DTML
Don't Touch, My Love Bab 5
Bab 5
“ni duit gaji untuk hari ni....” mak cik imah
menghulurkan sampul duit kepada tasya yang jelas letih riaknya.
“terima kasih mak.... tasya pun nak balik dah ni, esok
tasya datang lagi.” Ujar tasya dengan senyuman yang menutupi semua keletihan.
Dapat duit kot, senyumlah. Takkan nak meraung pulakk.
“ye la. Kalau kamu terasa hati dengan rayyan tu, mak
minta maaf ye. Dia tu tak biasa dengan orang luar. Apatah berbual dengan orang.
Sebab fobia dia tu, dia cuba untuk jauhkan diri dia dari orang lain. Tapi dia
bukan takde perasaan, dia ade.” Jelas mak cik imah. Dia tidak mahu gadis di
depannya ini terus hilang keesokkan harinya.
Tasya hanya mengangguk faham. Dia akan sedaya upaya untuk
menjauhkan diri dari bos hantunya itu. Takut lagi dihina.
“lagi satu, dia puji tasya tadi. Dia kata tasya pandai
buat kerja.” Tambah mak cik imah apabila gadis itu hanya diam mengangguk. Siapa
tak marah apabila dihina.
Tasya tidak dapat menahan senyuman yang terbit di
bibirnya. Terasa gembira untuk seketika. Lega mungkin.
“dia cakap macam tu ke mak.... baru dia tahu, tasya ni
pro bab membersih mengemas ni.” ok, moodnya sudah kembali normal.
“baguslah tu, lepas ni boleh pulak belajar mengemaskan
hidup rayyan pulak. Eh...”
“mak.... manalah orang kaya macam bos tu suka kan orang
miskin macam saya ni...” seloroh tasya. To be honest, marriage is the last
thing she will do in her life. Not now. Just not yet.
“kalau dah jodoh...”
“mak ni suka lah berangan.... ok lah, tasya kene gerak
balik. Nanti terlepas pulak bas.” Ujar tasya. Ya, disebabkan dia terlalu lama
berkerja. Illa sudah pulang ke rumah keluarganya kerana ada makan-makan bersama
saudara. Dia pun pelik keluarga illa ini terlalu besar sehingga semua ceruk KL
ini dipenuhi dengan sepupu, dua pupu. Aku? Haram....
“ye la, nah buat makan malam. Mak dah panaskan tadi.” Mak
cik imah telah siap membekalkan makanan untuk tasya pulang ke kampus. Beg shopping
berwarna biru yang dipenuhi tupperware diberikan kepada tasya.
“wow! Terima kasih mak! esok, tasya pulangkan balik
ye...” tasya membuka langkah keluar dari rumah banglo sebelum namanya diseru
oleh seseorang.
Eh.... kenapa dia dok melaung nama aku ni...
“ye bos, ade ape?”
“naik driver saya....”
“what?”
Rayyan membalikkan bola matanya ke atas tanda sengal.
Lantas dia menulis mesej dan hantar kepada tasya. Dia kemudiannya memberi
isyarat kepada tasya agar melihat handphone.
Tasya pantas membuka handphonenya yang diletakkan pada
mode vibrate. Satu mesej dari nombor yang tidak kenali. Dia membuka mesej
tersebut dan tersenyum.
0111-00123321
Ni
nombor phone aku. Driver aku akan hantar kau balik ke rumah kau. Tanda minta
maaf dari aku.
“thank you bos! Jumpa esok!” pekik tasya pada balkoni
yang kosong dari makhluk. Amboi cepatnye lari.
#
“so, how your first and final day?” illa menggamit tangan
tasya dengan penuh erat. Seerat rasa ingin tahu yang menimbu di dadanya.
Sepanjang makan malam bersama keluarganya, dia menahan diri dari menelefon
tasya. Selepas disound oleh bos poyo tasya, dia sudah tidak mengacau masa
bekerja kawannya, sekadar memberitahu yang dia tak dapat untuk menjemput tasya
dek jemputan makan malam.
“excuse me, siapa kata aku kene pecat? Esok aku kene ke
sana balik....”
“what?!”
“iye, esok after class, aku terus shoot ke sana. How my
first day? Marvelous! Rumah bos aku tu besar, tapi aku Cuma urus space peribadi
dia. So, takdelah letih sangat, tapi letih la jugak, sebab dia manusia yang begitu
teliti.” Tasya decide untuk menyembunyikan fakta tentang rayyan yang mempunyai
mysophobia. Our little secret from society....
“jap, bukan tadi dia benci kau ke? Siap rembat phone kau
pulak tu.” Mata illa mencurahkan limpahan rasa ingin tahu. Matanya tidak
berkelip melihat wajah tasya yang masih tersengih. Dia ni dah kenapa? Macam
kambing pulak tersengih-sengih.
Tasya tersenyum malu. teringat adegan-adegan di rumah
bosnya tadi membuat dia blushing tak sudah. Dari abs ke pelukan ke mesej minta
maaf. Entah-entah dia suka aku....
“wei! Cakaplah! Sengihan kambing kau tu tak dapat nak
menjawab.” Illa mengesel-gesel bahu tasya. Biar sampai sikit ion ingin tahunya
pada sel-sel otak kambing di sebelah.
“aku rasa dia suka aku lah.... eh!” tasya terus bangkit
dari duduknya dan berlari ke atas katil. Blushing. Malu-malu!
“what?!” pekik illa.
“aku agak-agak je. Sebab dia baik semacam dengan aku
tadi. Siap hantar mesej minta maaf lagi. Tapi don’t worry, aku tak nak tersasar
dari cita-cita aku. Sedangkan syafiq kyle celop kat kelas tu pun aku reject, ni
kan bos hantu lagi kacak lagi dingin aku tu.” Tasya menghempap mukanya kembali
pada bantal. Blushing lagi.
Besar kecik. Besar kecik mata illa melihat ulat gonggok
expired di depannya. Lantas bantal diriba di baling ke kepala gedik tasya.
“dah la! Geli pulak aku tengok kegedikan kau ni.... tapi
nak tengok mesej dia hantar tu.” Pinta illa yang sudah landing di sisi tasya.
“eee! Mana boleh, nanti kau jeles....” gurau tasya dengan
gelak. Suka hatinya apabila teringatkan hari pertama kerjanya. Tapi melihat
wajah menjengkelkan lagi menghina itu, tasya terus menghulur handphonenya.
Sesaat kemudian, handphone disambut laju oleh illa. Kepochi habis.
Illa meneliti serangkap mesej ‘cinta’ yang penuh makna
dan puitis. Kalah sastera moden dan clasik. Dia meneliti dan mendalami.
Menelaah lagi menjiwai. Akhirnya,
“what the f...”
“oi!”
“sorry, kalau ni mesej cinta. Aku rasa kau ni tiga hari
lagi....” illa ketawa mengilai.
“kurang asam punya! Aku berangan sikit-sikit pun kau dah
doa untu aku mati...”
“masalah, kalau semua orang tengok gedik kau tadi, semua
kata sila ninggal.” Ketawa illa sehingga matanya berair.
“jahat giler mulut kau.... dah la, aku tak nak kawan
dengan kau.” Merajuk. Tasya terus baring dan menarik selimutnya. Takleh nak
tengok kawan gembira sikit...
“alolo... merajuk pulak dia ni. aku gurau je lah. Tapi
macam mana muka bos kau tu? Hensem eh?” illa membuka cerita kembali. Kalau
syafiq kyle celop yang handsome tu pun tasya reject, tapi kawannya boleh
tergedik dengan mesej pendek, maksudnya....
“hensem giler wei!” tasya bingkas bangun dari
baringannya. Terbayang wajah kacak bosnya saat ini. Abs. Yang tubuh kekar itu
turut terbayang. Oh tuhan, cantik ciptaanMu. Kemudian, kepala ditunjal dengan
kuat.
“oi, agak-agak la mengelamun. Dah macam orang jatuh cinta
je gaya kau ni.” duga illa dengan mata mencerun.
Tasya ketawa pula. Memang persahabatannya dengan illa
banyak terdedah dengan sentuhan extreme. Mereka bukan seperti kawan-kawan
perempuan yang lain. Lembut dan ayu. Tapi bukan kaum nabi luth. kami pun
menangis ok bila tengok movie bisik pada langit!
“aku jatuh cinta? Gile la. Belajar tak habis lagi, kerja
pun takdak lagi....”
“hence.... stop acting like one. Tasya, kalau indeed kau
terjatuh cinta....” wajah illa mula serius. Matanya tajam merenung ke wajah
tasya.
Tasya berhenti suara untuk seketika.
“jangan lupa bagitau aku....” Illa bingkas bangun dari
duduknya dan ketawa. Handphone tasya dipulangkan.
“ceh, kurang asam punya kawan!” tasya mencebik. Kemudian
dia membuka kembali mesej dari bosnya, rayyan. Bibirnya yang tadi boleh menjadi
part time hanger kini bertukar menjadi sekuntum senyuman. Rasa hati yang sedang
berdebar kecil itu dibiarkan tidak berlagu.
#
Selesai membaca quran, rayyan berlalu ke katilnya dengan
malas. Entah apa yang dilakukannya pada hari ini yang membuat seluruh tubuhnya
lelah. Sesaat dia melemparkan tubuh ke atas katil, handphone berlagu di atas
meja kerjanya.
“Sape pulak mesej aku ni!” marahnya. Dengan malas, dia
berlalu ke meja dengan seribu satu kemalasan. Bagaikan ada dumble berkilo-kilo
diikat pada tubuhnya.
“you better be good.....” dia bermonolog sendiri sebab
terdiam. Nama cleaner muncul di skrin phonenya.
“oo....”
*thank you sebab sudi baca. lama sgt2 tak menulis =,=" Nah saya belanje muka rayyan.
0 comments: