IFML

IF, My Love Part 3

3:18 PM Unknown 4 Comments




“jual! Jual!!!” pekikku tanpa segan silu.
Saat ini, aku dah sepak ke tepi perkataan kalau. Kalau asyik fikirkan kalau, memang tak terjual makanan ibu aku ni!

“kuat sikit pekiki tu…. macam tak makan je!” marah puan yanti sambil tangannya ligat menggaul nasi goreng di dalam kuali panas.
“jual!”
“jual!”
Aku mengambil nafas pada setiap hujung perkataan. Sesekali aku perasan ada wajah berkerut dek mendengar jeritan aku.
Demi mencari sebutir nasi…. Pengorbanan pada imej muslimah aku, terpaksa dilakukan.
“lia…. Tengokkan ayam goreng tu…” arah faris yang gigih mengaut nasi tomato dan meletakkannya masuk ke dalam polistrine makanan.
“orait…” ujarku tanpa membantah. Aku lebih gembira mengaul ayam goreng di dalam kuali panas daripada memekik tidak tentu arah.
“dik, ayam ni seekor berapa ringgit?” soal seorang kakak yang berpakaian kurung dengan tag nama di dada sebelah kirinya.
Cikgu.
“2 ringgit setengah kak….”
“mahalnya!” pekiknya dengan pith tinggi.
“gst kak!” aku menjawab laju sambil ligat mengangkat ayam goreng dari minyak panas.
“takpe la dik, mahal sangat…”
Aku mula mencebik. Ingat ayam ini kami beli kat zaman 80an dulu ke ape?! Mahal kot ayam zaman sekarang ni! lagi nak cakap mahal!
“biarlah dik….” Celah abangku.
Aku mengangguk sebelum kembali memekik jual-jual.
Berjual di pasar malam setiap malam kecuali hari khamis sudah menjadi rutin harian kami sekeluarga. Dari kecil sehinggalah aku dah besar panjang, berjuta-juta manusia yang aku dah bersua. Pelbagai ragam. Dari yang lembut bicaranya sehingga haram perkataannya. Dari baik wajahnya sehingga penyamun rupa parasnya. Semua!
Aku seorang yang lembut bicaranya kecuali apabila dipetik.
Setelah berhempas pulas, berjual. Tepat pukul 8.30 malam, kami mula berkemas. Pada saat ini, pelanggan sudah mula reda.
“dik, dah dapat ke jawapan interview hari tu?” soal faris sambil menyental kuali.
Aku dapat merasakan ibu turut meletakkan telinga pada perbualan kami.
“belum lagi…. hutang ptptn buat orang pening….” Aku mengeluh.
“uish, apasal mengeluh ni…” tegur puan yanti sambil mengelap meja berjual.
Opss.
“takpe, biar abang tolong bayar mana yang mampu…. Hutang tu asal bayar…” ujar faris sebelum bangkit membilas periuk yang disentalnya.
Aku cuba bangkit dari terus mencangkung di sebelahnya. Terlambat. Aku dan periuk basah lencun dek air paip yang diacu oleh abangku.
Fakta tentang abang aku faris. Dia adalah manusia yang baik, berbudi Bahasa dan seorang lelaki yang menjadi rebutan mak cik-makcik pasar malam untuk dibuat menantu. Tapi mereka tidak tahu, abang aku ini ada perangai puaka yang tersembunyi di sebalik senyumannya.
“abang!!”
“sorry..”
“siap! Memang siap abang paris malam ni! orang akan kerjakan abang paris cukup-cukup” jawabku sambil menyising lengan baju.
“oi! Aurat tu…” tegur abangku.
“alamak lupa…”

#

Aku mengosok rambutku yang basah lencun dengan tuala kering di kepala. Mataku jatuh pada beg sandang yang berwarna hitam.
Perlahan aku menarik beg itu ke sisiku dengan kakiku. Sopan! Aku mengeluarkan buku yang telah ditanda tangan dan dipijak.
Hilang seri buku ni lepas kene pijak…
Aku merungut. Kalaulah aku dapat kenal siapa si pemijak tu, aku akan suruh dia pergi bergelut dengan minah-minah sewel untuk dapatkan tanda tanga Mikael!
Sesaat kemudian, aku terdengar bunyi deringan handphone. Mata aku tertacap pada beg sandangku yang sedang bergetar kecil.
Alamak! Aku lupa…
Aku pantas mengeluarkan handphone dari beg sandangku. Samsung edge sedang bergetar.
Incoming call
Jenny the freak!
“eh… lain je nama orang ni…”
Di sini, perkataan kalau bermain di minda aku lagi.
Kalau aku jawab, ape yang akan berlaku….
Kalau yang call ni musuh pemilik handphone  ni….
Kalau pemilik phone ni gangster….
Kalau pemilik phone ni pembunuh bersiri.
Argh! thalia! Sudah-sudah la tu dengan drama kau! jawab je phone tu…
“hello…” perutku terasa senak apabila terdengar nafas dengusan di hujung talian.
“hello! Who the hell is this? How on earth you get my phone?” jerkah suara garau di hujung talian.
Aku terpaksa menjauhkan handphone dari terus ditekap pada telingaku.
Mak aih….kalah suara ibu…..
“assalamualaikum encik…. Saya terjumpa phone ni kat atas lantai mall berjaya Wira petang tadi, saya tak sempat nak cari kaunter perkhidmatan sebab ibu saya dah memekik macam encik buat tadi….”
Aku mula suspen apabila lelaki di hujung talian mula senyap.
“eh…. helo, ada orang ke?” soalku dengan takut-takut lagi.
“uhm, yea….”
“encik, nama encik siapa? Jenny ke?” soalku lagi dengan berani. Aku mengukir senyuman kecil apabila terdengar suara orang terkejut di hujung talian.
Tahu diam! Cukup panjang aku terang. Harapa fahamlah. Tiba-tiba nak sergah macam orang tak adab.
“mika?”
“mika?” jantung aku mula berdegup kencang apabila mendengar nama lelaki itu.
No way!

p/s ade yg dah perasan pada nama hero ye.... apa kaitan cite ni dgn #BMML... huhu

You Might Also Like

4 comments:

  1. Masih tertanya2
    menarik teruskan usaha ok
    mane tahu pasar mlm off khamis hihihi
    tempat akk pasar mlm mng off khamis hahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa... pasar malam cite ni dia buka hari-hari kecuali hari isnin dan khamis.... hew3...
      tpi tmpt saya buka isnin dan rabu je

      Delete