MiniEnovel,
MiniNovel : Your Toy, My Love part 3
Incoming call
Edd
Tiya mengangkat panggilan tersebut dengan beribu
persoalan yang bermain di minda.
“tiya…. Kau tak dinner ke malam ni?”
“assalamualaikum, tak…”
“walaikumussalam…. Kenapa tak nak makan? Jom teman aku
makan?”
“kalau kita makan lepas isyak boleh?”
“hah?” edd cuba memikirkan waktu solat isyak.
Selalunya tiya dan jihan akan mengambil dinner pada
pukul 6.45 petang setiap hari. Tetapi sebaliknya yang berlaku pada hari ini,
dua kelibat gadis itu kelihatan di café.
“tahu tak waktu solat isyak pukul berapa?” tembak
tiya.
Edd terdiam.
“of course la tahu….see you then…”
Panggilan dimatikan.
“kenapa kau nak makan lepas isyak?” soal jihan dari
atas katil.
“aku…”
“kau ade masalah ke?”
“kau teman aku malam ni ye?”
“mestilah…. Kalau ak tak teman, tak kan kau nak makan
sorang-sorang dengan edd”
“thank you ji…”
#
Edd melihatkan pada skrin handphone. Dia memerhati
keadaan sekeliling café yang penuh dengan bising.
“bro! mana atiya” soal jamil.
“dia kata nak makan lepas isyak”
“alaa…. Aku baru nak tengok muka ustazah lawa tu…”
“mil, off limit…”
“wow…. Over protected Nampak….”
“dia terlalu suci untuk kau lah….”
“untuk kau?”
“aku tak pernah bermimpi nak ade ape-ape hubungan
dengan atiya…”
“sejak bila pulak kau tak layak dengan mana-mana
perempuan ni?” soal jamil yang sudah mengambil tempat duduk di depan edd.
“sejak aku kenal dia…”
“yuck! Bro, dah la! Jom lepak kat chillax”
“jom…”
Dua-dua sahabat itu bingkas bangun dari duduk. Edd
kemudiannya teringat akan perihal perjumpaan lepas isyak.
“bro, isyak masuk pukul berapa?”
“kenapa? Kau nak solat ke?” jamil senyum mengejek.
“kau nak makan penumbuk aku?”
“alaa, kau ni emo tetibe! Pegi la google…. Tak kan
iphon6 kau tu tak dapat nak google waktu solat…. Tu la simpan lag…”
“kau nak aku tinju kau sekarang jugak ke?” ugut edd
sambil mula browering waktu solat.
Senyuman pada bibir jamil hilang apabila melihat
gerangan yang berjalan ke arahnya.
“edd! Mil!” sapa rafiq dengan ceria.
“peh, anak hantu keluar siang-siang ni…. dunia nak
kiamat ke ape?! Hai Laila…” balas jamil dengan mesra.
“euw…” Laila menjeling.
“mana atiya?” rafiq mencari bekas tunangnya.
Edd hanya mendiamkan diri.
“ouh! Ni mesti kau dah rasa dia ke? Amacam?” bisik
rafiq.
Dengan laju, tangan edd sudah mencekik leher rafiq.
“kau jangan nak buat si** dengan aku!”
Rafiq cuba bernafas namun gagal. Cengkaman terlalu
kuat pada lehernya.
Laila mula menjerit.
Keadaan café mula riuh.
Jamil cuba menenangkan kawannya.
“lepas…” pinta rafiq.
“edd…. Lepas budak iblis ni…. all eyes on you…” ujar
jamil dengan takut.
Kemudian, edd melepaskan rafiq sebelum menghadiahkan
satu tumbukan ke perut rafiq.
“mil…. Jom makan…”
“jom…”
#
Lepas isyak
“tiya….”
“ape…”
“kau tak nak makan ke?”
“tak pe lah…”
“edd?”
“aku dah bagitahu dia…”
“orait…”
#
Music rancak berlagu kuat, dumbbell di tangan
dilepaskan. Penat. Sesekali skrin handphone dikerling.
Edd mengeluh. Sudah masuk dua hari dia tidak berjumpa
dengan tiya.
“mana budak perempuan ni…”
Lantas dia teringat akan program yang dikatakan oleh
tiya beberapa hari yang lepas.
“tak kan aku nak pegi program tu…. Program orang
baik….” dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Mana mungkin dia betah untuk pergi
ke program itu.
“kau pergi….”
“tak pergi….”
Edd mula bermain dengan sepuluh jari.
“pergi! Tak! pergi! Tak! pergi! Tak! pergi! Tak!
pergi! Ta…..” bila sampai ke jari kelingkingnya. Sekali lagi matanya beralih ke
skrin handphone.
“arghh! Kusut la!” dia berlalu ke bilik air sambil
menanggalkan baju yang lencun dengan peluh.
#
Semua fasi yang telah berada di dalam perut bas. Kini
hanya menunggu fasi volunteer. Tiya melepaskan nafas berat sebelum bersandar di
seat bas. Hari ini bakal menjadi hari yang panjang dan memenatkan.
“assalamualaikum…”
Mendengar suara tersebut membuat mata tiya yang
tertutup kini terbuka luas. Wajah edd tersenyum di depan mukanya membuat dia
diserang rasa malu. Terlalu dekat.
“walaikumussalam…. Edd?”
“eh ingat lagi kat aku ye?” sindir edd. Sudah 2 hari
gadis itu tidak menghubunginya. Dua hari juga dia tidak melihat wajah gadis
itu.
Tiya hanya mendiamkan diri. Kata-kata Laila tiga hari
lepas masih bergema di mindanya.
Ya allah…
“edd… tolong jauh sikit….”
“oh, ok…” edd menjauhkan dirinya dan dia mahu
mengambil tempat duduk di sebelah tiya namun gadis itu pantas menggeleng.
“jihan…”
Edd mengangguk faham. Dia terus mengambil tempat
duduk yang sebaris dengan gadis itu.
“macam mana awak boleh ade kat sini?”
“sebab kau la….”
Tiya mempamerkan riak hairan.
Edd mengingatkan gadis itu agak perbualan mereka
berdua tempoh hari.
“so, awak jadi volunteer for this event?”
“yup…”
“awak tahu kan ni event khemah ibadah….”
“ok…”
“ni event untuk mengajar budak-budak sekolah rendah
untuk solat….” Tiya menahan mulutnya dari menanyakan satu soalan yang bermain,
Awak tahu solat tak?
Hanya satu perkataan yang bermain di minda edd,
Bodohnya kau! Pasal perempuan ni…. kau ikut masuk
event solat! Bodoh! Bodoh!
“edd…”
“yup, I am ready! Tiya, sebenarnya ak…”
“eh! Awak pun ade?” sapa jihan dengan riak terkejut.
Dia melemparkan signal kepada tiya yang tersenyum kecil melihatnya,
What is going on?
“haaa…. Ade, tiya yang ajak…”
Tiya terus memalingkan wajahnya ke arah edd sebelum
menggeleng kepala, menidakkan statement yang dikatakan oleh edd.
Kehadiran jihan membuat edd membatalkan niat untuk
memberitahu tiya tentang rahsianya.
Sepanjang perjalanan menuju ke sekolah rendah
kebangsaan tengku azlan, edd membuka segala perkara mengenai solat. Sungguh
hidupnya sebagai seorang muslim, dia tidak pernah mengambil air sembahyang
apatah lagi menunaikan solat. Dia sudah tahu kan solat punya 5 waktu; subuh,
zohor, asar, maghrib and isyak. Itu pun kerana tiya selalu menetapkan waktu
bertemu mengikut waktu solat.
Ouh, ade rukun iman, ingat ade rukun negara je…. eh,
berapa banyak rukun ni…. rukun islam pulak…
“ok dah sampai!” jerit ketua fasi.
Jika masa ini mampu diulang kembali ke semalam, sudah
pasti dia berusaha untuk menghafal semua perihal berkenaan solat. Dek terlalu
sibuk dengan memikirkan pasal tiya yang tidak membalas mesej, dia terlupa semua
perkara.
“edd…. Jom la turun…” ajak jihan.
Edd mengangguk sebelum mencari mata milik tiya. Gadis
itu cantik berjubah labuh berwarna pink. Tudung labuh berwarna hitam itu seakan
menambah seri pada wajah tiya.
Tiya tersenyum kecil,
“edd, awak pakai macam ni je ke?” soal tiya sebelum
menuruni bas.
Edd melihat pakaian yang tersarung pada tubuh
sasanya. T-shirt polo dan seluar jeans biru laut.
“tak boleh ke?”
“bukan ape, kami cuba memperkenalkan pakaian Sunnah
nabi…”
“jubah….”
“ouh…. Saya ta…”
“kejap, tunggu sini…” tiya menuruni bas dan mencari
kelibat ketua fasi, harris.
“harris…”
“haaa…. Ade ape?” harris tersenyum lebar melihat
tiya. Dari pagi tadi, gadis itu kelihatan moody.
“ade anta bawa benda yang ana minta?” soal tiya.
Harris ialah ketua fasi untuk event hari ini. Lelaki itu juga pelajar tahun
akhir dan ketua lajnah dakwah ummah kampus. Sudah masuk semester kedua, dia
bekerja dengan lelaki itu dan alhamdulillah semuanya dipermudahkan.
“ouh, ade-ade…. tapi bukan ana punya, ana tak tinggi
macam anti describe. Ana pinjam jubah izzul, dia kan tinggi macam tiang….”
Seloroh harris.
“tak baik cakap macam tu, mana jubah tu?”
“jap, dalam beg ana” harris membuka beg galasnya
dengan laju. sebelum menghulur beg plastic biru kepada gadis itu.
“syukran, ade kopiah sekali ke?”
“ade, tapi jubah ni untuk siapa?”
“untuk fasi yang volunteer hari ni” jawab tiya
sebelum meminta diri. Langkahnya terhenti apabila jihan memanggil.
“tiya, kami gerak dulu ye…. nanti jumpa kat kantin”
ujar jihan.
Tiya mengangguk sebelum mengatur langkah ke bas. Ketika
dia masuk ke dalam perut bas, kelihatan lelaki itu seperti membaca sesuatu
dengan tekun.
“edd…”
Edd menjadi tidak arah apabila mendengar suara tiya.
Hampir sahaja iphone6nya jatuh menyembah lantai bas.
“ye…”
Tiya cuba mengawal ketawanya.
“ni jubah dengan kopiah…”
“eh….” Edd hairan.
“saya buat back up in case awak datang…. Cepat tukar,
saya tunggu kat luar bas….”
Hati edd berbunga. Bagaikan ada taufan bunga ros di
hatinya. Dia menai-menari kegembiraan sambil membuka baju. Kemudiannya, beg
plastic itu dibuka, ditilik baju jubah berwarna hitam dengan garis merah di
bahagian leher jubah. Ini adalah kali pertama dia memakai pakaian ustaz.
Dek kerana terlalu excited, iphone 6 nya ter jatuh ke
lantai, edd mengeluh sebelum berusaha mencapai handphone yang terperosok di
bawah seat. Dapat.
Tiya yang sudah tidak senang duduk, berlari masuk ke
dalam perut bas,
“ed….” Suara tiya termati apabila melihat edd masih
tidak berbaju sebelum berlari keluar dari perut bas. Wajahnya berbahang. Ini
adalah kali pertama matanya melihat sesuatu seperti itu.
“astaghfirullah alazim” lantas zikir itu diulang.
Edd turut terasa malu apabila berada di dalam keadaan
tidak berbaju di depan tiya. Walhal dia selalu ke pantai dan memakai seluar
pendek tanpa ada rasa segan.
“adeh…. Dia masuk pulak…” lantas dia menilik tubuh
badannya. Mujur six pack masih jelas di perut.
“nasib baik tak makan sarapan lagi….”
“edd…. Cepat sikit” jerit tiya dengan nada tenggelam
timbul. Cover.
“oh, ok ok!” dengan kelam kabut, edd membuka tali
pinggangnya. Bila dia mahu menolak seluarnya turun ke bawah,
“jap, kene pakai seluar ke tak ni?”
Edd mula pening.
“nak pakai seluar ke tak ni? tak kan nak pakai boxer
je…”
Hampir berlubang jalan tar dipijak oleh tiya.
“lamanya budak laki ni bersiap…. Tuakr baju je pun….”
Sekali lagi dia berlari masuk ke dalam perut bas. Mereka perlu cepat.
“edd….” Mulutnya ternganga lagi. Wajahnya disimbah
bahang.
“err…. Macam mana?”
“hensem!” tiya pantas menekup mulutnya.
Allah! Ape yang aku cakap ni!
“edd, jom…. Mereka dah nak mula…”
“ok ok….” Edd tersenyum. Dia sempat melihat rupa
dirinya yang berjubah dan berkopiah di cermin bas.
Looking good…
Edd membuat keputusan tidak membuka seluar jeansnya
dan berdoa agar apa yang dibuatnya itu tidak kelihatan ganjil.
*ps: tenkiu hani! athirh! sky! mslovely! pinktulip! ira!atien and semua yg drop komen kat HXS group... untuk makluman, cerita ni ade 5-6 parts.... sekejap je, . lepas ni, saya menggua balik! DROP your komen ye ;) *wink2*
Hehehhehee
ReplyDeleteJgn la kacak sgt,nnti tergoda seyh
Love it^_^
ReplyDeleteTak sabar nak tahu apa yang akan berlaku seterusnya. Next entry pleaseee miss writer
ReplyDeleteHehehe..*edd pakai jubah la..
ReplyDelete*hunlove,x sabar nk baca lagiii..cant waittt!!
~mslovely :)
nak lagiiii :))
ReplyDelete