SBML

Stop Bully! My Love Bab 9

1:55 PM Unknown 3 Comments


Sangkaan Wawa yang mengatakan library hanyalah untuk budak skema ternyata salah sama sekali. Selama sejam pertemuan antara Aiman dan Wawa tetapi perbincangan mereka hanyalah tiga puluh sahaja sebenarnya dan selebihnya masing-masing melayan perasaan sendiri dan keadaan itu telah diperhati oleh seseorang.

Terima kasih kepada mulut Diana the mamarazzi yang sentiasa kepoh apabila bercerita. Tidak pasal-pasal, Hakim terdengar perbualan di antara Diana dan Alya tentang perjumpaan Wawa dengan Aiman di library selepas waktu sekolah. Tahu sahajalah fakta tentang Diana, dia agak excited sikit kalau bab-bab gossip liar. Sampai tak sedar umat sekeliling sibuk tadah telinga mendengar gossip terbaru tu.


“aku rasalah kan, betullah Wawa dah syok dengan Aiman the skema tu. Tengoklah dua tiga hari ni, bila nampak je Aiman dia nak mengelak. Kadang-kadang boleh pulak dia bercakap sorang-sorang. Teruk betul symptom penyakit cinta Wawa ni kan?” Diana mula membuka cerita.

“aik? Apasal pulak? Jangan cakap benda yang bukan-bukanlah. Berdosa tau tak fitnah orang ni….” Alya tak suka apabila Diana mula mengarut. Fitnah itu lebih teruk daripada membunuh.

“mana ada aku fitnah diorang. Aku cakap benda yang betul-betullah. Kalau Wawa tak suka tak de nya dia nak jumpa Aiman kat library tu” Diana dengan cepat membalas kata-kata Alya.

“ye ke?” Alya terkejut.

“betullah! For your information my dear, diorang sekarang tengah discuss ‘berdua’ je kat library tu tau tak?” Bangga Diana dapat menyampaikan info itu, keningnya dijongket-jongketkan sebagai tanda puas hati.

“astaghfirullazdhim! Berdua? Kalau berdua pasti akan ada yang ketiga. Apalah nak jadi dengan Wawa ni? Jom kita pi library sekarang! Kita kena hentikan kemungkaran ini. Jangan bagi mereka berdua je, tak pasal-pasal kena tangkap khalwat nanti.” Alya tidak betah medengar perkhabaran itu. Dengan pantasnya, Alya menarik tangan Diana. Diana yang tengah bangga dengan cerita panas itu, terkejut apabila badannya terasa melayang. Pergelangan tangan kirinya ditarik kuat.

‘badan je kecik! Tapi kekuatan batinnya, bapak kuat........’ sempat Diana memerli dalam hatinya.

“weh, ko ni kan! Agak-agaklah. Bukannya dorang berdua-duaan kat library tu, ada ramai lagi umat kat library tu lah. Heii! Kau ni........ But wait a minute…. OH MY LV!!! Are you jealous my dear?” Sambung Diana sambil berseloroh dan tangan kanannya menutup mulut sebagai tanda terkejut.

“ merepek la Kau ni kan Dee, jangan cakap benda mengarut boleh tak? Tak baik tau buruk sangka dengan orang. Weh, kau memang tak nak pi library lah ni?” Alya masih cuba memujuk Diana.

“malaslah, aku dah penat ni. Nak jalan balik ke luar pagar tu pun aku dah tak larat, ni kan pulak nak ke library. Jauh tu........ Malas aku. Janganlah risau Alya, bukannya Wawa berdua gan Aiman je kat situ, ada jugak budak lain tu. Wawa tu masih waraslah, tak akan dia nak buat benda yang tak senonoh ni. Besides, dia dengan Aiman kot. Nothing will happen, if yes! That’s HOT! Dahlah, jomlah balik…” kini Diana pula yang cuba memujuk Alya. Senyuman di bibirnya masih lebar.

“tapi aku masih risaulah wei.....” Alya masih tidak berpuas hati.

“kau ni kan! Bukan ke kau cakap tadi tak baik buruk sangka. So, fikir je yang baik-baik okey?” Diana memujuk. Menyesal juga dia memberi tahu Alya tentang hal ini.

“yelah-yelah…. Tapi aku nak kau belanja aku makan pisang goreng kat depan sekolah tu ek? Laparlah” Alya mengalah.

“okey set! Small matter darling!” Diana dan Alya jalan keluar sambil berpimpin tangan. Tak sabar nak makanlah tu.

#

Hakim ternyata jelas terkejut beruk, babun, king kong and any other anthropoid species dengan berita tersebut. Dia cuba membuat pengesahan dengan mata kepalanya sendiri, manalah tahu Diana saja buat cerita. Hakim bergegas ke Library sekolah yang berada agak jauh dari kelasnya. Dengan mata kepala sendiri, dia merasakan dirinya seperti dipanah halilintar. Dia berdiri kaku di satu sudut di hadapan kaunter library. Berbulu matanya melihat satu pasangan yang tidaak sejati juga tidak sejoli yang asyik berbincang hinggakan orang sekeliling pun tidak dihiraukan. Sedangkan dia dengan Wawa sendiri pun tidak pernah berdua-duaan seperti itu.

‘cis! Tak guna kau Aiman, dasar budak skema tak sedar diri. Kau ingat kau pandai, kau boleh dapat Wawa la. Kau tunggu Aiman, siap kau lepas ni aku kerjakan’ Hakim mengepalkan buku limanya.

Kemarahan Hakim terhadap Aiman telah bertamu sejak dari tingkatan satu lagi. Setiap kali peperiksaan atau ujian bulanan, Hakim menyandang tempat kedua kerana tempat pertama akan diperolehi oleh si Mr. Bean tak jadi tu! Semua cikgu menyenangi sikap Aiman yang menghormati orang tua dan lain-lain yang sama waktu dengannya.

Keadaan yang begitu kontra berlaku pada Hakim, dia seorang pelajar yang nakal dan terkenal dengan perangai yang suka menyakat dan memainkan hati pelajar perempuan di sekolah, boleh dikatakan yang Hakim ini adalah versi Wawa lelaki.

Hakim seorang pelajar yang pandai, cuma dia tidak suka ada orang suka memintasnya dalam setiap apa yang dia lakukan. Baginya, kepandaian itu tidak semestinya perlu menjadi budak skema saja. Dia kononnya ingin membuat satu perubahan tentang persepsi orang mengenai hal ini. Bagi Hakim tidak salah nakal tapi bila bab study, dia serius. Namun tidak tahu, di mana silapnya. Aiman sentiasa berada ditempat pertama tanpa perlu belajar mati-matian. Hatinya sakit bukan kepalang apabila cikgu sentiasa membanding-bandingkan mereka berdua.

Disebabkan perangai Hakim, guru-gurunya tidak mampu untuk menegur sikap sambil lewanya itu kerana ayahnya adalah pengerusi PIBG dan antara penyumbang besar dalam majlis majlis di sekolah. Dia tidak menyukai keadaan tersebut, dia bukan disenangi oleh guru-guru kerana kecerdikkan tetapi ditakuti oleh guru-guru kerana ayahnya.

Hakim sedang giat merangka rancangan untuk mengenakan Aiman, bibir mula tersenyum jahat.

‘siap la kau, budak skema’.

Dia melangkah keluar dari library dan membuntuti Wawa dari belakang dengan senyap, dia mengekori dengan penuh hati-hati dari belakang. Tidak mahu kehadirannya disedari oleh Wawa dan Aiman yang kini berjalan di hadapannya. Perilakunya ketika itu seperti abang James Bond. Namun perilakunya itu telah menarik perhatian peminat-peminatnya yang ada pada sepanjang perjalanan dia ke surau.

Kelihatan seorang daripada kumpulan perempuan sedang melambai laju ke arahnya dan ingin menjerit memanggilnya. Hakim yang perasan dengan perilaku perempuan itu dengan pantas melambai kembali kepada perempuan itu sambil tangan kanannya diletak pada bibirnya menandakan senyap,

‘senyap lah benggong! Masa nilah jugak kau nak menggatal! Kalau aku kantoi karang, aku pastikan kau menangis petang ni jugak!’

Lantas perempuan itu menggangguk faham dan memberi senyuman miang rebung. ‘Alahai.... Kesian minah ni, kurang kasih sayang rupanye…. Punya jahat senyuman aku, dia masih boleh tersengih’ Tumpuan Hakim Dato Mahathir hanyalah buat Wawa dan Aiman, dia masih meneruskan watak abang James Bond yang tak berdaftar tu.

Hakim tersenyum puas apabila kehadirannya di situ tidak disedari oleh pasangan ‘bahagia’ yang kini telah berpisah di hadapan surau untuk menunaikan solat, lalu seorang daripada juniornya menegur dari belakang,

“assalamualaikum bang, jom solat” tegur junior lelaki yang sedang memakai kopiah putih sambil tersenyum kepadanya.

“walaikumussalam, oh ok-ok.... Masuklah dulu ye” Hakim yang ternyata terkejut dengan teguran toyol yang tetiba muncul dari belakang itu segara mengawal riak wajahnya,

‘adoi budak ni, bajet baik pulak dah. Nak solat pi je lah. Bising je!’ jerit hatinya namun wajahnya tetap dimaniskan.

“oh, ye lah. Saya masuk dulu ye” budak yang dikatakan toyol itu berlalu masuk ke dalam surau,

‘harap muka je hensem, tapi solat malas. Pirahhh, takyah senyum dengan aku lah. Aku tak hingin nak tengok. Astaghfirullazdhim! Aku ni apasal? Berdosa tau tak bersangka buruk, kejap lagi abang tu solat jugak…. Ke dia datang bulan….’ Budak toyol itu ketawa kecil dalam langkahnya.

Hakim menghantar pandangan nya sehinggalah budak toyol itu berlalu masuk ke dalam surau dengan pandangan matanya dengan senyuman palsu lagi plastic yang masih kekal di wajahnya.

‘solat? Relak sudah. Nanti-nantilah aku solat, sekarang ini aku ada urusan Negara untuk di selesaikan, dosa kalau tangguh’ dia kemudiannya berura-ura untuk berlalu ke tandas belakang.

Setelah mendengar suara imam mengangkat takbir untuk memulakan solat berjemaah, Hakim terus keluar dari tandas, berjengket-jengket dengan kadar laju masuk ke ruang pelajar perempuan dimana pelajar perempuan akan menanggalkan kasut sekolah dan disusun rapi di rak meletak kasut dan kebiasaannya pelajar perempuan juga akan meninggalkan beg galas mereka di ruang itu kerana keadaan surau perempuan agak sempit.

Mata Hakim melilau mencari beg galas berwarna merah hati jenama adidas itu. Matanya kini cuba menfokus satu demi satu beg galas di situ,

‘akim cepat akim, dorang dah rakaat ke 2 dah tu. Kenapalah perempuan semua suka pakai beg warna merah ni, ada pertandingan lawan kerbau ke apa. Semua warna sama je!’ namun matanya Berjaya menangkap sebuah beg yang amat dia kenali siapa pemiliknya, ‘itu dia’ Hakim gembira.

Dia lantas membuka beg itu sambil matanya memerhati keadaan sekeliling. Manalah tau ada orang yang lalu lalang dikawasan tersebut, tapi mustahil ada orang waktu-waktu macam ni da pukul 5 petang kot, cikgu pun rasanya da lama blah.

‘mana ni, takde pun’ tangannya pantas mengeladah beg Wawa

‘wow, oceanus body shop, lovely!’ dia mengukir senyuman apabila melihat botol perfume kecil dari beg kecil,

‘noted! Nanti aku beli yang besar sikit. Hish! Akim, lepas ini la kau berangan. Sekarang cari kertas tu!’

Wajahnya bertukar merah apabila tangannya memegang bungkusan putih yang agak tebal, ada hiasan bunga-bunga kecil di atasnya,

‘kotex.? Adoi, macam mana pulak aku boleh pegang benda ni. Pelik juga, kalau dia datang bulan, kenapa dia solat. Sah ke solat dia? Perlu ke aku cakap gan tok imam pasal hal ni? Makmun solat dalam keadaan diri tak disucikan. Ni mesti kes nak ikut Mr Bean tu solat. Wawa.... Wawa, solat ni jangan di buat main-main berdosa tau tak? Hakim, kau nak jadi pak lebai ke abang James Bond ni?’ cepat-cepat dia menyedarkan diri.

Sempat lagi dia memikirkan hal PMS Wawa. Dia mengetuk kepalanya sendiri, ‘apa lah kau fikir ini akim, tak akan la kertas esei tu duduk dalam ruang kecil beg ni, cuba lah kau geledah ruang besar beg ini. Common sense, bro!’. Pantas tangannya membuka zip ruang besar beg merah itu, dan mengeledah ruang itu.

Akhirnya benda yang dicari berada di dalam genggamannya. Dia tersenyum puas. Kertas esei Aiman dan Wawa dalam genggamannya. Rancangan telah mencapai 40% kejayaan. ‘you never know what I’m capable of, Aiman’ getus hati hitam Hakim yang lebih hitam dari tar jalan raya. Dia berlalu laju keluar dari ruang kasut perempuan dengan senyuman lebar dan gembira di hati seakan bunga-bunga di tahun baru. Dia baru melangkah pergi jauh dari kawasan itu, lalu dia bertembung dengan cikgu displin sekolah, ‘alamak mummy Wawa la’  dia kaget dan ingin sahaja membuka langkah seribu namun niat itu terhalang apabila namanya diseru perlahan.

“Hakim....” Puan Wan menegur anak Dato Mahathir yang dia telah labelkan sebagai hantu sekolah, kerana sering kali mendapat laporan dari pelajar akan perbuatan nakal pelajar tersebut namun terpaksa dia mendiamkan diri kerana mengenangkan Dato Mahathir yang mengamanahkannya untuk menjaga Hakim di sekolah.

“ye cikgu? Ada apa-apa yang boleh saya bantu?” Hakim menjawab, ‘mampus aku kali ni!’

Dia sememangnya benci dan teramat benci bertembung dengan raksasa andartu yang tak kahwin-kahwin lagi ini. Pernah sekali dia mencalar kereta raksasa andartu itu dengan menggunakan kunci motornya kerana cikgu tersebut memarahi dan menghukum dia di tengah-tengah kantin hanya kerana dia memotong barisan membeli makanan walhal pelajar sekolah ini memang tidak pernah pun beratur ketika membeli makanan. Kalau ada pun hanyalah lakonan semata-mata ketika raksasa andartu ini berada di kantin.

Dia yang berprinsip tidak mahu menjadi hipokrit terus memotong barisan bersama teman seangkatannya, Zainal. Selamba badak je, mereka berdua memotong queue. Raksasa itu apalagi, terus menghukum mereka berdua. Mata raksasa andartu tu ibarat mata helang bunting, cepat saja tangkap salah orang! Hukuman yang diberikan ialah buat push up 50 kali di tengah-tengah kantin itu. Mahu tidak naik hantu Hakim, apabila dimalukan begitu. Dendamnya terhadap raksasa itu tidak pernah padam.

Ingatan Hakim akan kejadian itu hilang, apabila telinganya menangkap soalan dari raksasa andartu itu.

“kamu ni dari mana Hakim? Bukan ke itu kawasan wuduk pelajar perempuan?” Tegas puan Wan menuturkan, ‘kau nak mengintai diorang ke hah, hantu raya!’ Puan Wan terkejut apabila matanya menangkap susuk tubuh hantu raya itu di kawasan surau, lebih-lebih lagi hantu raya itu berada di kawasan wuduk perempuan. Dia cuba mengawal kemarahannya.

“ehh? Ye ke cikgu? Maaflah. Manalah saya tak tahu. Tadi saya nampak anak kucing comel lari kat kawasan ini, tu yang saya kejar tu. Ok la cikgu, saya nak balik dulu, bye” Hakim memberi alasan yang paling ‘bijak’ yang pernah dia cipta lalu dia membuka langkah laju beredar dari kawasan, takut jika Wawa melihatnya di situ. Belum sempat raksasa itu membalas, Hakim sudah lesap dari pandangan matanya.

Puan Wan hanya menghantar Hakim dengan pandangan mata yang tajam bak pedang. Dia tahu yang hantu raya itu cuba mengkelentongkan dirinya, kerana tidak ada seekor pun kucing, bapak kucing, mak kucing, anak kucing dan lain-lain yang seangkatan dengannya berada di kawasan sekolah ini setelah sebulan yang lalu. Dia telah menangkap semuanya dan dibuang ke pasar ikan yang berdekatan, jadi mustahil ada seekor kucing yang terlepas dari pandangan matanya.

#

Usai menunaikan solat asar, Aiman beransur pulang ke rumah. Tetapi dia hairan melihat susuk tubuh Wawa yang sedang melangkah keluar dari pintu pagar depan sekolah. Wawa tidak menunggu di pondok depan yang berada disebelah pondok abang sekuriti. Langkah tuju Wawa seperti ke arah bus stop di seberang jalan.

‘Aik, takde orang ambil dia ke? Aiman, apakata kau naik bas je hari ni. Boleh jugak kau teman Wawa pergi bus stop’ Aiman membuka langkah seribu seperti supermen untuk mengejar Wawa yang melangkah laju.

Wawa terasa seram sejuk apabila merasakan dirinya diikiuti.

‘siapa yang kejar aku ni? I know that I’m hot. Takutnye. Well hello! Whatever it is, I’m still a girl okay! Mestilah aku takut. Walaupun aku Diva P. Aku tetap wanita yang lemah sey. Wanita? Teringat lagu siti nurhaliza, best lagu tu kan, apa lirik lagu tu ek? Perggh masa ni la pulak dah, aku nak main ingat-ingat. Ishh’ Tiba-tiba Wawa berhenti dari melangkah.

 ‘Kejap, sekarang ni aku dikejar oleh malaun mana. Teruk deh. Sekarang ni, jalan selaju mungkin. Wawa! Just imagine, kau atlet jalan kaki yang menyertai game Olympic’ Wawa  mengetap bibir dan melajukan langkahnya menuju bus stop.

Aiman yang di belakang terkejut apabila Wawa berhenti jalan. Dia berlari anak untuk menyapa Wawa. Tetapi tubuh Wawa mula melangkah lagi laju dari sebelumnya. Macam nak lumba jalan kaki.

‘Kenapa minah ni? Oit, Wawa tunggu la kejap. Abang Aiman awak ni nak saing sekali dengan awak ni, sayang’ Aiman hanya mampu menjerit di dalam hati.

Wawa semakin kaget mendengar bunyi tapak kaki yang semakin hampirinya.

‘cepat Wawa, cepat Wawa. Alahai, kenapa waktu-waktu genting macam ni bus stop kosong la pulak’ marah Wawa dalam keadaan cemas.

Ketika ini, perasaan takut sedang menguasai fikiran Wawa sehinggakan dia melintas jalan pun tanpa melihat kiri dan kanan jalan raya. Dia main redah sumbu, tanpa dia sedari, sebuah kereta pajero sedang memecut laju ke arahnya dari sebelah kanan. Belum sempat Wawa memalingkan muka ke arah kanan, dia sempat menangkap bunyi hon yang kuat datang dari arah kanannya,

“pin, pin,pinnnnnnnnnnn !!!!!!” Kereta pajero tidak dapat mengurangkan kelajuannya.

Wawa hanya terpaku di tengah jalan.

‘adakah ini pengakhiran hidupku? Ya-Allah!’ sempat Wawa berkata dalam hatinya dengan mengucap dua kalimah syahadah, Wawa menutup mata…....


You Might Also Like

3 comments:

  1. Tq tuk n3 baru..kena refresh semula...sbb dh lm tunggu...hehehe

    ReplyDelete
  2. Wa dh lama x dpt online ni bru berkesempatan rindu kat akim n husna
    Suspen jer mesti budak nerd tu selamatkan wawa x sabar ni tunggu next episode

    ReplyDelete