SBML

Stop Bully! My Love Bab 10

3:38 PM Unknown 2 Comments



Wawa yang terasa tubuh badannya ringan melayang ke udara. Tubuh badannya menghempap sesuatu.

‘aku dah mati.....’ getus hati Wawa sambil air matanya mengalir laju membasahi pipi.

“Aku tak sempat minta maaf dengan papa, mama, abang hashim dan Aiman yang skema. Aiman? Kejadahnya aku kena minta maaf dengan dia ni. Diana, Alya love you guys. Arios muchachos bebeh!” Jerit Wawa dengan tangisan yang kuat. Setelah seminit dua berlalu.

‘Weh, kenapa aku rasa ada nafas yang agak suam-suam kuku kat muka aku yang cantik manis ni ye? Aku belum mati ke apa?’


Perlahan-lahan Wawa membuka matanya yang dah’boom! Sepasang mata miliknya terus tertacap melihat wajah sang jejaka yang begitu dekat dengan dia.

‘Siapa lelaki yang hensem ni, mata dia warna hazel, kening dia punya main lebat, rambut dia lembut je, hidung dia mancung elok je rupanya, bibir merah yang sexy tu terukir senyuman manis, untuk aku ke? Dia pandang akulah’ Lantas lagu Misha Omar berkumandang di hati, ‘Bunga-Bunga Cinta’

‘alahai, aku masih hidup ke? Hehe.... Aku masih hidup la! Syukur Ya Allah!! Tapi siapa dia ni? Bidadara dari langit ke? Kenapa telinga aku ni, masih terdengar lagu Misha Omar ni. Aduhai !!’ haba dari bidadar langit seakan mengalir ke tubuhnya.

#

Aiman sememangnya masih terkejut dengan melihat tindakan selamba badak Wawa tadi, gadia tu tiba-tiba je berhenti di tengah-tengah jalan. Bunyi hon yang kuat, membuatkan dia terpaku seketika. Mulutnya dengan terkunci rapat tetapi tubuhnya memberi reaksi dengan laju. Syukur kerana kakinya yang tercipta panjang, dia mampu menarik Wawa ke sebelah jalan untuk menyelamatkan gadis itu. Then, in this moment Wawa landing baik punya dalam pelukan Aiman.

Tidak tahu di mana silapnya, Aiman gagal mengawal keseimbangan, mereka terjatuh dibahu jalan. Wawa yang dari tadi menutup mata, masih tidak sedar dirinya landing baik punya atas tubuh Aiman yang sememangnya keding lagi kering tu.

‘mak datuk, berat giler dia ni. Makan gajah ke apa dia ni? Tapi takpe demi cinta hatiku, ku rela! Wawa nak baring atas abang ni, sampai esok pagi pun takpe sayang....’ Aiman mengerang kesakitan kesan daripada hempapan dari Wawa. Kemudian dia mendengar Wawa berceloteh tentang kematian, kemaafan. Siap nak menangis bagai.

‘hahaha, luculah dia ni. Alhamdulillah! Nasib baik sempat, kalau tak naya weii, tak pasal aku duda di awal waktu. But wait a minute! Kalau aku tak senteng, dia sebut nama aku! Wawa sayang, sebut nama abang ke? Betul ke ni? Jap! Cermin mata aku mana?’ lantas Aiman tersenyum dan mata Wawa bertentang dengan sepasang mata miliknya.

‘comelnya muka Wawa aku ni. Mata dia ni yang selalu buat puppy eye, hidung dia elok terletak, pipi dia merah.... Malulah tu, bibir dia pun comel macam epal.... Aduh! Nasib baik, dia ni bukan yang halal untuk aku. Kalau tak sekarang juga aku nak rasa bibir comel ni’ Aiman mula menganalisa wajah Wawa yang begitu hampir dengannya.

Lama mereka dalam keadaan tersebut, degupan hati masing-masing memecut laju bak kereta Ferrari yang berada di Litar Sepang. Dunia ini bagaikan mereka yang punya. Rentak jantung bagaikan sudah bertukar irama dan satu perasaan aneh mula bersarang jiwa. Tiba-tiba Aiman bagaikan terdengar suara uminya La Ta’robu Zina’ dengan pantas dia mengejutkan Wawa dari mimpi indah itu. Dengan perlahan tangannya menepuk bahu Wawa. Aiman tidak mahu berlamaan begitu, nanti lain pulak jadinya.

Wawa seperti dikejutkan dari tidur, tersedar akan keadaan dia dan jejaka yang dihempapnya itu kurang sopan. Sentuhan lembut dibahunya tadi, membuatkan dia mula menyedarkannya dari mimpi indah ini. Dia pantas bangkit, dan menepuk baju serta kain pengawasnya dari debu jalan raya. Kain sekolahnya koyak sikit pada bahagian lutut. Tapi tidak dihiraukan olehnya. Perasaan malu yang amat mula menerpa dirinya.

Aiman yang terasa bebas daripada dihempap oleh objek yang beratnya melebihi 100kg ini, kini boleh tersenyum ikhlas, ‘Tadi tu, senyum paksa je la, control macho bro! Demi kekasih hati’

“kau ok tak?” Aiman bertanya kepada Wawa

“o…o.....k. Ka....au?” Wawa terkejut apabila sepasang mata penyelamat itu memandang matanya.

‘la AIMAN? No way man! Oh, patutlah lain je rupa dia ni, gel rambut satu kilo dia dah tarak la, pasal wuduk kot?’ Lalu mengesat air matanya di pipi.

‘cubalah dia kekal macam ni, hensem! Eh.... Baik jangan, nanti ramai pula yang syok kat dia ni. Tak boleh jadi! Wawa, back to your sense! Orang yang kau dok puji-puji tu, AIMAN! Aiman the skema, kau sedar tak ni?’ Ego Wawa cuba mengatasi perasaannya.

‘aku nangis depan dialah!! Bencinya’ malu Wawa apabila Aiman dapat melihat air matanya.

“aku ok je, tapi kau ada nampak tak cermin mata aku?” Soal Aiman yang melilau mencari cermin matanya. Tertunduk-tunduk dia sambil matanya dikecilkan untuk mengesan dimana cermin matanya.

Wawa yang malu dengan kejadian sebentar tadi, laju melangkah meninggalkan Aiman yang sibuk mencari cermin matanya sejurus dia melihat bas berwarna hijau berhenti di stesen bas seberang jalan.

#

Aiman yang terkejut melihat mata pergi tanpa ucapan selamat kepadanya. Dia hanya mampu tersenyum. Senyuman bahagia! Bahagia kerana dia berjaya selamatkan kekasih hatinya merangkap bakal isteri.

‘malu la tu. Tak pe, abang suka tengok Wawa abang malu-malu macam ni....’ Aiman senyum mengejek melihat Wawa yang terkocoh-kocoh menahan bas. ‘adoi, sakit pulak kaki aku ni’ apabila melihat seluarnya di bahagian lutut sedikit berdarah.

Apabila dia mula melangkah, dia merasakan kaki dia terseliuh.

‘Malang sungguh hari ni. Malang ke? Bahagia la weii!! Wawa ku sayang, tunggu la abang sayang mu ini masuk meminang! Kalau boleh malam ni jugak!’ Amboihh, gatai nya anak Puan Syidah ni…

#

Pada malamnya, lama Wawa berada dalam bilik mandi. Setelah selesai solat isyak tadi, dia menolong Mak Esah buka penutup botol cencaluk. Tetapi gas dalam botol itu terlalu kuat sangat. Penutup botol tu meletup dan isi-isi cencaluk mengenai wajahnya dan tubuhnya. Bau cencaluk yang semerbak itu, membuatkan dia tidak tahan. Cepat saja dia ke bilik air untuk membersihkan diri. Dia lalu nak makan malam itu kerana dia masih teringat akan kejadian yang memalukan petang tadi. Puas disental rambut dan tubuhnya sebotol shower dettol, akhirnya hilang juga bau cencaluk itu.

Bila teringat akan wajah Aiman seperti mengerang kesakitan seperti dihempap gajah, Wawa terus risau akan berat badannya. Seusai mandi, dengan masih bertuala Wawa mencari alat penimbang berat badan yang di letaknya di bilik persalinan baju. Tanpa membuang masa Wawa terus menimbang berat badannya, 47kg.

‘eceh, takde lah berat sangatkan. Ideallah berat aku ni. Aiman tu yang lembik. Belum apa-apa lagi, dah tak larat’ Tebal muka Wawa mengenangkan kejadian petang tadi.

‘Aku hempap badan Aiman yang keding tu, aku tenung wajah dia, aku menangis depan dia. Aduhaii! Hilang kredibiliti aku sebagai Diva P but wait! Ade tak budak sekolah aku tengok kejadian tadi. No way!’ tangis hati Wawa.

Ingatannya mula teringat akan wajah Aiman yang begitu hampir dengan wajahnya petang tadi. Sambil tangannya mengambil baju tidur di dalam almari baju. Wajah yang putih bersih itu mula bermain dalam otaknya sekarang. Bibir merah Aiman masih terpamer indah dalam kotak fikirannya ‘rasa nak pegang je bibir tu’ tersengih-sengih Wawa mengingati bibir merah milik Aiman. Rupa macam dah angau je Wawa ni.

“arghh! Macam mana aku nak berdepan dengan dia besok!!! Malu nyaaaaa!!” Jerit Wawa dengan sekuat hatinya apabila dia tersedar dari lamunannya.

“hoi! Beruk. Slowkan sikit volume kau tu, macam Pontianak nak beranak jelah!” Jerkah Hashim dari luar biliknya.

“oh mak engkau!” Wawa melatah, tercampak tuala mandi yang dia gunakan untuk mengelap rambut.

‘perrgh aku melatah kot? Tak coolnye. Nasib baik, tak dah orang kat sini.’tangis hati Wawa.

Untuk melupakan kejadiaan petang tadi, dia berlalu untuk menutup lampu bilik. Lampu tidur dibiarnya terbuka nak rasa suasana romantik kot....

“Masa untuk TIDUR!!!” Jerit Wawa intuk menghilangkan rasa hatinya ketika itu.

“woi, diamlah beruk!!” Hashim menjerit dari luar

‘aik? Abang aku ni buat camp fire ke kat depan bilik aku ni? Huh! Apa-apa jelah abang. Yang penting malam ni, aku nak mimpikan bidadara aku! Isshh!! Apa hal dengan aku ni!! AIMAN nyahlah engkau dari otak aku yang suci lagi murni ini. Pergilah main jauh-jauh, jangan dekat dengan aku lagi’ ngomel Wawa sendirian dan pada ketika ini, Wawa terlupa kertas esei Aiman.

#

Pada waktu yang sama di rumah Aiman, Aiman yang sedang melalui sesi bebelan dari tiga wanita yang terpenting dalam hidupnya; umi, along dan adik perempuan, Aimanah Nawatul binti Dato’ Rashid. Masing-masing tidak puas hati dengan Aiman yang tidak pandai menjaga keselamatan diri sendiri.

Aiman yang tidak berani menyatakan kejadian sebenar sebenar kepada umi, takut nanti hal ni akan sampai ke telinga mama Wawa, puan kirana. Aiman tidak mahu buah hatinya itu dimarahi oleh bakal mama mertuanya atas kecuaian melintas jalan. Dia juga amat yakin bahawa Wawa tidak akan membuat sebarang pengakuan kepada mamanya, tentang hal ini.

Aiman hanya mampu mengosok kepalanya yang tak gatal dan tersengih seperti kerang basi. Dia memandang Walidnya tetapi walid hanya memberi mimik muka muram sebagai tanda bersimpati melihat satu-satunya anak lelaki tunggalnya di ‘basuh’ cukup-cukup oleh wanita-wanita dalam rumah itu.

‘walid tolonglah angah ni!’ Aiman cuba  meraih simpati walidnya. Dia mencuba nasib dengan membuat puppy eye yang dipelajarinya dari Wawa yang tersayang.

“Syidah sayang, sudah-sudah lah marahkan budak tu, diakan tengah sakit tu. Kang tak pasal-pasal bertambah sakit budak tu karang” walid memujuk isterinya. Cuba nasiblah katakan....

“macam mana nak tahan, abang. Angah ni dah besar panjang, macam manalah boleh jatuh tangga ni? Siap luka dengan lebam satu badan. Tengok kaki tu hah!! Siap terseliuh! Kalau jadi apa-apa tadi macam mana? SPM dah nak dekat ni, apa-apa jadikan susah! Umi beli cermin mata supaya Angah dapat tengok dengan jelas. Ni tidak. Kenapa cermin mata tu dah tak elok ke apa? Tak kisahlah SPM tu tapi umi nak anak umi ni jaga diri elok-elok. Tak akan lah dah besar panjang masih tak pandai jaga diri” leter Puan Syidah. Dia kemudiannya menarik nafas setelah menghembus lava kemarahan. Panjang lebar syarahan Datin Syidah kepada anak lelakinya itu. Siapa yang tak sayang anak.

“berapa kali awak nak ulang dialog yang sama ni, sayang ku Syidah oi. Abang rasa abang dah dengar dialog awak tu dari sebelum budak tu pi klinik, balik dari klinik dan sampai sekarang awak ulang. Abang rasa lebih dari seratus kali awak ulang. Semenjak bila pulak sayang abang ni, jadi astro? Siaran berbayar tu....” Dato Rashid masih memujuk isterinya sambil berseloroh.

‘walid cayalah! Walid boleh! Malaysia boleh!’ Aiman keriangan apabila walid cuba menyelamatkan telinganya dari terus lebur malam itu.

“Dah la tu, angah naik la atas. Rehatkan badan tu. Besok angah nak pergi sekolah jugak ke?” Sambung walid.

‘isteri kesayangan aku ni, aku yang tegak lagi segak kat sini dia tak nak tanya apa-apa pun? Asyik-asyik anak dia je yang dia risaukan,... Habis aku ni macam mana? Lagipun dah lama jugak aku tak kena bebel. Mak aihh, rindunya! Aik? Rashid cemburu dengan anak ke?’ Dato Rashid berperang dengan hatinya sendiri.

“terima kasih walid! Hmm, angah kena pergi sekolah besok, tak boleh ponteng sekolah dah. Ada banyak tips yang cikgu nak bagi, untuk study last minute. Tinggal 3 bulan je lagi nak SPM ni” Aiman menyatakan hasratnya, padahal..... Sehari Aiman tak tengok Wawa boleh sasau dia dibuatnya.

“hmm, along, besok kamu hantar angah ke sekolah. Lepas subuh esok jangan terus tidur pulak. Ada faham along?” Arahan Dato’ Rashid telah dikeluarkan.

Aqilah mencebik, ‘ish, budak ni tak habis-habis nak menyusahkan orang! Nasib baiklah adik, kalau orang lain tadi dah ku sekeh-sekehkan kepala dia. Biar haus kepala tu!’ aqilah hanya mampu mengangguk.

“angah naik dulu ye, night” Aiman beransur naik dengan laju. Mimik muka uminya jelas tidak puas hati. Macam nak sambung membebel gamaknya, ‘cepat naik Aiman, cepat Aiman. Sebelum umi panggil kau balik’

#

Dengan langkah yang agak payah, Aiman sampai juga ke biliknya. Aiman terus berlalu ke meja belajarnya. Dia hendak menyusun buku mengikut jadual kelas besok. Dia terkejut apabila buku nota milik Wawa berada dalam beg galasnya. Ini mesti waktu dia tengah kelam kabut kemas buku nak pergi solat asar tadi.

‘aku rasa dah tiba masanya untuk meluahkan perasaan aku kepada dia, aku dapat rasakan Wawa ni jodoh yang Allah bagi untuk aku! Tapi aku malu nak luah depan dia. Nervous bro! Hmm, call? Tak romantic pulak, sat gi dia hang up. Kau juga frust menonggeng…. Macam mana ni ek?’ Aiman mula berdebat dengan diri sendiri sambil jarinya mengetuk permukaan meja belajar.

‘hah! Surat. Better tulis surat! Yup!! Tulis surat taklah malu sangatkan?’ dia terus mengeluarkan kertas kajang dari laci mejanya. Dia cuba mengarang ayat yang jiwang lagi power. Disebabkan dia tidak berpengalaman menulis surat cinta, hampir sepuluh gumpulan kertas kajang sudah dibaling ke dalam tong sampah kecil di sebelah meja belajarnya. Dia perlu mencari ayat terbaik untuk memastikan rasa hatinya dapat menyentuh hati si dia.

Setelah dua puluh tiga kali menulis dan mengoyak surat cintanya, Aiman telah menyiapkan surat cinta dia yang pertama dalam hidupnya. Dia melipat dan menyelit surat itu dalam buku nota Wawa. Dengan hati yang berbunga-bunga cinta, dia bagaikan tidak sabar menunggu hari esok. Aiman tidur bersama kenangan terindah yang berlaku petang tadi.

‘Wawa dalam pelukan aku tadi, first time aku pegang perempuan. Cantik betullah dia. Tengok dekat-dekat lagi cantik. Perggh! Makin tak sabar aku nak suruh umi pergi pinang dia. Tapi apa boleh buat belajar pun belum habis lagi, aku kena sabar banyak-banyak ni. Moga-moga Allah permudahkan bagi aku dan semoga Wawa itu jodoh aku dunia akhirat. Semoga aku bermimpi yang indah-indah malam ni. Wawa sayang abang datang!’


You Might Also Like

2 comments: