SBML
Stop Bully! My Love Bab 6
“Angahhh!! Bangun!!!!!!” Aqilah mula melontarkan
vokalnya. Itu merupakan bakat terpendam Alya disebalik keayuannya di luar
rumah.
“Dah pukul 10 pagi dah ni, tak bangun-bangun lagi!
Entah-entah terlepas subuh ape budak ni!” Aqilah menjerit sambil menarik
comforter adiknya.
“Wei, Akak kata bangun, bangun la!! Aku ketuk jugak
kepala budak ni karang” Aqilah mula menggoyang- goyangkan tubuh keding milik
Aiman.
“akak apa ni.. Pagi-pagi lagi da bising. Orang tak sihat
la kak, tengah demam ni.” Aiman mula menarik comforternya kembali.
“Angah dah solat da tadi. Jadi jangan la nak membebel
pagi-pagi ni. Orang tengah sakit makin bertambah sakit dengar suara akak tu” sambung
Aiman yang jelas kelesuannya. Comforter digenggam kuat.
“oit, kau fikir kalau kau demam, kau boleh bangun lambat
la! Banyak cantik muka kau” dalam Aqilah marah-marah sayang akan adiknya sebagai
kakak dia tetap berasa risau dengan keadaan Aiman. Aqilah melekap tangannya di
dahi Aiman.
‘eleh budak ni, sikit je pun. Panas hujung jari je pun.
Liat nak bangunlah ni. Kalau dah malas tu cakap je lah malas’ Aqilah terus
menarik tangannya dari dahi Aiman.
“dah pergi mandi! Sakit tu sikit je, jangan nak manjakan
sakit tu sangat. Sekarang pergi mandi, pastu sarapan kat bawah. Nanti akak bagi
Panadol. Cepat lah, kami tunggu!”Jerit Aqilah.
Aiman sekadar mengangguk malas nak bertekak dengan
perempuan samseng aka Aqilah Syahirah bin Dato’ Rashid. Kepala dia memang
terasa berat sangat-sangat. Ikutkan hatinya dia mahu sambung tidur. Dengan langkah
yang longlai dan malas dia melangkah ke bilik air.
#
Usai membersihkan diri, dengan hanya memakai tuala di
pinggangnya. Aiman keluar dari bilik mandi dan berhenti di hadapan cermin besar
di bilik persalinannya. Dia mula memerhatikan keadaan fizikal dirinya. Badan
kurusnya ditenung dalam-dalam.
‘kurusnya kau Aiman. Macam mana nak naikkan badan ni ek?
Malu betullah! Mesti Wawa tak suka lelaki kurus kan? Aduyaii. Kacau ni!’ kutuk
dirinya sendiri. Malas mahu menilik badan kurusnya lama-lama, ‘bukan jadi tegap
pun kalau tenung lame-lame’
“woi Aiman! Kau mandi ke, buat bilik mandi? Umi panggil
kau lah!” Aqilah menjerit di luar pintu bilik aiman, ‘kalah aku pompuan mandi….
Lambat benor!’
Aiman tersentak. Kain tualanya terjatuh dek terkejut
dengan jeritan luar biasa kakaknya. Dia kemudiannya pantas memakai baju, ‘ish….
Kalau dah bagi peluang mengamuk…. Suka aje nenek kebayan ni’
“ya kejap lagi orang turunlah!” Jerit Aiman kembali. Dia
berlalu ke cermin mukanya, di sikat rapi rambut yang sedia kemas dek potongan
yang pendek, ‘orang tua ni, tak boleh nak tengok aku senang sikit. Ada je benda
yang dia tak puas hati’
#
Sampai di meja makan, Aiman menarik kerusi duduk
berhadapan dengan uminya. Manakala kakaknya duduk di sebelah umi. Adiknya? Tengah
mengharungi hari persekolahan yang sungguh menyeronokkan. Matanya mula membesar
apabila melihat pelbagai jenis sarapan diatas meja pada pagi ini, ‘amboi! Ni
kenduri ke apa? Banyak betul makanan ni. Alhamdulillah rezeki aku’
tersengih-sengih Aiman.
“walid dah pergi kerja ke umi?” Tanya Aiman kepada wanita
yang berumur awal 40-an di hadapannya itu, Datin Syidah Binti Haji Khairi. Tangannya
mengambil karipap berisi kentang.
“soalan cepumas lah umi!” Perli Aqilah sambil mulutnya
menghirup air kopi’o. Datin kirana yang mampu menggeleng kepala dengan soalan
cap bernas anak lelakinya itu.
“oit! Agak-agaklah, cuba kau tengok jam pukul berapa
sekarang ni. Bukan macam orang tu, matahari dah tegak atas kepala baru nak
bangun. Dasar pemalas! Soalan ntah ape-ape ntah” sambung Aqilah, perggh memang pedas
jawapan kakaknya. Lain orang yang ditanya lain pula orang yang menjawabnya. Aqilah
dengan selambanya meyambung suapan mee gorengnya ke mulutnya, ‘ape-ape
tenung-tenung…. Aku cucuk dengan garpu ni kang!’ dia memberi signal mata kepada
adik lelakinya.
‘perghh, nenek kebayan! Aku tak tanya dia kot’ mata Aiman
tajam memandang kakaknya. Gaya Aiman seakan mahu membawa Aqilah masuk
gelanggang gusti.
“aik, sejak bila kakak ni jadi umi ni? Orang tanya umi
bukan kakak. Ke akak da gatal nak kawin? Eee…. Tak malu” panas telinga Aiman mendengar
jawapan akaknya gedik. Sengaja dia berseloroh begitu. Air kopi’o panas dihirup
dengan hati-hati.
“Dah-dah. Korang berdua ni jangan nak gaduh pulak. Walid
dah gerak pukul 8 pagi tadi, ada meeting katanya. Demam angah dah kebah ke?” Lembut
kata-kata umi sekali gus meleraikan pertelingkahan kecil antara Aqilah dan
Aiman.
“dah kurang dari semalam lagi umi. Cuma kepala ada rasa
pening-pening sikit.” Aiman menjawab.
“tu pening malas namanya! Malas nak pi sekolah” sengaja
Aqilah menyakitkan hati Aiman.
“kakak ni kan! Angah nak pi canang satu taman ni, yang
akak gatal nak nikah! Eee.... Tak malu. Kakak siapalah kan, mesti adik dia
hensem, baik, pandai dan menarik tertarik” Aiman angkat bakul sendiri.
“hensem? Pergghh! Budak ni! Kau memang tak sedar diri
kan? Badan macam ranting kayu ada hati nak kata diri tu hensem. Sekali datang
ribut taufan, boleh melayan badan kau tu!” Balas Aqilah yang tak mahu kalah!
“eceh!! Eee…. Tak malu, akak gatal. Wahai
penduduk-penduduk kampung! Kat rumah ni ada perempuan gatal nak nikah! Eee tak
malunya.” Aiman menguatkan suaranya, ibarat kan penduduk-penduduk di taman itu
dengar apa yang perkatakan olehnya.
“oii, sejak bila akak gatal ni hah! Kau ni kan, akak
cabai mulut kau tu baru kau tau tinggi rendah langit tu!” Perang dingin terus
tercetus.
“cubalah! Heh, angah tak heran! Akak kata angah malas,
sebenarnya akak tu yang malas. Walid bawa akak kerja, akak tak mau.” Ejek
Aiman.
Umi
mengelengkan kepalanya, begitu mereka sikap mereka adik-beradik. Walaupun
selalu bergaduh, hubungan mereka tetap utuh dan mesra. Mungkin itu cara mereka
menunjukkan kasih sayang antara mereka. Umi yang sedari tadi hanya jadi
penonton setia telenovela tak bertajuk, sekali lagi meleraikan perang di meja
makan.
“hei, kamu dua ni kan! Perangai macam budak-budak tadika
je!” Umi mula mencelah.
“kalau Aiman da sihat, bagus la. Umi nak pergi pasar raya
petang ni, nak beli barang dapur. Kamu dua ikut umi petang nanti, ada faham?” Arah
umi.
“no prob!” Aiman dan aqilah menjawab dengan jawapan yang
sama. Masing-masing mencebik. Lalu, Aiman terasa bahunya disentuh,
“Angah, kahwin dulu” tawa kakak meletus.
“kenapa tak kata.. Mati dulu! Kan senang” seloroh Aiman
sambil menggelengkan kepala, ‘takut sangat nak kahwin la perempuan samseng ni.
Padahal umur pun dah tua 25 tahun. Tua dahkan tapi masih lagi tak kahwin. Aik?
Bukan ke aku kata dia gatal nak kawin tadi? Ala, saja je. Nak provoke orang tua
ni, mana tau sehari dua ni dapat abang long.’ guman Aiman dalam hatinya.
“umi tanya ni, petang semalam kenapa angah kelam kabut
keluar rumah, kan hujan lebat, dah tu tak guna payung. Angah pergi mana semalam
? ”
Belum sempat Aiman membuka mulut, pertanyaan umi itu dijawab
pantas oleh perempuan samseng yang duduk disebelah umi,
“dia kelam kabut nak jumpa anak perempuan Aunty Kirana,
umi. Umi, nak tahu tak? Aiman ni ada hati dengan si Wawa tu. Kekasih gelap bak
kata ungu. Eee tak malu! Kata orang gatal, dia tu yang gatal. Tak malu.” Aiman
mengetap bibirnya menahan perasaan geram kepada alongnya. Umi hanya tersenyum
mendengar perkhabaran yang dikeluarkan oleh Aqilah.
‘lah, ye ke? Baguslah kalau macam tu. Aik? Syidah, bukan
ke kau tak suka anak kau main cinta-cinta ni? Sekarang apa kes?’ desis hati
Datin Syidah.
‘ish, samseng tua ni! Tak boleh simpan rahsia betul! Tak
geng lagi lah kalau macam ni!’ getus hati Aiman. Hancur isi ayam goreng dimeja
dicucuknya geram.
“angah ada discussion yang tak boleh ditunda semalam. Tu
yang nak tak nak angah ke pergi kalau tak partner angah marah nanti, umi” Aiman
tersenyum sumbing ke arah uminya.
“Ye lah tapi angah tahukan yang badan angah tu antibodi
lemah. Tak akan tak boleh tunda hari lain? Tengokkan dah demam sekarang.” Umi menasihati
satu-satunya anak lelakinya.
Aiman tidak mampu untuk mengeluarkan kata-kata untuk
menidakkan uminya, hanya mampu menggosok kepala yang gatal. Matanya terus
terarah kepada Aqilah, rasa geramnya masih bersisa. Mulutnya masih penuh dengan
mee goreng, dikunyah dengan cepat, ‘demi bakal menantu umi, angah sanggup
meredah hujan yang lebat lagi hebat. Alah, sikit je pun. Wawa ku sayang, jangan
risau abang sayang awak ni sihat je’ Aiman mula rindu akan Wawa.
#
Usai mengambil sarapan, Aiman membuka langkah seribu
untuk mengelak daripada disoal dan disakat oleh alongnya. Dengan pantas dia
memanjat anak-anak tangga dan terus ke biliknya. Apabila pintu biliknya dibuka,
dia pantas membaringkan tubuh kedingnya di atas katil jenama Lorenzo.
Fikiran Aiman mula memikirkan Wawa. Hatinya berbunga
kecil bila nama Wawa mula bermain di kotak minda. Dia tak tahu bagaimana
hatinya boleh betul-betul jatuh suka kepada gadis genit itu. Apabila mengenangkan
perbualan telefon dengan Wawa pada malam tadi, dia mula tersengih macam kerang
basi.
‘merdu betul suara dia’ Aiman mula berangan
‘Biar betul kau Aiman? Suara pembuli yang sikit punya
kuat tu, kau kata merdu? Memang sah kau ni tengah mabuk!’ suara hati Aiman yang
satu mula berbisik
‘suara bakal isteri aku tu! Tak kisah la kuat ke, slow ke
yang penting sedap je bunyinya kat telinga aku ni’ Aiman tak kisah!
‘apa yang penting dia ambil berat pasal aku. Siap tanya
aku ok ke tak? Ohh bahagianya! Rasa nak buat lompat’ sambung Aiman dengan rasa
gembira. Tapi hanya mampu diluah di hatinya sahaja, takut karang Aqilah the
samseng dengar. Kan tak pasal-pasal pecah rahsia pulak. Matanya melilau
memandang keadaan sekeliling biliknya dicat warna biru muda, tenang.
Ikutkan hati Aiman, dia mahu buat solat istikarah
sekarang. Manalah tahu, bulan jatuh riba. Wawa adalah tulang rusuk kirinya.
Belum sempat dia nak buat apa-apa. Pintu biliknya tiba-tiba dikuak dari luar.
“woi, ular sawa! Agak-agak lah, lepas makan terus nak
tidur” Aqilah terus memerli Aimam.
“apa ni, main terjah je bilik orang. Cuba ketuk dulu, ni
tak main masuk je. Bilik ni pun ada undang-undang jugak tau!” Marah Aiman.
“banyaklah angah punya undang-undang” Aqilah mencebik
tanda tidak puas hati
“ni masuk bilik angah ni, ada apahal?” Aiman membalas
dengan nada yang malas
“aik? Masuk bilik adik sendiri pun kena ada hal baru
boleh jumpa ke?” Aqilah mula main tarik tali dengan Aiman.
“akak ni mengada tau tak! Kalau tak de apa-apa,
keluarlah. Ni bilik lelaki tau tak!” Aiman makin sakit hati. Mana tidaknya,
elok dia berangan kan si Wawa the diva ada pulak orang terjah masuk biliknya.
“kenapa akak rasa bilik ni, macam ada sesuatu ye? Biar
akak scan bilik jap” provoke Aqilah dengan matanya dipejam kejap dan tangannya
seolah-olah melakukan scan.
“kakak ni da buang tabiat ke apa? Muda-muda lagi da
mereng, kesian” Aiman hairan melihat perangai kakaknya.
“kesian ye? Akak dapat rasa sesuatu kat belakang gambar
ni. Hurm, akak rasa sesuatu yang berbahaya ada kat sini” tangannya mula
mengambil bingkai gambar keluarga mereka.
Aqilah sudah lama mengetahui perasaan Aiman terhadap anak
Aunty Kirana. Dia juga tahu akan kehadiran gambar yang tersorok disebalik
bingkai gambar yang berada dipegangannya. Aqilah sengaja hendak membuat
kontroversi. Dia mengerling ke arah aiman yang sudah pucat, ‘tahu pun cuak.
Akak main-main jelah. Kau nak bercinta ke, apa ke. Tu kau punya hal, jangan nak
benda tak senonoh dengan anak orang sudah’ Aqilah percaya akan adiknya.
Hati Aiman mula cuak. ‘sudah, habislah aku. Kalau umi tau
pasal hal ni, sah-sah aku kena sembelih malam ni. Wawa tolong abang sayang awak
ni….’
“apa kakak merepek ni? Letak balik bingkai gambar tu.
Kalau pecah kan susah, angah juga yang kena kemas” Aiman cuba merampas kembali
bingkai gambar yang elok berada ditangan Aqilah.
“cuak ke?” Provoke Aqilah yang semakin menjadi-jadi.
Bingkai itu di letaknya semula di atas meja study Aiman.
“Dah-dah, pi la keluar. Orang nak study jap. Menyibuk
je!” Aiman merasa lega melihat bingkai gambar itu sudah selamat berada di atas
meja.
“apa-apa je la, angah. Tapi ingat jangan biarkan perasaan
itu bersulam dengan nafsu, jangan angah letakkan cinta kepada makhluk Allah lebih
tinggi daripada cinta kepada Allah dan Rasul. Cinta kita pada makhluk Allah
hanyalah untuk pemangkin hidup kita didunia ni. Anyway continue your study” Aqilah
tersenyum menang! Dia terus keluar dari bilik Aiman.
Dengan segera Aiman menutup pintu biliknya. Aiman
mencapai bingkai gambar yang berada diatas meja belajarnya.
‘alamak! Tak selamatlah tempat ni, rupa-rupanya. Kena
cari tempat lain ni’
Dia mula mencari tempat yang selamat untuk menyimpan
gambar buah hatinya itu. Risau sungguh Aiman, jika rahsianya pecah. Aiman
risau, uminya akan mencari dan memarahi Wawa. Tak sanggup dia melihat buah
hatinya dimarahi oleh umi.
‘daripada aku duduk buat dunno, bagus aku siapkan kerja projek esei. Lagipun aku dah baca
semalam. Baik! Aku kena siapkan esei ni cepat, mesti Wawa suka nanti. Petang
karang nak keluar pulak.’ riang ria hari raya di hati Aiman.
Aiman terlupakan niat hati yang ingin melakukan solat
istikarah. Tak apa Aiman, take your time. Takkan larinya gunung yang dikejar.
Kak bila sambungan rmnml
ReplyDelete