SBML
Stop Bully! My Love Bab 3
Bab 3
Pada pagi subuh yang indah lagi permai, Wawa bangkit dari
tidurnya dengan malas yang amat. Ditambah pula dengan matanya yang masih
meronta-ronta meminta untuk ditutupkan semula. Dari pukul lima empat puluh pagi
lagi jam locengnya mula memekak, biliknya sudah kedengaran seperti kawasan
perang dunia kedua. Mana tidaknya, jam yang disetkan malam semalam bukan sebiji
tapi lima bijik! Kononnya untuk memudahkan dirinya bangun dari lena tidur
tetapi malang sekali telinga Wawa tak makan saman langsung pada pagi ini.
Sedikit pun tidak terkutik tidurnya, jam loceng pun tidak
mampu mengejutkan Wawa. Baru tiga jam dia berkubang di dalam selimutnya yang
tebal itu, dan ini semua adalah jasa baik Aiman skema! Wawa langsung tidak
dapat melelapkan mata sepanjang malam tadi. Puas otaknya berfikir tentang rasa bersalah
terhadap Aiman yang semakin bergunung. Perasaan itu menghantui mindanya
sepanjang malam.
Dalam
pada dia tengah berfikir soal Aiman malam tadi, entah mengapa dia merasa
sesuatu perasaan yang aneh mula lahir di dalam hatinya. Tetapi dengan sepantas
kilat dia memijak perasaan yang mustahil itu. Mana mungkin dia membalas
perasaan Aiman sedangkan dia sememangnya dia geli untuk berfikir, bercakap
tentang hati dan perasaan.
Dia terlelap pada
pukul 3 pagi, itu pun selepas dia puas memujuk sepasang biji matanya untuk
tidur dan tanpa dia sedar dia terbangun dengan sendirinya pada pukul 6 pagi.
Apabila dia mengalami mimpi ‘ngeri’ yang amat menakutkan dan menggelikan. Dia
enggan mengingat kembali mimpi ngeri itu dan terus berlalu ke bilik air yang
berada dalam biliknya. Setelah selesai mengambil wudu’, tanpa membuang masa dia
terus menunaikan solat subuh sendirian.
Pada mulanya Wawa ingin sambung tidur sebentar selepas
solat subuh, namun jangkaannya meleset sama sekali apabila jam loceng miliknya
menunjukkan waktu 6.30 pagi. Terima kasih kepada Hashim, abang sulung kepada
Wawa dengan baik hati mengetuk pintu bilik Wawa dengan sekuat yang mungkin
seperti dia hendak merobohkan pintu itu dengan tangan sasanya. ‘Nak ganti pintu
baru ke bangau ni?’ Nak tak nak, Wawa yang masih memakai telekung melangkah
dengan mamai untuk membuka pintu biliknya,
“oii
pendek, cepat siaplah!” Jeritan Hashim yang betul-betul mengena tepat ke arah
wajah adiknya yang masih mamai. ‘Adoi, budak ni masih mamai ke?’
Wawa
yang mendengar jeritan itu hanya mampu menggangguk lemah, dia tidak mampu
berdebat atau bergusti seperti biasa. Kalaulah dia mempunyai kekuatan, memang
kepala abangnya akan mendapat habuan.
‘tengok
tu! Boleh pulak dia buat muka sengal pagi-pagi macam ni. Solat tadi ntah macam
mana rupanye. Malam tadi study kuat sangat ke?’ gumam hati Hashim.
Wawa terus menutup pintu bilik dan membiarkan abangnya
terpinga-pinga di hadapan pintu biliknya. Badannya terlalu penat dan mengantuk
dalam masa yang sama, matanya seolah-olah mahu menyelimuti biji matanya yang
dirasakan pedih itu. Dia terus berlalu ke bilik air setelah mengambil tuala di
bilik persalinannya dengan kantuk yang masih menggunung. Secara tidak langsung
mimpi ngeri yang sudah dilupainya tadi kembali bermain-main di otaknya.
“Tak guna punya
mamat skema, kau telah mengganggu tidur aku yang sikit punya nyenyak ta[i
disebabkan muka kau yang hodoh tu! Aku terbangun pukul 6 pagi! Bengong!!” Jerit
Wawa di dalam bilik air dengan mulutnya dipenuhi dengan buih ubat gigi jenama darlie.
“uhuk-uhuk!” Air kumuhan tersekat di kerongkong. ‘argh,
siaplah kau Aiman! Kau fikir aku nak rasa bersalah pasal hal semalam tu. Heh,
haram!’ Wawa terus memaki hamun Aiman di dalam hati.
Matanya yang bengkak dek kerana semalaman dia tak dapat
melelapkan mata dan apabila matanya
dapat dilelapkan, dia termimpikan Aiman? Memang sesuatu kejadian yang amat
pelik dan menakutkan, ‘Tak pasal-pasal budak skema tu masuk mimpi aku, cubalah Leonardo dicaprio ke, The Rock is cooking ke, Ronaldo ke, ini tidak Aiman the skema tu jugak yang masuk mimpi aku!
Aduhai’
Wawa mimpi budak skema tu jadi Vampire dan mengejarnya dia dari belakang. Lucu tapi seram pun ada!
Mana tidaknya, Aiman jadi vampire. Vampire muka skema siap berspek mata
dengan rambut kemas dia, ‘muka dia je yang pucat. Kalau ye pun, suruh la orang
yang lain jadi vampire’
Dalam mimpi itu Wawa hanya memakai baju tidur dan Aiman
memakai custom Vampire. Siap ada adegan
kejar mengejar di padang kawat sekolah mereka.
Habis satu padang bola Wawa tawaf, rasa-rasanya cukup kot tujuh
pusingan. ‘Ni sah-sah tidur tak basah kaki dan tak baca doa. Tu pasal la, mimpi
yang bukan-bukan’ dia melepaskan keluhan berat.
‘Aku tak nak kena gigit dengan vampire skema tu tak best langsung, tak thrilllah. Dah la tu siap kata ~Wawa
jagalah kau~ Heh, Aku nak vampire
yang ala-ala cik Maya Karin kita, kalau cik Maya la jadi vampire tu, perggh confirm aku
minta autograph dia siap bergambar
lagi buat kenang-kenangan. Demand lah
pulak ye. Apa-apa pun siap la kau nanti aku kerjakan!’
Wawa bersiap ala kadar, biasalah bukan nak kemana pun ke
sekolah je kot. Setelah dia memakai minyak wangi jenama Aqua Lily bodyshop, Wawa
terpandang papan reminder di bilik.
‘Alamak, projek esei tu kena hantar minggu depan la. Sepatah haram pun bahagian
aku tak draft lagi nih. Erm.. Ah lantaklah,
mesti mamat skema tu dah draft kan
untuk aku’
Inilah salah satu sebab kenapa wawa sanggup untuk
berpasangan dengan Aiman untuk projek esei, ‘Yelah, budak top student kot’ Untuk pengetahuan semua, Aiman the skema tu adalah
satu-satunya budak yang sentiasa dapat nombor satu dalam kelas dan markah dia
tak pernah dapat bawah 80%, mesti tinggi punya. Bayangkan subjek biologi bapak
kepada segala bapak-bapak susah, tapi Aiman boleh skor dengan mudah je. Itu
pasallah budak-budak kat kelas tu berbaris nak berkumpulan dengan dia yelah
mudah untuk dorang siapkan kerja projek.
‘Tapi untung badan
aku yang ramping ni bak kerengga ni, budak skema tu nak berkumpulan dengan aku
dengan sekali pujukan sahaja.’ Wawa telah merencana satu misi untuk mengenakan
budak skema tu hari ni. Muahaha! Ketawa mengilai memenuhi ruang biliknya yang
berwarna merah menyala.
“woi Wawa, kau dah tak nak pergi sekolah ke apa?!” Jerkah
Hashim di luar bilik. ‘Apa lagi budak Wawa ni nak buat? Bukan aku tak tahu
kalau dia ketawa macam tu mesti ada tanduk dan taring baru dia keluar, siapa
lagi la yang jadi mangsa dia kali ni. Perangai siapa la yang dia ikut ni? Buruk
bebenor le’ getus hati Hashim
“Ye la, orang tengah sedap berangan, abang ni kacau je
la! Kejap lagi orang turunlah!” Suara Wawa meninggi sikit. ‘Orang tua ni, kalau
suka sangat jerit, kenapa dia tak masuk rancangan Akademi Fantasia, suara dah
ala-ala Cik Ning tak payah audition
confirm pass terus.’
Wawa menuruni tangga rumah sambil menghentak kaki,
ala-ala kawat kaki turun tangga. Al maklumlah, dia adalah ketua koman perempuan
sekolah. Keluarga Encik Yusuf mewarisi suara yang kuat dan lantang tanpa
mengira jantina.
“tengok tu, raksasa Ultraman turun tangga daa. Oi cik
adik ku Wawa Yusof, cubalah turun tangga macam perempuan sikit. Awak tu
perempuan buat lah cara perempuan. Malulah kat muthu kat depan rumah ni. Ke awak
tu bukan perempuan?” Tegur Hashim sebaik Wawa sampai di meja makan untuk
bersarapan bersama keluarga tercinta.
