DTML

Don't Touch! My Love Bab 6

11:01 AM Unknown 0 Comments




Bab 6
Selesai membaca quran, rayyan berlalu ke katilnya dengan malas. Entah apa yang dilakukannya pada hari ini yang membuat seluruh tubuhnya lelah. Sesaat dia melemparkan tubuh ke atas katil, handphone berlagu di atas meja kerjanya.

“Sape pulak mesej aku ni!” marahnya. Dengan malas, dia berlalu ke meja dengan seribu satu kemalasan. Bagaikan ada dumble berkilo-kilo diikat pada tubuhnya.
“you better be good.....” dia bermonolog sendiri sebab terdiam. Nama cleaner muncul di skrin phonenya.
“oo....” bibirnya mengukir senyuman kecil. Kehadiran budak bernama tasya itu sedikit sebanyak membuat harinya berwarna pelangi. Bukan dia benci hari-hari kelabu sebelum ini, malah itulah cara dia hidup. Jauh dari manusia. Dia tidak percaya kepada orang luar apatah lagi kepada society. Biarlah dia jauh dari manusia, asalkan dia tidak terikat dengan syaitan bertopengkan manusia. Lagi satu, dia mempunyai fobia terhadap germ, kekotoran. And guess what? A lot of human out there is pengotor! Back to tasya,
“bos. Saya nak nombor telefon PA bos...” disebabkan bosan dan sunyi, dia pun membaca mesej cik cleaner dengan kuat.
“kenapa tetibe dia nak nombo zafie?” keningnya bertaut. Mana dia tahu aku ada PA. Sesaat kemudian, satu mesej lagi masuk ke inbox. Tasya.
Budak cleaner:-
Sorry ganggu bos. Saya nak hantar jadual kelas saya dekat PA bos.
Lantas, mulut rayyan membentuk huruf O. Kepala mengangguk faham. Jarinya kemudian mencari nombor telefon Panya. Sebelum idea kepoh menjalar ke sel-sel otak. Dia menaip laju dan menekan butang send. Bibir tersengih.
Tasya membuka mesej yang dihantar oleh encik bos,
“just send it to me...” dia tersenyum kera. Suka! Laju tangan dia menaip.
Rayyan membuka mesej. Dan hanya satu kata keluar dari mulutnya.
Bengap!
Budak cleaner:-
Mana boleh hantar file through sms. Whatsapp  je la  (=3=)
Dia membalas laju mesej terbengap itu dengan tiga patah perkataan. Disertakan dengan tanda seru. Dia mahu menghantuk kepalanya ke dinding dek geram punya pasal. Tapi memikirkan kuman pada dinding. Arghhh!
Tasya ternganga membaca mesej dari encik bosnya. Jelas api kemarahan di situ.
Bos hantu lagi kacak:
Then, do it!!!!!!!!
Laju tangannya membuka apps whatsapp dan menghantar file pdf kepada bosnya. Lega. Memang bos aku ni ade bela saka ke ape? Even message dia rasa seram! Rasa berhantu macam DIA!!!!!
Rayyan membuka mesej whatsapp dari tasya si bengap. Lantas dia menekan file tersebut. Okay, isnin sampai rabu ada kelas dari 8 pagi ke 1 petang. Khamis jumaat, kelas 2 petang sampai lima. Dia masih tertanya tasya ini memandang bidang di universiti sebelum mulutnya terbaca satu subjek. Architecture core.
“architect in making jugak ke.....” bibirnya tersenyum kecil.
Pantas dia menghantar file tersebut kepada zafie. Seminit kemudian, handphonenya berlagu. Jam digital yang tergantung pada dinding dikerling. Pukul 10 malam. Dengan malasnya, dia menjadi.
“hello...”
“assalamualaikum tuan! Macam mana!” pekik zafie dengan kuat. Riuh rendah di belakang cuba dilawan. Dia sedikit terkejut bila mendapat jadual kelas. Jangan bos suruh aku attend kelas balik sudah!
“walaikummussalam.... ade ape? Tolong jangan menjerit. Aku tak nak bacteria dari mulut kau tranfer thru this phone call.” Seloroh rayyan dengan nada dingin. Itu cara dia bergurau. Take it or leave it!
“kelakar la bos ni. nak tanya, jadual ape tu tuan?” zafie keluar dari halaman rumahnya yang baru saja habis kenduri.
“tu jadual cleaner. Kau tolong buat schedule untuk dia datang ke rumah aku.”
“ouh, jadual part time cleaner rupanya. Terkejut saya, ingat tuan nak suruh saya attend kelas balik. Okey tuan, saya akan forward ke tuan esok pagi.” Zafie memegang dadanya sambil tersenyum. Lega.
“takde maknanya aku nak hantar kau masuk kelas architecture.... buang duit.” Ujar rayyan dengan senyuman kecil. Lucu Panya ini. Senget tak bertepi. Sama seperti budak cleaner tu.
“tu la.... baik tuan hantar saya masuk kelas survival. Eh! By the way, mak saya ucap terima kasih kat bos sebab sponsor desert.” Ujar zafie dengan rasa teruja. Bangga sedikit bila mak puji bos setannya. Itu lah rayyan irsyad, dingin nak mampus tapi baik hati. Nasib baik! Kalau tak, lama dah dunia perang dunia ketiga.
“no hal. Kirim salam kat mak kau.... bye.” Klik!
Rayyan berlalu ke katil sambil menguap. Pil tidur yang diambilnya  sebentar tadi sudah memulakan kerja. Kini dia akan membiarkan tubuhnya berehat dan membunuh semua kuman dan bakteria yang cuba menceroboh dirinya dan.... hati.

#

Tasya berjalan sambil memegang erat tali begnya. Jam masih awal. Mujur lecturernya malas memanjang kelas pula hari ini. Dengan penuh riang dan tenang, dia berjalan penuh aman dan tenang.
“ui!”
Tasya berhenti dan mencari suara yang meng-ui. Senyuman sedikit lebar. Cinta monyet muncul pula di depan sambil berpakaian serba kemas lagi cantik.
“bang qib....” tasya menutup mulutnya sedikit apabila suara meninggi. Dia berjalan ke arah raqib yang sedang berdiri tidak jauh darinya.
“ui, jangan berabang kat sini panggil sir raqib....” ujar raqib dengan ketawa kecil.
“ceh, dia yang ui-ui dengan orang. Bang dah habis kelas ke?” tasya blushing sedikit apabila lelaki kacak itu tersenyum. Suatu ketika dahulu, dia dan raqib berjiran. Tetapi selepas ayah raqib dinaikkan pangkat, keluarga lelaki itu berpindah ke kota kuala lumpur. Bak kata orang, kalau dah jodoh, tak ke mana. Jadi mereka bertemu di kampus ni semula.
“o, baru je habis. Sya?”  raqib meneliti riak wajah gadis di depannya. Siapa sangka budak perempuan yang super selekeh dan buas bertukar menjadi seorang gadis yang begitu cantik.  Sedikit hatinya berdegup.
Tasya mahu rebah bila dipanggil sya. Waduh! Lemah gue!
“tasya dah habis kelas untuk hari ni. sekarang tasya nak ke rumah bos tasya pu...” dia terlepas cakap. Alahai, asal la aku excited nak bagitau dia pasal keje aku!
“rumah bos?” dahi raqib berkerut.
Tasya cuba memikir alasan yang muhasabah. Mustahil untuk dia memberitahu yang dia bekerja part time sebagai cleaner di depan cinta hatinya. Segan wei!
“aah, tasya sekarang kerja part time. Pembantu arkitek. Saja nak cari pengalaman. Ok lah, tasya nak pergi dulu....” dia terus berpaling ke belakang dan membuka langkah harimau. Lari! Lari!
“not so fast...” raqib menarik beg galas tasya dengan laju.
Tasya mengetap bibirnya. Alahai. Kelemahan tasya adalah menipu dan dia tidak betah untuk menipu lelaki yang sedang memegang erat beg galasnya sekarang. Dia memaling kepalanya sedikit melihat wajah raqib.
“biar abang hantar...” ujar raqib dengan nada bersahaja. Lagipun kelasnya sudah habis unutk hari ini. Tidak salah kalau dia mengular untuk setengah hari.
“tapi tempat tu jauh....”
“nothing is jauh if you got car....” raqib mengeluarkan kunci kereta honda city dari poket seluar sambil tersenyum.
“waa. Abang beli kereta baru ke?” pantas mata tasya berkilau!
“yup! Baru lepas dapat.”
“kalau gitu, jom! Dapat lah merasa kereta baru abang.” Tasya mula excited. Dari kecil sampai ke besar, dari basikal ke kereta. Sekelilingnya mulai berubah, mula beralih. Oleh itu, dia juga harus menyimpan niat untuk memperbaiki hidupnya.
“jom! Kat mana tempat kerja sya tu?”

#

“mak, pukul berapa budak tu datang?” tanya rayyan. Dia kini sedang menikmati makanannya di meja makan dengan utensil makan yang telah sedia dibersih dengan teliti. Ditemani dengan mak imah yang duduk di hujung meja makan.
“aik, rindu ke?” mak imah mula mengusik. Dia menanti-nanti soalan itu meluncur keluar dari mulut anak lelakinya.
Kunyahan rayyan berhenti serta merta seperti brek kereta dipijak mengejut. Matanya mencerun ke arah mak imah yang sedang tersengih-sengih menjamah makanan.
“mak....” panjang harakat dia tarik.
“gurau je la. Tasya datang dalam pukul sat.... eh, patutnya dia dah datang sekarang.” Jawab mak imah selepas mengerling ke arah jam di dinding.
“hmm...” rayyan menelan kata-kata yang bermain di otaknya saat ini. standard budak. Time management ke laut. Belum kerja pejabat lagi. Dasar pemalas.

#

Tasya mengerling ke arah jam di pergelangan tangan. Alahai jem lah pulak! Dia sudah terlambat 20 minit. Ni semua salah kau! Gatal sangat! Ade ke patut nak singgah makan mcd lagi! Kakinya bergetar-getar menahan rasa resah.
“sekejap lagi kita sampai....” ujar raqib dek merasa aura keresahan yang sangat kuat dari gadis yang duduk di sebelahnya.
“betul ke? Alhamdulillah...” lega. Tasya memegang erat handphone di tangan. Perkara terakhir dia mahu adalah menerima mesej you-are-fired dari lelaki berhati batu itu.
Selang beberapa minit, hati tasya semakin lega apabila kereta raqib melalui kawasan sekuriti dan membelok ke lorong yang akan menjadi jadualnya pada hari-hari mendatang.
“dah sampai.” Ujar tasya dengan rasa syukur yang tidak terhingga. Ligat tangannya membuka pintu kereta.
Raqib hanya mampu terdiam melihat perilaku kelam kabut tasya. Dia membuat hipotesis mengatakan bos tasya ini orangnya garang dan menakutkan.
“jap tasya.... betul ke sini? Ni macam rumah je.”
“dia kerja kat rumah. Thanks abang sebab hantar and also for the lunch! Sayang abang qib!” pintu kereta raqib ditutup dengan laju. Tasya berlari ke pintu pagar besi milik hantu batu. Jap, ko cakap ape tadi!? Lantas wajahnya mulai memerah.
Raqib turut terpana dengan kata-kata tasya sebentar tadi. Wajahnya disimbah dengan air panas. Kemudian bibirnya menguntum senyuman.

#

Melihat wajah merah tasya, rayyan mengangkat sebelah keningnya. Budak ni berlari ke ape? Elok je aku tengok pakwe dia hantar.
“awal sampai.”
Dush!

Tasya mengeras. Tak sangka timing dia masuk rumah disambut oleh rayyan yang baru turun dari tingkat atas. Dia terus tersengih. Kantoi la pulak,
“assalamualaikum boss.... maaf lambat. Jalan jem.” Jelasnya di depan pintu rumah.
Rayyan menjawab salam dengan perlahan. Dia merenung budak perempuan di depannya dengan tajam.
Tasya pula mula tidak selesa direnung terus menggaru-garu kepala. mana mak imah ni?
“kau berdiri tegak kat situ buat ape? Pergi la buat keje. Nak kene pecat ke?” ujar rayyan dengan selamba. Dia sendiri tidak ada tujuan turun ke bawah selain menyambut cleaner barunya yang lambat!
“aip! Ape cakap macam tu, rayyan? Tak baik lah... tasya, dah makan?” mak cik imah muncul menyelamatkan keadaan.
“rayyan tak suka orang lambat and this girl is late!” rayyan menaikkan suaranya sambil mencari muka tasya. Ish! Pergi tengok lantai tu buat ape! Tengok lah muka aku ni!
“dia mesti ade sebab tu. Takpelah, rayyan nak tasya bersihkan office rayyan dulu ke?” mak cik imah cuba mengawal keadaan lagi. Biasalah budak lelaki berdarah panas ini memang mengada sikit.
“ok. Rayyan nak workut dulu.” Rayyan berlalu naik ke atas. Sampai ke sudah budak cleaner itu tak mengangkat kepala. siap kau lepas ni!
“tasya, dah makan? Kita makan dulu la. Nanti, tasya terus pergi ofis yan.” Cadang mak cik imah dengan mata bercahaya. Dia terlalu excited untuk berjumpa dengan tasya hari ini.
“oh takpe mak, tasya dah makan tadi. Tasya terus pergi bersihkan office bos je la. Nanti lepas habis semua, kita makan ye.” Dengan kelam kabut, tasya berlari naik ke tingkat dua. Kecut pulak perutnya mendengar ugutan bos hantunya. Dasar hantu!
“oh mak kau!” langkahnya terhenti di hujung anak tangga. Mulutnya ternganga seketika apabila melihat rayyan sedang membuka baju di depan bilik. Satu tubuhnya mula berbahang.
“kau tengok ape? Cepat bersihkan office aku, aku nak buat kerja lepas ni.” rayyan menyarung baju workoutnya. Kemudian dia mengatur langkah ke arah tasya dan meletakan baju tshirt yang dipakainya tadi di atas kepala tasya yang membatu.
“ba.... ba...ik.” tasya mahu menangis. Malu sesangat-sangatnya. Mendengar tapak kaki rayyan mulai menjauh ke tingkat atas membuat tubuh kembali berpusing. Baju tshirt lelaki itu diambil dan tanpa sengaja dia terhibu bau baju tersebut. Wangi. Bibirnya menguntum senyuman sebelum dia sendiri menampar dirinya sendiri.
“tasya hanim! Kau kena fokus! Fokus bayar hutang pak cik tak guna tu. Bismillah!”
 


You Might Also Like

0 comments: