SBML
Stop Bully! My Love Bab 12
Bab
12
Semua
pelajar bersemangat pulang ke rumah termasuklah budak-budak yang akan mengambil
SPM. Mereka adalah umat yang paling bersemangat untuk pulang ke rumah. Sah-sah
tidak sedar diri, sepatutnya before few months lagi sebelum SPM ini buatlah
preparation elok-elok. Ini tidak, mereka lebih rela pergi ke taman rekreasi di
sebelah sekolah itu daripada menghadiri kelas tambahan yang diadakan pada
sebelah petang.
Wawa
kelihatan terkocoh-kocoh mengambil semua buku-buku miliknya dari laci meja
untuk dimasukkan ke dalam beg galas berjenama adidas. Dia terlihat kertas esei
milik Aiman dibawah laci miliknya.
‘aik,
bila masa kertas ni ada kat dalam laci aku ni ye?’
“Wawa!
Cepatlah. Kita nak pergi baskin robbins ni!” Diana yang ternyata bersemangat
untuk blah dari sekolah yang dianggap lebih berpuaka dari rumah puaka. Diana
pernah menyatakan, apabila memasuki pintu pagar sekolah dan terus menuju ke
kelas, dia merasa separuh nyawa telah tertinggal di pintu pagar sekolah.
Bagaikan tidak cukup oksigen untuk bernafas. Pintu pagar itu
memanggil-manggilnya untuk pulang terus ke rumah. Tetapi Alya membuat
kesimpulan, ‘cakap jelah M.A.L.A.S Diana the mamarazzi oii!’
Tetapi
kali ni mimik muka Alya pun yang tidak sabar untuk blah dari sekolah.
“wawa
apa yang lambat sangat ni? Kau ni.. Saja je kan.” Alya betul-betul tidak sabar
kali ini.
‘aikk?
Alya pun tak sabar nak blah ke? Tak patut, tak patut. Memang betullah stress ni
boleh membuatkan seseorang tu become
someone else lebih –lebih lagi budak-budak yang akan ambil SPM. Patutlah
budak skema tu semacam je, tekanan belajar kot. Eh! Yang kau ni peduli sangat
pasal bidadara tak jadi tu, apasal! Wawa, take
control of yourself. Don’t let your heart take over it’ wawa menarik nafas
pendek.
“astaghfirullah
ala’zim! Wawa, kenapa kau ni, tak sihat ke apa?” Diana mengucap. Biar betik,
Diana mengucap? Hah! Confirm stress can
change people attitude!
“yelah-yelah,
jom. Baskin Robbin’s! Wait for us!
Nyam-nyam” jerit Wawa. Dengan jari telunjuknya seperti membuat tarian
cucuk-cucuk langit.
“Wawa!
Wawa!” Jerit seseorang dari belakang sekaligus mengganggu khayalan dan
perjalanan tiga orang gadis untuk menikmati ice-cream.
‘sapa
lagi malaun yang menjerit-jerit ni!’ geram hati Wawa sambil berpaling ke
belakang melihat monyet yang memanggilnya sebentar tadi. ‘Hakim?’
“hai
Wawa” tubuh sasa itu kelihatan sedikit mengah mengejar mereka.
“bye
Hakim. Girls, jom!” Wawa terus
berpaling dan gadis-gadis itu menyambung langkah menuju kereta Pak Rahim. Gaya
mereka ada rupa charlie angel je.
Hakim
merengus kasar, dia melangkah cepat dan merampas buku yang berada dalam
pegangan Wawa. Sakit hatinya apabila Wawa jual mahal dengan dirinya.
“biar
aku tolong kau, Wawa. Ish, berat ni” Hakim tersengih.
‘berat?
File nipis dengan buku log? Pfftt~ kau nak sangat kan? Nah, bawakan’ gumam Wawa
dalam hati
“ok, terima kasih. Buku member-member aku ni
kau tak nak tolong bawakan pulak? Kesian kat dorang. Kan...” Wawa yang bagaikan
orang disorongkan bantal. Kepalanya dihalakan kepada sahabat-sahabatnya, sekali
gus cuba mengambil kesempatan dan peluang yang ada.
“a’ah
lah.. Sakit tangan aku yang cun ni. Berat tau buku add math ni. Kan Alya?”
Diana cuba meraih simpati Hakim.
“buku
aku ni pun berat gak. Hakim, kau tak nak tolong bawakan ke?” Alya juga mencuba
nasib.
‘sudah.
Diorang ni kan, saja je nak buat aku nampak macam kuli. Takpe-takpe, demi Wawa
aku sanggup. Senyum bro, senyum. Show your gentlemen side to them’ Hakim tanpa
berlenggah terus mengambil buku ditangan Alya dan Diana.
‘Bapak
berat. Diorang ni study ke angkat berat?’ gumam Hakim perlahan
“berat
ke?” Wawa tersenyum nipis, ‘nak sangat kan.. Nasib la’
Diana
dan Alya tergelak kecil melihat wajah kelat Hakim.
“eh
takde la. Setakat buku ni, apalah sangat. Urm, korang nak pergi mana lepas ni” Hakim
cuba pancing ketiga-tiga gadis idaman ramai itu.
“kami
nak pergi Baskin Robbins yang baru
buka kat mall baru tu” Diana yang ternyata
bersemangat memberitahu lantas dia memdapat cubitan maut dari Wawa dan
jelingan yang tak kurang maut juga dari ustazah pilihan.
‘mati
la aku’ Diana sudah berpeluh.
“oh
ye ke? Untunglah dapat makan ais-krim tengahari yang panas lagi terik ni kan.
Tak nak belanja ke?” Hakim menduga.
“tak
nak!” Serentak tiga gadis berpaling dengan tangan berbentuk ‘X’.
“ok
ok, no offense!” Hakim hanya
menggangguk. Lantas tangan lincah membelek buku log milik Wawa. Matanya
membulat apabila terpandang..
‘mak
aih, buruknya tulisan dia. Kalah cakar ayam kalau macam ni’. Belekan terhenti
apabila dia mendapati ada sepucuk surat yang terselit dalam buku tersebut.
‘dari
Aiman? Kepada Wawa’ lantas dia tersenyum. Kehadiran surat yang sure 100% love letter
itu, akan memeriahkan lagi agenda dia pada hari rabu ini. Lantas surat itu
diambil dan dimasukkan ke dalam kocek seluar tanpa disedari oleh Wawa kerana
Hakim berjalan dibelakang mereka bertiga.
“See you girls tomorrow!” Ujar Hakim
sambil tersenyum, tangan kirinya melambai-lambai ke arah gadis-gadis itu, setelah
menghantar pujaan hatinya dan yang lain-lain ke kereta BMW525i CKD M-sport
milik mama Wawa.
#
Sebelum
Wawa masuk ke dalam perut kereta tadi, Wawa sempat menangkap kelibat Aiman yang
memerhati dirinya dari jauh sebelum tubuh memasuk ke dalam perut kereta Porsche Boxster berwarna kuning yang
pandu oleh seorang perempuan.
‘kereta
rupa katak pun ada orang nak beli ke? Pelik betullah. Ishh! Suka hati dia la
nak beli ke tak. Wawa yang kau sibuk pehal?’ gumam hati Wawa.
“Wawa”
Pak Rahim memanggil anak angkatnya itu.
Wawa
tersedar dari lamunan.
“oh
ye, jom” Wawa cuba mengawal rasa malunya dan terus masuk ke dalam perut kereta BMW525i
CKD M-sport. Hakim pula sibuk nak menghantar mereka bertiga ke kereta itu. Gentlemenlah
katanya ‘but whos care. Pfftt...’
“eh
Wawa, kau perasan tak tadi Aiman naik Porsche
kuning dengan seorang perempuan. Macam cun je, mak we dia kot.” Teka Diana.
“eh
kau ni, Diana. Tak boleh serkap jarang macam tulah. Mana tahu itu kakak dia ke,
mak cik dia ke. A wise person ever said; A chip on your shoulder. Semua benda kau rasa kau tahukan?
Diana jangan
nak main hembus je, dosa tahu tak?” Alya membetulkan kesilapan kawannya yang
sorang ni.
“mana
ada aku cakap bukan-bukan. Kau tak tengok ke macam mana si skema tu
tersengih-sengih kat minah tu, lain macam je kan?” Diana mula melancarkan
missil peribadinya selaku mamarazzi.
“Diana,
kalau betul pun apa salahnya. Bukannya ada orang nak kan si Aiman tu kan...”
Alya sengaja memancing Wawa.
