MiniEnovel,
MiniNovel : Your Toy, My Love part 4
Sewaktu edd menapak ke kantin sekolah, semua mata
pelajar dan fasi melekat pada pasangan yang baru tiba. Suasana yang tadinya
riuh kini bertukar senyap.
Edd mula cuak.
Aku salah pakai jubah ke?
“kenapa mereka senyap?”
“entah…” tiya sendiri keliru. Pantas dia mencari kelibat
jihan. Sesaat kemudian wajah jihan dengan senyuman tersipu-sipu melihatnya,
Dah kenapa dengan kawan aku ni….
Jihan terus menerpa ke arah tiya dan edd. Sungguh
bersinar wajah edd apabila memakai jubah itu. perbincangan tentang pembawakan
program bermula lagi.
Pada saat itu, edd mengambil kesempatan menilik fasi
lelaki yang lain,
Dorang pakai seluar ke tak…
Diintai satu-satu fasi lelaki….
Ish labuh la pulak jubah dorang ni…
Kemudian, ketua fasi program, harris datang ke arah
mereka. Edd tersenyum, dia datang mendekati lelaki itu. lantas tangannya
menarik sedikit hujung baju harris. Bibirnya mengukir senyuman apabila melihat
hujung seluar disebalik jubah harris.
Thank god!
Tidak perasan perbuatannya itu diperhati oleh jihan
dan tiya. Bila terdengar tiya berdehem, pantas jubah harris terlepas dari
pegangan edd.
Ape dia nak buat tu…. Ish!
Dalam masa yang sama, tiya dan jihan cuba mengawal
ketawa mereka.
“kami dah bahagi team, anti dengan edd satu team….”
Ujar harris.
Tiya mahu menggeleng kepalanya. Imej edd yang tidak
berbaju itu masih segar di kepalanya. Jika dia berkumpulan dengan lelaki itu,
imej pasti melekat di mindanya.
Edd pula melepaskan nafas lega. Sungguh dia mahu
melompat dan berguling kerana mendapat tiya sebagai partner.
“eh, senyum sorang-sorang pulak dia….”
“group ana, group nombor berapa?” soal tiya kepada
jihan.
Ni lagi sorang…. Senyum saje!
“group nombor tujuh….”
Edd baru tersedar sesuatu yang ganjil di dalam
perbualan dua orang sahabat itu.
Ana-anti? Selalunya aku-kau-saya-awak je…
“oh! Ok… syukran…. Jom edd”
“good luck…” ucap jihan kepada tiya dengan edd.
“sape group tujuh? Jom berkumpul kat tepi dewan!”
“kami!” suara budak perempuan dengan pitch yang
tinggi kedengaran.
Tiya terpaksa membulatkan mata. Kenapa seorang je
pelajar lelaki dan 5 orang lagi pelajar perempuan.
“tiya, aku ade soalan….”
“guna ana-anti atau saya-awak semasa event ni
berlangsung” bisik tiya.
Edd mengangguk,
“sa…”
“nanti dulu…. Saya nak uruskan budak-budak ni….”
“okay, ramainya perempuan dari lelaki…”
“kami berlima bff ustazah!” jawab budak perempuan yang
memakai tudung berwarna merah menyala tersebut.
“aah! Kami berdua tak boleh berpecah….” Tambah
seorang lagi yang memakai tudung berwarna kuning.
“awak seorang je lelaki?” soal tiya kepada budak
lelaki yang berkopiah putih dengan muka polos.
“aah ustazah…. Biasalah dah akhir zaman ni”
Terbuntang mata tiya dan edd mendengar jawapan dari
mulut budak lelaki itu.
“ustaz….” Panggil budak perempuan yang memakai tudung
berwarna biru.
“edd, dia panggil awak” ujar tiya dengan senyuman.
“ustaz?” edd bagaikan tidak percaya. Jika dia
beritahu kepada jamil, pasti kawannya itu sampai hujung nyawa pun tidak akan
percaya.
“awak la…” tiya tersenyum ketat.
Awat blur pulak budak ni….
“ye….”
“ustaz dah kawen dengan ustazah ni ke?” soalan budak
perempuan dengan sekali nafas.
Edd terus memandang wajah tiya. Gadis itu sudah
terdiam.
“belum….” Jawabnya perlahan.
Lantas lima orang budak perempuan itu menjerit
keriangan,
“yeay!”
Edd melihat lima orang budak perempuan persis seperti
melihat buah catur pawn berwarna-warni. Comel.
“kenapa kamu gembira sangat ni?”
“takde, kalau ustaz belum kawen dengan ustazah, kami
masih ade harapan…” jawab budak perempuan memakai tudung hijau. Bila si hijau
itu tersenyum, terserlah gigi buruknya di hadapan mulut.
Sekali lagi, tiya dan edd terpaku mendengar bicara
budak-budak itu.
“ni yang pakai tudung pink ni…. tak nak cakap ape?”
“ustaz, saya ade kakak…. Ustaz nak kawen dengan dia
tak?”
Edd terus tersengih. Tidak pasal-pasal dia menjadi
hot stuff pula. Always. Dia mampu menarik perhatian semua gadis dari pelbagai
umur.
Tiya pula hanya mampu menggeleng kepala,
Ni mesti
kes tengok banyak sangat drama petang-petang…
“dah dah…. Kita nak belajar pasal solat ni, bukan kem
baitul muslim….”
“baitul muslim? Ape tu ustazah?” solat si tudung
merah.
“perkahwinan dalam islam…”
Edd mengangguk faham.
Budak-budak semua turut mengangguk faham.
“okay, semua dah ade wuduk?”
“belum!” jerit 5 bfff dengan kuat.
“belum….” Suara budak lelaki itu kedengaran kecil.
“ok, untuk perempuan, pergi ikut kak jihan kat depan
tu untuk ambil wuduk. Untuk lelaki, ikut abang harris…”
“baik!”
Tiya tersenyum lebar. Melihat budak-budak itu
kelihatan begitu excited membuat dia senang.
“tiya….”
“ape?”
“aku ade benda nak cakap ni….”
“aku ta….”
“ta?” entah mengapa tiya mengharapkan edd akan
berterus-terang akan perihal solat.
“aku tak pandai solat….” Sungguh jika malu itu
seperti belon, sudah lama edd pergi memecahkannya kerana dia tidak dapat
menanggung rasa yang memenuhi dadanya saat ini.
Tiya terkelu.
Dia….
Berterus terang….
Satu persoalan sudah selesai. Ada satu lagi persoalan
masih bermain di mindanya.
“tiya….”
“takpe, saya faham…. Let me handle, awak jadi je
mainan saya….”
Edd tersenyum kelat.
Become her
toy…
“thanks….”
“no prob…. Tapi awak kene tayang muka yakin awak
boleh?”
“my face is my gift…” edd mengenyit mata.
Jantung tiya berdegup kencang. Wajahnya kembali
berbahang.
“ustazah! Ustaz!”
“haa…. Mereka dah sampai…”
“tiya…. Sini jap…” panggil jihan.
“oh ok…. Edd, tolong suruh budak-budak ni buat
bulatan macam halaqah…”
Another terms yang membuat edd mengerut dahi. Namun
dia hanya mengangguk,
Aku faham bulatan…. Halaqah tu buat-buat faham…
“ade ape?”
“kalau ye pun kau blushing, jangan la buat obvious
sangat…. Ok bye…” jihan terus membuka langkah pergi.
Tiya mengetap bibir. Geram.
#
“sayang….”
“ye….”
“I nak cincin…”
Rafiq hanya mendiamkan diri. Sudah masuk kali ke
sepuluh Laila merungut tentang cincin tunangnya dengan tiya.
“sayang, ape kata kita beli cincin lain je? you nak
cincin ape? I belikan….”
“tak nak, I nak cincin tu jugak….” Laila merengek.
Dia mahu yang ada cincin berlian itu juga!
Rafiq mengawal riak wajahnya dari bertukar. Dia perlu
melakukan sesuatu untuk mendapatkan cincin itu. jika tidak, Laila akan
tinggalkan dirinya.
“ye, ye, nanti I call budak perempuan tu…”
Laila terus tersenyum. Dia sendiri punya plan. Always
have more than one plan. Pakai backup. Sama macam lelaki, pasang lebih dari
satu. Baru hidup selamat.
#
“ok, razak…. Kamu baca doa” arah tiya kepada razak,
satu-satu pelajar lelaki di dalam kumpulan mereka.
“kenapa tak suruh ustaz?” soal razak dengan muncung.
“ee, dia ni kan…. baca je la” marah ija, si tudung
merah.
“aah la, razak ni….baca je la…” tambah suri si tudung
biru.
Edd pula tidak senang duduk. Tadi dia selamat dari
menjadi imam solat simulasi, tidak pasal-pasal si razak jadi imam. Kini, budak
itu mahu dia membaca doa.
Tak boleh
jadi ni…. sakit perut? Pening kepala? Hilang suara? Lari?
Seribu satu idea muncul di mindanya.
“razak, kami fasi nak train kamu semua untuk lead
solat dan jadi makmum solat, kalau abang edd yang baca doa, nanti kamu nak baca
ape? Semuanya mula dari latihan. Solat ni Nampak mudah, Nampak senang….
Berdiri, sujud, rukuk, tapi solat ni lebih dari tu…” tiya mula membebel.
Edd terasa.
“solat ni macam handphone, solat ni je tempat untuk
kita ni berhubung dengan allah… hanna…”
“ye ustazah…”
“kalau mak ayah kamu jauh, macam mana awak contact mereka?”
“hanna call abah dengan mama guna iphone…”
“iphone tu ape?”
“handphone….” Jawab hanna dengan nada polos.
“adik-adik, kita hanya boleh guna handphone untuk
contact ibu bapa, kawan-kawan tapi kita tak boleh call Allah”
Diam.
“jadi, macam mana kita nak berhubung dengan Allah,
melalui s….”
“solat!” jerit budak-budak tersebut. Edd turut sama
ikut.
Dang…
“alhamdulillah…. Jadi, setiap kali kita nak solat,
ingat sungguh-sungguh…. melalui solat, kita dapat berhubung dengan allah…. kat
situ, kita boleh dapat khusyuk…”
“khusyuk tu ape ustazah?” soal si tudung kuning.
“khusyuk dalam solat maksudnya kita rasa tenang dalam
solat kita dan sepanjang solat tu, kita tak fikir perkara lain selain daripada
allah”
“oooo!” sepakat meng’o’kan kata-kata tiya.
“ustazah! Betul ke kita kene doa Bahasa arab je? tak
boleh ke kita doa Bahasa melayu?”
“eh, sape pulak kata tak boleh, boleh je…. lepas
tahiyat akhir, kita nak doa dalam Bahasa ape pun boleh, doalah…. Adik-adik, doa
ni bukan sekadar kita nak minta dari allah tapi kita boleh juga mengadu kat Dia….
Pasal rasa sedih kita…”
“boleh ke?” si tudung hijau terkejut.
“boleh sayang…. Allah ade 99 nama, dan salah satunya
adalah maha mendengar…. Jadi, kita luah semua kat Dia…. insyaAllah, Dia akan
dengar…”
Edd terpukul. Dia tidak pernah langsung mengangkat
tangan untuk berdoa apatah lagi solat. Dia sendiri tertanya-tanya bagaimana dia
boleh hidup ke saat ini.
“ustazah, betul ke kalau kita buat jahat, Allah tak
suka kita?” soal si tudung kuning.
“bukan Allah tak suka, tapi Allah kurang gemar hamba
Dia melakukan kejahatan, sebab tu diwujudkan syurga-neraka, pahala-dosa…. Sebab
Allah nak ingatkan kita supaya jangan melakukan perkara yang dia tegah…. Kat
sini, kita dah tahu betapa Allah sayangkan hambaNya…”
Diam.
Edd semakin terpukul. Sungguh, jika dia keseorangan,
sudah pasti dia menangis.
“jadi sayang-sayang semua…. Lepas ni, kita kene
sentiasa so…”
“solat!”
“sebab solat ni?”
“handphone…”
“kita dengan Allah!” Tiya tersenyum senang. Secara
tidak langsung, dia terpandang wajah edd. Lelaki itu tersenyum. Lantas dia mengangguk.
Dia berharap agar mesejnya sampai.
“ustaz, kenapa ustaz diam?” soal si tudung merah.
“ustazah suka bercakap, kita bagi je la kan….” edd
mengenyitkan matanya ke arah tiya.
Tiya membuat muka garang.
#
“macam pengalaman pertama jadi fasi?” soal jihan
kepada edd yang duduk di kerusi di sebelah kanannya.
“umm…. Ok, nice experience…”
“yang mana satu yang nice?” jihan menduga.
“haa?” edd membuat muka keliru walhal dia tahu apa
yang dimaksudkan oleh jihan.
“eleh, buat-buat suci pulak…”
Edd tersenyum malu. Namun senyumannya makin lebar
apabila tiya baru memasuki perut bas.
“haa…. Ni ape kes ni?”
“takde pape, bergosip je…”
“ye la tu….”
“pasal saya ke?”
“a’ah la, dah la cantik, anggun…”
“gee…. Saya takde bajet nak belanje awak la…”
“saya tahu…”
“ehm…. Aku nak tanya, kenapa korang berana-anti tadi
depan adik-adik? Sekarang ni bersaya-awak pulak?”
“kenapa? Awak rasa macam kami ni hipokrit?”
Edd mahu mengangguk kerana itu yang bermain di
mindanya.
“takdelah…”
“sebab program ni kami cuba menunjukkan biaah yang baik-baik
kepada budak-budak sekolah, cuba mempamerkan cara hidup islam…. Dan bercakap
ana-anta itu salah satu dari cara perbualan nabi dengan sahabat baginda…. Tu
sebab kami berana-anti tadi….” Jawab tiya dengan sekali nafas. Setiap kali ada
volunteer yang dibawa ke program seperti ini, pasti soalan hipokrit itu akan
kedengaran.
Edd mengangguk faham.
“kan dah kene sedas dengan ustazah ummu atiya….”
Tambah jihan.
Edd tersengih.
Sedang mereka sedang berbual, satu mesej masuk. Dari
Laila. Senyuman tiya pada saat itu mati sepantas kilat.
*p/s tenkiu for dropped your komen kat last chap! sape boleh teka ape mesej laila ? anywaydrop your komen at the box below! wink2
Hmmm, adoii laila jgn la mnyibuk, duk diam2 ngn rafiq suda, jgn la kacau tiya ngn edd..aishhh..
ReplyDelete*sambung lagi cik penulis..nk bc lagii..
-Mslovelydovey:)
haha.... laila tu baik orangnya... luls
DeleteEeeii laila ni penyebok laa..ni mesti dya msj tiya ckp yg bkn2 tntang edd.eeii bencinya..dya ingt edd 2 mcm rafiq ke...klau edd 2 teruk sngt mesti dya pon dpt tittle syaitan mcm rafiq tp masalahnya skrang edd tk dpt pon tittle 2 soo sape jahat skrangni??rafiq or edd??
ReplyDeleteMiss writer plz buat laila ni terbukak sikit pintu aty dya 2...bg elok sikit perangai 2..jngan jd busuk aty sngat...ouh btw love this n3≧∇≦
haha... dia tu watak sampingan... malas nak layan dia hehe
Deletelearn something though.sngguhlh pompuan solehah mmg nmpk extra ordinary
ReplyDeletealhamdulillah <3
Deletelearn something though.sngguhlh pompuan solehah mmg nmpk extra ordinary
ReplyDelete