MiniEnovel,

MiniNovel : Your Toy, My Love Part 6 (END)

2:22 PM Unknown 7 Comments




“awak tak ape-ape ke?” soal tiya kepada edd selepas meninggalkan balai polis. Rafiq dan 2 orang kawannya ditahan di dalam lokap.
“do I like okay to you?”

“sorry…. Saya…”
“nevermind, jom balik…” ajak edd.
Tiya hanya membuntuti langkah lelaki itu dengan kepala menekur memandang ke atas jalan tar. Perjalanan mereka sunyi sehinggalah tiya menjerit apabila melihat 7ELEVEN,
“edd! Stop!” jeritnya dengan mengejut.
Edd kelam kabut menekan brek kereta. Di dalam jem yang teruk pada petang hari ini, dia berjaya memberhentikan kereta dari melanggar kereta di hadapan.
““allah! tiya! Kita almost accident!” tengking edd dengan kuat ke arah perempuan yang duduk di seat belakang.
“sorry…. Kita pergi 7e sekejap boleh?”
“untuk ape?”
“beli peti ais…”
“I not play around la…”
“nak beli ointment untuk muka awak tu la…”
“takyah la…”
“edd!” marah tiya. Secara tidak langsung, edd membuat u-turn dan masuk ke simpang jalan.
“dah, cepat sikit…”
“ok!” tiya bergegas keluar dari perut kereta. Dia mengambil semua benda yang diperlukan untuk merawat luka dan lebam. Sewaktu di kaunter, dia terlihat sesuatu. Bibirnya mengukir senyuman.
Edd menanti dengan setia. Lagu sudah ku tahu bermain di corong radio. Dia terlalu leka dengan lagu yang berdendang di radio sehinggakan tiya masuk ke dalam kereta dia tidak sedar.
“amboi sedap suara awak…. Lagi sedap dari penyanyi lagu tu…” usik tiya.
“woo! Bila kau masuk dalam kereta ni?” edd cuba mengawal debar di dada.
Sikit lagi aku nak menjerit… siot betul…
“bila? Tadi….” Tiya cuba brain apa yang sedang berlaku. Hairan.
Kenapa dia mengelabah sangat ni…
“nah…. Ni untuk awak…” tiya meletakkan beg plastic di seat sebelah pemandu.
Edd hanya mendiamkan diri. Baru wangian tiya menerjah ke rongga hidungnya. Wangi.
“guna tau…”
“okey…”
“edd, pasal tengah hari tadi…”
“just forget it…. There is nothing happen…. By the way, we are nobody…”
“edd…”
“ummu atiya, just let it go… . will you? Aku tak nak la cakap berulang kali ni…”
Tiya terdiam. Dia bagaikan dipanah petir apabila namanya disebut penuh oleh edd. Wajah ketat edd dilihat melalui rear mirror.
“saya nak minta maaf….” Suara tiya mengecil.

#

Sampai sahaja edd ke bilik, seluruh tubuhnya terasa begitu lenguh. Baju ditanggalkan. Panas. Air cond dibuka, suhu diturunkan sehingga 16 celcius. Badan dihempaskan ke atas katil. Matanya tertangkap beg plastic yang diberi oleh tiya.
“ade ape dalam plastic tu…” dia bermonolog sendiri. Kemudian, gerak hatinya mengatakan ada sesuatu yang special di dalam beg itu.
Edd menyambar beg plastic tersebut, dibuka perlahan plastic berwarna putih itu dengan debaran.
Band-aid
Ointment
Hot patch
Cotton bud
Minyak panas
“dah macam first aid kit…” dia bermonolog sendiri.
“kemudian matanya menangkap sesuatu terletak pada belakang kotak ointment,
“kad…” entah mengapa jiwanya seakan dipalu rasa gembira yang melampau.
Perlahan sampul kad berwarna pink itu dibuka, gambar beruang tersenyum di depan kad bersaiz segi empat tepat. Ucapan happy birthday itu dislash dengan pen.
Edd tersenyum lalu dibuka kad tersebut, ada tulisan tangan yang begitu kemas,
Hi!
So, awak tak buang la beg plastic ni ye…
Edd, saya nak minta maaf…. Maaf kan saya ye..
Still friend?
Tiya <3
Edd terlalu gembira sehingga kad itu dicium. Azan maghrib sudah berkumandang. Dengan penuh bunga di dada, dia berlari masuk ke bilik air untuk mandi.

#

“edd….” Tiya terlopong melihat edd berdiri di depannya. Hampir sahaja pingan di tangannya terlepas.
“what?”
“ya allah! comelnye! Ni anak sape terlepas ni…” usik jihan yang muncul dari belakang.
“hi jihan…”
“assalamualaikum…. Kenapa muka awak ade band aid strawberi?” sungguh lelaki yang memakai kemeja polo itu kelihatan begitu comel dengan band-aid yang terlekat di pipi.
“walaikumussalam…. Ouh ni, ade orang bagi…” edd mengalihkan matanya ke arah tiya. Pantas gadis itu melarikan matanya.
Tiya cuba mengusir rasa di hati. Blush.
“ouh…. No wonder awak jadi budak tak cukup umur…. Lunch?”
“ok, pergi cop tempat dulu….”
“ok…” jihan dan tiya membuka langkah.
Tiya cuba mencuri lihat dari hujung matanya. Lalu dia kantoi, edd menghadiahkan kenyitan mata. Lalu jantung tya bergetar laju.
“ape status kau dengan edd?”
“status ape?”
“hubungan korang berdua?”
“kawan la…. Obviously…” tiya ketawa. Paksa.
“Fake giler…. Tiya, aku dah dengar aduan yang kau tak jaga ikhtilat….”
“yeah, I know….. aku tahu aku dah banyak cross the line…. Tapi…” tiya hilang dalam susunan katanya. Perasaan yang bermain di dalam hatinya ini sukar untuk ditranslate ke Bahasa manusia.
“tiya, make it right… kau tak boleh nak terus menerus buat perkara yang datangkan fitnah kat kau….” Ujar jihan. Dia sudah tidak larat menjadi tukang tadah telinga dengan nasihat kawan-kawan dan senior akan perilaku tiya.
“aku….”
“ok, korang nak minum ape?”
“sky juice satu….” Jihan mengangkat tangan.
“saya pun…” sambung tiya.
“come on, on me…. Aku belanje…”
“okay la, jus tembikai satu”
“saya pun nak yang sama…”
“Tiya….” Edd meleretkan panggilannya.
“betul la, saya nak jus tembikai….”
“ok…” edd berlalu pergi ke gerai air.
“you see right…. Edd pandang kau macam mana…”
“aku tahu….”
“tiya, kau tahu harris hantar nama kau kat Unit baitul muslim…”
“tahu, kak raihanah dah approach aku semalam…” tiya mengeluh. Di saat dia merasa cebisan cinta, datang satu lamaran dari harris. Lelaki yang lebih ilmu agama dan ibadatnya dari lelaki yang telah mencuri hati perempuannya.
“so…. Kau terima tak?”
“aku kene istikarah dulu la…”
“itu yang terbaik…. Tapi kau boleh janji dengan aku something….”
“kalau pasal edd, aku dah susun ayat untuk dia…”
“maafkan aku tiya, this is only way…. Kalau kau masih berjumpa dengan edd, takut istikarah kau ke laut, nafsu jadi jawapan….”
“thank gee…”
Kemudian lunch itu bersambung seperti biasa. Tiada apa yang berubah. Semua perasaan bermain di hati masing-masing. Rasa sayang. Rasa takut.
“tiya, gerak dulu…. Edd, aku pergi dulu ye, ade rezeki jumpa lagi…” jihan membimbit pinggannya pergi dari meja.
“bye” edd melambai pemergian jihan. Akhirnya dia dan tiya, berdua.
Pergi pun saka tiya ni…
“so….”
“so?” tiya membuat riak penuh tanda tanya.
“kau…. Eh, awak…. Ermmm…”
“it’s better if you stick with kau for this time being…. Pelik la saya dengar…”
Edd ketawa kecil.
“tiya, sebenarnya aku nak….” Edd sudah mendapat kekuatan untuk meluahkan isi hatinya. This is the time!
Tiya menarik nafas. Dia seakan dapat mengagak apa yang akan diluahkan oleh edd.
“edd, boleh saya cakap dulu…” tiya cuba mengawal riak wajahnya. Senyuman dipaksa sekuat hati.
Edd terkelu seketika. Melihat riak wajah tiya, hanya dua patah perkataan yang bermain di mindanya,
BAD NEWS! BAD NEWS!
“edd, saya tak boleh nak berjumpa dengan awak lagi….”
“why?”
“biar saya habiskan kata-kata saya dulu, then you ask”
Edd mengangguk tanpa suara.
“kita tak boleh keluar lunch, dinner berdua. Tak boleh berjalan beriringan bila habis kelas. Awak tak boleh ade dengan saya every single day…. Kita kene stop berjumpa….”
Hati edd bagaikan dicengkam. Kuat.
“kenapa? Saya tak tahu nak cakap macam mana…. Tapi saya seorang perempuan yang berusaha sekuat mungkin untuk menyampaikan islam ke warga kampus. Bunyi macam bajet bagus tapi ini adalah saya. Saya ade portfolio dalam Ummah Kampus. Portfolio yang besar, bahagian dakwah…. Saya dah dapat banyak komen dan nasihat for a months now since the first day, awak datang ke kelas saya…”
Edd diam lagi. Dia cuba mendengar setiap bait-bait kata yang keluar dari bibir gadis yang sedang duduk di depannya.
“mereka cakap saya tak jaga ikhtilat…. Saya bagi contoh yang tak baik kepada adik-adik….”
“sorry but can’t you just say, pergi mampus dengan ikhtilat…” ujar edd dengan mata yang sudah kemerahan.
“mudah untuk awak, tapi sukar untuk saya…. Islam itu berdiri atas kefahaman…. Bila awak faham, it’s your turn to apply it in your life. Islam is a way of islam…. Untuk saya, saya tahu ikhtilat antara lelaki dan perempuan itu perlu dijaga supaya dapat menjaga hati, dan bercakap bila punya urusan….”
Edd cuba lagi mengawal mulutnya namaun gagal,
“masalah hati?”
“edd, awak jangan tipu saya kalau selama kita berkawan ni, awak takde rasa ape-ape kat hati awak?” tembak tiya dengan yakin.
Malu wei!
Edd membatu seketika. Dia tidak tahu bagaimana untuk berhadapan dengan tembakan tiya yang tepat itu.
Melihat edd diam membatu membuat tiya gembira seketika,
“don’t worry…. Saya pun ade rasa macam tu…. Kita kan manusia tapi edd, kadang kala, rasa suka itu datang hasutan syaitan…. Sekarang ni, kita berdua dan akan ade yang ketiga….”
“Siapa?” edd keliru.
Siapa pulak yang nak masuk line!
Tiya mahu menghempas kepalanya ke meja. Sungguh dia tidak menjangka soalan itu keluar dari mulut edd,
Asal mamat ni polos sangat…
“syaitan…”
Edd menundukkan kepalanya. Malu.
“syaitan ni kan musuh bani adam, dia akan hasut kita sampai ke sesat…. Untuk laki dan perempuan, syaitan ni akan hasut sampai kita akan melakukan maksiat….” Panjang tiya menjelaskan keadaannya.
“faham?”
Edd mengangguk. Dia sudah menyimpan beberapa perkataan yang agak pelik lagi ganjil pada kamus dewan Bahasa dan pustaka di dalam otaknya.
Google…. Google…
“basically, kau tak nak kita berjumpa dah ke?”
“ye…”
“whatsapp? Call boleh?”
“saya harap awak tak akan buat benda tu…. Saya tak akan reply to any mesej yang awak hantar, kalau boleh, delete je nombor saya…”
“tapi…”
“edd, kita kene neutralizekan diri kita dari rasa ni…”
“kalau rasa ni tak dapat neutralize?”
Tiya terdiam,
“then, neutralize lagi…. Saya tak dapat tolong….” Jawab tiya dengan penuh debaran.
“kenapa? Kau dah ade orang lain ke?”
“maafkan saya edd, tapi awak boleh janji dengan saya satu perkara….” Tiya menundukkan kepalanya.
“kau dah reject lepas tu nak suruh aku janji dengan kau pulak…” seloroh edd dengan hati sebal.
“edd, saya serius ni….”
“what is it?”
“tolong embrace islam sebaik mungkin…. Tolong amal cara hidup muslim, tinggalkan perkara jahiliyah tu semua….”
“if I do it, aku dapat kau?” duga edd dengan penuh harapan.
Sekali lagi tiya terdiam.
“edd, soal jodoh tu rahsia allah, kalau ade jodoh antara kita, ade lah…. Kalau takde, maknanya ade perempuan lebih baik dari saya untuk awak…. Allah know the best” tiya berdiri dari duduknya. Dia sudah bersedia untuk pergi.
“so, I have to keep berdoa?”
“yes…. Edd, saya pergi dulu ye, all the best dengan masa depan awak…”
Edd hanya mendiamkan diri. Matanya memandang ke arah nasi yang masih bersisa di atas pinggan.
Air mata yang mahu keluar dari hujung mata ditahan sekuat mungkin. Dia tidak boleh menangis. Mesti ada hikmah di sebalik pertemuan ini. Dia yakin! Langkah dihayun meninggalkan edd.
Edd tersedar dari lamunannya. Dia cuba mencari kelibat tiya. Hilang. Lalu langkahnya dihayun. Mencari gadis itu. ada sesuatu yang dia harus ucapkan. Sedang dia berlari, matanya menangkap kelibat tiya sedang berjalan ke arah hostel perempuan.
“ummu atiya!”
Tiya pantas mengelap air mata yang mengalir. Selesai mengelap air mata, dia berpaling. Dia hanya mendiamkan diri.
Edd cuba mengambil nafas. Mengah. Dia perasan tudung gadis itu punya tompok air.
“tiya…. Aku nak cakap terima kasih sebab let me being your toy…. Terima kasih sebab ajak aku kenal islam….”
Tiya mengoyakkan senyuman di bibir. Semakin berat.
“aku sentiasa berdoa, kau adalah jodoh aku…. Amin!” ujar edd.
Tanpa sedar, tiya turut mengaminkan doa lelaki itu.
“ok, bye….” Edd berpusing dan berlari meninggalkan tiya.
“bye….” Tiya melihat edd pergi.

#

5 tahun kemudian,
Sedang jalan jam dengan lautan kereta, mata dilempar ke dashboard kereta. Mulut yang menguap ditutup dengan tangan kanan.
“kenapa awal sangat jam ni?” keluh tiya. Kerjaya sebagai assistant manager of sales di sebuah syarikat oil and gas cukup mencabar. Bekerja di bawah ketua yang banyak cakap tapi kurang gerak. Namun, demi sesuap nasi, dia harus harungi dengan penuh tabah.
“alamak… dah penuh pulak parking….” Tiya sedar dia tidak patut mengeluh. Tapi pagi ni serba serbi tdak kena. Dia berdoa agar perkara akan berlaku. Dia memarkirkan kereta di bangunan sebelah.
Tiya terpaksa berjalan keluar dari perut bangunan mall di sebelah bangunan syarikatnya dan melintas ke seberang jalan. Sekali lagi, lautan manusia membanjiri. Dia terpaksa menunggu lampu penjalan kaki bertukar hijau.
Tiya melepas nafas lega apabila lampu bertukar hijau. Dengan laju, dia melangkah,
Be positive tiya! Mulakan hari dengan bismillah…
Kemudian, langkahnya terhenti apabila melihat wajah lelaki yang sedang berjalan ke arahnya. Berjanggut ciut di dagu. Lesung pipit di kiri dan kanan pipi. Rambut pendek tersisir rapi.
tiya mengelengkan kepalanya berulang-ulang kali sebelum kembali berjalan. Jangan nak berkhayal pagi ni. dia meneruskan jalannya. Lurus. Tetapi lelaki itu masih lagi melangkah ke arahnya. Semakin dekat.
Alamak, kenapa mamat ni tak mengelak…
Langkah tiya terhenti serta merta apabila lelaki itu berdiri tegak di depannya. Hanya dada bidang itu memenuhi matanya. Tag nama yang terjuntai di tubuh lelaki itu dilihat,
Edward….
“encik, boleh ke tepi tak, saya nak jalan….”
Lelaki itu tidak bersuara sebaliknya ketawa.
Tiya mula tidak senang. Dia tidak boleh memulakan harinya dengan berjumpa orang kurang siuman. Khuatir makin tidak siuman hidupnya kelak. Dia pantas berlalu ke sebelah kanan.
Lampu penjalan kaki berdenting. Kiraan bermula.
Sepuluh.
Tiya mengatur langkah dengan laju menuju ke penghujung jalan,
“kenapa macam jauh sangat ni….”
“ummu atiya!”
Sembilan.
Langkah tiya mati serta merta.
Suara tu…
Lapan.
Tiya berpaling ke belakang.
“edd….”
Tujuh.
Wajah edd tersenyum lebar sambil berpeluk tubuh menuju ke arahnya.
Enam.
tiya merasakan pagi ini adalah mimpi. Air mata seakan hangat.
Lima.
Edd masih lagi berjalan.
Empat.
Tiya masih lagi membatu di tengah jalan.
Tiga.
Edd sudah berlari mendapatkan tiya.
Asal minah ni jadi tunggul batu ni..
Dua.
Lengan tiya dicengkam lalu diheret wanita itu ke tepi jalan.
Satu.
“lepas…”
“sorry…”
“edd…”
“assalamualaikum…” ucap edd dengan rasa berbunga di dada.
“walaikumussalam”
“lama tunggu?” soal edd.
“lama sangat….” Jawab tiya tanpa ragu.
 THE END
*P/S: mungkin ade yang tak puas hati dengan this last chap. thank you for all the comments and views from you guys. insyaAllah umur panjang.... jmpa lagi... :D nak masuk gua jap!

You Might Also Like

7 comments:

  1. trbaik!! sgt deep ayt last tu..bwahahaha..
    btw, tp betullh psl tiya n edd tu.kdg2 bila kte bwk imej islam tu sndri, mmg org akn looking forward.ble buat slack skit, mmg ramai je y ckp itu ini.tp pa pe pun, sbb slh snddri jgak.
    psst..mcm cite sbnr je?
    (agkt bahu)

    ReplyDelete
  2. Soo.sweettt tahap gestational diabetes!! Love story mory yg simple n nice n islamic obviously..love it..

    Mslovely

    ReplyDelete
  3. Best sngt. Tpi nk special part boleh? Mungkin ed dh kawin dgn tiya.

    ReplyDelete