Cerpen,

Cerpen : The Moment I Knew, My Love Part 2

7:29 AM Unknown 8 Comments


Ramadhan ke-26,

“jual! Jual! Cendol ade! Abc ade! Cincau sarsi ade!’ jerit Iskandar dengan kuat. Dia perlu mengorbankan suara gemersiknya demi memastikan jualan air ibunya laris terjual!

“jual-jual! Jual!!” Satu jeritan lelaki dari arah kiri meja jualan Puan Khalilah kedengaran berdnetum. Lawan mereka yang sama menjual air.

“cis! Tak guna punya orang tua! Tak bagi can langsung bak hang!” Iskandar mencebik.


“lawan dia ngah! Jangan kalah! Ade sejam lagi nak berbuka pose ni…. Lawan! Lawan!” Lili memberi sokongan kepada adiknya. Dia pula sibuk tersenyum-senyum menarik pelanggan.

“udah-udah la tu. Tak payah nak jadi meriam buluh kat sini…. Bising la, ibu tak suka” Puan Khalilah menegur sikap dua orang anaknya yang mahu berlawan jerit dengan pak Samad-jual-air di kiri meja sana. Sudah menjadi kebiasaan keluarga Tuan Ahmad untuk berniaga air di bazar Ramadhan dan cuma kali ini kawasan berniaga mereka bertukar ke bazar yang berdekatan dengan kawasan rumah baru mereka.

“jual! Jual! Jual!!! ABC ade! Semua ade!!! Jual jual jual!!!” Semakin kuat jeritan Iskandar. Satu kekurangan dan kelebihan Muhammad Iskandar bin Ahmad adalah pantang dicabar.

“go ngah go!” Lili menjadi cheerleader bertudung labuh!

“akak, pelanggan tu…” arah Puan Khalilah. Dia sendiri sedang sibuk melayan pelanggan.

“ye ye…. Nak air ape….” Lili termati kata. Terkejut dengan kemunculan Rafiq di depan mata.

Stay, stay, stay.
I've been lovin' you for quite some time, time, time.
You think that it's funny when I'm mad, mad, mad.
But I think that it's best if we both stay, stay, stay, stay, stay, stay.

Rafiq menarik nafas dalam. Dari jauh lagi, dia sudah menangkap seraut wajah, wajah paling indah di dalam bazar yang besar ini, ‘mampus….masalah hati betul aku ni….’

“aa….” Dia pantas mengerling ke arah deretan bekas air. Ye la, dari tadi sibuk skodeng muka anak dara orang sampai terlupa nak pilih air, ‘….’

“nak air ape….” Ulang Lili dengan nafas yang mula sesak.

“nak air tangan awak…” perlahan Rafiq bercakap, ‘aduhai…. Gatainya aku ni…’

Kening Lili bertaut apabila telinganya menangkap bicara samar-samar Rafiq, ‘ok…. Telinga aku dah ade problem ni…’

“along…. Acik nak air milo….” Hafiq mengacau suasana membeli air denganromantik.

“o…okay…. Air milo satu and…. Air carrot susu satu” pesan Rafiq sebelum mengukir senyuman mengoda.

“nak bungkus besar ke kecil?” Tanya Lili dengan wajah i-so-malu, ‘mamat ni…. Janganlah pandang aku semacam je…’

‘nak bungkus besar…. Boleh bungkus awak…’ gumam hati Rafiq.

“besar for both of them….” Jawabnya dengan laju.

“okay…” lincah Lili menjalankan kerjanya. Iskandar pula masih lagi memekik. Puan khalilah pula masih lagi melayan pelanggan lain yang bertandang.

Setiap gerak geri Lili diperhati oleh Rafiq, ‘ok… hand sock ade, tudung, labuh…. Baju labuh…. Jap…. Dia pakai kasut ke sandal…. Ala tak nampak…’

“ehem….” Lili berdehem apabila melihat Rafiq memandangnya tidak berkelip, ‘ade jugak yang mandi air carrot campur milo karang! Dulu bukan main alim, sekarang! Macam tak cukup zat je mata tu!’

“oh sorry….” Rafiq pantas mengeleng kepalanya. Dalam masa yang sama, Hafiq turut mengeleng kepalanya, ‘eh budak ni… dia pulak…’

“air milo ni ikat macam mana? Ikat tepi ke ikat mati….” Tanya Lili, ‘ye la, air milo tu budak kecik tu yang nak minum…. Mana tahu dia tak puasa… kot-kot nak minum terus…’

“ikatan sah….” Rafiq mengetap bibirnya, ‘ok, did I just spill it out….?’

Lili terlopong dengan apa yang diluahkan oleh  Rafiq, ‘dia…. Ramadhan pick up line!? Ok… aku pula yang malu….’

“err….” Dia cuba mencari kata-kata yang sesuai.

“takpe… ikat mati je” Rafiq cuba bersuara.

Lili mengangkat wajahnya, mata mereka bertentang, ‘ikat mati…. As if…’

“oi!”

“kawen!” Terlepas kata-kata itu dari mulut Lili. Dia pantas mengerling ke arah Iskandar yang menyergah secara tiba-tiba, ‘ade jugak yang aku siku budak ni!’

“ape ni, bulan pose. Bulan mulia. Bulan penuh keberkatan. Tak elok nak ngurat anak dara orang…” sekali lagi Iskandar bercakap dengan mulut minta-penampar.

Mahu putus nafas Rafiq dengan Lili mendengar kata-kata Iskandar tersebut.

“bape ringgit?” Laju Rafiq bertanya.

“empat ringgit” dan laju jugak Lili menjawab.

Duit lima ringgit dihulurkan kepada Lili tapi dirampas oleh Iskandar dengan laju.

‘dah kenape budak ni!? Nak cari gaduh ke…. Ish, susah lah aku nak jadi abang ipar dia nanti’

Lili berlalu dan melayan pelanggan yang datang.

“nah…. Bro, kalau nak, datang rumah, risik terus….” Ujar Iskandar sambil menghulur sekeping not satu ringgit kepada Rafiq.

“oh….. Will do” Rafiq mengenyit matanya kepada bakal adik ipar, ‘okay…dah dapat green lite dari orang dalam….’

Lili yang sibuk melayan pelanggan, menahan senyuman apabila terdengar perbualan angahnya dengan Rafiq, dulu-hantu-kini-haney.

#

“umi…. Kalau along nak kawin, umi bagi tak?” Tanya Rafiq kepada Puan Lina yang sibuk mengiling doh biskut.

Puan lina hanya mendiamkan diri. Tangannya masih lagi mengiling doh biskut dengan kelajuan biasa.

“umi…. Along tanya ni….” Desak Rafiq. Dalam banyak-banyak perilaku uminya, diam adalah perilaku yang paling menakutkan, ‘alamak angin monsoon ke…’

Selepas dua minit dan 36 saat berlalu,

“along cakap ape tadi….” Tanya Puan Lina dengan muka ketat.

“aa…. Along….” Rafiq tergagap dalam bicaranya. Habis terbang semua keyakinan yang bertamu apabila mendengar suara tegang uminya, ‘habislah aku kena bebel…’

“dia nak kawin umi!” Sampuk fiqah aka Shafiqah. Dia yang muncul dari pintu belakang bersama sebungkus kacang tanah yang siap dibuang kulit, ‘bila pulak along ni bercinta…. Perangai macam batu… ade ke orang nak’

“kawin ye….” Puan lina menekap bentuk acuan bunga ke atas hamparan doh yang siap digiling.

Rafiq memerhati kelincahan uminya membuat biskut dengan perasaan yang bercampur baur. Tanpa disedari, dia menelan air liur, ‘karang ade yang aku jadi biskut pulak malam ni’

“umi tak bagi ke?” Tanya Rafiq dengan ragu-ragu. Khuatir jika salah tanya, ada yang kena tekap dengan acuan biskut.

“umi nak tanya balik kat along…. Berapa umur umi dengan walid sekarang?” Tanya Puan Lina dengan penuh saspens. Dia masih lagi meneruskan proses menekap biskut dengan tertib.

“aa…. Umi lahir 1965, jadi…. 25 tahun tambah 24, walid lahir 1959, jadi 55 tahun…” Rafiq mengira-ngira dengan penuh debaran.

“muda ke tak tu?” Tanya Puan Lina lagi. Kali ini dia merenung dalam mata bujangnya.

“muda la, 25 tahun kot…” seloroh Rafiq dengan penuh ketakutan.

“nak kena giling dengan umi ke? Umur umi dah 49 tahun! Masih takde cucu! Kawan-kawan umi yang lain sibuk dok tayang cucu! Yang umi, anak pun tak nikah lagi! Kamu tu dah masuk 30 tahun! Tak kawin lagi!  Haih!” Laung Puan Lina setelah sekian lama menahan perasaan. Dia yang sudah biasa menonton drama melayu dan ibarah dari drama, jangan paksa anak berkahwin. Tetapi malangnya anak yang satu ini macam tapir, lembab!

“jadi…. Umi….” Rafiq masih lagi blur dengan kata-kata uminya, ‘come on la, umi literally jerit… mana nak dengar’

“jadi Muhammad Rafiq akil bin Muhammad ruslan sayang, kahwin lah cepat! Umi nak bermenantu! Umi nak cucu!” Pekik Puan Lina dengan penuh perasaan!

“ok….” Rafiq tersenyum lebar apabila uminya memberi green lite. Dia memberitahu semua details alamat dan gerangan Lili Khadijah binti ahmad kepada umi kesayangan.

Puan lina pula dalam berapi sibuk mengerjakan biskut untuk hari raya, dia juga semakin lincah memikirkan tarikh perkahwinan yang sesuai untuk anak bujangnya.

#

Ramadhan ke27

“akak, abah panggil…” alang aka Halimi, anak ketiga keluarga ahmad memanggil kakaknya yang sibuk membaca novel, ‘dia ni…. Balik je baca novel, baca novel…. Best sangat ke novel tu….’

“ye la…. Ni yang pandang akak semacam ni apasal?” Tanya Lili dengan kening bertaut.

“akak tu, baca novel je…. Apa yang best dalam novel tu pun alang tak tahu….” Luah Limi dengan wajah blur.

“alah, alang orang laki…. Mana nak tahu, orang yang berjiwa romantic dan lembut macam akak je yang tahu….” Lili menutup novel Ya Maulana nukilan Hana ilhami.

“angah yang main ragbi tu pun baca novel, tak pun alang tngok unsur-unsur jiwa lembut, romantic? LOL…” balas Limi dengan muka sarcasm.

“senang cakap, budak kecik mana tahu…. Dah sana….” Lili menolak tubuh adiknya yang baru mahu membesar dengan sekali tolak, ‘sekarang ni je la aku boleh tolak, karang dah besar macam gajah…. Memang ha-ro-mim aku nak tolak kan…’

“adoi sakit la…” Limi mencebik.

#

Lili menuruni tangga dan langkahnya termati di hujung anak tangga apabila melihat semua orang di dalam rumah sudah berkumpul di ruang tamu kecuali budak alang, ‘what is going on here?’

“tepilah, orang nak lalu ni….” Limi menolak tubuh kurus kakaknya ke kanan.

“hish…. Nak kena budak!” Gumam Lili. Dia melangkah ke arah ruang tamu yang penuh misteri.

“okay….” Lili mengambil tempat duduk jauh dari abah dan ibu.

“akak…. Ada orang nak minang kamu petang esok….” Ujar Tuan Ahmad dengan selamba.

Puan khalilah pula hanya mengangguk.

“kalau akak kata tak nak….” Duga Lili dengan wajah ketat. Dia tidak sangka secepat ini Rafiq mahu meminang dirinya, ‘jap, Rafiq ke orang lain!? Tak mau! Nak Rafiq jugak!’

“abah tak cakap pun akak nak ke tak nak….” Tuan ahmad memeluk tubuh. Sedia untuk berdebat dengan anak daranya yang satu ini.

“jadi kenapa abah panggil akak turun….?” Lili mula blur situasi di ruang tamu, ‘ni nak pekena aku ke?’

“abah saja nak bagitahu, karang tetiba orang datang merisik. Pengsan pulak kamu nanti” Tuan Ahmad mengangkat keningnya.

Puan khalilah membiarkan encik suami yang bercakap. Khuatir jika dia yang bersuara, jadi dewan parlimen gamaknya.

“akak ok je, tapi dengan syarat sape yang nak datang merisik…” tanya Lili dengan curiosity yang menggunung,  ‘please say him!’

“Rafiq, tak silap…. Jadi besok petang, jangan pulak kamu lari, duduk je dalam bilik tu…” arah Tuan Ahmad dengan tegas. Dia bukan tidak faham perangai anak daranya itu, lincah!

Lili melepaskan nafas lega apabila dia sudah mengetahui gerangan yang meminang dirinya yang cun melecun ini, ‘amboih…. Gelojoh giler mamat tu….’

#

Petang di bazar,

“Lili….” Sapa satu suara kepada Lili yang baru usai melayan pelanggan.

Lili berpaling dan senyumnya mati!

“kir….” Nama yang sekian lama disebut. Kawan baiknya, cinta pertamanya. Wajah kacak itu tersenyum lebar ke arahnya. Dia menelan air liur. Mata mereka bertentang lama.

“lil…. Wow… you ….” Bicara Shakir termati apabila melihat perubahan pada fizikal akak pemakaian Lili, ‘ayu….’

Lili menahan rentak jantungnya dari terus mengganas. Dia perlu tenang, ‘kenapa dia perlu muncul balik…’ memori dulu muncul kembali.

“you changed…. A lot!” Jerit Shakir dengan nada ripley-believe-or-not!  Dia kemudiannya menolak rambutnya ke belakang. Tidak sangka niat Lili untuk berubah itu sudah tercapai, ‘kenape dia muncul kembali!’

“yeah, I know right? And you…. Semakin handsome nampak…. Makin matang” puji Lili dengan jujur.

Sesak nafas Shakir apabila melihat senyuman pada si pemakai tudung labuh di depannya. Senyuman yang suatu ketika dahulu pernah muncul dalam mimpinya sehingga sekarang.

“and you becoming ustazah! Wow…. My heart beating so fast!” Tanpa segan, Shakir mengaku.

“kir, kir…. Tak berubah” ujar Lili sambil mengeleng kepala.

“you have date now?” Tanya Shakir dengan wajah serius.

“maaflah, saya jual air je, tak jual kurma….” Jawab Lili dengan laju. Renungan dalam Shakir itu cuba tidak diendahkan, ‘pickup line again?’

“no, I mean date these days? You got someone special already?” Tanya Shakir dengan penuh mengharap. Dia mempunyai ramai yang scandal but no one can replaced Lili. Kehadiran dia di bazar ini disebabkan ajakan scandal barunya namun bila wajah Lili menyapa ruang matanya, dia pantas berpisah dengan minah tersebut dengan alasan mahu membeli air.

Lili mengetap bibir, dia tahu apa yang sedang diharapkan oleh Shakir. Namun malam esoknya, dia akan dirisik, ‘you still like him…. Right?’ pujuk hati tujuh tahun lepas.

p/s: komen ur feelings~ shakir ke rafiq? cinta pertama ke cinta not-so-sure?

You Might Also Like

8 comments:

  1. TT,mntk2 lili ngn rafiq na,plsssssssss

    ReplyDelete
  2. Dgn rafiq laa.. ;-)

    ReplyDelete
  3. Xyah la dgn shakir. Plih la rafiqq plz

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha....atien 5oun nak rafiq... soan syakir

      Delete
  4. Rafiq ....
    Rafiqqqqq
    Rafiqqq
    Sebab bby akk nama rafiqudin hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. jawapnnya da release da...
      harap baby rafiqudin akan jadi hero islam yang kacak *wink2x*

      Delete