“Abang ni, kenapa hah? Pagi-pagi lagi dah buat hal! Pada
yang pagi indah lagi permai ni, kita patut menceriakan keadaan, tapi yang abang
ni dari tadi nak kenakan Wawa apasal? Wawa ada hutang ke abang? Wawa takde duit
tau! Papa tak bank in lagi duit elaun Wawa” Wawa akhirnya berjaya meluahkan
semua lava perasaan dari tadi, papa harap faham.... Elaun-elaun’
“satu lagi, takde nama orang lain ke abang nak kenenkan
kat Wawa, nama Muthu jugak yang timbul dalam kepala abang.” Wawa menambah.
“ye la, tengok perangai macam orang perempuan meroyan
pagi-pagi dah mengilai, hentak-hentak kaki bagai, mana orang tak panas. Malu
dengan jiran-jiran adik oii, dengar ketawa kau yang nyaring tu pagi-pagi.
Kurang saham abang ni sebagai abang terbaik untuk anak Auntie Salma” Hashim
mencebik
Wawa ingin membalas kata-kata abang yang didengari
seperti racun di sebelahnya ni. Belum
sempat membuka mulut, papa telah masuk line,
“korang berdua ni, depan rezeki tak baik gaduh, sorang
umur 17 tahun, sorang lagi umur 20 tahun tapi perangai macam budak 7 tahun je.
Dah jangan bising, kalau tak papa tak bagi elaun kat sape-sape bulan ni!” Amaran
keras dari papa. Tuan Yusuf tersenyum melihat kedua-dua anaknya tunduk menikus.
“Wawa, macam mana dengan persiapan SPM? Tinggal berapa
bulan je lagi ni” mama mula bertanya sambil tangannya lincah menyapu jem
strawberi pada roti untuk suami tercinta.
“70% dalam tangan, 30% lagi Wawa cuba capai ye? Mama,
nanti kita pergi beli stationary
sebab Wawa punya dah nak habis, boleh ye ma?” Wawa memujuk mama atau nama
sebenar Puan Kirana.
Hashim yang mendengar suara adiknya bermanja dengan mama,
‘gedik betul, dengan aku macam raksasa tak cukup makan, dengan mama papa macam
anak kucing je dia ni, hish memang budak ni ada split personality betul la’ getus hati Hashim.
“berbulu telinga aku” perlahan kata Hashim.
Tetapi masih sempat ditangkap oleh telinga satelit Wawa,
sempat dia menjeling tajam kepada abangnya yang ‘tersayang’ tu, ‘wait-wait tersayang? Tersengal ada
la.... Jealous la tu’ getus hati
Wawa. Namun, dia memaniskan muka apabila memalingkan mukanya memandang wajah
mama tersayang, yang masih belum member apa-apa jawapan.
“boleh la ma..” Pujuk Wawa.
“Ye la, mama pun nak bawa Mak Esah pergi pasar raya beli
barang dapur petang nanti. Hashim, kamu pun ikut mama sekali, tak yah dok
memerap dalam rumah macam pekasam. Petang ni kita keluar, lagipun Wawa takde
kelas petang ni kan?” Mama telah mengeluar warta wajibnya.
“takde!” Jawab Wawa yang girang, dapat lah aku beli handphone baru petang ni hehe.
“ala ma, Hashim masih jetlag
lagi la, malas nak keluar. Lagipun bukannya ada apa pun kat pasar raya tu,
boleh ye ma, Hashim tak ikut la ye?” Hashim memujuk mamanya supaya tidak mengheret
dia keluar dari tempat beradu.
“Jetlag? Biar
betul kamu ni Hashim, jetlag apanya
dah seminggu dah kamu sampai sini. Kamu jangan nak malas, mama bukan saje-saje nak
bawa kamu jalan-jalan kat pasar raya, mama nak kamu tolong tolak troli, sebab
banyak barang dapur nak kena beli ni” tegas mama.
‘jetlag? Biar
betul abang aku ni. Da seminggu sampai Malaysia masih jetleg? Entah-entah nak
berchatting dengan awek kat US tu. Hmph, orang tua sebelah ni boleh tahan
gatalnya’getus hati Wawa.
Hashim berada dalam tahun pertama ijazah jurusan
pembinaan di University of Princeton, USA. Sebaik sahaja Hashim memperolehi
result SPM, dia terus membuat keputusan nak sambung belajar di USA. Dia
mengambil dua tahun program asasi di University of Princeton. Bukan dia tidak mahu
sambung belajar di dalam negara, cuma dia mahu merasa belajar di tempat orang,
jauh perjalanan, luas permandangan.
“ye la abang ni, ape guna badan ketak-ketak tapi tak nak diaplikasikan.
Buat malu je!” Wawa mula menyokong mamanya. Biasalah anak manja. Hatinya puas
melihat muka Hashim yang menarik 14 belas.
“ntah-ntah abang nak telefon awek abang ye? Habislah mama
dengan papa lepas ni, dapat menantu orang putih!” Wawa serkap jarang.
“eh, budak ni! Sesuka hati je nak tuduh-tuduh orang.
Berdosa tau tak! Abang tak keluar sebab abang malas, tak de kaitan dengan
mana-mana minah berwarna putih pun.” Balas Hashim dengan nada tak puas hati.
“Mamaku sayang, kalau setakat nak tolak troli tu, suruh
je, raksasa sebelah Hashim ni. Tenaga zahir dan batinnya telah dibuktikan di
semua jabatan-jabatan negara, dia memang KUAT! Jangan risau, servis dia confirm yang terbaik dari ladang!” Sambung
Hashim sambil mengerling kepada adiknya yang mula bertukar wajah.
‘yahoo! One point for Hashim! Adik ingat adik je boleh
kenakan abang, ni abanglah, sifu dalam bab sakat menyakat. Kalau nak jadi protégé kepada Tuan Muda Hashim,
sila-silalah isi borang ye jangan malu-malu.’ Hashim tersenyum sumbing.
“Hashim! When I
said you go, then you must go! No
discussion!” Suara mama mula meninggi.
“baik Puan Kirana!” Jawab Hashim seperti anggota polis
menerima arahan. Kalau mama da mula berspeaking,
alamat bumi nak meletup. So sebelum benda bukan-bukan terjadi, lebih baik dia
mengangguk. Kalau tidak, confirm lebur
tahi telinga satu hari kena bom dengan bebelan mama yang mampu berterusan
selama 24 jam tanpa henti lebih-lebih lagi sekarang ni dia sedang dalam mood ‘memerap’ dalam rumah tanpa keluar
ke mana-mana.
“padan muka” Wawa menjelir lidah kepada abangnya. Tanda
kemenangan.
“ok la, ma, pa, Wawa pergi dulu, selaku seorang pengawas yang
berdedikasi mana boleh lewat ke sekolah. Takut mencemar duli title pengawas terbaik macam Wawa”
sempat lagi Wawa buat lawak yang tak unsur lucu langsung. Dia mengambil tangan kanan
mama dan papa tercinta dicium dengan penuh syahdu gitu. Jangan terkejut dengan
jawatan pengawas yang disandangnya. Walaupun pembuli tapi displin dia tip-top okey, ‘depan cikgu je! Muahaha’
“dengan abang tak nak ke?” Hashim menghulur tangannya.
Entah mengapa dia gatal untuk mengiringi budak sengal itu ke pintu rumah
bersama orang tuanya.
“nak apa? Duit? Papa, abang nak duit” wawa menjerit memanggil
papanya. Dia sememangnya masih blur
dengan perbuatan abang.
‘Wawa ni pun satu, duit jelah yang ada dalam kepala otak
dia ni. Kenapa budak ni blur sangat pagi ni, ke dia saja nak sakitkan hati aku?’
getus hati Hashim lalu dilihat papanya hanya menggeleng kepala.
“tak nak salam abang ke?” Sindir Hashim kepada adiknya.
“ler, gedik jugak minta di salam, malaslah” Wawa mula
melangkah keluar rumah seusai mengikat tali kasut.
“dosa, tak hormat orang yang tua tau. Tak berkat kang!” Ugut
Hashim dengan tangan yang masih dihulur untuk disalam oleh adiknya yang
‘solehah’.
“ye la, ye la!” Wawa berpatah balik. Dengan bibir yang
diketap menahan geram, ditanduk tangan abangnya yang poyo.
“buat sesuatu perkara itu dengan ikhlas, bukan dengan
terpaksa baru ada berkat, bukan tanduk macam ni. Tangan abang ni bukan bola”
Hashim saje menambah minyak diesel kepada hati Wawa yang tengah marak menyala.
Lalu, Wawa mencium tangan abangnya
dengan syahdu, chewah.
“Wawa gerak dulu” sambil memandang muka mama, papa dan
abang tersengal dia.
“walaikumussalam waarahmatullahhirbarokatul!” Sindir Hashim.
Mama dan papa hanya mampu menggeleng kepala melihat telatah dua beradik tu.
Wawa memandang dan menghadiahkan jelingan maut semautnya
kepada suara yang melaung sebentar tadi. Dia kemudiannya melangkah sambil
menghentak kaki macam kawad kaki Kadet Remaja Sekolah, ‘sengalnye manusia tu!
Baliklah US sana! Aman hidup aku menuju SPM!’ marah hatinya.
ganas gila wawa nie hehee :D
ReplyDeleteganas la... xmain lembut2x ni
Deleteenovel ni dibukukan ke atau sekadar dlm blog??
ReplyDeleteenovel ni dah siap... tgh result tungu penilaian..
Delete