HYGTGML
How You Get The Girl, My Love Part 3
Hot summer~
“do you know that I hate people who late…”
Ariana pantas mengalih pandangannya. Dia menelan air
liur berkali-kali untuk mengeringkan tekaknya yang basah.
“aria… look at me..”
Ariana terlalu takut untuk mengangkat kepalanya,
‘urgh! Kenapa mamat ni…’
“look at me… when I talking!” Suara haydar meninggi.
Dia sudah berdiri di depan Ariana sambil memeluk tubuh.
Terkejut dengan jerkahan lelaki itu, Ariana pantas
mengangkat kepalanya. Darah menyerbu ke mukanya. Cero muda itu tidak berbaju,
hanya Bermuda. Tubuh sasa yang terdedah itu boleh membuat jantungnya berdegup
kencang.
“aria…” panggil haydar dengan suara garau yang cukup
menggoda. Dia tahu apa yang difikirkan oleh gadis di depannya.
Ariana terus menarik matanya dari terus melekat pada
tubuh kekar haydar, ‘control yourself… jangan terkam jantan ni… dia bukan suami
kau!’ jeritnya.
“yes…” rahang Ariana mahu terjatuh, namun otaknya
laju berfikir. Wajah haydar yang basah dari mandian di dalam kolam renang itu
kelihatan begitu bersih, kacak, seksi. Rambut yang berjuntai di dahi lelaki itu
menitiskan beberapa titis air.
“why are you late?” Soal haydar lagi. Dia mengambil
peluang ini untuk menilik wajah jelita milik gadis di depannya, ‘dah dapat ngap
ke ni?’ tuala di bahu kecil yang tersangkut di bahu diambil dan diletakkan ke
atas kepala.
Ariana tidak mengendahkan soalan itu. Dia mahu
mengambil tuala itu dan membalut tubuh sasa lelaki itu, ‘terlalu bahaya….’
“why are you ignoring me?” Soal haydar lagi sekali
selepas selesai mengelap rambutnya yang basah.
Ariana masih membantu. Kini rambut haydar dalam
keadaan serabai,
“hot….”
“aria…. Saya minta awak jawab soalan saya, bukan
puji saya….”
Wajah Ariana berbahang lagi. Dia mahu berlari masuk
ke dalam kolam berenang itu. Suhu tubuhnya semakin meninggi!
“maafkan saya, encik haydar…” dia menapak ke
belakang apabila tubuh sasa haydar semakin merapatkan jarak, ‘wei… wei… nak
buat ape ni!’
“kenapa saya perlu maafkan awak?”
Ariana menelan air liur. Tekaknya terlalu kering.
Haydar ibarat matahari yang panas. Dia masih menapak ke belakang.
“sebab saya lambat….”
“another reason…”
“saa… ahh!” Ariana tersilap langkah. Tubuhnya bakal
menemui tanah. Dia masih menjerit sambil menunggu tubuhnya menemui bumi. Mata dipejam
kuat.
“can you shut up…”
“aaaaa…..” Ariana masih menjerit dengan nada kecil.
Mata dicelik. Wajah haydar di depan mukanya.
“baik diam, sebelum saya kiss awak…”
Dengan sepantas kilat, Ariana menutup mulutnya.
“good girl… sekarang ni, awak nak saya dukung awak
masuk dalam ataupun awak nak jalan sendiri?” Soal haydar. Tubuh Ariana masih
lagi berda di dalam pautannya.
Ariana sempat memikirkan tawaran ceo muda itu.
Otaknya sudah tidak mampu berfikir dengan betul, ‘dukung ke jalan? JALAN la
benggong! Kau sape nak kene angkat!’ marah hatinya.
“jalan!”
“okay….” Haydar melepaskan pautan pada tubuh gadis
itu.
Gedebuk!
“adoi! Sakitnya…” Ariana mengosok belakang tubuhnya.
Dia mahu menjerit apabila melihat tangannya,
“tanah?”
“oh, lupa nak bagitahu…. Semalam hujan…. Jadi tanah
jadi muddy sikit…”
“baju aku…” tangis Ariana dalam diam tanpa air mata
yang menemani.
“dah, jom masuk…”
Ariana mengerling tajam tubuh sasa yang melangkah
masuk ke dalam rumahnya.
#
“ni agreementnya…. Boleh baca… tahu baca English
kan?” Soal haydar dengan nada sinis.
Ariana mahu menumbuk tepat hidung mancung lelaki itu
sekuat mungkin, ‘tapi…. Masa depan lagi penting!’ dia mengambil tempat duduk di
meja kaca.
“tahu encik haydar…” handphonenya berlagu lagi.
Ketua lanun masih tidak berputus asa untuk menghubunginya. Dia mendengus
perlahan sebelum mematikan handphonenya.
Haydar kemudian muncul di sebelah Ariana. Dia masih
lagi memakai Bermuda. Tubuh sasanya dibiarkan terdedah untuk jadi free show.
Ariana mengetap bibir. Dia tidak mampu untuk focus
jika berhampiran dengan lelaki hot seperti haydar. Lebih-lebih lagi, yang tidak
berbaju, ‘boleh gila macam ni’
“bacalah, tunggu apa lagi?” Soal haydar dengan nada
hairan.
“encik haydar, boleh encik pakai baju tak? Tak sejuk
ke? Aircond tengah on tu” akhirnya Ariana Berjaya meluahkan isi hatinya.
“kenapa? Awak tergoda ke?”
“nope…”
“awak ada sesiapa ke sekarang ni?”
“takde…”
Haydar melekap tangan kanan di atas meja dan sebelah
lagi di kerusi yang diduduki oleh Ariana. Wajahnya ditundukkan, dan mata mereka
bertembung.
Ariana membisu. Dia seakan menanti sesuatu yang
keluar dari mulut lelaki itu.
“do you want me….” Soal haydar dengan nada berbisik.
‘gosh!’
“awak nak saya jadi….” Haydar memejam kedua belah
mata apabila handphone Ariana berlagu.
“sorry….” Laju tangan Ariana mematikan panggilan,
‘ish! Kacau betul lah ketua lanun ni…. Anak jin ni tak habis cakap lagi…’
Haydar melepaskan keluhan berat. Dia kembali merenung
dalam sepasang mata indah di depannya.
“saya su…”
“nobody! Nobody! But you! I want nobody, nobody but
you!” Handphone Ariana kembali berlagu rancak.
Haydar memejamkan kedua belah matanya sebelum
mendengus kasar.
Ariana menundukkan kepalanya. Menyesal kerana tidak
meletakkan handpohne kesayangannya dalam mode silent.
“pick up the phone…” arah haydar sambil berpeluk
tubuh.
Ariana tersengih sambil membuat muka seposen.
“haish…” lantas haydar menyambar handphone ariana
yang masih berlagu rancak. Dia menekan butang hijau.
Ariana mahu menghalang namun semuanya sudah
terlambat.
“hoi! Kau pergi mana, intern!!! Dah naik bengkak
jari aku tekan nombor kau!” Marah ketua lanun dengan suara lantang. Terdiam
satu department of engineer. Semua menarik nafas.
Haydar menjauhkan handphone dari telinganya. Dia
kemudiannya mengerling ke arah gadis yang sudah jelas riak takut,
“don’t worry babe, saya tak kan bunuh mamat ni…”
ujarnya dengan nada lembut.
Entah mengapa, Ariana melepaskan nafas lega apabila
mendengar kata-kata haydar. Dia seakan mempercayai lelaki itu.
“then let it be…” ujarnya dengan nada tenang.
“excuse me? Sape ni” encik sani menjauhkan
handphonenya dari telinga. Dilihat pada skrin handphone tersebut, INTERN. Sah,
dia tersalah nombor.
“Haydar, Way Tech Corp. Currently, Ariana is with me
due to our unfinished business… I will her back after we closed our deal”
haydar berpaling ke arah Ariana dan mengenyit mata.
Ariana yang terkejut, menerima kenyitan mata itu
dengan senyuman terpaksa. Kemudian sepasang matanya menjalar pada tubuh badan
haydar yang terdedah. Setiap pergerakan lelaki itu membuat badan kekar menonjolkan
otot-otot yang mengiurkan.
“okay… KLIK!” Haydar mematikan talian. Dia kemudian
berpaling ke arah Ariana yang sudah membetulkan tudungnya. Senyuman senget
tercipta.
“where were we?”
“baca benda ni…” ariana mengibas sampul berwarna
coklat ditangannya.
Haydar mengangguk, ‘proceed’
“dengan ini…”
“oi, awak ingat ni pertandingan choral speaking?
Baca sorang-sorang je la”
Ariana tersengih, ‘malu mak kau!’ kemudian dia
bersambung membaca kertas ditangannya. Dia membaca perjanjian tersebut hamper
sepuluh kali.
“ni perjanjian ape?”
“perjanjian kita berdua…”
“what?”
“aria, I think I like you…. So that’s why this
agreement was wrote up… by me” haydar memberitahu dengan bangganya.
Ariana cuba mengawal riaknya. Lelaki kacak yang
masih tidak berbaju itu baru sahaja meluahkan perasaannya dalam keadaan yang
tidak romantic, ‘what a confession is this…’
“so, awak setuju tak dengan tujuh syarat yang saya
bagi tu?”
“apa yang saya dapat dari perjanjian ni?”
“no termination contract….”
Teringat perkara tersebut, seram sejuk tubuh Ariana.
“deal?”
“I have to say yes…” demi kerja, demi tidak menjawat
jawatan tanam anggur. Demi ibu bapa tercinta. Demi tubuh sasa haydar, ‘eh!’
#
Encik sani dihujung talian masih terpinga-pinga
dengana apa yang didengarnya. Talian panggilan dimatikan.
“jap, haydar?” Dia berlari ke arah workstationnya.
Diselongkar semua paperwork yang bertimbun. Proposal project kepada way tech
corp. Matanya ligat mencari nama ceo syarikat tersebut.
Haydar dato syarif
Mulutnya tercenggang sebentar. Sesaat kemudian,
kepalanya digeleng-gelengkan.
“mustahil la, ramai lagi orang nama haydar….
Betul-betul…” dia cuba menyedapkan hatinya.
#
“okay, saya akan minta milana Photostat agreement
ni. Awak pegang satu, saya pegang satu, lawyer pegang satu”
“wait, sape? Lawyer?”
“aah lawyer la. In case, any one of us break rules…
pihak satu lagi akan dapat pampasan”
“kalau saya yang langgar syarat, saya lah yang kena
bayar pampasan kat encik?”
“yup”
“kenapa saya tak tahu ni? Takde pun dalam syarat?”
“oh, saya rasa awak tertinggal satu lagi document
dalam sampul tu…”
“eh, mana boleh… saya tak tahu benda…”
“haip!” Haydar meletak jari telunjuk di bibirnya.
Serta merta, Ariana terdiam.
“baiklah…” dia mengaku kalah. Kini dia sudah terikat
dengan jejaka idaman dunia dalam keadaan terpaksa-tapi-rela.
Haydar tersenyum puas.
“okay…. Saya nak balik ofis” Ariana bangkit dari
duduknya dan membuka langkah ke arah pintu kaca rumah.
Haydar memaut pergelangan tangan gadis yang tinggi
lampai itu, ‘dia pakai baju dua lapis ke?’ dia terasa ada pegelangan baju di
sebalik lengan baju kurung.
“ape ni encik…. Jangan pegang saya sesuka hati
encik”
Haydar tersentak sebentar. Jelas pada riak tertekan
pada wajah gadis itu.
“sorry…” dia pantas melepaskan pautan pada
pergelangan tangan ariana.
“tapi tukar baju awak dulu boleh? Kotor tu….”
“takpe…”
“no…. Jangan risau, saya ade plenty of lady
clothes….”
Wajah Ariana berubah menjadi riak annoying,
‘KAJIYA!’
“kenapa tengok saya macam tu?”
“takde ape-ape…”
“kejap…” haydar berlari ke dalam biliknya yang
terletak di tingkat atas rumah tersebut.
Beberapa minit kemudian, dia membawa beberapa baju
yang dilipat kemas.
“cuba tengok….”
Ariana mengaru kepalanya yang tidak gatal, baru
jeling dah tahu baju tu semua tak cukup kain. Namun melihat wajah bersungguh
haydar, dia membelek satu persatu baju yang berlubang, ‘baju ni kene gigit
tikus ke? Berlubang sana sini’ gumam hatinya.
“macam mana?”
“encik haydar saying…. Saya tak boleh pakai baju
macam ni… semua berlubang…”
“ala berlubang sikit je…” haydar cuba mengawal debar
di hati apabila dirinya disayang oleh gadis cantik itu.
“encik haydar, jangan ambil ringan perkara aurat ni…
macam encik ni, aurat lelaki dari mana sampai mana?”
Haydar terdiam sebentar.
“dari lutut sampai pusat…” ujar Ariana dengan nada
lembut.
Haydar mengangguk lantas dikerling tubuhnya yang
masih tidak berbaju, ‘alamak nampak pusat….’ Dia menarik pinggang seluarnya ke
pusat.
Ariana tersenyum kecil. Hampir sahaja dia ketawa
melihat gelagat haydar persis budak kena marah.
“encik haydar…. Takpe lah… saya balik macam ni je”
“apa kata awak guna baju saya…” cadang haydar.
Ariana terdiam.
Haha haha best2
ReplyDeletethank cik write
cute nk lgi
ReplyDeletebest..nk lgi..
ReplyDeleteCik writer cepat sikit sambung this one !
ReplyDelete