SBML

Stop Bully! My Love Bab 11

7:50 AM Unknown 1 Comments





Nissan murano 2.5 (A) milik Dato Mahathir tiba seawal 6.30 pagi di hadapan sekolah. Hakim melangkah dengan semangat yang berkobar-kobar sampai ke sekolah. Dengan berpakaian kemas, rambut pacak-pacak, beg galas puma berwarna hitam, jam tangan Oris elok je kat tangan dan dengan yakin dia melangkah masuk ke sekolah.

Melihat Hakim Dato Mahathir tiba di sekolah seawal 6.30 pagi merupakan sesuatu perkara yang teramat luar biasa bagi pengawas-pengawas yang menjaga pintu pagar sekolah. Kebiasaannya, Hakim akan tiba di sekolah 5 minit sebelum pagar sekolah ditutup. Al-maklumlah, hot stuff! Mana lah cun datang sekolah awal-awal pagi buta ni. Jatuh darjat deliquentnya.

‘aik mamat ni demam ke?’ getus hati pegawas lelaki yang sedang bertugas di pintu pagar sekolah, yang agak terkejut melihat Hakim datang sekolah pada waktu begini.

‘Abang Hakim ni da dapat hidayah ke malam tadi? Awal je datang sekolah hari ni?’ pengawas perempuan juga hairan melihat Hakim datang awal hari  ni.


Hakim tidak pedulikan wajah-wajah kelat yang memandangnya. Hatinya begitu teruja  dengan apa yang telah dia rencanakan semalaman. Dia juga tidak sabar untuk melihat buah hati jantung pisangnya, siapa lagi kalau bukan Wawa the diva. Begitulah keadaan Hakim setiap hari, dia tidak pernah ponteng sekolah demi untuk melihat Wawa. Walaupun Wawa tidak membalas cintanya apatah lagi memberi signal positif. Hakim menghadiahkan killer smile kepada pengawas perempuan yang bertugas di pintu pagar sekolah. Pengawas perempuan yang melihat killer smile tu confirmlah terpaku untuk seketika.

‘tak sangka!! Murah rezeki aku pagi ni.... Sukanya! Bertuahnya dapat bertugas pagi ni. Tak sia-sia bangun awal pagi....’ omel pengawas perempuan itu.
  
‘yelah. Takkan nak senyum untuk pengawas lelaki kot? Pfftt please! Aku tak bengkang bengkok, okay? I’m straight ruler guy! No doubt for sure!’ tegas Hakim di dalam hati.

Tubuh sasa itu mengatur langkah laju ke kelas, dan meletakkan kertas esei milik Aiman yang diambil semalam di bawah laci meja milik Wawa. Rancangannya sudah mencapai 60% peratusan, tinggal lagi 40% untuk berjaya.

#

Pada pagi itu, Aiman telah dihantar oleh alongnya di pintu depan sekolah. Aiman keluar dari kereata Porsche Boxster berwarna yang kuning. Dengan kakinya terseliuh itu, dia berjalan terhincut-hincut masuk ke sekolah. Namun matanya sempat menangkap susuk tubuh orang yang amat kenali, susuk tubuh yang pernah berada dalam pelukannya semalam.

‘malu!! Bukan sepatutnya aku suka ke?’ lalu wajah Aiman bertukar rona kemerahan!

Wawa yang kaget melihat Aiman dari jauh.

‘kenapa dia jalan terhincut-hincut ni? Dia terseliuh ke? Pasal insiden semalam tu ke? Tak kan lah pasal aku ke?’ perasaan ingin tahunya membuak-buak merebak ke seluruh badan. Namun ego dan reputasi sebagai Diva P harus dijaga, kalau ditegur budak skema tu, apa pula orang akan kata nanti. Gossip baru pula timbul. Kang tak pasal-pasal pecah rahsia Wawa dan Aiman buat drama Hindi. Wawa mengeleng kepala berulang kali sambil matanya dipejam rapat.

“Wawa, kau pening ke?” Tanya Alya kepada sahabatnya yang dari tadi asyik mengeleng kepalanya.

“takdelah, aku ok je” jawab Wawa sambil tersenyum kepada kawannya yang berpakaian baju kurung pengawas berwarna merah lembut. Alya salah seorang pengawas sekolah juga.  Lantas dia menegangkan mukanya kembali.

“kau belum buang air besar ke?”

“hah??”

“mengikut sains, faeces tu mempunyai banyak bahan toksik. So bila kita bangun tidur kebiasaannya kita akan rasa kepala kita berat dan pening. Ini kerana reaction toksik dalam badan kita. Mungkin disebabkan perkara ini kau pening kot?”

“ish kau ni! Cakap slow-slow sikit boleh tak? Buatnya orang dengar, malu aku. Jatuh reputasi aku yang berjaya lagi bergaya ni. Alah, kau jangan risaulah. Aku okey je, tak pening pun. Lagipun, aku memang dah ‘melabur’ sebelum datang sekolah tadi. So don’t worry okay?”

“pulak dah....baguslah kalau macam tu. Yang kau geleng kepala dari tadi tu kenapa?” Alya masih tidak puas hati.
“Aiman.....” Wawa terasa mahu mengigit lidahnya. Boleh pulak terlepas cakap.

“kenapa dengan Aiman?” Alya tetap tidak berhenti menyoal.

“weh, aku nak pergi jaga pagar sekolah dulu okey? Kau ada meeting dengan exco protocol kan? Baik kau sekarang, kalau tak bisik pula ‘mummy’ aku tu karang” dengan sepantas mungkin Wawa menukar topik.

“amboiih, sekarang da mengaku mummy ke?” Alya hanya mampu tersenyum. Faham sangat dengan perangai Wawa yang tidak suka disoal siasat.

Wawa hanya tersengih namun sengihan itu hilang sama sekali apabila melihat Aiman menghadiahkan senyuman dan melambai ke arahnya. Wawa kaku, dia buat-buat tak nampak dan raut wajah diseriuskan untuk membuktikan bahawa dia tidak nampak akan perbuatannya itu. Alya melihat keadaan itu, mula melambai kembali ke arah Aiman dengan senyuman paksa.

‘ahh, dia tak nampak kau kot’ Aiman hanya mengangguk dan berlalu sambil memujuk hati,

“Wawa, kau tak nampak ke dia lambai kau tadi?” Alya hairan melihat Wawa yang diam membatu macam Tugu Negara walhal dia yang selalu melaung pagi-pagi buta macam ni.

‘apa dah jadi dengan diva ni?’

“nampak…”Wawa menjawab pendek.

“habis tu, kenapa kau tak nak lambai balik? Tak pun, at least senyumlah kat dia. Malulah dia, kau buat macam tu” Alya geram dan hairan cap ajinamoto. Pelik dengan tingkah laku sahabatnya.

“tak kuasa aku, lagipun kau dah lambai dia kan? Tak jadi hal lah. Dah lah, aku nak jerit kat budak-budak yang datang lambat tu. Kau pergilah meeting. Karang lambat pulak.” Wawa berlalu. Alya hanya mampu mengeleng.

“hoi!!! Cepat la. Macam ayam nak bertelurlah korang semua ni. Cepat sikit berjalan tu! Hari-hari muka yang sama jugak. Tak serik-serik!” Wawa melaung sekuat. Dengan cara ini, dia cuba menahan hati dari berdegup pantas bila matanya bertembung dengan mata hazel milik mamat skema tu. Sesak nafasnya melihat wajah Aiman. Wawa dapat merasakan suatu perasaan aneh mula bermain dihatinya....

#

 “Wawa, buku nota kau. Aku terambil semalam. Maaf, aku tak perasan. Buku kau ni sama macam buku aku” tutur perlahan bila melihat wajah Wawa yang kurang senang dengan kehadiran dia di situ.

“oh, ok. Letak je kat situ” mendatar suara Wawa. Cuba mengawal nada suara yang bergetar.

“ok” Aiman terus berlalu pergi. Dengan langkah yang tidak bermaya.

‘dia ni kan. Tengoklah muka Diana tu tak sabar nak kenakan aku. Tak boleh ke bagi aku masa tak da orang? Heiii....’ geram hati Wawa.

Diana mengambil buku nota tebal Wawa dari Aiman sambil tersengih. Melihat tubuh Aiman berlalu dengan terhincut-hincut. Diana melancarkan serangan mamarazzi dari Channel E kepada sahabatnya.

“wei! Kau buat apa kat budak skema tu sampai dia boleh tempang hari ni, hah?” Bersungguh soalan Diana. Dengan dahi yang berkerut.

“takde apalah” ringkas jawapan dari Diva P. Jari telunjuk Wawa terus menekan dahi Diana untuk membuang kerutan itu.

“kau gaduh dengan dia semalam ke? Dari pagi tadi kau bad mood, dia lambai kau pun, kau buat tak layan je” Alya pun mengambil nombor untuk menyoal.

“takde apalah” mendatar suara Wawa.

“Ya Allah!! Aiman ada sentuh kau ke??” Diana berseloroh

“takde apalah” jawapan masih sama.

“dia pukul kau ke?” Alya pula yang berseloroh

“takde apalah” Wawa menjawab soalan macam orang tengah khayal

“kau ni, dari jawapan ‘takde apalah’, ‘takde apalah’. Tak standard langsung! Cuba guna ayat popular sikit, ‘No comment’ ke? ‘see you in court’ ke? Baru rasa macam artis sikit! Aku tanya kau ni, apasal kau macam ayam berak emas ni? Sah-sah kau dalam mood gaduh dengan mamat skema tu” gedik sungguh suara Diana yang dialunkan.

“macam mana pulak korang boleh gaduh ni? Siapa yang mulakan dulu?” Perlahan suara Alya menyoal.

“takde apalah!” Rasa bersalah menyelubungi hati Wawa.

‘dah lah kau tak ucap terima kasih, pastu kau buat bodoh je dengan dia. Mesti dia marah’ Wawa sedang berperang dengan hati dan perasaannya sehinggakan soalan-soalan dari sahabat-sahabat dunia akhirat dia pun tak dihiraukan lagi.

Alya perasan akan perubahan sikap Wawa. Dia tidak mahu terus serkap jarang dengan menanyakan soalan yang bukan-bukan. Dia kenal sangat dengan perangai Wawa, Wawa tak akan mengaku bila masuk bab-bab cinta ni.

“Wawa, you know what.... A wise person ever said Sometimes the heart sees what is invisible to the eyes’” Alya cuba menenangkan Wawa.

“betul tu Alya! Aku sokong. Kau jangan risau, apa pun keputusan kau tentang Aiman kami akan sokong. Good for you means a lot for us” Diana juga membantu menenangkan Wawa.

“janganlah monyok je. Tak bestlah” Sambung Diana

“settle down yourself okay?” Alya tidak mahu Wawa terus-menerus berperang dengan perasaan sendiri.

“thanks you guys!” Wawa terharu melihat kesungguhan Alya dan Diana yang cuba menenangkan dirinya.

“tapi kan..... Kau betul ke nak dengan Aiman” akhirnya terkeluar juga soalan itu dari mulut mamarazzi yang sedari tadi mulutnya ditahan-tahan untuk menyoal siasat sahabat baiknya itu.

Belum sempat Wawa menyangkal soalan cepumas itu, Cikgu Hafiza iaitu Cikgu biologi telah memasuki kelas. Faiz terus memainkan peranan pentingnya sebagai ketua kelas 5 Amanah.

“berdiri.... Assalammualaikum Cikgu” dengan lantang suara Faiz memberi salam dan diikuti oleh seisi kelas 5 Amanah. Serta diikuti bacaan doa sebelum memulakan kelas.


“Waalaikummusalam. Duduk semua” manis dan lembut sahaja tutur Cikgu Hafiza. Cikgu Hafiza memang dengan terkenal dengan sikap lemah lembutnya. Orangnya memang cantik, tinggi lampai, berspek mata dan mempunyai tahi lalat di tepi dagu dikirinya. Cek mek dari kelate. Ramai juga yang mencuba nasib, tapi hanya seorang yang berjaya mendapatkan hati Cikgu yang cantik manis ini. Cikgu fizik dari johor iaitu Cikgu Adif. Memang secocok je dorang dua ni. Berdiri sama tinggi duduk sama rendah. Sweet!

“baiklah kelas, saya ada bagi homework last week kan? Macam dah siap ke?” Cikgu Hafiza mula menyoal.

Kelas mula riuh rendah dengan suara pelajar-pelajar yang bermain dengan soalan Cikgu Hafiza, ada yang kata sudah, ada yang kata belum dan pelbagai lagi.

“kamu orang ni kan.... Urm, macam nilah. Saya nak Najwa datang kehadapan ni, dan buat mind map sekali dengan penerangan tentang apa yang kamu faham mengenai BMI. Make sure kawan-kawan kamu semua faham”

“baik cikguuuu....” Wawa menjawab malas. Dia terkejut dalam banyak-banyak umat dalam kelasnya, dia yang terpilih. BMI? Dia baru baca tadi, satu apa pun dia tak faham.

‘ni semuanya salah Aiman!!!’ matanya terus terarah kepada Aiman. Dengan pandangan yang membawa maksud you-are-done!

Mesej itu seperti sampai kepada Aiman, lalu Aiman mengganggukkan kepalanya.

‘yang penting Wawa pandang aku!’ Aiman tersengih-sengih sendiri. Hakim yang perasan dengan pandangan mata Wawa terhadap Aiman, terjentik rasa cemburu.

Wawa terus mengambil marker pen, dia cuba mengingati apa yang dibacanya tadi. Lama dia mendiamkan diri di hadapan white board itu. Dia cuba menulis tetapi dia terus memadamnya kembali.

“Wawa, awak tak baca ke apa yang saya suruh last week?” Cikgu Hafiza berkata sambil badannya bersandar pada meja guru. Wawa hanya tersengih sambil mengaru-garukan kepalanya yang langsung tak gatal tu. ‘Memang tak makan saman betullah Wawa ni!’ Cikgu Hafiza mengelengkan kepalanya. Matanya terus terarah pada seisi kelas.

“baiklah ada sesiapa yang boleh tolong Najwa?

Hakim terus tersenyum. Dia mahu menolong buah hatinya. ‘Setakat BMI, kacang je tu’ Baru sahaja Hakim hendak berdiri....

“Aiman, kamu tolong Najwa” Cikgu Hafiza terus memberi arahan. Mati senyum di wajah kacak Hakim. Malas dia nak berlawan dengan Mr. Bean itu yang dianggap bukan lawannya. Tetapi semenjak dua menjak ni, Mr. Bean itu cuba memberi saingan sengit kepadanya. Hati lelakinya cuba dibawa bersabar kerana dia menunggu hari rabu yang mendatang ini. Untuk melancarkan misinya.

Aiman dengan pantas berdiri tetapi langkahnya agak perlahan kerana kaki itu kan terseliuh. Kesian Aiman. Dihadapan white board itu, Aiman menulis dengan lancar apa yang dia faham mengenai BMI. Lalu dia terus menerangkan kepada seisi kelas apa maksud BMI.

“this is the scale of BMI measurement.
A BMI less then 18.5 is underweight,
A BMI of 18.5-24.9 is normal weight,
A BMI of 25.0-29.9 is over weight,
A BMI of 30.0-39.9 is obese,
A BMI of 40.0 and higher is severely (morbidity) obese.
What is Body Mass Index(BMI)  actually? BMI is to measure whether our height and weight is ideal or not. As you can see here, the ideal is 18.5-24.9. How to calculate BMI? Weight in (kg) divide by height in (m) times height in(m) = kg/m2. Thats all. Thank you” dengan penuh yakin dan semangat Aiman memberi penerangan.

“if someone in over weight line, what they should do and don’t? You supposed to be more specific. What did your said just now, quite general. People may mislead....” Hakim sahaja mahu menguji Aiman. Menyampah dia melihat Aiman begitu selamba dihadapan.

“diet, get plenty time of rest and do some exercise should be fine. In a week, make sure you have a time to do some exercise like jogging, sit up and etc. For muslim, there is no problem. Because we do a solat every day. Every movement will help your body stretching for a bit. By the way Hakim, good question” Aiman menjawab soalan itu dengan tenang.

“well done, Aiman. Najwa, lain kali saya tak mau macam ni lagi faham? Next time, kalau saya bagi homework. Awak kena study betul-betul okey?” Cikgu Hafiza menasihati Wawa.

Wawa seolah-olah berada di dunianya sendiri. Dia bagaikan terawang-awang dengan gaya selamba Aiman memberi penerangan. Dia pandang Aiman dengan matanya dikelip-kelipkan, digigit bibir bawah dengan perlahan, kedua belah tangannya diletak dibelakang dan kepala dimerengkan sedikit. Ada rupa minah miang dah Wawa ni.

‘ish! Hensemnya Aiman.... Kenapalah aku baru perasan? Kan ke elok aku perasan tentang hal ni awal-awal lagi. Cool betul cara dia bercakap, langsung takde stuck! Memang CD original bukan pirates. Sukanya.... Tapi tak kan aku ni tengah syok kat Aiman the skema ni? Mustahil.... Tapi bila tengok muka hensem dia ni.... Macam tak mustahil je’ kepala Wawa diangguk-anggukkan. Dia masih leka dengan dunianya.

“Najwa? Awak okey ke tidak ni? Yang awak tengok muka Aiman macam tu sekali kenapa? Awak tak suka dia tolong awak ke? Atau awak suka Aiman?” Cikgu Hafiza bergurau. Sambil tangannya memegang bahu Wawa dengan sentuhan yang lembut.

‘Wawa sayang, janganlah pandang abang awak macam tu sekali! Ikutkan hati nak ku cium muka awak tu! Wawa ni sengaja nak buat abang nervous lah’ Aiman gumam perlahan

“hah!!” Wawa terkejut apabila terdengar bunyi petikan jari ditelinganya.

‘adushh!! Sadis betullah kawan aku. Buat malu je. Kalau dah suka dengan Aiman tu cakap aje lah. Ni tidak’ Diana berkata perlahan sambil kedua belah tangannya ditekup ke arah wajahnya, kemudian dicuri-curi melihat dari celah-celah jari-jemarinya. Alya yang menjadi salah satu penonton itu, hanya mampu mengelengkan kepala.

“woi Wawa!! Kau ni tak cukup tidur ke apa? Boleh pulak mengigau dalam kelas! Agak-agaklah weii. Kau nak mimpikan si Aiman Mr. Bean ni, malam karang lah ye.... Kau nak mimpi yang syok-syok pun boleh jugak! Hahah” Fazli sengaja mengamatkan keadaan. Kelas riuh rendah dengan gelak tawa melihat gaya Diva p yang ditakuti lagi disegani itu.

Wawa malu dengan keadaan itu tapi sudah namanya Wawa, dia langsung tak makan saman. Dia boleh buat pekak badak. Dia terus berlalu ke tempatnya.

“Cikgu maafkan saya. Saya tahan kentut tadi. Hehehe. Weh, Fazli.... Mulut kau tu, minta cuci pakai clorox ke apa? Kau nak aku tolong sental kan ke? Macam bagus je kan?!” Wawa masih boleh cari pasal. Memang muka tebal!

“kentut ke da tercirit? Aiman.... Aiman.... Nasib kaulah dapat perempuan macam king kong ni!” Fazli masih melancarkan perang mulut. Dia sakit hati kerana cintanya tidak dibalas malah dimalukan pula dikhalayak ramai. Dendam lamanya terhadap Wawa masih berdarah. Perutnya tiba-tiba dicucuk kuat oleh Hakim.

‘potong betullah Fazli ni! Kau nak jodohkan si Mr. Bean dengan Wawa aku tu pesal?!’ Hakim tak puas hati....

“aduuhh!” Fazli mengaduh sakit.

“woi, cicak kubing.... Kau nikan sekali aku lastik! Patah semua tulang kau tu tau tak! Heii.... Tak padan dengan keding!” Diana cuba membantu Wawa. Seisi kelas pecah perut ketawa.

“diana ka…u” belum habis Fazli bercakap, Cikgu Hafiza sudah memotong.

“kamu semua ni kan.... Tak boleh ke senyap sikit ke? Dah-dah, sekarang ni saya nak re-call balik apa yang kita study sepanjang tahun ini. Buka buku teks kamu semua ye.... Baiklah, chapter mitosis dan meosis…....bla bla bla” Cikgu Hafiza tanpa buang masa meneruskan pembelajaran hari itu.

‘ish macam manalah aku boleh kantoi ni? Buat malu je! Hilang kredibiliti aku sebagai Diva sekolah. Aiman punya pasallah ni. Dia yang cuba mengoda aku!’ Wawa masih berperang dengan perasaannya. Matanya memandang Aiman yang sedang khusyuk mendengar penerangan Cikgu Hafiza. Tangan kanannya mula menongkat dagu. Sah angau! Diana tanpa membuang masa, cepat sahaja dia menyiku tangan kanan Wawa. Apabila dia melihat Wawa seperti orang yang betul-betul angau.


“oh mak kau!” Wawa melatah kuat tanpa sedar, apabila tangannya disiku oleh Diana. Seisi kelas mula menumpu kepada Wawa.

“kamu ni tak sihat ke Wawa? Saya nampak kamu hari ni lain macam je.” Cikgu Hafiza bertanya lembut.

“Sa....sa....ya okey Cikgu. Don’t wory, I’m just tired” Wawa cuba menghilangkan gugup dihati. Lalu matanya tanpa sengaja bertembung dengan dua mata hazel milik Aiman. Dia kaku begitu juga Aiman, tetapi apabila dia mendengar suara Cikgu Hafiza, dia cepat-cepat sedar… malu besar.



 Ps : komen ye...

You Might Also Like

1 comment: