SBML

Stop Bully! My Love Bab 14

9:43 AM Unknown 3 Comments

Bab 14
Hari submission projek esei sudah tiba. Cikgu Hamzah, guru bahasa Malaysia telah menggunakan kuasa vetonya untuk mengutip semua kertas esei hari ini. Wawa hanya perlu menulis namanya dan Aiman di atas kertas esei dan dia dengan rela hati menghantar kertas tersebut ke bilik guru. Dalam perjalanan, dia bertembung dengan Hakim.

“Wawa!” Hakim mendekati.

“awak suka ke dengan mamat skema kelas kita tu” tanya hakim dengan senyuman meleret.

“kau ni mimpi ke apa? Tetibe je tanya aku ni suka dengan mamat skema tu ke tak?” Balas wawa dengan soalan. Wajahnya mula berkerut, ‘ni dah kenape? Macam belacan banyak sangat ke?’

“alah.. Jawab jelah. Tu je yang aku nak tahu” hakim mula merayu. Matanya merenung dalam sepasang mata milik wawa dengan pandangan redup, ‘tell me…. Tell me…. One word! Then all done!’

“Jawapannya T.A.K which mean NO!! Aku tak suka langsung dengan muka longkang pecah mamat tu. So jangan nak jadi kepochi boleh tak? Cukuplah dengan gelaran yang kau dah ada, Encik Hidung Belang!” Tegas Wawa sambil kertas tangan digulung dan menunjal dada bidang Hakim.

“dah la, roger and out!” Wawa berlalu.  Wawa menahan gugup dihati. Takut rahsia dihati akan pecah, ‘well done…. Biar je perasaan ni mati….’

Hakim tersenyum puas, kini rancangannya telah mencapai peratus 80% belum boleh dikatakan berjaya. Handphone di tangannya kiri, diklikkan semula setelah merakam perbualan antara dirinya dan Wawa. Bibirnya menguntumkan senyuman jahat, ‘let the show begin!’

#

Aiman terkejut apabila ditegur oleh Wawa. Manakan tidak semalam dia hanya mendapat jelingan ‘manja’ dari Wawa dan langsung tidak diendah oleh kekasih hati. Langkahnya mula diperlahankan, kaki yang terseliuh itu sudah semakin pulih.

“assalamualaikum!” Wawa memberi salam. Satu perkara yang Ajaib bin Ghaib.

“waalaikumussalam! Kau dah hantar ke kertas esei kita tu?” Aiman bertanya.

‘dia beri salam, bagus satu perubahan yang baik. Inilah contoh isteri mithali’ aiman mula tersengih. Bahagia mula menjengah saat mendatang.

“dah, terima kasih sebab ambil aku jadi partner kau dan sorry la, sebab tak tolong kau siapkan projek tu” Wawa menyatakan rasa hati.

“eh, no prob! Lagipun kau dah tolong tulis nama kau dan tolong hantar paper esei tu pun dah kira bagus dah tu” Aiman senang dengan keadaan ni. Aiman menayangkan senyuman manis yang tak pernah disedari orang ramai kecuali Wawanya seorang.

Wawa terpaku dengan senyuman yang diberi oleh Aiman, ‘senyuman tu! Alahai, hati aku dah kena short circuit daa. Wawa baik kau blah dari sini sekarang! Sebelum organ kau yang lain pulak rosak.’

“ok la, chow dulu Aiman!” Wawa berlalu dengan cepat sambil memegang dadanya yang berdegup-degup pantas.

Aiman yang terpinga-pinga melihat perubahan Wawa, hanya mampu tersenyum. ‘at least dia nak bercakap dengan aku, Alhamdulillah! Eh, kejap, dia dah baca ke surat aku tu? Erm…. Nantilah aku tanya’

Hakim yang menjadi pemerhati dari jauh hanya mampu tersenyum jahat. Dia tidak ambil port tentang perjumpaan tak rasmi antara Wawa dan Aiman, kerana hari ini merupakan hari yang ditunggukan olehnya.

‘beranganlah sepuas-puasnya Aiman. Kau tahulah nasib kau lepas ni!’ senyuman sinis itu masih tidak lekang dari bibirnya.

#

“Najwa! Aiman! Hakim! Sila pergi ke hadapan sekarang!” Cikgu Hamzah melontarkan suara soprano accident miliknya. Wajahnya ketat.

Ternyata Aiman dan Wawa terkejut dengan laungan tersebut. Namun Hakim telah menjangkakan situasi ini akan berlaku namun tidak sangka ia akan berlaku secepat ini.

‘semalam hantar, takkan lah hari dah nak kena basuh kot?’ lantas dia memberi pandangan tajam pada Zainal dengan bibirnya mengatakan, “lekat benda alah tu sekarang” walaupun perlahan tapi Zainal memahami arahan itu. Dia hanya mengangguk dan meminta kebenaran untuk ke tandas dari Cikgu Hamzah.

“cikgu, nak pergi tandas” sengaja Zainal berkata dengan penuh manja. Yuck!

“saya tak nak pergi tandas! Bahasa yang kamu guna ni, bahasa rojak tau tak? Boleh merosakkan bahasa melayu kita. Macam mana nak memartabatkan bahasa kalau macam ni? Cuba gunakan ayat yang betul” Cikgu Hamzah mula memberi ceramah percuma

“baiklah cikgu. Cikgu, saya sakit perut. Saya nak buang air besar. Saya rasa air besar saya dah nak terkeluar. Cikgu boleh saya keluar?” Zainal membuat mimik muka seolah-olah menahan sakit yang amat dengan suaranya sengaja dibuat-buat seperti kanak-kanak tadi. Dia sememangnya expert dalam bidang berlakon ini.

“baru sahaja saya masuk kelas kamu. Sekarang kamu dah nak keluar? Banyaklah alasan kamu. Pergilah cepat, karang tercirit pula” Cikgu Hamzah bersuara tegas. Malas mahu melayan kerenah budak tidak umur, ‘kalau kawin…. Anak dah berderet….’

“terima kasih cikgu” Zainal sudah berura-ura melangkah pergi.

“Zainal!” Panggil Cikgu Hamzah.

Senyuman zainal termati di situ. Apabila dia berpusing menghadap Cikgu Hamzah, terus bertukar kembali watak budak kecil ingin ke tandas.

“Zainal, pas keluar ni jangan lupa pakai!” Cikgu Hamzah mengantungkan pas keluar ke leher Zainal seperti mengkalung medal emas Olimpik. Zainal terus pergi dengan langkah yang pantas. Sempat dia menghadiahkan senyuman sinis kepada Hakim,

“macam-macam lah budak ni” Cikgu Hamzah mengelengkan kepalanya. Dia berpaling ke arah tiga orang pelajar yang sudah berdiri tegak di sebelahnya.

“saya nak tanya kamu, Najwa. Siapa partner kamu projek esei kamu ni? Kenapa saya dapat dua kumpulan yang mempunyai nama kamu sebagai pasangan projek mereka. Kamu berpasangan dengan siapa sebenarnya! Hakim atau Aiman?” Sambung Cikgu Hamzah dengan tegas.

Aiman terkejut dan hakim tersenyum manis.

Wawa yang terkejut dengan soalan cikgu bahasa Malaysia itu Dia mengerling ke arah hakim dengan wajah berkerut. Ternyata lelaki itu sudah merencana sesuatu. Dia kemudiannya melemparkan pandangan kepada rakan sekelasnya, masing-masing menunggu jawapan. Tiada seorang pun yang menegtahui dia berkumpulan dengan Aiman untuk projek esei ini keculai alya dan Diana. Hatinya mula dihentam dengan rasa ego, ‘malunye…. Asal la cikgu ni kepoh sangat nak jerit nama budak nerd ni! Argh! Siap di kaitkan dnegan aku pulak tu!’

Wawa cuba merasionalkan keputusannya, bibirnya diketap menahan rasa stress yang mula membiak di dasar hati, ‘kalau aku mengaku yang aku satu group dengan budak skema ni, terjejas la imej Diva P aku tapi kalau aku tak beritahu siapa partner aku sebenar, aku dah kira macam anaiya Aiman kalau macam ni! Peduli la, dia tak akan marah punya’ Wawa sedang menjalankan debat perdana dalam hatinya.

“Hakim, cikgu” dengan yakin Wawa menjawab. Diana dan Alya jelas terkejut dengan pengakuan Wawa. ‘sorry Aiman…. Harap awak faham ye’

Hakim yang sudah masak dengan perangai Wawa yang suka menjaga imej pembulinya. Hamba Allah yang paling terkejut di dalam kelas itu adalah ex-partner Wawa, Aiman. Dia merasakan dirinya begitu jijik sehinggakan Wawa malu mengaku bahawa dirinya satu kumpulan dengan Wawa.

‘apa sebab dia kata macam tu? Mungkin aku ni, nerd sangat kot atau mungkin Wawa malu nak mengaku berpasangan dengan aku atau dia tak maksudkan apa yang dia cakap tu’ Aiman cuba mengawal perasaan kecewanya.

“jadi Hakim adalah partner awak? Aiman, kenapa awak tulis nama Najwa sebagai pasangan awak?” Soal Cikgu Hamzah.

“saya tersilap cikgu, saya takde partner untuk projek ini” tenang saja Aiman menjawab soalan Cikgu Hamzah.

Wawa terkejut dengan jawapan Aiman yang masih sudi mengikut rentak permainannya. Dia mengepal kedua belah tapak tangannya yang mula bergetar.

“satu lagi yang saya tak puas hati, kenapa esei Hakim dan Aiman sama! Siapa yang tiru siapa sekarang ni!?” Jerkah Cikgu Hamzah. Dia amat allergik dengan budaya copy paste dalam subjeknya.

Wawa dan Aiman terpana! Masing-masing berpandangan dan mengahalakan pandangan ke arah Hakim yang hendak mula membela diri.

“saya yang merangka sendiri esei tu cikgu. Cikgu, ingat tak saya ada jumpa cikgu selepas waktu sekolah untuk meminta pandangan cikgu tentang isi-isi esei saya yang Wawa carikan” Hakim membela diri. Semua rancangannya berjalan dengan lancar, ‘kalau dajal orang…. Biar sampai habis!’ dia mengawal riak.

“hmm.. Ye ye. Awak ada jumpa saya petang tu. Tapi macam mana esei kamu berdua sama dengan esei Aiman? Aiman, kamu meniru ke hasil kerja Hakim ke?” Duga Cikgu Hamzah seolah tidak percaya dengan apa yang sedang berlaku. ‘pelajar cemerlang seperti Aiman tak mungkin menipu’

“saya…. Saya….” Matanya bertentang dengan Wawa. ‘kenapa benda macam ni jadi? Ape yang sedang berlaku sekarang ni?’ kemudian dialih kepada sepasang mata milik Hakim, seolah-olah mata milik Hakim sedang mentertawakan dia.

“cikgu, saya buat sendiri esei tu cikgu! Saya tak meniru hasil kerja sesiapa” tegas Aiman.

“apa bukti kamu yang kamu buat esei ni, siapa yang boleh buktikan kamu yang tulis esei ni. Untuk Hakim, saya yang sendiri boleh menjadi sebab dia ada merujuk saya untuk bertanyakan soalan tentang isi-isi esei ni” jelas Cikgu Hamzah.

Mata Aiman mencari anak mata Wawa untuk meminta pertolongan. Hanya Wawa sahaja yang pernah melihat hasil kerjanya. Namun gagal, anak mata milik Wawa tidak mendarat pada panahan matanya. Sekali lagi dia tidak diendahkan oleh kekasih hati pada saat dia memerlukan dia.

“saya tahu awak tengah stress, Aiman tapi meniru bukanlah jalan terbaik untuk memudahkan kerja kamu. Kamu telah menganiaya Hakim dan Najwa dengan meniru hasil kerja mereka. Mereka berusaha untuk siapkan projek mereka. Saya bagi awak, satu lagi peluang untuk menghantar projek esei awak dengan syarat awak meminta maaf dari Najwa dan Hakim” lembut suara Cikgu Hamzah yang jelas riak kecewa di wajahnya.

Aiman terkejut. Wawa merasakan dirinya ini terlalu kejam. Hakim ketawa sekuat mungkin, ‘ni baru mukadimah untuk hari malang kau, Mr. Bean!’

“minta maaf! Se..se..bab tiru esei korang” tersekat-sekat suara Aiman. Matanya mencari sepasang mata milik Wawa yang dari tadi lari dari bertentang mata dengannya.

“jangan buat macam tu lagi, kalau nak tengok buat contoh, tanya je aku. Aku sure tolong kau. Kita kan kawan” Hakim berkata-kata sambil tangannya memaut bahu Aiman.

“Hakim, Aiman dan najwa, pergi duduk tempat kamu. Kelas! Saya nak mengingatkan kamu semua, perbuatan meniru adalah perbuatan terkutuk bagi seorang pelajar” tegas cikgu sambil memandang ke arah Aiman yang sedari tunduk.

‘kenapa? Kenapa? Dia mula terasa dirinya teraniaya! Wawa apa salah aku?!’ jerit hati Aiman.

#

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat telah bermula. Selepas keluar dari kelas, Aiman mengatur langkah ke surau untuk mengerjakan solat sunat dhuha, antara amalan yang dia sering lakukan. Pada hari ini, dia telah hilang selera untuk menjamah sebarang makanan sedangkan pagi tadi dia memang tidak sempat untuk menjamah sarapan yang sediakan oleh umi di rumah.

Sepanjang dia berjalan menuju ke surau, pelajar yang berjalan bertentangan dengannya memberi senyuman mengejek, dan pelajar perempuan berbisik-bisik namun telinga sempat menangkap bait-bait kata yang pelajar perempuan sebentar,

“dialah budak yang tulis surat cinta kat Diva p! Hei, tak malunya!” Salah seorang pelajar perempuan mengejek Aiman

“apa yang budak skema ni fikir? Dah takde perempuan lain ke apa? Singa betina tu jugak yang diinginnya” tak kurang juga ejekkan dari pelajar lelaki

‘surat?’ hatinya bertanya. Lalu matanya menangkap sekumpulan pelajar yang berkumpul di depan papan kenyataan sekolah.

‘aik, sejak bila pulak papan kenyataan ni jadi popular?’ lalu dia melangkah menuju ke papan kenyataan yang dikerumuni oleh pelajar-pelajar.

‘eh, ada surat la’ hatinya berkata tatkala melihat melihat kertas yang ditampal di papan kenyataan itu dengan tulisan yang amat familiar dengan matanya.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kepada Wawa,
Assalamualaikum w.b.t!
Mesti awak terkejut dapat surat saya kan? Hmm. Sebenarnya saya ada benda nak bagitau awak. Saya tak tahu macam mana nak luah rasa saya pada awak. Setelah berfikir, saya decide untuk tulis surat untuk awak. Ni surat pertama yang pernah saya tulis untuk orang yang saya anggap paling istimewa dihati saya. Semenjak dua menjak ni, saya rasa jantung saya berdegup pantas melihat awak. Berdegup pantas sehinggakan saya tak mampu nak kawal geraknya. Hati saya sentiasa senang melihat awak tersenyum. Najwa Safira bin datuk yusuf! Saya suka awak! Saya tak paksa awak suka saya balik, cukuplah yang awak tahu saya sayang awak! Itu je!
Yang benar,
Aiman
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

“itu…. Itu bukan ke surat aku? Macam mana boleh tertampal kat sini?’ Aiman merasa dunia sedang mengejeknya, sedang memijak dirinya. Nafasnya mula sesak, dada mula penuh rasa kesakitan.

‘bukan ke aku dah bagi Wawa surat ni, tapi macam mana boleh…?’ lantas bahu ditepuk oleh seseorang,

“bro, lawak apa yang kau buat ni. Kalah lawak SENARIO bro. Agak-agaklah nak tulis surat cinta? Dah takde tenet ke apa? Tak pun ni mesti kes tak de kedit handphone. Satu lagi, dah takde orang lain ke engkau nak bagi surat? Dengan Diva P tu jugak yang kau nak bagi. Memang silap besar lah kau suka dengan minah yang takde hati perut tu. Takziah bro, takziah” ketawa meletus dari orang yang berada di sekeliling.

Aiman hanya mampu menundukkan kepala, terasa berat untuk diangkat. Berat sangat!

‘Wawa, apa dosa aku kat kau, sampai macam ni sekali kau bencikan aku’ terbang pergi semangatnya. Dia begitu sukakan Wawa. Perasaan itu tak mungkin hilang begitu sahaja kerana perasaan itu mula hadir dari dia berada di tingkatan satu sehinggalah sekarang. Dia yakin itu bukan sekadar cinta  monyet, bukan sekadar rasa yang sementara. Selama lima tahun dia memendam rasa. Dia tidak malu dengan surat cintanya, tetapi apa yang dikisahnya mengapa Wawa sanggup memalukan dirinya sebegini. ‘hmph, nama pun Wawa. Dia sanggup buat apa sahaja’ senyuman You-Fools terbit di bibirnya.

#

Diana dan Alya membaca surat cinta yang tertampal pada papan kenyataan tersebut tidak mampu memikirkan apa-apa lagi kecuali Wawa! Dua orang gadis berlari selaju mungkin mendaki tangga untuk ke kelas mereka dan melihat Wawa yang hanya membatu tanpa melakukan apa-apa.

“Wawa! Apa yang dah kau buat kali?!” Diana bertanya dengan tone suara yang sedikit meninggi.

“Wawa, kalau ye pun kau menyampah dengan Aiman tu. Janganlah kau aniaya dia sampai macam tu sekali” ujar Alya dengan perlahan.

“apa yang korang cakap ni?” Wawa tidak dapat menangkap perkara yang cuba disampaikan oleh Sahabat dunia akhiratnya. Cukuplah tadi, dia serabut dengan kes tiru meniru yang sememangnya dia tak jangka.

“surat cinta Aiman” Alya menutur.

“surat cinta sape?” Wawa blur.

“surat cinta yang Aiman berikan pada kau. Bukan kau ke yang tampal kat papan kenyataan sekolah? Sekarang tengah jadi tatapan umum sekolah” Diana bercakap.

“sekarang puaslah hati kau? Kalau kau tak suka, janganlah buat sampai macam tu sekali” Alya sakit hati melihat perangai Wawa yang kadang-kala melampaui batasan

“Wawa tak cukup ke, apa yang kau da buat tadi? Kau tipu cikgu, kau malukan dia depan satu kelas. Sekarang kau malukan pulak dia depan orang ramai” Diana turut sama tidak puas hati dengan sahabatnya itu

“hah? Mana?” Dia tidak mempedulikan lagi amarah kedua sahabatnya itu. Kepalanya hanya memikirkan Aiman. Jejaka yang sedang menduduki carta hatinya.

“papan kenyataan sekolah sebelah dewan. Tempat biasa” ujar Alya. Dia hairan melihat Wawa dalam keadaan gelabah. Tanpa berfikiran panjang, Wawa terus mengatur menuju ke papan kenyataan sekolah. Diikuti oleh dua sahabat baiknya.

Sampai saja di papan kenyataan sekolah, semua pelajar memberi ruang kepada Diva P. Wawa mendekati papan kenyataan. Dia begitu terkejut membaca surat tersebut. Lidahnya kelu.

“Wawa, kau memang terbaiklah. Memang patut mamat skema kau buat macam tu. Dah lah dia tiru paper kau orang, ada hati nak couple dengan kau. Tak sedar diri betul la” luah salah satu dari rakan sekelas yang tidak tahu hujung pangkal cerita.

‘Aiman? Mana Aiman? Mesti dia ingat aku yang buat semua benda ni. Aiman, bukan aku yang buat semua benda’ Wawa mula bergeletar. Mata pantas mencari tubuh Aiman.

Diana dan Alya seakan faham tentang situasi yang berlaku dengan melihat kekakuan Wawa seolah-olah berada di dimensi lain. Mereka pasti penyebaran surat itu bukan dilakukan oleh Wawa, ni kerja orang lain yang  mahu mengenakan Aiman dengan menggunakan Wawa sebagai medium.

Surat itu direntap oleh Diana sebelum mengejar langkah alya. Dia sempat menjeling maut kepada pelajar-pelajar yang masih berkumpul di situ.

Wawa terus berlalu dari situ. Dia menggunakan sepanjang waktu rehat ini untuk mencari Aiman. Alya dan Diana tutut menbantu Wawa mencari Aiman. Mereka faham dan perasan akan perubahan sikap Wawa terhadap Aiman semenjak kebelakangan ini.

Wawa tidak mampu untuk berkata-kata. Matanya ditahan dari mengeluarkan air mata yang sedari tadi. Egonya masih tinggi melangit. Hatinya masih kuat untuk mencari kelibat Aiman. Aiman tidak kelihatan di dalam kelas selepas waktu rehat. Aiman menghilangkan dirinya, selepas dari waktu rehat itu. Dia langsung tidak memasuki kelas dan sepanjang itu jugalah Wawa menahan rasa di hati ‘Aiman, awak kat mana? Bukan saya yang buat semua ni. Saya pun ada sesuatu nak cakap kat awak. Aiman please….’


You Might Also Like

3 comments: