SBML

Stop Bully! My Love Bab 8

9:40 AM Unknown 0 Comments



Beberapa hari telah berlalu selepas kejadian di pasar raya, Wawa berlagak biasa apabila berjumpa dengan Aiman. Setiap kali bertembung dengan Aiman di dalam kelas, Wawa cuba memberi reaksi seperti tiada apa-apa yang berlaku di antara mereka berdua. Wawa dengan muka selamba bluehipponya. Aiman pula sudah kembali kepada bentuk asal, rambut disapu dengan satu botol gel dan disikat rapi. Cermin mata tebalnya dipakai kembali, contact lens nya pula yang terbang kali ini dan penampilan Aiman the skema?

‘Huh, TOO NERD!’ getus hati wawa. dia sendiri tidak sanggup mahu bertentang mata dengan manusia skema di depannya.


Pada petang ini, mereka telah berjanji untuk berjumpa di library sekolah untuk menyiapkan projek esei mereka bersama. Kelas tambahan di sekolah habis pada pukul 4.00 petang. Walaupun badan terasa sungguh letih dan lesu tetapi demi menyiapkan projek esei, mereka harus berkorban apa sahaja, walau terpaksa mengharungi badai gelora, ombak tsunami atau apa pun jua rintangannya! Akan mereka perjuangkan sehingga ke titisan darah yang terakhir. Aduh, sadis sungguh kisah mereka!

‘markah untuk SPM kot…. giler tak berkorban…. Karang terkorban!’ getus hati Wawa.

Mereka berdua memilih meja yang berdekatan dengan kabinet buku bahasa melayu, supaya senang untuk membuat kajian dan rujukan. Aiman duduk berhadapan dengan Wawa. Meja itu, dapat memuatkan seramai 6 orang. Keadaan perpustakaan yang selesa dengan penghawa dingin, ruangan computer dan set sofa. Petang itu, tidak ramai yang bertandang ke perpustakaan. Kebanyakan pelajar akan memilih untuk terus pulang ke rumah daripada stay sampai lewat di sekolah.

Bagi pelajar-pelajar yang digelar harapan sekolah, mereka akan mengambil inisiatif seperti mengulangkaji semula apa yang telah dipelajari mereka sehari suntuk. Ada pelajar yang membuat study group serta melakukan latihan bersama-sama dan ada juga lebih selesa belajar berseorangan kerana bagi mereka ini belajar beramai-ramai lebih menjurus kearah tidak belajar. Lain orang lain pendapatnya, hak masing-masing. ‘World are place with thousand thoughts and to generalized all thougths with one idea is nonsense! Merely just stupid!’ hati Aiman memberi hujah.

Aiman mula memerhatikan gerak-geri Wawa dari ekor matanya. Hatinya mula berasa walang apabila melihat kedinginan Wawa seperti tidak mahu melayan dirinya, ‘ape yang dah berlaku ni…. argh! Jangan senyap wawa sayang!’ jerit hati kecil aiman.

Lain pun kejadiaan Wawa, hatinya tidak tenang mengingati ‘tragedi supermarket’. Dia ingat lagi bagaimana dia memandang Aiman seperti mahu dia telannya Aiman hidup-hidup, ‘urgh! Kalau aku boleh pijak memori itu dah lame aku pijak!’

“Aiman, kau dah buat research tentang tajuk esei kita?” Wawa mula bertanya untuk menghilangkan rasa dihati. Percakapan ‘saya-awak’ hanya untuk paparan ketika bersama orang tua sahaja which is PG-13 dan bukan di antara mereka berdua ye, harap maklum, ‘saya-awak in reality is euiw! For me la, remember different thought!’

Wawa mengerling ke arah aiman yang masih memandang ke arah buku notanya. Bila lelaki itu mengangkat mukanya, dia segera melarikan pandangan ke siling. Malu! ‘kenapa aku rasa macam diri aku macam tengah dating dengan mamat skema ni ek? Ishh, apa yang aku fikir ni. Tengoklah mamat ni, dah kembali kepada bentuk asal’ sempat juga Wawa berangan.

“urmm, dah! Kau?” Aiman saja menduga perempuan di depannya itu. ini bukan kali pertama Aiman satu kumpulan dengan Diva P. tahu sangat perangai Wawa yang liat untuk menyiapkan kerja kumpulan yang diberi.

‘kalau dia da siap buat esei tu, malam ni confirm aku demam seminggu tanpa ubat!’ Aiman sempat memerli.

Aiman sedikit sebanyak memahami perangai Wawa, apabila melakukan kerja berkumpulan. Wawa sememangnya tidak akan menyumbang apa-apa idea yang bernas untuk memudahkan kerja kumpulan mereka sebaliknya Wawa lebih suka goyang kaki sambil mengarah itu ini. Oleh itu, tidak ada seorang pun hamba Allah yang sudi menerima Wawa. kalau pun Wawa dengan rela hatinya hendak join group member-member yang lain but sorry to say, umat-umat dalam kelas boleh buat don’t know. Tetapi hanya seorang sahaja Hamba Allah yang baik hati dalam kelas 5 Amanah kerana hanya dia sahaja yang sudi menerima Wawa bulat-bulat tanpa syarat, siapa lagi kalau bukan Aiman the skema. Hakim sudi untuk menerima Wawa join groupnya, tetapi Wawa yang tidak sudi. Eceh! Memilihlah pula.

 ‘Wawa, Wawa. Nasib baik abang sayang awak ni ada, kan.... Kalau tak, siapa nak tolong Wawa’ kata hati Aiman dengan riang bangga kerana dapat menolong pujaan hatinya.

“hurmm, belum lagilah. Sory la wei, a..a..ku.. A..a..ku.. Ada banyak hal kena urus, pertandingan kawad kaki KRS dah nak dekat, kelab alam sekitar pula nak buat gotong-royong hujung minggu ni dan aku sebagai pengerusi kelab kena buat surat untuk memaklumkan kepada guru-guru dan ibu-bapa pelajar. Sebagai pelajar contoh yang terbaik kat sekolah ni, aku mestilah kena tunjuk contoh teladan yang terbaik kepada guru-guru, pelajar-pelajar dan ibu bapa sekalian.” dengan penuh semangat Wawa menyampaikan hujahnya sambil tangan juga bergerak-gerak seperti menyampaikan hujah pidato, ‘luahkan alasan…. Luahankan jadual sekali!’

 “Sorry ye Aiman.” Sambung Wawa sambil mengerdipkan mata bulatnya untuk sekalian kali. Dia cuba memujuk mamat skema di depannya. Kelebihan mata Wawa yang da’boom tu mampu mencairkan hati lelaki yang memandangnya walaupun dia adalah Diva P. yang berjaya.

‘aduh!! dia buat puppy eye la pulak. Aduhh comel giler. Sekali aku cucuk mata tu kang. Ehh, tak akan la aku sanggup nak cucuk mata dia. But wait, since when dia jadi pelajar contoh ni? Everyone know she is totally Bully maniac person! Nonsense betul la minahchi ni. Tapi banyak gilerrrrrr kerja dia, buat benda alah macam tu boleh pulak tapi nak baca info projek sikit pun tak dapat. Takpe, takpe, demi Wawa ku sayang, abang sanggup!’ Begitu jauh Aiman mengelamun.

Wawa di depannya masih menunggu jawapan, ‘asal pulak tersengih mamat skema ni…. seram pulak aku….’

 “eh..takpe, takpe, aku faham. Aku pun dah siap sebenarnya. Tinggal tulis nama kau je” Aiman tersenyum bangga kerana mampu menolong kekasih hati.

“ni yang aku suka buat kerja dengan kau ni. Sayang kau Man. Kalau kau ni kucingkan da lama da aku peluk kau, but since you’re totally human and a straight guy, aku tak boleh nak buat macam tu heeheh” Wawa mengigit bibir bawahnya, dia baru tersedar akan kata-kata yang baru diluahnya, ‘adoi, cabul tahap babun, gorilla, king kong betul la mulut aku ni’

Aiman ternyata terkejut dengan bait-bait kata yang diluahkan oleh Wawa tadi, ‘cool bro, she just said she like ‘work’ with you, not love you. Be patient bro and chill. But bro, dia kata dia sayang kau!!!! tahniah!’ riang ria di hari raya hati Aiman!

Wawa yang kaget dengan perubahan di wajah Aiman, ‘dia dah perasan dah! Rasa nak tampar je mulut aku ni. Agak-agak aku lah kan, maybe breakfast pagi tadi aku terlebih makan gula kot, tu pasallah tetiba je mulut aku boleh cakap benda yang sweet-sweet ni’ getus hati Wawa.

“Aiman, boleh tak aku pinjam kertas esei yang ‘kita’ buat tu, aku nak buat rujukan sikit la, boleh tak?” Wawa cuba menutup keadaan yang semakin janggal.

“boleh je! Tapi ingat bawak kertas tu hari rabu ni, sebab kita kena submit papar esei ni hari tu jugak. Okey?” Aiman dengan rela hati memberi kertas esei itu kepada Wawa.

all right. By the way thanks!” Wawa berkata sambil mengenyitkan mata kirinya.

‘aduh! Mata aku pulak buat hal, apasal ngan aku hari ni? Dah rosak ke apa organ-organ dalam badan aku ni? Duduk dekat dengan mamat skema ni, memang boleh rosak semua organ-organ aku. Hei, tak boleh jadi ni! Balik nanti aku nak bawak mama buat check uplah. Sadis!’ wawa mengangguk setuju dengan cadangan di otak geliganya.

‘alamak! dia main mata pulak dah. Pergghh, nasib baiklah kau bukan bini aku, kalau tak lama dah aku ngap kau. Eh, tadi aku sebut bini ek, parah-parah! Umi tolong angah umi…. angah nak kahwin ni!’ Aiman hanya mampu tersenyum bila imaginasinya menjadi-jadi. Gatal!

#

Keadaan kembali sunyi di antara mereka berdua. Masing-masing melayan perasaan sendiri, Aiman dengan rasa debarnya dan Wawa pula memikirkan reputasinya sebagai Diva P. yang akan terjejas apabila dia berdua-duaan dengan mamat skema depan dia ni.

‘nasib baik lah aku kat dalam  library sekolah yang lenggang dari umat-umat yang suka kan gossip. Well ada ke, papa or mamarazzi bergerak nak masuk dalam library kan? Kalau ada pun, budak skema ataupun pelajar-pelajar yang betul khusyuk dengan study. So for today i’m save! Tapi kalau kaki kepoh macam Dee tu yang nampak aku berdua-duaan dengan mamat ni, confirm seribu peratus gossip ni akan keluar kat board sekolah pada waktu ni jugak’ wawa terus terbayang tajuk gossip oleh Diana;

‘Diva P. in love with the top nerd in school’

eiww, no way beb! Cepat Wawa, cepat cari idea untuk bla dari sini. Kang tak pasal-pasal, benda lain pulak yang jadi’ dia sudah mengelabah untuk melarikan diri.

Aiman secara tak sengaja melihat jam di tangannya ‘alamak dah masuk asarlah. Seruan Allah mesti diutamakan…. Kita lambatkan solat, takut Pencipta lambatkan rezeki. Nauzubillah!’

Belum sempat Wawa mengasah otak yang sedikit berkarat itu, Aiman sudah membuka mulut,

“erm Wawa, kita end our discussion here. Lagipun, dah nak masuk Asar ni, jom solat dulu” Aiman membetulkan cermin mata yang terlurut ke bawah.

“oh okey, kita kemas buku dulu la” Wawa lincah mengemaskan semua buku yang selerak diatas meja itu. Pen, pensil, pemadam, dan lain-lain peralatan masuk ke pencil casenya. Langkahnya dilajukan ke rak luar library di mana beg-beg sepatutnya diletakkan. Wawa tanpa membuang masa memasukkan semua buku-bukunya ke dalam beg galas adidas miliknya yang merah menyala. Warna kegemaran Wawa dari zaman kanak-kanak lagi.

‘fuh selamat, tak payah nak gali idea dalam-dalam. Selamat otak aku hari ni’ dalam diam Wawa keseronokan.

Aiman hanya mengangguk dan melihat Wawa seperti jet pejuang berlalu ke rak luar library. Aiman pun dengan segera berlalu ke rak luar, dia menyimpan buku-buku dengan pantas ke dalam beg Adidas berwarna hitam. Sepasanglah pulak dorang dua ni. Wawa melihat Aiman sudah siap mengemas barang-barang miliknya, terus mengalas beg untuk ke surau dalam kata lain nak blah dari situ cepat- cepat.

“ok Man, gerak dulu” Wawa berkata sambil tangan diangkat ala-ala tabik polis pencen.

“eh? Tak nak pergi sekali ke? Kan ke kita sama-sama nak pi solat?” soal Aiman.

“ha’ah lah lupa pulak aku? Jomlah, waktu asar dah lama masuk ni. tak baik melambatkan solat” Wawa tidak dapat mengelak lagi.

“ladies first....” ujar Aiman dengan gaya yang sopan.

‘eceh! nak tunjuk gentleman dia la pulak’ Wawa mencebik dalam hati sambil kepalanya dia anggukkan.

Sedang mereka berdua mengatur ke langkah ke surau, aiman merasakan dirinya dan Wawa seperti diperhatikan sepanjang mereka berdua berada library sebentar tadi. semasa dalam library tadi dia mahu melihat keadaan sekeliling ketika tetapi matanya tidak dapat dialih dari melihat wajah pujaan hatinya.

‘siapa yang perhatikan kami? ke perasaan aku je? Ye la, semenjak dua menjak ni kan, aku da jadi mamat yang terover perasaan. Lagipun siapa nak pandang kau, Aiman? Jangan perasan sangat...’ Aiman tersengih dengan perubahan dirinya.

“kamu berdua ni nak ke mana? Kenapa tak balik lagi?” tanya Cikgu Zanidah, penolong kanan sekolah.

“kami nak ke surau dulu, lepas tu baru balik” kata Aiman penuh dengan kesopanan dan kesusilaan.

“jangan nak berdua-dua pulak. Elok je nak buat pahala tak pasal-pasal dapat dosa. Saya tak campur hal kamu berdua saya cuma nak mengingatkan sahaja. Sekarang ni pergilah solat dulu” elok dan lembut je suara Cikgu Zanidah tetapi tetap kedengaran tegas.

“baiklah cikgu. Kami tau batas kami. Kami pergi dulu” Wawa juga dengan rasa hormat menutur kata. Dia tidak mahu lama-lama di situ, kang tak pasal-pasal pelajar-pelajar nampak mereka ditegur oleh Cikgu Zanidah jatuh pulak reputasinya kelak.

“yelah” Cikgu Zanidah terus berlalu pergi dari situ. Mereka percepatkan langkah ke surau.

‘Ish, malunya. Mesti cikgu sangka kami ada apa-apa….’ gumam hati Wawa.

*komen yer ^.^

You Might Also Like

0 comments: