DTML

Novel : Don't Touch! My Love Bab 1

12:10 PM Unknown 0 Comments



Bab 1


Di suatu hari, di akhir 2018. Di dalam bilik hostel di university swasta yang terletak di tengah bandaraya kuala lumpur,
“wei! Aku kene buat part time la!” tasya mengoncang bahu room matenya. Otaknya kusut, serabut dan celaru. Mana diam aku nak cekau 2 ribu ringgit ni!

“aih! Student scholar macam kau ni, tak cukup duit ke?” illa terkejut sebelum kembali mengunyah keropok. Matanya masih lagi melekat pada skrin laptop. Drama Netflix terbaru terlalu menarik.
“aah memang tak cukup la. Tetibe pak cik aku nak tuntut hutang pulak! Tak guna punya saudara, time pinjam dulu, kemain lagi cakap kerana allah. takyah bayar lah…. Tup tup, sekarang! Nak minta duit balik!” luah tasya dengan hati membara. Teringat adik arwah ayahya, muka macam pak haji, tapi perangai busuk macam iprit!
“laaa… serius la pak cik kau buat gitu…” kali ni illa mempausekan ceritanya. Isu panas.
“takde la…. Aku gurau je….” jelling tasya. Geram pula dengan roommatenya itu. benda keluarga macam ini, dia tak hadap nak buat gurau. Nasib baik pak cik longnya itu menelefon dia sendiri. At least, hal ini tidak akan membebankan ibunya. Cukuplah dia membebankan ibu kesayangannya itu.
Illa tergelak kuat.
“sorry la, pasal kerja part time tu…. apa kata kita tanya jimbo….” Cadang illa.
“asal kita nak kena tanya gajah lembut…. Nanti makin serabut hal aku ni. elok kau je tahu, sampai kat dia. habis satu Malaysia tahu.” Tasya menggeleng kepala. dia cukup kenal denga jimbo aka ahmad khazar nama sebenar. Insta famous, lembut tapi bukan kaum nabi luth. Dia Cuma lembut dan kepoh.
“tch, kau ni! tak baik tau. Jimbo tu kepoh sikit je…. ala, bagus lah satu Malaysia tahu kau perlu part time job. Mana tahu ade sugar daddy nak dengan kau.”
“haa… kau nak tak penumbuk aku….” Tasya menyua penumbuknya. Kawannya seorang ini senget habis.
Illa ketawa mengilai.
Sesaat kemudian, azan bergema.
“hoi! Azan dah tu! jom ke masjid….”
“haaa, baguslah… doa banyak sikit. Semoga allah permudahkan rezeki kau…”
“ye…” solat di masjid adalah rutin harian dia dan illa. Tidak termasuk jimbo. Sebab mereka bukan sebilik.

#

“haaaaacum!!!!!” rayyan bersin sekuat hati. debu! Habuk! Kuman! Tisu di atas meja direntap dengan laju. dia menggeleng kepala.
Zafie yang berdiri di sebelah mula kaget. Alahai bersin pulak brader ni.
“who the hell clean my office!?” pekik rayyan. Tisu di tangan dikepal kuat. Marah! Cukup pantang apabila ada manusia yang tak reti nak bersih biliknya dengan betul. Kalau bersih, dia tidak akan bersin.
Zafie terloncat sedikit dengan pekikan bosnya. Sah, ade yang kena pecat. Penatlah dia mahu mencari cleaner baru.
“cleaner baru, tuan…” jawabnya dengan perlahan.
“then fire her right now! Look for a new one….” Arah rayyan. Matanya menilik debu-debu yang sedang terbaring di meja kerjanya. Sah! Sah sangat! That new maid don’t know how to do ‘cleaning’ job.
“tapi tuan… susah sikit la, this new maid is a full time maid. Kita ade contract dengan syarikat dia. so, kalau kita breach contract, kita kena bayar pampasan.” Jelas zafie dengan bersungguh-sungguh. ikutkan hati, dia mahu merayu. Dia sudah penat mahu mencari maid baru untuk bos hantunya itu.
“so be it. Aku lagi rela bayar pampasan, dari terpegang kuman dan habuk!” rayyan terus berlalu ke pintu kacanya. Matanya membulat apabila melihat cap jari.
“arrghh! This is too much! Zafie! Make sure kau halau maid tu sekarang jugak!” dia kemudiannya berlalu ke meja kerjanya dan menarik keluar laci pertama dari 3 buah laci. Sepasang sarung tangan plastic ditarik keluar dari kotak.
Zafie mahu menggeleng kepala. khuatir dia pula terpaksa menyadang jawatan maid. Mana nak cari manusia yang boleh membersih level rayyan. Kemudian, dia mendapat idea baru, baik dia cari pekerja part time. Senang sikit diurus, tak perlu bayar pampasan.
“baiklah tuan. Saya akan cari pekerja part-time dulu. If things going right with your taste, then we….”
“bagus… by the way, nanti panggil mak bawakan my kit. I need to do the cleaning stuff first.” Matanya melilau mencari ‘kekotoran’.
Zafie yang tadi hanya mengangguk kini mulai menggeleng. Dia tidak bersetuju dengan arahan bosnya.
“mana boleh tuan. Petang ni kita ade live meeting dengan client kita, that design need to be done this morning.” Ujar zafie dengan penuh tatasusila. Dalam hati, dia sudah tahu dia telah terlebih lintas pagar.
Rayyan tersentak dengan kata-kata PAnya. Dia tidak lupa akan kerjanya itu. kemudian perlahan-lahan dia memejamkan mata. nafas ditarik dalam-dalam.
Zafie sudah tidak keruan. Selalunya Teknik pejam-mata-tarik-nafas oleh rayyan membawa satu petandaan. BALA!
“aku tahulah keje aku! Kau kisah ape! Sekarang ni, carikan aku maid baru! Aku nak sebelum malam ni jugak!” pekik rayyan dengan sekuat hati. besar kecik, besar kecik dia melihat PAnya itu.
“baik tuan….” Zafie sudah mahu menangis. Lelaki pun boleh menangis kalau kene sergah macam ni.

*P/S ok ke? dah lama tak menulis ni. sorry kepada yang sudi membaca.

You Might Also Like

0 comments: