DTML
Bab 2
p/s: patut post tengah hari tadi. bu then, dapat half day off. Happy CNY everyone <3
Don't Touch! My Love Bab 2
Bab 2
“jimbo! Jimba! Abang kau masih keje as recruiter kan?”
tanya illa. Wajah jimbo yang tengah membaham lunch di depan mata. dia pun
hairan dengan fiil kawannya satu ini. perangai lembut tetapi bila makan, kalah
gaya abang the rock.
Jimbo hanya mengangguk. dia tidak sempat untuk menjawab
dengan kata-kata. busy.
Tasya melihat kesibukan jimbo hanya mampu menggeleng
kepala. kalau dah jumpa makanana, singa pun angkat white flag. Dia kembali
mencari kerja part time di handphone.
“haaa…. Nice. Ni kawan kita ni, nak cari keje part time?
Kau boleh tolong tak?” illa bertepuk tangan.
Jimbo terkejut. Dia menghentikan suapannya. Kepala
diangkat dan kening berkerut. Wajah tasya dicari.
“tasya? Kau perlukan duit ke? Kenapa, duit scholar kau
tak cukup ke?”
Tasya menggaru kepalanya yang bersarungkan tudung. Alahai
dia dah start dah.
“takdelah, aku....”
Illa menggelengkan kepala. Dia kemudian mencuit bahu
jimbo,
“macam ni....” dia mencerita semuanya kepada jimbo dan
memaksa kawannya itu untuk menyimpan rahsia perihal ini.
“jahatnye pak cik kau tu tasya. Lahabau betul. Kalau aku
jumpa dia, aku tumbuk muka dia.” Luah jimbo. Sedih dengan situasi kawannya itu.
Serentak tasya dan illa ketawa. Tumbuk? Nak bunuh nyamuk
tak sampai hati.
“jahat betul korang ni. Tapi pasal keje tu, nanti aku
contact abang aku. Then aku pass nombo kau kat dia. Keje ape pun xkisahkan.”
Tanya jimbo. Ikutkan hati, mahu saja dia menjodohkan abangnya dengan tasya.
Gadis yang ada otak dan muka. Tapi sayang, gadis itu awal-awal lagi dah menolak
semua posibility untuk bercinta-cintun.
“thanks hazim. Kau memang terbaik. Sayang kau.” Ujar
tasya dengan senyuman nipis. Hazim aka jimbo ini memang kawan yang baik
walaupun insta kepoh.
#
Tasya tidak meletakkan seratus peratus harapan kepada
jimbo. Dia sendiri sudah berjaya mencari beberapa jawatan kosong. Esok pagi dia
akan menelefon satu persatu. Dia mengharapkan pekerjaannya ini tidak akan
menganggu jadual kuliahnya. Tetapi sebagai pelajar tahun akhir, kelas hanya
beberapa kerat saja.
“macam mana? Banyak tak kau jumpa?” soal illa. Mulutnya
mengunyah kerepek ubi yang diculik dari rumah. Tangannya menyua makanan itu
kepada tasya.
Tasya menggeleng. Dia tidak lapar dan tiada mood untuk
makan. Hatinya masih risau. Di dalam hati, dia berdoa agar pakciknya itu tidak
memungkiri janji.
“banyaklah jugak. Tapi semua macam cari pekerja full
time, bukan part time.”
“takpelah kita cuba dulu, mana tahu dorang terpikat
dengan suara kau. Ye la, kalau berdepan, memang konfem dorang nak ambil.”
“kau ingat aku nak apply keje jadi ayam ke?” cantik-cantik.-cantik.
Itu sajalah pujian yang dia sentiasa dapat dari semua manusia diatas bumi ini.
Bukan tidak bersyukur, tapi dia jenis rimas dengan lelaki miang. Disebabkan
mukanya, dia selalu jadi mangsa sumpah seranah girlfriend jantan miang kayu.
Macamlah aku hadap muka lembu pakwe dia tu.
Illa ketawa.
Kemudian, handphone tasya berlagu. Nombor tidak dikenali.
Dengan penuh ragu-ragu, dia mengangkat call.
“hello...”
“haaa helo! Assalamualaikum! Saja hazman. Ni tasya ke?
Kawan ajim?”
Tasya menjauhkan sedikit handphone dari telinganya. Agak
tinggi oktaf yang menderu dari speaker phone. Bunyi excited semacam. Dia
kemudian melihat wajah illa yang penuh dengan tanda tanya.
“sape?” soal illa.
Tasya hanya menggeleng kepala.
“aah, ye saya tasya hanim.”
“haa, ajim ade call saya petang tadi. Semua keje awak
boleh kan? Awak tak pilih keje kan?” soal hazman dengan senyuman yang mekar di
bibir.
Tasya mengerutkan dahi. Masin ke mulut aku tadi?
“saya tak kisah, janji bukan jadi ayam.” Fake laugh
diluangkan. Tanda im-just-kidding.
Lantas meletus ketawa di corong handphone. Tasya
terkejut. Amboi excite betul abang jimbo ni.
“awak ni kelakarlah. Takdelah, company saya tak recruit
orang jadi ayam. Saya ade part time position as cleaner untuk awak. Esok start?
Awak boleh start esok?”
Tasya memproses sepatah demi sepatah sebelum tersenyum
lebar. Alhamdulilllah. Dia kemudiannya mengangguk laju.
“boleh ke?”
“eh, boleh-boleh sangat. Esok ahad, saya takde masalah.”
Malu seketika apabila dia mengangguk macam belatuk. Memang abang jimbo itu berada di depannya.
“okay. Thank you tasya! Nanti saya mesej semua detail
dekat awak. Alamat dan nama majikan awak. Sharp pukul 9 pagi awak kena ade kat
depan pagar bos awak.” Jelas hazman. Lega hatinya. Mana dia nak cekau orang
untuk memenuhi kehendak clientnya yang begitu hantu fiilnya. Biarlah kawan
jimbo itu penuhi jawatan cleaner untuk sehari dua sampai dia berjaya
mendapatkan seseorang yang boleh berkerja full time cleaner yang tip top.
“ooo. Ok ok. Tapi ade ape-ape lagi ke yang saya perlu
tahu before ke rumah bos tu?” soal tasya dengan penuh excited.
“takde. Cumanya awak perlu berpakaian sopan. Lepas tu,
gaji awak based on harian. Jadi jangan lupa minta gaji awak before balik esok.”
Jelas hazman dengan senang hati. Akhirnya dia boleh berehat untuk esok.
“terima kasih encik. Saya akan buat yang terbaik! Dont
worry.” Tasya sudah mahu terlompat. Illa sudah bersedia untuk melompat sama.
Hazman menahan gelaknya. Simpati ada juga. Dia berdoa
agar budak tasya ini mampu bertahan dengan manusia bernama rayyan irsyad.
“insyaAllah. Good luck. Nanti saya mesej details. Klik!”
Tasya rasa seram sejuk sikit. Bunyi goodluck itu serasa
seram. Tapi who cares!
“kenapa.... kenapa....” soal illa yang sudah terlompat
kecil.
“aku dapat! Aku dapat keje!!! Yey!!!!”
“alhamdulillah! Yeay!!!”
#
Tasya hanim menarik nafas dalam-dalam. Baju kurung tersarung
di badan diteliti untuk kali terakhir. Tudung bawal cantik di kepala. cantik
dah ni. Dia perlu betulkan niatnya. Dia membuat kerja ini untuk meringankan
beban ibunya. Bukan untuk kesenangan seorang diri.
Kepala diangkat. Sebuah pintu besi yang akan membawanya
ke sebuah rumah banglo 3 tingkat. Mampus aku nak kene bersihkan semuanya. Sakit
jantungnya apabila waze kereta illa membawa mereka masuk ke kawasan perumahan
elit. Tapi nama pun TTDI. Tapi dia tidak expect this kind of house. Bizarrely
big!
Teringat kata-kata illa.
“goodluck, nak balik nanti roger aku. Kalau kene pecat
pun, bagitau gak. Boleh aku datang awal sikit.”
Siot punya kawan. Jam di tangan dikerling. 8.50 pagi.
Dengan lafaz bismillah, tasya menekan loceng rumah.
p/s: patut post tengah hari tadi. bu then, dapat half day off. Happy CNY everyone <3
0 comments: