IFML

If, My Love Part 6

12:40 PM Unknown 2 Comments




“Mak cik” Mikael menghulur beg plastik lutsinar ke arah ibuku.
Aku masih lagi membatu.  Bagaikan masa seakan terhenti apabila melihat penulis buku terkenal, yang kacak, yang digilai ramai gadis.  Mikael.

“Haa...  Terima kasih la ye..  Penat penat je kamu ye... LIA!!! “ pekik ibu dengan kuat.
Jika aku mampu, aku mahu menutup mulut ibu pada saat ini.  Jarak aku yang hanya beberapa langkah yang dari ibu sudah cukup sekadar bercakap dan bukannya menjerit.
“ibu”
Aku tersenyum. Awkward!
“Haaa,  ni kawan kamu...  Nama ape tadi?”
Aku mengerling ke arah mikael yang tersenyum lebar. Senyuman yang terukir pada bibir merah lelaki itu sememangnya mampu membuat setiap yang melihat cair.
“Mikael, mak cik”
“haaa, Mikael…. Kenapa kamu nak jumpa Lia?” soal ibu sambil mengerling ke arahku.
Aku tersengih lagi. Tidak selesa. Lelaki itu hanya datang untuk mengambil barang kepunyaannya, bukannya datang untuk disoal.
“ouh, saya nak….”
“ibu, pelanggan” suara abang faris dari belakang.
“ya allah, ibu lupa” ibuku berlari ke arah periuk besar. Sudah ramai pelanggan berkerumun menanti nasi goreng yang bakal di masak oleh ibuku.
Kini, aku dan dia. Berdepan. Tanpa bicara. Masing-masing seakan malu bersuara.
Kau mesti bercakap! Lia!
“aaa…. Handphone encik mika….” Dia seakan tersentak mendengar suaraku. Matanya membulat bagaikan tidak percaya.
“lia!” ibu memekik.
Bicara aku termati di situ.
“tambah minyak dalam kuali tu, pastu tolong tengok ayam dalam periuk tu”
Aku mengangguk. pada saat ini adalah masa klimaks untuk setiap penjual pasar malam.
“maaf ye encik, saya buat keje sikit” aku mengigit bibirku. Disebabkan aku lambat bersuara, Mikael terpaksa berada di sini.
“janga….” Aku seakan mendengar dia bersuara namun ibu memotong lagi.
“Mikael! Tolong layan pelanggan tu” ujar ibu.
Aku ternganga, aku memandang ke arah ibu. Ibu tersenyum lebar. Aku mengalihkan pandanganku pada wajah Mikael. Jelas lelaki itu terkejut dengan permintaan ibu. Lebih mengejutkan aku bila dia mengangguk.
Adeh…. Ni semua salah kau! lia! Handphone dia ade je dalam poket seluar kau!
“adik, jangan mengkhayal…. Ayam tu tengok” tegur abang faris sebelum berlalu ke arah ibu.
“lia? berapa ringgit satu nasi ayam?” soal Mikael dengan mengejut.
“hah? Ouh! Nasi ayam, 3 setengah” ujarku dengan awkward.
“3 setengah kak” ujar Mikael pada pelanggan yang di akhir 30an.
“kamu ni kacak…. Akak beli ye” wanita itu sempat memuji.
Selepas itu, pelanggan di geraiku semakin ramai. Rata-ratanya pelanggan wanita dan setiap kali urusan jual beli berlaku dengan Mikael. Pastikan kedengaran bunyi pujian.
“kak!” seorang budak berbaju sukan sekolah lengan panjang dan bertudung menegurku.
“haa, ye”
“boleh minta nombor phone abang tu tak? Saya malu la”
Aku tersentak. Sedikit rasa cemburu dan marah menyelinap di hatiku.
“maaf dik, abang tu dah ade orang punya…”
“ye ke…. Alaa”
“nak beli ape-ape tak?”
“malas…”
Aku mengecilkan mataku ke arah budak perempuan itu.
Kuang ajaq!
Aku mengerling ke arah Mikael yang sedang melayan pelanggan wanitanya. Sungguh lelaki itu terlalu cemerlang dalam melayan pelanggan wanita. Baju yang dipakainya mula lencun, menampak susuk tubuh di sebalik baju yang basah itu. dari sisi, aku mampu meneka betapa sempurnanya tubuh itu tanpa baju. Apatah dari sisi depan.
“terima kasih, datang lagi….” Ujar Mikael sambil menghulur beg plastic ke arah pelanggan wanita.
“cantiknya tangan awak…” puji satu wanita itu.
Aku dapat melihat wanita itu seakan menyentuh jari Mikael.
“terima kasih”
“encik Mikael…” panggilku sambila menanggalkan apron.
Mikael berpaling ke arahku.
Memang sah!
Tubuh lelaki itu terlalu jelas pada mataku saat ini.
Tanpa berfikir panjang, aku menjongket kaki untuk menjejak tinggi lelaki itu. aku menyarung apron pada leher lelaki itu.
“pakai apron ni….”
Aku sedar perbuatan aku sebentar tadi adalah perbuatan seorang kamikaze. Lebih-lebih lagi di depan ibu dan abangku.
“jangan panggil saya encik…. Panggil mika je”
Wajahku berbahang. Wajah kami berdua terlalu dekat. Mikael tersenyum.
Aku cuba menyahkan rasa yang bergendang di hati.
“lelaki dan perempuan yang bukan mahram tak boleh bersentuh, dosa…. Encik...”
Mikael membulatkan matanya.
“eh, awak…. Eh, mika…. Cuba elak dari bersentuh dengan mereka”
“noted that cap!”
Aku berpaling ke belakang. Mata kedua ibu dan abangku melekat pada wajahku.
Im dead!

p/s: Sorry lambat update! there is a missing part in this cerpen, so it takes time for me to write it back! anyway! what will happen!? komen neh!

You Might Also Like

2 comments: