MiniEnovel,
MiniNovel : Your Toy, My Love Part 2
Tiya cuba mengawal riak wajahnya. Wajah lelaki itu
kelihatan penuh dengan nur~
Awat mamat ni macam excited…
“aaa…. Assalamualaikum…”
“walaikumussalam… jom makan?!”
“haaa….. urmm…. Jom…” tiya mengamit tangan jihan.
Saat semua lidah terkelu, mereka bertiga berjalan
laju meninggalkan semua saksi.
Edd cuba merapatkan dirinya dengan gadis yang
bertudung litup. Dia tidak pernah mengenali mana-mana perempuan yang tergolong
dalam species ustazah ini.
“jauhkan jarak awak….” Tiya memberi amaran.
Edd pantas menjauhi batang tubuh yang berjubah hitam
itu.
Jihan pula cuba memahami situasi yang sedang berlaku.
“atiya….” Panggil edd.
“ape…” entah mengapa bahasanya menjadi kucar kacir apabila
bercakap dengan lelaki di sebelahnya. Tanpa perlu diukur, dia mengagak dia
hanya mencapai paras dada lelaki itu.
“nama aku edd….”
“ok, edd…” tiya cuba beriak biasa. Dia tidak biasa
untuk berbual dengan mana-mana lelaki tanpa ada tujuan.
“nak makan mana?”
“takyah makan la….”
“eh! Sebab?”
“saya ….”
“don’t worry, saya belanje…”
Jihan masih mendiamkan diri.
“maaf, saya puasa hari ni….”
“why? Its not Ramadhan yet…” langkah edd terhenti.
Pelik.
Mendengar kata-kata itu sudah cukup mengukur tahap
ilmu agama lelaki itu. tiya turut menghentikan langkahnya.
“puasa sunat…. Sekarang, awak nak kita bincang ape?”
“plan…”
Tiya mengetap bibirnya. Mana mungkin dia boleh
berhenti sekarang. Pementasan drama dendamnya sudah berlangsung.
“kita bincang kat library?”
“what?!”
“maaf, saya puasa…. Ke awak insist nak ke café….”
“haih…. Ok, since I am your toy right now…” edd
melepaskan keluhan.
Kata-kata lelaki itu cukup mengundang kerutan di
wajah kedua orang gadis di sebelahnya.
“what?”
“nevermind….” Ujar tiya dengan tanda tanya yang
bertimbun.
#
“okay…. Let me start. Kenapa awak nak tolong saya?”
“sebab saya kasihan dengan awak…”
“why?”
“saya tahu rafiq malukan awak depan orang ramai….”
“apa kaitan benda ni dengan awak…”
“sebab laila…. She is my ex….”
“so, awak pun nak balas dendam juga ke?”
“nope, saya nak tolong awak….”
“tapi you still nak balas dendam kan? mesti Laila
tinggalkan awak untuk rafiq…”
“naa….. I don’t love her…. What malay said, teman
tapi mesra…. Hmmm…. Is it right? I think its right…”
Jihan mengangguk tanpa sengaja.
Tiya pula terkejut dengan apa yang dikatakan oleh
edd.
“kenapa awak cakap I am you toy?”
“kenapa awak banyak soalan? I willing to help to get
that asshole nerve…”
“just why? Kenapa rafiq?”
“I’m dislike a men who disrespect a women” edd
merenung tajam ke arah anak mata gadis
yang duduk di depannya. Lama anak mata itu ditenung.
Tersedar dari renungan itu, tiya cuba mengawal riak
wajahnya. Kata-kata lelaki itu seakan bergema di dalam dirinya.
“enough with questions…. Sekarang ni, awak plan nak
buat ape untuk balas dendam?”
“saya tak plan ape-ape pun….”
“oh come on!” edd mula hilang sabar dengan ustazah di
depannya.
Hati suci sangat!!!
“Tapi kan…. saya nak dia malu…”
“noted…”
“noted?”
“sekarang ni, aku nak kau bagitahu aku semua tempat
yang kau akan pergi dan jadual harian kau….”
Tiya menggeleng kepalanya.
“I will be your ghost and your toy…. Aku akan tolong
kau…”
#
“kau…”
“jihan…. Aku tak tahu nak buat ape…. Aku tak nak buat
ni semua…. Tapi…”
“biar la aku habiskan ayat aku…. Sometimes, it’s good
to be a bad girl…”
Tiya menarik senyuman senget.
“aku gembira kalau kau gembira…. Sorry cant do much
as a friend…”
“stay with me, that’s more than enough….”
“aww, so sweet…. Meh ana nak peluk sahabat ana ni…”
“eww…. Nak ana-nti pulak dia…”
Ketawa mereka meletus di dalam bilik hostel.
#
Edd mengelap peluh di dahi. Ear bud yang direntap
dari terus terpasang di telinga.
Nafasnya naik dan turun. Penat. Rutin harian untuk
berlari mengelilingi campus terganggu apabila Laila muncul di pertengahan jalan
dan meminta penjelasan.
“dasar betina gila….”
Hampir saja edd terjatuh hati dengan gadis itu. namun
perangai syaitan gadis itu jelas apabila gadis itu meninggalkan dirinya demi
rafiq yang lebih tinggi status dan kekayaan. Lebih sekufu katanya.
Pintu bilik hostel ditolak kasar. Air cond
dihidupkan. Dia yang tinggal di hostel class A yang dibina khas untuk anak-anak
vvip, terus menanggalkan baju yang lencun dengan peluh. Dia berlalu masuk ke
dalam bilik air. Air pancur dibuka. Lebat air yang mencurah. Dia mengharapkan rasa
amarah di hatinya hilang secepat yang mungkin.
“laila…. Let me remind your about the world”
#
Setelah perbincangan tempoh hari, edd sudah menjadi
bayang—bayang kepada tiya. Semua tempat tiya pergi, pasti akan ada edd di situ
sehingga gossip baru kedengaran di kalangan warga kampus.
“minggu ni, kau pergi mana pulak?”
“saya ade event khemah ibadah dekat sekolah rendah kebangsaan
tengku azlan….” Ujar tiya. Langkah diatur ke kelas tutorial.
Edd pula mengangguk tanpa suara.
“edd…. Awak takde kelas ke? Dah masuk tiga minggu,
awak ikut saya ke hulur ke hilir…”
“mana ade…”
“indeed your are….”
“nope, aku tak ikut kau masuk tandas dan bilik
tidur…. Aku nak ikut, tapi takut kau tak bagi…”
“nak saya sepak awak?”
“wow…. Fierce…”
“saya ade taekwondo…” tiya tersenyum bangga.
“more sexy…”
“hey! Language edd….”
“oops sorry….” Sejak menjadi mainan gadis itu, edd
sudah tahu pantang larang dan fiil gadis itu. tidak pernah meninggalkan solat.
Puasa isnin dan khamis. No make up. no boys except him.
“jawab la soalan saya tadi…. Kenapa awak macam takde
kelas?”
“ouh, aku final year, final semester….”
“fyp?”
“aku extend sem, semester ni aku ambil
co-curiculum….”
Langkah tiya terhenti. Terkejut.
“so, awak adalah senior saya….”
“sort of…”
“so, awak lagi tua dari saya….”
“indeed…. Tapi kau lagi matang dari aku…” jawab edd
dengan senang hati ternyata hidup sebagai ummu atiya terlalu berbeza dengan
hidupnya. Gadis itu penuh dengan meeting dan event. Manakala hidupnya sebagai
pelajar, parti-perempuan dan dua perkara tersebut akan silih berganti.
“so, aku nak follow kau ke program tu boleh?”
“boleh je kot…. Kami pun tak tenaga fasi, awak boleh
ajarkan budak—budak solat kan?”
Edd tersentak seketika.
“rafiq ade kacau kau tak lately?”
“takde pun…. Dia nak jelling pun tak mahu….edd, pasal
plan nak….”
“kenapa kau nak back off ke?”
“bukan…. It’s just that…”
“tiya…. Lets strive it to the end….”
Tiya mengeluh perlahan. Kadang kala, dia merasakan
dirinya yang banyak dikawal oleh lelaki itu. dia seakan barang mainan edd.
#
“hey! Pompuan! Kenapa kau tak bagi cincin tunang kau
kat rafiq?” sergah Laila. Dia menanti kepulangan tiya. Hanya di sini kawasan
ini, edd tidak melekat dengan gadis bertudung tersebut.
“assalamualaikum…” tiya hanya tersenyum kecil sebelum
kembali membuka langkah.
“woi! Aku cakap dengan kau lah!”
“Laila, saya tak akan bagi cincin tu kepada rafiq….
Saya akan pulang ke mak ayah dia…” tegas tiya. Lagipun, memang itu arahan umi
dan abinya untuk memulangkan cincin itu sendiri kepada mak ayah rafiq selepas
putus tunang. Dia tidak bersedia untuk berjumpa dengan mak rafiq yang sehingga
kini mahu berjumpa dengan dirinya.
Laila ketawa kecil.
“kau memang muka tak malu kan?”
“kalau saya ni muka tak malu…. Then awak muka ape?
Muka gagak? Teringin sangat dengan cincin tunang saya tu kenapa?” marah tiya.
Laila terdiam, pedas kata-kata gadis bertudung itu.
dia cuba untuk tidak terlalu menunjuk akan keinginan pada cincin bertakhta
berlian limited edition itu.
“sudah la Laila, saya ade discussion lepas ni…” tiya
berpaling. Boleh sakit jiwa jika terus bercakap dengan perempuan kurang akal
itu.
“dengan edd?” senyuman senget terukir di bibir Laila.
Langkah tiya terhenti.
“kau kenal ke siapa edd tu?”
Tiya diam.
“kau tak pelik ke kenapa dia tiba-tiba melekat dengan
kau…. Please don’t tell that dia nak tolong kau, ke dia nak buat aku jealous?
He almost propose me to become his fiancé, suddenly rafiq came…”
Tiya diam. Dia hanya mendengar.
“lepas tu, kau pernah dengar ade tak kes pelajar
junior kene cabul awal tahun ni?”
Jantung tiya semakin berdegup kencang.
“ok la, kita main teka-teki, lets have a guess, who
is the criminal?” Kening Laila dijongket-jongket ke atas.
“kau pernah tak tengok dia solat?”
Tiya diam lagi.
Tak….
“kau yakin ke dia tu islam?” sambung Laila.
Tiya cuba mengawal riak wajahnya namun gagal. Dia
yakin riak wajahnya bertukar keruh.
Laila mula merasa kemenangan. Dia bagaikan pendebat
yang menang perdebatan hebat.
“kau tak takut ke? Edd tu like a normal guy tapi dia
tu saiko!”
Tidak mahu terus mendengar kata-kata laila, tiya
membuka langkah meninggalkan Laila dengan perasaaan berbaur.
p/s: tenkiu for the comment! (nadiya, nony and semua dalam group HXS) <3 this is for you guys! (*wink2*)
Anyway DROP YOUR KOMEN
anything weird about my writing, feel free to pm me!
Edd x tiya please?
ReplyDeleteTak nak rafiq,dye jahat,
Edd sweet je
Edd x tiya please?
ReplyDeleteTak nak rafiq,dye jahat,
Edd sweet je
nice story..love yr writing style sgt2..anyway wht hppn to sbmml..?nk smbngn pless..
ReplyDeleteSis, cerpen ni ada berapa part? Curious nak tahu the whole story. Please update byk2. Btw, i know how you feel when you said you are in final year. Huhu. Anyway, good luck for your final year and for your writing world. Keep it up, girl. We will support you from the back. Aja aja hwaiting! ��
ReplyDelete*yeaynaklagi..woo, siapa edd actually!! *curiousleveltothesky*
ReplyDelete~mslovely*wink*
Love ur writting...ur are the best sis...cannot wait for the next n3
ReplyDeletebesttt
ReplyDeleteNext entry please. Besttt
ReplyDeleteNext entry please. Besttt
ReplyDeletecreepy
ReplyDeletecreepy
ReplyDelete