SBML
Stop Bully! My Love Bab 15
Bab
15
“Krinnnnnnnnngggggggggg!!!”
Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu sekolah sudah berakhir.
Lalu
kedengaran suara yang mengatakan Hakim dan Aiman bertumbuk di belakang sekolah.
Wawa tanpa ragu-ragu melangkah laju. Setelah sampai di tempat dikerumuni oleh
pelajar sekolah, Wawa menangkap sekujur tubuh Aiman terkulai di atas tanah.
‘Ya
Allah, Aiman’ Wawa serasa ingin menangis
Aiman
mengerang kesakitan. Hakim yang melihat Wawa sudah sampai untuk menyaksikan
pertunjukan yang dirancangnya, dia terus menguatkan suaranya.
“hoi
budak nerd, kau tahu tak yang
perempuan kau suka tu pun menyampah tengok muka engkau yang hodoh tu! Kenapa
kau ni tak sedar diri! Hah!!” Jerkah Hakim.
Aiman
cuba bangkit dari terus terkulai di atas tanah. Habis kotor baju sekolahnya.
“apa
bukti kau yang dia menyampah tengok aku, ke kau jealous tengok dia rapat dengan aku?” Aiman tersenyum mengejek. Lalu
matanya menangkap kelibat tubuh Wawa yang hanya lima langkah di depannya.
Wawa
yang berkira-kira ingin masuk campur dan ingin membantu Aiman namun niat dan
langkahnya terhenti apabila mendengar Hakim berkata,
“aku
ada bukti! Kau nak dengar!” Lalu menyuakan handphonenya dari kocek seluar.
Aiman
kaku. Wawa kaget.
“sekejap
ye, aku nak loud speaker dulu. Biar semua
orang dapat dengar! Ok” Hakim terus menekan pita rakaman. Semua yang menonton
acara top student bertumbuk sedia mendengar, tiada satu suara yang kedengaran.
“awak suka ke dengan mamat skema kelas kite
tu”
“Jawapannya T.A.K which
mean NO!! Aku tak suka langsung dengan muka longkang pecah mamat tu….”
Rakaman
suara tersebut telah membuat Hakim senyum menang! Wawa terkelu dengan matanya
cuba menangkap dua pasang anak mata Aiman yang kini merah dan berair. Wawa tahu
Aiman kecewa dan sedang menahan rasa di hati. Wawa ingin memberitahu yang
sebenar, tetapi tubuhnya seakan dikuasai ego yang tinggi mengalahkan Everest.
Aiman
terasa hatinya bagai dihempas ke lantai dan berkecai! Tidak mampu dia menahan
air mata lelakinya dari mengalir. Mendengar kata-kata penghinaan dari orang
yang dia sayang. Gadis yang dia anggap jodoh yang diturunkan dari syurga buatnya
di muka bumi ini. Lelah dirinya memujuk hatinya supaya tidak terasa hati dengan
segala perbuatan Wawa terhadap dirinya tetapi kali ini dia tidak mampu memujuk.
Hatinya hancur!
Kemarahan
telah menjadi tetamu di hati lantas dia menerkam Hakim yang sedang ketawa
melihatnya menangis! Menangis demi perempuan yang bernama Najwa Safira binti
Datuk Yusof, ‘nama yang akan aku ingat sampai aku mati!’
Hakim
yang terkejut tindakan Aiman, spontan menghadiahkan buku lima dari tangan
kanannya tepat di perut Aiman terlalu lemah untuk berlaga.
Tetapi
satu tumbukan tidak mampu memadamkan api kemarahan di dalam hati Aiman. Aiman
seperti orang hilang akal.
“kenapa
kau perlu bagitahu aku, kenapa!” Jerit Aiman. Dia terus bangkit dan menyerang
kembali Hakim, dan kali ini, kelebihan Aiman yang sedikit tinggi dari Hakim
telah memberi ruang untuknya menghadiah tumbukan padu di pipi kiri milik lanun
yang bernama Hakim!
“aku
tak akan maafkan kau setan!” Aiman masih tidak mampu mengawal emosinya
‘Hakim,
satu lagi manusia yang aku perlu toreh dalam lubuk hati aku dan akan aku ingat
sampai bila-bila!’
Akibat
dari tumbukan tu, Hakim terkejut. Dia merasakan dia telah diketawakan oleh
penonton kerana dia telah berjaya dicederakan oleh manusia yang sememangnya
dianggap lemah di hadapannya. Bibirnya berdarah begitu juga dengan gusinya.
‘darah!
Kau nak main dengan darah?Jom!’ Hakim tersenyum. Pantas kakinya berlari dan
menendang perut Aiman yang dari tadi tersenyum menang. Aiman tersungkur. Hakim
mencengkam kolar baju milik Aiman dan menghadiahkan tumbukan padu sebanyak 3
kali ditempat sama, pipi kiri. Aiman merasakan mukanya begitu sakit, kebas.
Beberapa minit kemudian, cecair panas mengalir keluar dari hidung dan mulutnya.
“kau
fikir kau siapa hah!! Ikut suka engkau je kan, nak rapat dengan Wawa? Hei,
cermin sikit muka kau tu!” Hakim meluah rasa hatinya yang sedang panas. Biar
semua orang tahu wawa adalah miliknya. Milik Hakim Dato’ Mahathir.
“aku
tak sangka pulak, orang yang macam aku ni. Boleh jadi saingan hebat untuk kau.
Pelik kan? Kalau kau tau aku ni tak ada apa-apa, kenapa kau bersusah payah
macam ni?” Ujar Aiman dengan lemah. Aiman masih hendak bermain dengan api,
‘sikit lagi….’ Dia menunggu pandangannya menjadi gelap. Dia mahu lari dari
situasi ini. Malu. Marah. Sakit. Dia mahu semua itu pergi dari dirinya.
“aku
nak sedarkan kau dari indah yang kau buat selama ni. Kau faham tak!” Hakim cuba
menyembunyikan kebenaran yang sememangnya dia takut untuk bersaing dengan Aiman.
“ataupun
kau takut Wawa jatuh sayang dengan aku? Tu pasal kau bersusah payah macam ni
sekali? Hah!” Aiman meludah wajah Hakim. Hakim berang, dia terus melepaskan
tumbukan yang bertubi-tubi ke arah tubuh Aiman.
Aiman
hanya mampu menghalang dirinya dari ditumbuk dengan menggunakan kedua belah
tangannya. Dia menendang perut Hakim dengan sekuat hati. Hakim jatuh menyembah
bumi. Belum sempat Hakim ingin membalas….
“woi,
mummy Diva P. Datang! Bubar! Bubar weii!” Jerit Diana dari jauh! Yang dibuntuti
oleh Alya.
Hakim
kaget lalu mengambil langkah seribu untuk blah dari situ dan sahabat baiknya, Zainal
mampu tersenyum. Masakan mummy diva P. Ada secara tiba-tiba padahal tadi dia
yang menghantar cikgu itu pulang dari jauh selepas waktu sekolah tamat.
“Hakim
jom blah. Tak guna kau belasah budak ni lagi. Dia tak larat da tu. Jom la”
Zainal membawa Hakim pergi. Hakim sempat menunjal kepala Aiman.
‘bagus jugak tindakan Diana. Dah nak mampus budak
nerd tu, Akim kerjakan. Kesian kau bro. Aku tak dapat nak buat apa-apa’ simpati
Zainal kepada budak skema itu sememangnya ikhlas. Sempat Zainal berkata
perlahan kepada Diana ‘thank you’. Diana hanya mengganggukkan kepalanya. Berita
palsu tentang kedatangan mummy Diva P. Itu memang rancangan Diana dan Zainal.
Rancangan untuk menghentikan pertarungan yang tidak berguna ini.
Wawa
hanya menjadi penonton, matanya hanya membulat apabila melihat sekujur tubuh
milik Aiman dibelasah dengan teruk, sesekali matanya bertembung dengan sepasang
mata hazel milik Aiman. Mata hazel sudah tidak menunjukkan sayang kepadanya,
sekarang sepasang mata itu penuh dengan kebencian dan kesakitan. Wawa merasa
dirinya patut berada di tali gantung. Dia tidak mampu menghalang pertarungan
dari terus berlangsung. Dia masih memikirkan reputasi dirinya, masih memelihara
nama Divanya. Rasa bersalah mula bersarang sepenuhnya di hati dan dia tahu
bukan mudah bagi Aiman untuk memaafkan dirinya. Dia bukanlah orang yang mampu menghentikan
keadaan.
Diana
dan Alya turut bersimpati dengan keadaan Aiman. Mereka hairan melihat keadaan
Wawa yang hanya kaku. Geram juga mereka melihat Wawa diam tidak berkutik,
langsung tiada keinginan untuk membantu Aiman. ‘mungkin Wawa takut’ Alya cuba
bersangka baik
“Aiman,
kau ok tak ni?” Prihatin Alya bertanya dan dia hanya mampu menahan perasaan
sedih melihat Aiman menanggung kesalahan mencintai sahabat baiknya.
“aku
ok!” Pendek jawapan dari Aiman. Hatinya beku dan sebal!
“dapat
berdiri tak? Nak aku tolong papahkan tak?” Diana yang diam kini bersuara.
“tak
perlu. Aku masih mampu berdiri, aku tak cacat lagi” mendatar suara Aiman tetapi
didengari kasar di telinga milik tiga gadis di situ. Aiman mencapai beg galas
adidasnya dan terus berlalu pergi. Langsung tidak dipandang wajah Wawa. Dia takut
hatinya mula cair kembali apabila melihat wajah yang pernah bertakhta
dihatinya.
“Wawa,
kau ok ke? Kami tahu bukan kau yang tampal surat Aiman tu” ujar Alya dengan
lembut apabila Aiman membuka langkah pergi.
“Wawa,
Aiman dah pergi tu. Kau tak nak explain kan hal yang sebenar ke? Kalau
berterusan macam ni. Dia akan salah faham nanti” Diana pula yang bersuara.
Wawa
yang melihat susuk tubuh lelaki berlalu pergi membuatkan perasaannya tak
keruan, lelaki itu yang telah membuatkan hati kerasnya berdegup pantas. Pedih
hatinya melihat keadaan Aiman sebegitu. Dia berlari mengejar Aiman, tanpa peduli
mata-mata yang memandang, dia juga tidak mempedulikan jolokan Diva yang
diperolehinya. Dia perlukan meminta sesuatu daripada lelaki itu, iaitu kemaafan.
Ya, kemaafan!
“Aiman!!!!”
Jerit Wawa.
Tubuh
Aiman berhenti dari terus melangkah, apabila namanya dipanggil oleh satu suara.
Suara yang dulu pernah buat tidurnya terganggu, suara yang pernah membuatnya
tersenyum sendiri dan pada hari ini, suara itu telah membuat hatinya hancur
menjadi debu!
“Aiman,
kau ok ke? Aku …. Aku….” Tergagap bila Aiman melihat tajam matanya.
“aku?
Ok? Terlalu ok! Sebab apa? Sebab hari ini, kau Najwa telah berjaya memperbodohkan
aku, memperkecilkan aku, mempergunakan aku. Hebatkan kau, syabas Najwa! Syabas!”
Aiman bertepuk tangan.
Wawa
terpana dengan perubahan sikap Aiman terhadapnya,
“aku
minta maaf, aku tak tahu nak mulakan yang mana satu. Hah! Pasal surat tu,Aiman
bukan aku yang buat, aku tak pernah dapat surat tu. Bukan kerja aku, Man.
Percayalah, bukan aku Man” suara Wawa bergetar menahan sebak.
“hmm,
Diva P! Manusia yang tak kan berfikir dua kali untuk melakukan apa saje untuk
mengenakan orang lain dengan apa cara sekalipun. Kalau kau boleh paksa orang
minum air longkang, ni kan pulak tampal surat? Tak logik pulak, itu bukan kerja
kau. Kau fikir aku ni kayu ke apa? Bila dah dapat sesuatu, boleh dijadikan
permainan, tak akan pembuli macam kau nak tutup mata kan? Hmm… takpe aku percayakan
kau” Aiman membuat reverse psychology.
‘pembuli?’
Wawa terpana. Seakan nyawanya sudah melayang. Tidak pernah sekali pun dia
mendengar Aiman memanggilnya sebegitu. Hatinya terusik. Air mata Wawa sudah berada
dihujung bibir matanya sedari tadi ditahan.
“betul
Man, aku tak tipu kau kali ni.” Wawa seakan merayu.
“jadi
kau mengakulah yang selama ini kau memang tipu aku. Kau tikam aku dari
belakang! Kau berkomplot dengan Hakim untuk kenakan aku! Macam dalam kelas tadi
kan? Woi pompuan…. Itu esei tu keje aku, hasil keje aku! Macam manalah aku
boleh tak perasan tentang hubungan korang berduakan? Hebat betul kau sorok
skandal kau kan?!” Aiman ketawa sinis.
Wawa
kematian kata, Aiman tidak mepercayai kata-katanya lagi. Di depannya sekarang
bukan Aiman yang dulu.
“aku..
Aku.. Minta ma…aaf. Tolong maafkan aku, Aiman. Aku tahu aku banyak salah dekat
kau. Aku minta maaf” akhirnya air mata perempuan bernama Najwa Safira binti Yusuf
terjatuh buat kali kedua di hadapan lelaki yang sama.
Aiman
tersenyum lalu ketawa sambil mengelap luka di mulut. Lalu ketawanya mati!
“maaf?!
Like seriously! Najwa Safira binti
Yusuf minta maaf? This is so not you!” Aiman ketawa kecil.
“Najwa! Kau dah bodohkan aku. Aku sedar aku sape,
aku budak nerd yang tak sesuai
berdampingan dengan kau tapi tak bermakna kau boleh memperlekehkan perasaan
aku. Sayang aku pada kau bukan main-main. Najwa, aku sanggup lakukan apa sahaja
yang kau nak. Tapi kenapa kau jadi kan perasaan aku sebagai bahan gurauan kau!
Aku dah cakap aku tak paksa kau terima aku, cukup sekadar kau tahu yang aku
sayangkan kau. Tapi kenapa Najwa, kenapa! Sebab muka aku hodoh ke? Sebab aku ni
budak nerd ke? Sebab aku ni orang
yang senang dibuli ke?!” Suara Aiman meninggi.
Wawa
hanya mampu menggeleng kepala dengan air mata deras mengalir membasahi pipi
itu.
“Aiman,
tolong dengar dulu apa yang aku nak katakan....” Wawa masih mencuba nasib. Dia
perlu menjelaskan semuanya. Dia tidak mahu Aiman membencinya.
“apapun,
terima kasih sedarkan aku dari mimpi yang indah ini. Terima kasih sebab kau dah
buli cinta aku. Kau dah berjaya menambahkan satu lagi nama dalam senarai orang
yang kau dah buli. Tahniah! Tapi kau kena ingat, satu hari nanti kau akan
terima nasib yang sama! Sama dengan apa yang sama kau dah buat kat aku hari ini!
Kau ingat ni!” Keras suara Aiman menyapa telinga Wawa. Jari telunjuknya
dihalakan betul-betul dihadapan muka Wawa.
“Mungkin
kau bukan jodoh aku, cause man deserves
the love they should have and you don’t deserve any love from me! By the way,
jangan risau, aku tak akan muncul depan kau lagi. Jadi kau boleh hidup dengan
selesa selepas ni” Aiman berlalu meninggalkan Wawa yang tertunduk, air mata Wawa
yang gugur itu langsung tidak dapat meraih simpati Aiman kerana luka di hati Aiman
lebih parah dan lebih bernanah.
“Aiman
please, bagi aku peluang. Let me explain everything” puas Wawa merayu dengan
sedu sedan, tetapi hati Aiman begitu keras ketika itu.
‘air
mata dari seorang penipu!’ Aiman begitu kecewa
“Aiman
aku suka kan kau jugak! Kau dengar tak...” Tapi malangnya kata-kata indah itu
tidak didengari oleh Aiman. Aiman sudah berlalu pergi menaiki kereta Porsche Boxster berwarna kuning.
Perempuan tempoh hari mengambil Aiman hari ini. Hati Wawa pedih.
N3 lagi.. kesian aiman.. saat wawa merendahkn ego dia sebgai diva P , mlangnya dia terlambat utk meraih hati seorg aiman. :) smbungg lagii.. x sabar nk baca N3 . apakah akan terjadi selepas ini???.
ReplyDeleteWow... panjang nye komen... hehe.. i like... ego sgt mmg menyengalkan..
DeleteBest...smbglah lagi..!!
ReplyDeleteDa bersambung!
DeleteHuuuwaa jahatnya aiman!!!
ReplyDeletecian wawa ......
tp suka scene ni
Kesian aiman...jahat nya hakim...!!!
ReplyDelete