IFML

CERPEN : IF , My Love Part 1

9:29 AM Hunlove r 3 Comments






Dalam hidup aku, perkataan kalau selalu bermain di minda aku. Selalu membuat aku hilang arah. Selalu membuat aku menjadi takut untuk melangkah setapak ke hadapan. sehinggalah satu hari, aku dapat melupakan perkataan kalau dalam masa beberapa saat.

“boleh tak awak bagi saya tanda tangan awak?”
Wajahku mula terbakar dengan rasa malu yang melanda.
Lelaki itu menurunkan spek mata hitamnya yang ke hidung mancungnya. Kacak. Satu perkataan yang cukup menerangkan segala tentang rupa paras lelaki itu.
“excuse me…”
Suara dia berdendang di sebalik riuh rendah peminat di belakangnya.
“sa… saya…. Na…” gagap namun aku tetap menghulur buku di tanganku kepadanya. Mengharapkan lelaki itu sudi menurunkan tanda tangannya pada buku yang baru aku beli beberapa minit yang lalu.
Saat ini sama seperti pertama kali aku disuruh memperkenalkan diri di hadapan depan sewaktu darjah satu. Terkucil. Hampir.
Aku dapat merasakan wajahku semakin merah bak buah delima yang ranum apabila lelaki itu tersenyum memandang ke arahku sambil tersenyum. Kepanasan yang aku alami kini bertambah apabila semakin ramai perempuan mula berpusu-pusu menghampirinya dari belakang. Tudung yang tersangkut di kepala mula serabut apabila ada hamba allah seakan menariknya dari belakang.
Sakit.
Mulutku ingin memaki tetapi itu bukan caranya.
Lelaki itu mengambil buku yang aku hulur lalu ditanda tangan buku dengan penuh indah, lalu suaranya berkumandang lagi.
“nama siapa?”
“thalia…”
“cantik nama tu…”
Saat itu aku merasakan bumi seakan berhenti berdetik.
Satu.
Dua.
Tiga.
Meletup!
Jantungku berdegup kencang.
“terima kasih…”
“ni buku nye…” lelaki itu menghulur buku yang siap ditandatangan dengan senyuman indah di wajahnya.
Usai menyambut buku tersebut, aku ditarik dari belakang. Sekali lagi, aku ingin memaki tetapi itu bukan caranya. Buku ditangan aku pegang dengan kejap. Tudung di kepala aku atur dengan baik.
Melihat suasana yang riuh rendah di depanku, aku berpaling dan melangkah pergi. Penulis muda, lelaki, kacak, sado, sempurna di mata setiap pembaca dan peminatnya. Tetapi aku lebih meminati imaginasinya. Tidak dinafikan rupa paras ala-ala model cukup meragut hati yang dara tetapi aku hanya mampu bermimpi. Aku membuka buku yang ditanda tangannya.
Mikael Denis
Aku tersenyum. Aku cuma gadis yang biasa. Hidup biasa. Rupa paras yang biasa. Otak yang biasa. Aku akui aku bukanlah pilihan pertama lelaki dek rupa aku yang agak kolot di dalam pemakaian tetapi aku yakin suatu hari nanti. Aku akan berjumpa dengan si dia. Aku akan membuat tulang rusuk kirinya bergetar.

p/s: cite ni akan diupdate very frequent.... saje pos pendek2, sbb tak nak bagi blog ni mati.... hew2... btw, perasan tak nama hero tu....

You Might Also Like

3 comments: