DTML

Don't Touch! My Love Bab 3

3:23 PM Unknown 0 Comments


BAB 3

Mak cik imah menarik sarung plastik pada tangannya. Nafas ditarik. Kalau sudah tidur sampai matahari bangkit, dia perlukan usaha lebih sikit.
“rayyan...o rayyan...” mak cik imah mengoncang tubuh anak majikannya yang terbaring di atas katil bersama berpuluh-puluh kertas. Kuat kerja persis seperti bos besarnya. Waktu kecil dulu malas-malas comel kalau disuruh belajar, tiba-tiba dah besar panjang, jadi gila kerja. Genetik agaknya.
“ye mak.... ade ape? Weekend kan ni....” nasib baik mak. kalau zafie, memang arwah dia kerjakan.
“ade cleaner baru nak lapor diri”
“huh? Ape?”
“cleaner baru. Kan semalam, rayyan suruh zafie cari cleaner baru.... zafie pun dah bagitau malam semalam, cleaner baru datang pagi ni.” Mak cik imah tersenyum-senyum kambing. Suka hatinya melihat wajah cleaner baru. Tasya namanya. Cantik. Sepadan dengan anak rimaunya di atas katil ini.
“dia dah sampai ke? Sekarang pukul berapa?”
“dia dah sampai 10 minit tadi. Sekarang ni, mak suruh tunggu kat meja. Dan sekarang dah pukul 9.14 pagi. Dah bangun, busuk.” Mak cik imah mengusik. Tangannya sudah mengutip kertas bersepah di atas lantai.
Rayyan mengangguk malas sebelum dia mengeras.
“jap, tadi dah subuh ke?” Sungguh dia tak ingat.
“dah. Kan pagi tadi. Rayyan pegi masjid.”
“ooo....” rayyan mengangguk faham. Bahan tidur selepas subuh. Dia kerling pada dadanya yang berbaju. Mana aku campak baju jubah aku tadi.
“dah lah, pegi mandi. Kesian gadis cantik kat bawah tu tunggu lama-lama.” Ujar mak cik imah yang sudah berlalu ke meja study.
“mak, bagi cleaner baru makan banyak sikit. yan nak tengok cara dia makan.... yan rasa yan dah kena jadi lebih strict untuk pilih maid.”
“baiklah.... tapi yan kenalah ingat. Tak semua manusia tu bawak penyakit, dan tak semuanya bawa kuman. Yan tak kan sakit la. Cuba kawal sikit rasa takut yan tu.” Mak cik kesian melihat cleaner yang tidak sampai sehari dua kena pecat dek ketakutan rayyan. Teruk sangat fobia anaknya ini.
“ye tahu. Tapi yan kenelah berjaga-jaga. Kan mencegah itu lebih baik dari merawat.”
“bila cakap satu, dibalas nye sepuluh.... ye la yan. Mak bagi dia sarapan. Yan jangan nak pecat tasya suka hati. Mak suka budak ni, baik je rupa dia. Cantik. Sesuai dengan yan.” Ujar mak cik imah dengan sengihan semakin melebar. Tiba-tiba dia sudah berangan rayyan dengan tasya bersanding. Sama cantik. Sama cantiklah!
“wow. Sampai mak cakap gini. Tengoklah macam mana nanti. Tak janji. Kalau muka cantik, tapi pengotor....”
“haa... siaplah. Mak turun dulu. Cepat sikit. Tasya dah tunggu kat bawah tu.”
Rayyan mengangguk malas. Dalam rumah banglo ini, hanya ada dua orang saja yang boleh meninggikan suara kepadanya. Satu mak, satu lagi daddy. Kemudian, nama cleaner baru mencuit hatinya,
“tasya? Sound off to me...”
Dia berlalu ke bilik air.

#

“tasya makanlah sarapan dulu. Sekejap lagi, rayyan turun.” Ujar mak cik imah. Dia masih tersengih-sengih melihat wajah gadis di depannya ini. Dari segi adab dan gaya, macam baik perwatakan gadis ini. Haraplah anak singanya itu dalam dilentur dengan wajah bidadari ini.
Pada awalnya, dia mahu menolak. Tapi melihat sarapan serba mewah yang terhidang di depannya membuatkan sarapan roti cream gardenier 85 sen tu hilang. Bau? Takyah cakap, memang sedap! Macam masakan ibu!
“susah je mak cik...” tasya mula menyenduk nasi goreng, sosej dan hashbrown ke dalam pinggan. Selepas mendapat kerja semalam. Mood makananya kembali normal. Kembali seperti mood melahap. Bawah sikit dari jimbo. Sebab dia perempuan. Control.
“makan ye, makan.... nanti kamu kene guna banyak tenaga....” mak cik imah sudah seakan berbisik  di akhir katanya. Apalah rayyan mahu buat kepada tasya kelak.
“ape dia mak cik?” tasya seakan mendengar sesuatu.
“takde ape-ape.... lagis satu, takyah la panggil mak cik, panggil je mak. Mesra sikit. Mak harap sangat tasya boleh keje lama sikit kat sini....” selama-lamanya pun boleh. Harap budak bertuah tu tak buat hal.
Tasya terkelu sedikit dengan kata-kata mak cik imah.
“baiklah mak....” tasya tersipu malu memanggil puan besar rumah dengan panggilan. Baik betul majikan dia ini.
“nak tanya, nanti saya bersihkan satu rumah ni ke?” soal tasya tanpa sedari sebelum dia menutup mulut. Alahai.
Mak cik imah ketawa,
“takdelah, ramai lagi pembantu rumah ni. Sekarang semua tengah buat kerja masing-masing, ade kat dapur, ade yang mengemas, ade yang mencuci, ade yang memotong rumput. Kamu makanlah dulu, mak nak ke belakang jap. Sekejap lagi rayyan turun. Biasalah lelaki tu, kalau bersiap. Lama sikit.” Jelas mak cik imah. Dia pula sebagai ketua pembantu rumah aka nanny rayyan.
“ooo...” mulut tasya membentuk o sebelum kembali menyuap makanan ke mulut. Sedapnye. Otaknya kembali memikirkan jawapan mak. kalau dah banyak maid, aku kene buat ape? Dalam dia asyik berfikir, ada sepasang mata sudah memerhati.

#

Rayyan mengeleng kepala melihat gadis yang sedang menyuap makanan ke mulut. Nampak gelojoh dan miskin di situ. Apalah nasib dia mendapat pekerja gred c. Dia kemudiannya berdehem sebelum berlalu di depan gadis itu.
“dah habis makan?” soalan yang penuh mengarut. Di dalam pinggan gadis itu masih ada separuh lagi makanan.
Mahu saja dia menutup mulut gadis itu. Tasya. Kenapalah gadis itu terlongo. Buruk. Serius buruk. Ni yang mak cakap cantik. Buruk binti ugly adalah.
“kau dah habis makan ke?” dia mengulang soalannya. Dia mengupah cleaner barunya ini untuk mengemas ‘rumah’, bukan untuk makan. Kalau nak buat makan, boleh saja dia arahkan zafie untuk buat charity day dekat rumah anak yatim.
“haa.... ape dia...” tasya mengeleng kepalanya. Masakan dia boleh terlongo melihat lelaki di depannya. Easy. Sebab dia handsome? Ish, mana ade handsome, macam pendek je. Takdelah pendek 160 macam aku. Pendek 170 kot.
Rayyan mengetap bibirnya. Macam blur semacam je cleaner barunya ini. Ni dah macam blur binti buruk. Dia membuka mulut, kali ini dengan oktaf lebih tinggi, tetai niatnya terbantut apabila mak cik imah muncul.
Tasya pula seakan menanti jerkahan dari lelaki itu. Dari gerak tubuh dan riak muka, ternyata lelaki tu seakan marah dengan perilakunya tadi. Tapi dia selamat apabila mak cik imah. Mak! tolong saya. Ni siapa!
“haaa, dah turun pun. Tasya, inilah majikan kamu, rayyan. Rayyan ni ni tasya.”mak cik imah serasa melihat drama cinta. Bestnye.
“ouh. ni kiranya anak mak la ye? Saya tasya, tasya hanim.” Tasya menghulurkan salam. Ikutkan hati dia tidak mahu, tapi ini seperti cukup syarat. Lepas ni, jangan harap dia mahu sentuh.
Rayyan membulat mata. Wow, progress yang laju. Siap panggil mak. huluran tangan tasya direnung dan dibiarkan.
Tasya pula dengan penuh malu. terus menarik tangannya ke sisi. Hantu betul perangai manusia ni. Jauh betul dari perangai mak.
Mak cik imah ketawa kuat. Senang hati,
“takdelah, mak ni Cuma ketua pembantu rumah ni je. Rayyan ni majikan mak jugak.” Dia sedar rayyan sedang merenung tajam ke arahnya. Biarlah, dia tahu kedudukannya. Beringat-ingat. Tapi dia sayangkan rayyan sepenuh hati.
Tasya terlongo lagi sekali. Habislah. dia sudah salah faham ni. YA allah, janganlah bagi hant... eh bos aku ni pecat aku. Ya allah tolong ya allah.
Rayyan menarik nafas. Kalaulah dia dapat memberi markah, gadis ini sudah pasti menyandang anugerah, pekerja paling cepat dipecat.
“nama aku rayyan irshad, panggil aku tuan. Sekarang ni, ikut aku.” Arahnya dengan penuh tegas. Kemudian, dia dapat merasakan tangannya disentuh oleh mak cik imah. Dia mengangguk faham. Takut sangat aku pecat budak tak semengah ni. Takpe la rayyan, bagi la budak ni keje satu dua hari.
“baik bos....”jawab tasya sebelum menyuap satu suapan terakhir. Sedap sangat nasi goreng itu.
“tuan....” rayyan betulkan tanpa memandang ke belakang.
“b b baik... tuan.” Tasya mengerling ke arah mak cik imah.
“sedap sangat nasi goreng ni.” bisiknya.
“takpe, kamu pegi dulu. Nanti mak bungkuskan untuk tasya.”
Tasya mahu melompat, tapi bayang bos hantunya sudah hilang dari pandangan. Kelam kabut dia mengejar. Spertinya lelaki bernama rayyan ini mempunyai perangai seperti hantu.

P/S : cuti dah habis T.T drop ur komen for nex n3

You Might Also Like

0 comments: