lagi pelajar yang
didenda. Wawa tersenyum puas. Lagu Sha La
La, mula kedengaran. Seramai 28 pelajar mula melakukan gerakan aerobik.
Pelajar-pelajar itu, dengan hati yang berat dan perasaan malu yang menebal
melakukan gerakan senaman aerobik itu. Gerakan yang tak payah mana pun, chicken dance je. Memang tak matching langsung lagu dan gerakan, tapi
apa Wawa peduli! Yang penting budak-budak tu ikut kata dia.
Sudah
mula kedengaran tepukan yang gemuruh dari kelas-kelas yang berdekatan dengan
pagar sekolah. Mereka berasa geli hati melihat gelagat pelajar-pelajar yang
didenda oleh Diva P itu. Pelajar-pelajar yang berada didalam kelas melihat
lagak mereka macam buat persembahan je.
Pelajar-pelajar
yang didenda itu pula, pada mulanya melakukan gerakan dengan sambil lewa. Tetapi
apabila melihat mata Wawa yang mula membesar, mereka terus melakukan gerakan
aerobik dengan serius.
Wawa
sangat berpuas hati dengan persembahan yang dilakukan oleh pelajar-pelajar itu.
Syabas Wawa, you are the best!!
#
Hakim melepaskan keluhan apabila dia terdengar suara
Wawa yang begitu kuat mengalahkan guntur di langit bro. Tidak dinafikan Wawa
adalah pembuli merangkap pengawas yang garang. Namun hatinya begitu gembira
apabila dapat memulakan hari dengan memandang wajah gadis itu.
Walaupun wajah itu sentiasa kelihatan
bengis al-mangis dan masam mengalahkan mangga muda, tetapi wajah itulah yang
sentiasa mengisi mimpi indahnya setiap hari.
‘Phew, nasib baik aku tak lewat tadi. Tak
sanggup aku kena raging dengan minah tu.
Jatuh air muka aku yang macho ni wei.
Tak best lah kalau buah hati sendiri yang bagi hukuman pada diri ku yang macho tapi tak hancur ni kan? Wawa my love, janganlah garang-garang masa
kita dah kahwin nanti okey? Hehe. Kahwin? Yahoo!
Bestnya, tak sabar aku!’ dengan panjang
lebar Hakim berbual bersama hatinya. Siap nak kahwin bagai! SPM pun tidak lepas
lagi, ada hati mahu bernikah. Gatai!
#
Hakim teringat pada hari pertama minggu orentasi
sekolah pada empat tahun yang lalu...
“wei,
kau ni kenapa? Aku dah kata sorry tu
dah lah! Kau nak apa lagi? Ke tepilah sikit! Aku sepak kang” sakit hati Wawa
apabila lelaki yang berada dihadapannya ini tak makan insurance MAA!
‘bengong!
Aku tau aku salah, tak perlulah nak pandang aku macam aku buat salah besar.
Alah tak luak pun kena langgar dengan aku ni. Tak patah pun tangan tu!’
“eh..
Sorry saa..yaa.. Eh, aa..kuu.. Eh.. Saa..ya..” Hakim mula gagap apabila dia
tersedar lamunannya. Gadis yang berdiri di depannya sungguh comel. Tapi sayang
sejuta kali sayang! Itu bukannya gadis biasa tapi kacukan singa brutal. Namun itu bukan penghalang bagi
semua lelaki di sekolah ini untuk syok cintan dekat gadis itu.
‘yes! Mangsa aku!’ Hakim suka akan
perempuan yang comel-comel ni termasuklah Wawa yang berada dihadapannya kini. ‘eh,
member-member dia pun comel jugaklah,
tapi buat masa sekarang Wawa the singa
betina ni jadi pilihan hati aku’
“pulak
dah. Gagap rupa-rupanya. Oi, sengal! Kalau nak tunggu kau habis cakap sampai
tahun depan pun tak habis lagi. Aku oledi said sorry, so aku nak blah dulu! Adios!”
Malas Wawa nak berlama situ. Mata lelaki tu merenung ke arahnya macam mahu
terkeluar, ‘SERAM oi! Macam zombie…’
“Wawa,
tak baik kau cakap macam tu tau. Tak boeh kita merendah-rendahkan orang. Dorang
pun ciptaan Allah. Kesian kat dia” Alya tidak sangka Wawa dengan mudahnya
melafaz kata-kata yang kurang garam dan asam itu.
“beb,
agak-agak lah. Budak ni sakit kot! Aa..aa..wak.. Jaa..jaa..ngan.. Maa..maa..rahh
yee..? Kaaa..kaa..wan saa..saa..yaa nii.. Bi..bi..aa..dap sii..kit
ooo..rang..nyaa” Diana pun turut belas melihat wajah kelat Hakim dan tak
pasal-pasal Diana terpaksa bercakap bahasa gagap sekali dengan gaya macam
bercakap dengan orang bisu je, ‘Rosak, rosak! Sayang muka sebijik macam hero
melayu…. Gagap…. Melepas!’
“Astaghfirulladzhim.
Dee, kau pun sama jugak! Sampai hati kau cakap macam tu, dalam islam, kita
sepatutnya bersyukur dengan ape yang kita ade dan jangan persendakan seseorang
yang macam ni dia. Sebab apa? Kita ni
hanya....” Belum sempat menghabiskan Alya ceramahnya, Hakim terus memotong.
“ehh,
korang dah salah faham ni. Aku normallah
macam korang jugak. Aku just terkejut
bila tengok singa betina yang langgar aku. Last
week, aku dengar dia ni yang mengamuk sakan kat kantin kan? Siap main
tarik- tarik kolar baju bagai.” Terang Hakim sambil tangannya menunjuk ke arah
wawa.
“Tak sangka pulak, aku muka dia ni comel
sangat. Tu pasallah aku tergagap. Hehe. Sorry ye awak?” Hakim tersengih-sengih
macam kera dapat burger! ‘awek comei!’
“laa..
Normal!” Kuat giler ketiga-tiga gadis itu bersuara. Al-maklumlah terkejut
dengan kenormallan Hakim dan
kegatalan si gagap.
“kenapa
tak awal-awal? Buat penat aku je cakap bahasa gagap dengan kau!” Diana sikit
punya kecewa, ‘ish! Kalau kera ni cakap awal-awal dia normal kan bagus! Boleh
aku penjinak kera! Melepas!’
“boleh tak saya nak berkenalan dengan
awak?” Hakim terus menyampaikan hajat di hatinya. Siap bersaya berawak la pula!
Tangan dihulurkan untuk berjabat, ‘sambutlah cintaku….’
“comel,
perut engkau! Aku cepuk kau kang haa, seminggu kau koma! Ntah-ntah terus GOAL! Jangan nak mengatal dengan akulah!
Kau dah salah orang!’ geram hati Wawa dengan lelaki yang cuba mengoda hatinya
yang keras itu, ‘Aik? Bukan ke kau kata nak cari lelaki macho kat sekolah ni…. Kenapa tolak salam perkenalan dari Hakim?’
Wawa mengeleng kepalanya. Misi itu sudah berakhir selepas kejadian amuk
dikantin minggu lepas.
Diana mengerutkan dahinya, pelik dengan
penolakan wawa terhadap salam perkenalan hakim yang cukup sifat handsomenya, ‘First time, aku tengok kucing tolak Friskies’
Mereka
bertiga terus berlalu meninggalkan Hakim yang tersengih-sengih macam kerang
basi tu. Macam orang miang pun ada juga tapi bukan orang minyak sebab Hakim ni
sawo matang orangnya. Sejak dari insiden itu, Hakim sentiasa ingin mendapatkan
perhatian Wawa. Dia nekad untuk mendapatkan hati Wawa. Despite the fact yang
dia mempunyai ramai kekasih gelap di keliling pinggangnya, ‘argh! Peduli ape….
Hati aku dah kene curi dengan singa tu! Kau jual mahal lah dengan aku…. Satu
hari nanti, aku akan pastikan kau buat sales kat aku, wawa! Muahahaha’ hatinya
mula mengilai.
Best ayat xble blah
ReplyDeletePenulisan mengikut rentak sekarang
Teruskan usaha mengarang
insyaAllah saya cuba... tapi sekarang ni kena pelan sikit bz dgn akdemik :)
DeleteNak3x jgn lupa n3 raya
ReplyDeletesaya akan buat insyaALLAH... kalau semua unfinished business dah siap...
DeleteN3 raya? Nk!!
ReplyDeletewill do atien :)
Delete