“apa
salahnya.. Kau cakap? Diva kita macam mana?” Diana masih tak dapat hadam apa
yang cuba disampaikan oleh Alya. Almaklumlah, budak-budak manalah faham bahasa
kiasan ni.
“nak
ke Diva kita tu ngan Aiman yang sikit punya skema tu?” Alya masih lagi cuba
memancing perhatian Wawa.
“aik?
Anak ayah dah ada buah hati ke?” Pak Rahim pula mencelah sedari tadi hanya diam
sahaja
“Aiman.
Tulah nama buah hati Wawa” Diana dengan cepat menjawab soalan Pak Rahim.
“Aiman?
Macam pernah pak cik dengar nama tu sebelum ni.... Kat mana ye?” Pak Rahim cuba
mengingati dimana dia pernah dengar nama Aiman sebelum ni.
“alah….
Pak cik akan jumpa jugak Aiman tu nanti. Hehe” Diana berseloroh. Galak mereka
bertiga ketawa sakan.
Wawa
hanya diam membatu di tempat duduk depan. Hatinya rasa kurang senang dengan
kejadian yang dilihatnya sebentar tadi. Dia langsung tak ada hati untuk
bercakap atau bergurau senda. Dia termati kata, setelah melihat senyuman manis
Aiman diberikan dengan begitu mudah kepada perempuan lain.
‘siapa
perempuan kerek yang pandu kereta katak tu ye? Hish! Tak boleh jadi ni. Silap hari
bulan, Aiman akan jatuh kat tangan orang lain pulak nanti. Frust terkentut aku karang.
Aduh, ni namanya perang! Macam manalah Aiman boleh syok kat perempuan tu? Dia
da lupa ke, dia tu suka kat aku. Tak akan lah Aiman aku ni, anak ikan? Tengok
rupa dan gaya perempuan tu macam tua dari dia je. Macam mana ni?’ Wawa mula
gelisah.
#
Aiman
memerhati buah hatinya dari jauh. Dia melihat Hakim menolong Wawa and the girls
angkat buku-buku yang ada pada gadis-gadis itu.
‘eleh!
Setakat buku, aku pun boleh angkatlah’ Aiman tak puas hati melihat keadaan itu.
Dia tidak perasan Hakim memegang buku log Wawa yang berisi surat cinta
miliknya. Matanya asyik memerhatikan Wawa sehinggakan kakaknya Aqilah sampai
pun dia tak sedar.
“Angah! Kau berangan nak jadi model
musim panas ke ape? Dah tak reti-reti nak masuk? Nak akak, bentang red carpet
ke ape?” Hairan Aqilah melihat Aiman langsung tak bergerak sedari tadi
keretanya sampai betul-betul dihadapan
Aiman.
“woii! Aiman!” Like a wise person ever
said; draw
a blank which is get no response, itu yang Aqilah alami sekarang.
Suara Aqilah dikuatkan sedikit.
“Along…. Bila sampai? Sampai tak
bagi salam” Aiman cuba menutup malu.
“a’ah kan…. Along tak bagi salam ye?
Telinga kau ni masuk air ke pagi tadi?” Aqilah sengaja nak memanaskan hati
adiknya itu.
“along ni dah kenapa? Gaduh dengan
boyfriend?” Aiman sengaja menyakitkan hati Kakaknya, nak menutup malu
sebenarnya.
“banyaklah kau punya boyfriend. Yang
kau pandang buah hati kau sampai nak terkeluar biji mata tu apasal? Nasib baik
isi perut kau tak terkeluar sekali. Heii, Sampaikan along ni pun kau boleh tak
perasan. Parah kes kau ni ngah!” Aqilah mengeluh.
“angah ada buah hati? Eiii, tak
malu” Comot mula bersuara setelah lama menjadi penonton tak berdaftar sedari
tadi.
“eh, Comot! Kau tak tau apa-apa
boleh tolong diam tak?” Aiman menahan malu dan sengaja buat-buat marah pada
adiknya kesayangan yang mendapat gelaran; Comot
“a’ah kan adik, tak malukan angah
ni” Aqilah menyimbah minyak.
“nak repot kat umi” Comot
menganggukkan kepalanya berkali, siap dengan ugutan bagai.
“ala korang dua ni. Mana ada angah
pandang siapa-siapa tadi. Jangan buat kontroversi boleh tak? Tengah panas ni”
Aiman betul-betul malu. Yelah, kantoi dengan adik-beradik sendiri pulak tu.
“ye ke panas? Yang tadi kau elok je
jadi model tengah-tengah hari buta, ok je? Tak nak mengaku ke? Ada yang tak
pergi lunch karang” Aqilah pula yang mengugut.
“lunch kat mana? Alah, along ni…. Dengan
adik sendiri pun nak berkira” Aiman berura-ura untuk menukar topik
“Pizza Hut!” Dengan lantang Comot bersuara.
“Pizza? Hoho, perut memang tengah
main kompang ni. Along cepatlah bawa kereta tu!” Aiman sudah tidak sabar
“kaki kau dah tak sakit ke? Kalau
sakit duduk je dalam kereta. Biar along dengan adik je pergi makan. Nak
apa-apa? Order je kat kami” Aqilah mengusik Aiman
“alah.. Sakit sikit jelah. Along ni
kan” Aiman tidak mahu mengalah. Aqilah ketawa ‘hei, manja betullah Angah ni. Macam
ni nak bercinta? Ish-ish-ish, tak taulah aku nak komen’.
#
Sementara
itu, Hakim setia menunggu di bahu jalan sekolah tanpa diketahui oleh penumpang
kereta BMW525i CKD M-sport. Apabila kereta itu berlalu dan hilang dari
pandangan matanya, dia mengeluarkan handphone HTC Dopod miliknya.
“helo
Nal, ambil aku sekarang. Jom kita pergi Baskin
Robbins. Wawa ada kat sana” Hakim seperti mengarah kawannya.
“ala
malaslah weii, minta la drebar daddy kau hantar kau kat sana. Aku nak tidurlah!
Malam tadi aku tak tidur. Aku baru je balik. Sakit kepala oo. Kau lainlah, awal-awal
lagi da chow. Kesian awek hot malam tadi tahu tak?” Jelas Zainal yang memang
malas. Matanya masih tertutup rapat.
Malam
tadi zainal mengelentong kedua orang tuanya, dia memberi alasan pergi stay kat
rumah Hakim untuk study group but hell
no! Muka Zainal? Study in midnight?
Confirm EPIC, kalau Zainal dan Hakim study together. Semalaman dia dan hakim
menghabiskan masa CLUB, one of the hottest club in KL. Kelab untuk orang-orang
elit, nasib dialah dapat masuk situ. Dia berkerja sebagai model sambilan dan
disebabkan kerjanya itu melibatkan orang jauh tua darinya, dia boleh masuk
kelab tanpa banyak procedure. Puas hati Zainal dapat berhibur sepanjang malam
bersama perempuan yang lebih tua dari dirinya. Pastu, balik rumah dalam pukul
12 tengahari. Zainal cakap kat mak dia, dia stay all night then terus pergi
sekolah pagi tadi, kepala dia pening sebab banyak sangat study. Eceh! Zainal sampai
je bilik terus landing baik punya kat atas tilam empuk miliknya.
“aku
malaslah.. Drebar daddy aku asyik nak repot je, segala gerak geri aku kat
daddy, no life la bro! Urm, here’s the deal bro. Your phone, aku top
up RM200 plus aku sponsorkau new shoes yang kau nak sangat tu, so amacam? Take it or leave
it?” Hakim cuba menyakinkan kawan baiknya itu. Mata Zainal terus terbuka
luas mendengar tawaran itu.
“oh yeah! Deal lah bro! ETA 8 minutes from now! Tunggu aku kat
pintu pagar sekolah. Chow” zainal yang termakan deal Hakim. Dia bukan tidak mempunyai duit untuk membeli kasut or
topup tapi semua perbelanjaan dan akuan peribadinya dikawal oleh ibu
kesayangan.
‘well, rezeki takkan nak tolak kot. Nak
tunggu mak aku? Tunggu rayalah jawabnya’ gembira hati zainal kerana hajat hati
memiliki kasut baru itu tercapai.
“you better quick, else no bloody shoes for
you” Hakim mengingatkan lalu panggilan dimatikan!
‘dapatlah
aku dating dengan Wawa ari ni!’ Hakim
tersenyum puas
p/s: komen2x ye....
yg Aiman pi ltk dlm buku buat apa. Wawa x sempat bace Hakim yg ambik dulu. Geramm ngn aiman nie lmbt betul . apa2 pon terbaiklah . teruskan menulis.
ReplyDelete