SBML

Stop Bully! My Love Bab 7

10:21 AM Unknown 1 Comments



Sesampai di pasar raya, Wawa mengambil troli di pintu masuk dengan semangat yang jitu. Hashim yang melihat semangat adiknya itu tersenyum namun senyuman itu mati apabila wawa meninggalkan troli di depannya, ‘eh eh….’

            Wawa memberi signal kepada abangnya untuk menolak troli tersebut. sementara dia berlari mendekati mak esah dan mama.

‘eceh, aku fikir dia nak tolak tadi. Rupa-rupanya semangat dia tadi tu untuk menyakitkan hati aku je. Nak kena budak ni’ Hasim tidak puas hati, dia cuba menyaingi langkah adiknya. Belum sempat Hashim meluku kepala Wawa.


“Abangku, di sinilah medan abang untuk menunjukkan kekuatan dan kemachoan abang” Wawa berkata dengan suara yang kuat dan kedua belah tangannya pula di depangkan kearah supermarket yang berada dihadapannya.

‘ish, budak ni! Tak senonoh betul’ gumam hashim.

Wawa cuba memberi semangat kepada abangnya yang kelihatan monyok.

“cubalah perangai tu senonoh sikit! Nak tunjuk apa kat pasar raya ni? Where got only old ladies? Like seriously? Jangan nak buat lawak antarabangsa kat sini, ada yang kena hempuk dengan troli kang” Hashim menarik muka 14 belasnya. Lucu!

“abang, jangan buat muka macam tu tak hensem la. Hilang macho abang tau tak dan tak comel pun buat muka macam tu. Tengok baby tu pun nangis tengok muka abang macam ni” Wawa menunjuk ke arah baby yang sudah sedia menangis di dalam sebuah troli yang penuh dengan barang dapur, ‘baby ni nangis, tak lain tak bukan mesti mak dia tak bagi beli barang mainan yang dia nak la ni’ Wawa mengomel perlahan sambil mengatur tudung cotton yang dipakainya.

“hish, budak ni. Baby tu dah nangis awal-awal lagilah dan bukan pasal muka abang ni. Takde maknanye dia nangis sebab tengok muka abang yang sikit punya macho ni” Hashim mula termakan puji adiknya sambil tangannya memegang dagu seolah-olah dia mempunyai janggut.

Puan Kirana yang tadi senyap mula bersuara,

“hei, kamu berdua ni sudah-sudah lah bertengkar. Hashim, kamu ikut mama, dan kamu, Wawa pergi teman Mak Esah pilih barang dapur. Mane lah tau tak lama lagi ade yang datang nak pinang kamu, jadi kamu tu kenalah belajar sikit tentang masak memasak ni. Karang ade yang reject kamu jadi menantu.” arah Puan Kirana telah dikeluarkan. Wawa mula menarik muncung. Lantas bibir itik wawa dipicit oleh Hashim, terjerit kecil Wawa.

Mak Esah hanya tersenyum.

“ish, budak-budak ni. Kat sini jugaklah nak tunjuk ciri-ciri keluarga bahagia. Hashim! Jom follow mama”arah Puan Kirana untuk kali kedua. Hashim mengangguk.

“aik, troli pun mama nak bawa ke?” Wawa bertanya dengan muka blur.

“ye la, mama ada benda nak beli, Wawa ambillah troli sendiri” mama menjawab. Hashim senyum mengejek dan mula mencari ayat yang sesuai untuk mengenakan Wawa.

“heh, padan muka! Lain kali, tinggalkan lagi troli kat abang ye?” Hashim tersenyum puas sampai ke telinga.

Namun disedari oleh Puan Kirana, dan cubitan cap ketam berjaya mendarat di tangan ketak Hashim.

“Aduuh, sakitlah mama” adu hashim dengan wajah berkerut.

Wawa tersenyum puas, ‘padan muka abang!’ kata Wawa dalam hatinya dan Wawa menunjukkan thumbs up kepada mamanya.

#

Selepas 30 minit, tawaf di dalam pasar raya pelbagai keperluan dapur telah diperolehi oleh Wawa dan Mak Esah. Banyak info tentang masakan yang Wawa perolehi dari Mak Esah. Bagaimana untuk mengetahui sayur, ikan, ayam itu segar atau tidak. Wawa sendiri tidak menafikan akan kepentingan skill memasak. Dia nekad untuk menjadi seorang perempuan yang serba-serbi boleh.

‘Demi bakal suami tercinta, akan ku pelajari segala jenis masakan!’ penuh semangat Wawa menyatakan hajat hatinya. Tangan kanan di genggam sebagai tanda dia bersedia dengan segala dugaan masak-memasak.

‘aik? Apa kena dengan budak ni? Dia nak tumbuk siapa pulak ni?’ Mak Esah hairan melihat Wawa yang tiba-tiba mengengam tangan.

‘Eceh, siapa yang nak kat kau ni Wawa? Kalau ade lelaki suka kat kau, memang sah lelaki tu kayu, tunggul, besi dan lain-lain yang sama waktu dengannya’ satu suara difikirannya cuba melemahkan semangat Wawa yang tinggi.

‘adalah yang suka kat aku.. Aiman! Kau da syok kat dia ke?’ hatinya berperang sesama sendiri.

 Belum sempat dia ingin membalas kata-kata hatinya itu, mata berjaya menangkap kelibat seseorang yang amat dia kenali.

‘Alamak, budak skema tu la! Aduyai, dia datang sini. Matilah aku! Dia mesti nak buat report kat mama, pasal aku ni..’ Wawa sedang bermain dengan perasaannya. Mak Esah perasan akan perubahan mimik muka Wawa yang berubah kelat.

‘alamak! Mana nak lari ni, dia dah dekat dah’ semakin gelabah Wawa dibuatnya.

“assalamualaikum” Aiman yang berasa dunia ini miliknya.

‘Wah, dapat jugak aku melepas rindu. Jodoh aku dapat berjumpa Wawa kat sini. Syukur, permintaan aku termakbul.’ Aiman nak menolak troli yang 80% telah dipenuhi dengan barang-barang dapur bersama seorang wanita tua.

Wawa mengalih perhatiannya kepada wanita tua disebelah aiman, ‘mak aiman kot…. tak akan kekasihnya pulak, ko ni jah agak-agak le!

“waalaikumussalam!” salam disambut oleh Wawa dan Mak Esah serentak.

“Aiman? awak buat apa kat sini? Bukan ke saya dengar awak demam hari ni?” lembut kata-kata Wawa ala-ala menantu pilihan.

‘saya? Awak? Takkan la aku nak guna aku-kau kot, tak manis la. Depan mak Aiman dengan Mak Esah, aku kena jaga saham. Karang ada pulak yang reject aku nanti. Aik? Takut mak Aiman tak ambil kau jadi menantu ke?’ Wawa mengigit bibir, kerana fikirkan benda yang bukan-bukan.

“tolong umi aku…. Eh.. tolong umi saya memborong barang dapur. Demam? Eh, takde la saya sihat je” Aiman tersenyum hingga matanya pun tersenyum, eye smile. Matanya tidak lari dari memandang tubuh genit di hadapannya, yang bertudung ungu.

‘Cayalah Aiman! Dia, guna saya awaklah. Fine! aku ikut game Wawa jelah. Kalau tak ikut game dia karang, aku pulak kena kat sekolah nanti’

“Alhamdulillah, baguslah kalau awak sihat” wawa melentokkan kepalanya ke sebelah kiri, ‘bunyi macam muslimah sejati je kan?’ Mukanya di arahkan kepada wanita di sebelah Aiman, ‘ok, tudung labuh…. Ustazah ke?’

“aunty mesti ibu kepada aiman kan? Saya Wawa dan ni Mak Esah, mak angkat saya” lembut bicara Wawa kepada wanita yang bertudung labuh di sebelah aiman yang disedari hanya menjadi pemerhati dari tadi. Wawa terus menyalami tangan wanita itu.

“oh, ni la Wawa, cantik orangnya. Nama aunty, Syidah. Panggil Aunty Syidah” penuh karisma wanita itu bercakap. Sambil menghulurkan tangannya kepada Wawa dan Mak Esah.

Terpegun sebentar Wawa. ‘cantiknya, mak dia’

‘hehe, dia dah salam tangan umi kau. Good! Ciri-ciri menantu pilihan! Bagus sayangku. Teruskan usahamu’ berbunga hati Aiman melihat cara Wawa menghormati uminya.

“oh, ni ke Mak Esah. Mak cik dah sihat ke? Apa kata doktor semalam tentang sakit mak cik?” prihatin bunyi Aiman, macam bunyi bakal menantu Tuan Yusuf and the Family. Yelah Aiman kan dah menyimpan yang hasrat besar tu, ‘Aiman, gunakan peluang ni sebaik mungkin!’

Mak esah yang sure terkejut dengan pertanyaan anak muda yang di hadapannya. Mak Esah dengan muka yang hairan, ‘aik bila masa aku jumpa doctor? Aku ni da nyanyuk ke apa?’ namun matanya sempat menangkap mulut Wawa seperti berkata kata, ‘kata YA’.

“Ya.... Doktor kata takde kata ape, cuma doktor suruh berehat” mak Esah mula untuk kelentong anak muda itu, ‘maafkan mak cik ye nak. Sampai hati Wawa, kata aku sakit. Ish-ish-ishh, nak kena Wawa ni’ Mak Esah geram dengan perangai tak senonoh Wawa.

“Alhamdulillah, mesti Wawa ni selalu susahkan mak cik kan?” Aiman yang cuba bergurau.

Wawa yang tadinya hampir putus nafas, sebab sikit lagi kantoi yang dia menipu mamat skema menarik nafas lega. Aiman tak perasan, Mak Esah tengah kelentong dia. Gurauan Aiman tadi diabaikan, ‘eh eh, nak bermesralah pulak mamat ni. Kalaulah mak dia takde, ringan je tangan aku ni nak sekeh-sekehkan kepala otak budak ni’ geram hati Wawa.

“itu kau ke, syidah?” Wawa terdengar suara mama, dengan cepat dia menoleh.

“assalamualaikum Kirana, ye aku la ni. Siapa lagi….” jawab Puan syidah Aiman.

Apabila dua wanita di hadapan ini berpeluk, Wawa dan Aiman berasa sesuatu yang tidak kena.

“kenal ke?” serentak suara Aiman dan Wawa bergabung.

 “mestilah kenal, ni BFF mama la ni, nilah auntie Syidah yang mama selalu sebut tu”  jawab mama yang ternyata gembira.

Wawa yang cuba menahan dirinya daripada menjerit. Dia cuba memaniskan muka, menagawal emosi yang sedang bergelogra bak lautan cina selatan, ‘senyum wawa, senyum! Jatuh saham karang lagi susah’ Aiman? Dia mengerling ke arah aiman, ‘jeng! Kejadah mamat ni tersengih….’

Aiman sekarang bagai berada di heaven. Senyuman sampai ke mata dan telinga, kegembiraan di hati tidak dapat disorok lagi, ‘oh, ni bakal ke my mother-in-law. Senang nak pi pinang lepas ni. Hehe’ sukanya Aiman.

“ni anak aku, Kirana. Aiman namanya” Puan Syidah memperkenalkan Aiman kepada future mother-in-lawnya.

Hashim yang tadi hanya senyap menyampuk,

“Assalammualaikum, auntie syidah. Saya adik kepada Kak Kirana ni” Hisham tersengih lalu menyalami tangan wanita itu, sempat dia bergurau.

“Hisham nikan….” Puan Kirana senang dengan gurau anak sulungnya itu.

Aiman menelan air liur, terkejut dengan kehadiran hashim, ‘pergh…. Ni abang wawa? tegap…. Tercabar-cabar….’ Dia mengerling ke tubuhnya sendiri, ‘kurus….’ Dia mengeleng kepalanya.

“urmm, Wawa nak tahu tak tadikan abang masa online abang ada terbaca something kat tenet tau. Kalau boy and girl tu sebut perkataan yang sama pada waktu yang sama, they have fate together” Hashim mengusik Wawa.

Wawa mencebik, tapi Aiman tersipu-sipu malu. Loya tekak Wawa melihat wajah Aiman yang mula merah. ‘Somebody give me, a plastic bag! Nak muntah warna trafik light ni’

Wanita-wanita di situ hanya tersenyum dengan penuh makna. Seperti telah merencana sesuatu. Usai membeli barang keperluan, mama dan aunty Syidah berjanji untuk berjumpa di Old Town Coffe Shop Café, ‘urgh…. Kenape aku kene heret sekali ni!’

#

Kini mereka berada di Old Town Coffe Shop Café, cafe ini tidak jauh dari supermarket yang mereka pergi tadi. Masing-masing telah menempah air minuman dan makanan. kini Aiman yang duduk berdepan dengan Hashim juga sibuk berbual, diperhati oleh Wawa yang hanya duduk disebelah hashim.

 ‘apa yang lain dengan budak skema, hari ni ek? Jap, speck mata tebal dia dah pergi mana? Jatuh longkang ke? Weh, mata dia redup rupa-rupanya. Macam mata pengoda ada jugak. Rambut dia! Bebas dari segala gel, tu yang membuatkan rambut dia jatuh ke depan. Macam pelakon korealah. Oh, dia tak tuck in baju la hari ni. Memang la, dia guna sweater tak akan nak tuck in kot? fashion disaster la gamaknya nanti tak pasal-pasal masuk Channel E. Tapi hensem la dia buat macam ni langsung takda rupa budak skema, tapi abang Hotlah. Kalau hari-hari gaya Aiman the skema macam ni, boleh tangkap cintan aku!’

Lamunan Wawa terhenti apabila bahunya dicuit oleh hashim.

 “adik, kot ye pun da jatuh hati, jantung, perut dan sebagainya. Janganlah tenung Aiman tu macam nak tak makan sebulan, malu abang tau” bisik hashim dengan wajah tersenyum, ‘Tak senonoh betullah budak ni’ Hashim mengomel dalam hati.

 Mata Wawa terus membulat, ‘adoi kantoi lah pulak!’ Aiman kini berbual dengan uminya. ‘Nasib baik dia tak perasaan, kalau tak haru hidup diva aku’

Hati Aiman berdebar bila dirinya diperhati oleh Wawa. ‘Wawa sayang, janganlah perhati abang sayang awak macam tu, malu la. Ya Allah, kuatkanlah iman aku ni’ doa Aiman di dalam hati. Dia mencuri lihat wawa dengan hujung mata, ‘jangan risau, nanti abang pinang jugak Wawa, tunggu abang awak ni ye Wawa’ angan-angan mula dipasang.

‘alamak, dia da tak nak tengok muka aku ni lagi. Tak akan la dia nak jual mahal kot? Tau la awak hensem hari ni. Ish!  Aik? Wawa frust ke?’ Hatinya mula tak menentu ketika ini.

#

Sepanjang perjalanan balik ke rumah selepas reunion mama dan umi Aiman yang baru tak berjumpa 3 hari itu, tapi gamaknya tak berjumpa tiga tahun. Wawa telah di sakat kaw-kaw oleh hashim.

“kompang dipalu, pengantin baru!! Hoi” Hashim sakan mengusik. Stereng kereta di ketuk-ketuk perlahan. Dia seakan meraikan hari bahagia adiknya, padahal Hashim menyindir Wawa. Suka hatinya melihat wajah kelat itu. Wawa yang sedari tadi hanya membatu di sebelahnya, ‘one point for you hashim!’

“abang, janganlah bising! Bawak je la kereta tu elok-elok! Mama tengoklah abang tu, suka kacau Wawa. Benci tau!” Wawa mula merengek.

‘macam tu ke muka pembuli merajuk? Ish, tak percaya aku. Banyak jugak lah berita yang aku dengar. Wawa ni taiko sekolah aka kaki buli yang tak berdaftar sebenarnya. Berlainan sungguh perangai dia kat rumah dengan sekolah. Kat rumah bukan main gedik lagi dia nak bermanja dengan mama dengan mak. Kalah budak umur 5 tahun!’ Hashim mengomel sambil memerhati adiknya sudah berpeluk tubuh dengan hujung mata.

“kalau betul pun, mama tak kisah dan tak akan marah. Mama suka lagi adalah. Mama tengok budak Aiman tu macam baik je, sesuai sangat dengan Wawa. Lebih-lebih lagi dia tinggi macam abang Hashim, bukan ke Wawa suka lelaki yang tinggi-tinggi ni” Puan Kirana turut mengusik sambil matanya dikenyitkan kepada Hisham melalui rear mirror, ‘ya-allah permudahkan urusan kami’ doa Puan Kirana dalam hati.

“Mak, tengoklah dorang ni semua kacau Wawa” Wawa mula mengadu kepada mak angkatnya.

“Mak pun berkenan sangat dengan budak tu. Apa nama budak tu? Iman, aman?” Mak Esah lupa nama Aiman. Bakal menantunya.

“Aiman lah, Mak” Hisham membetulkan sebutan Mak Esah sambil tersengih-sengih.

“hah, Aiman. Ha’ah lah budak nama Aiman tu memang sesuai sangat dengan Wawa” Mak Esah turut join the group mengusik Wawa.

Wawa merasa mukanya panas akibat usikan bertalu-talu. Dia berasa sungguh malu dengan usikan itu, ‘ish bencinya, dorang ni geng siapa? Aku ke Aiman the skema tu? Lagipun, dah tak da orang lain ke dorang nak kenenkan untuk aku? Ni Aiman jugak, yang dorang kenenkan ngan aku. tapi kan hensem jugak Aiman tu sebenarnya. I like! Ops! Tak, tak, sapa suka mamat skema tu! Minta dijauhkan la, simpang malaikat 44’ Wawa cuba mengawal hatinya.

*komen yer... salam merdeka~

You Might Also Like

1 comment: