IFML

If, My Love Part 2

8:09 PM Unknown 1 Comments




Dalam sibuk berangan, aku bertembung dengan seorang wanita. Masing-masing terjatuh di atas lantai.

Sakit pada punggung dek jatuh di atas lantai marmar. Perkataan kalau mula menjegah ruang hatiku.
Kalaulah aku tak berangan.
Aku segera mengangkat wajahku untuk melihat gerangan yang aku bertembung, merah mata menyala milik wanita yang di depanku.
Mak aih, vampire ke dia ni…
Lama kami bertentang mata sebelum wanita itu tersenyum. Sekilas pandang, wanita itu persis seperti wanita yang berkerjaya.
“sorry cik…” laju aku bersuara sebelum segera bangkit dari dudukku di atas lantai. Nasib baik aku memilih untuk memakai seluar instead of skirt labuh. Aku segera menghulurkan
“takpe, salah saya jugak…” dia menyambut huluran tanganku.
Aku dapat merasakan kesusahan wanita itu untuk berdiri dek memakai skirt yang cukup tinggi. Mulutku ringan nak mengkritik tapi perkataan kalau mula menghalang.
“thanks….” Wanita itu melempar senyuman paksa.
Belum sempat aku membalas senyuman dia, wanita itu terlebih dahulu berlalu pergi sambil bercakap dengan telefon.
Aku tercenggang dengan perilaku wanita itu. badak sungguh.
Mungkin dia ni ceo syarikat kot… tu busy semacam.
Sesaat kemudian, Aku tersedar bukuku terlepas dari peganganku. Mataku melilau mencari buku yang aku baru aku beli.
Belum sempat aku meyambarnya, satu tapak kasut dari manusia yang lalu lalang telah memijak bukuku.
Sekali lagi, ingin aku maki tetapi itu bukan caranya. Aku seorang gadis muslimah yang lembut perilakunya. Tak boleh.
Aku cepat-cepat menyambar buku tersebut sebelum dipijak oleh manusia sejagat yang lain. khuatir buku aku menjadi alas kaki masyarakat mall.
Kemudian, sepasang mataku menangkap sebuah telefon bimbit. Mahal. Samsung edge terdampar di atas lantai mall. Tanpa aku sedari, mulutku ternganga.
Handphone mahal tu!
Aku mengambil handphone tersebut dengan segera. Saat ini, telinga aku terngiang dengan suara ibu. Jangan ambil hak orang lain, dosa!
“siapa punya handphone….” Gerak hati aku dapat merasakan handphone mahal ini milik wanita sebentar tadi.
Aku berpaling, cuba mencari wanita berskirt tinggi. Tiada. Aku cuba mencari kaunter pertanyaan namun niat aku itu terpaksa dibatalkan apabila KUN ANTA berlagu riang.
Incoming call
Ibu
“hah! Tadi kata sekejap, ni berjam-jam…. Kamu beli buku ke, terbit buku!?”
Aku pantas menjarakkan handphone dari telingaku. Tanpa perlu meletakkan mode speaker, suara ibu sudah dapat di dengari dari jauh.
“ye ibu, sekejap ye…”
Aku memasukkan handphone mahal itu ke dalam beg sandangku bersama buku. Handphone murah hitam putih aku seluk ke dalam seluar.
Rutin harian malam jumaat aku bermula dari sekarang!

*p/s next part! :D
 

You Might Also Like

1 comment: